Followers

Thursday 24 January 2013

Family New Year Trip: Tokyo Camii

4 Jan - TOKYO

Hari ini merupakan hari jumaat jadi plan asal ialah menunaikan solat Jumaat di Tokyo Camii iaitu masjid ke dua dibina di Jepun selepas masjid Kobe sejak awal 1940-an~ Perjalanan daripada rumah ke masjid mengambil masa hampir sejam jadi aku punyalah berkobar-kobar nak gerak sebab sejak jadi 社会人 (Working adult) ni boleh kira berapa kali sahaja yang aku dapat pergi solat jumaat (-_-") Tunggu punya tunggu sekali mereka tak bangun-bangun juga mungkin disebabkan semalam sampai rumah agak lewat~ Akhirnya terpaksa ubah plan; makan tengahari di 鶴見 sebelum bergerak ke masjid pada belah petang.. 


Ketika tiba di masjid, terlihat dua orang wanita Jepun juga berada dalam ruang solat sambil duduk memerhatikan keadaan sekeliling.. Melihatkan mereka tidak sibuk, aku minta tolong ambilkan gambar lalu dia tanya, "kat sini boleh ambil gambar ke?" Huhu, lepas aku cakap boleh, bukan main syok lagi dia ambil gambar ;) Kami duduk di masjid sehingga Maghrib memandangkan azan masuk sekitar jam 1630 waktu itu.. Selesai solat, ingat nak pergi jalan-jalan sekitar 銀座 (Ginza) tapi oleh sebab suhu malam itu sekitar 0℃ dan kami pula tidak bawa "kelengkapan" mencukupi membuatkan terpaksa pulang awal (笑)

10 comments:

  1. Berapa lama kaum kerabat ko tu kat sana ehh... Rasa macam lama je dorang kat situ... Dorang stay dgn ko ataupun sewa hotel..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      jangan salah sangka..
      entry ni merujuk pada tarikh yg tertulis
      bukan tarikh yg dipublish..
      tempat stay mereka ada tertulis dalam entry pertama skali siri Family New Year Trip nih :p

      Delete
    2. ehh, tak.. Akak memang tak maksudkan tarikh entry ni.. Cuma akak tengok macam banyak tempat yang korang pergi.. Tentu spend many days.. Takkan setakat dua tiga hari je kot.. Lepak la camtu nak meronda sakan...

      Delete
  2. dlm msjid la tuh yer?

    kembar ker? awk yg mana? (tetiba sibuk nak taw yg mana tuan blog ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dalam masjid ;)

      tuan blog yg paling macho dalam gambar tu ;p

      Delete
  3. Bagus jugak pompuan jepun tu. Tahu juga dea rasa macam nak menghormati masjid. Sampai ragu2 nak amek gambar. Hehehe.

    Mak aih suhu kat sana? Uish! Tak pernah rasa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh.. cara nak menghormati masjid camtu ke??
      huhu~~ maknanya kami x hormat la ek?? :p

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    suhu 0'C...betapa sejuknya...tp korang pakai biasa2 je..masjid kat jepun besar tak? ramai tak jemaahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumussalam

      huhu..
      gambar tu dalam masjid
      yang membuatkan kita x tahan kesejukan tu bila berada di luar sebab angin dia sejuk :)

      masjid yg dalam gambar ni boleh tahan gak besar dia..
      boleh tampung lebih dari 300 jemaah kot dalam 1 masa~

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC