Followers

Sunday 27 January 2013

Family New Year Trip: Ghibli Museum

5 Jan - TOKYO


Ghibli Museum merupakan salah satu muzium paling terkenal di dunia dan terletak di 三鷹 (Mitaka) di Tokyo.. Punyalah terkenal sampai seseorang itu perlu tempah tiket sebulan sebelum nak pergi sini! Aku dah merancang lama untuk pergi sini sejak masih berstatus pelajar tapi oleh sebab jarak tempat aku belajar dari 関西 (Kansai) ke 関東 (Kanto) benar-benar menyukarkan aku merancang masa untuk pergi.. Alhamdulillah, sebaik sahaja aku pasti bilangan ahli keluarga yang akan melawat Jepun, waktu itu juga aku terus tempah tiket melalui internet~ Tiket pula boleh dicetak di mana-mana Lawson ;)


Perjalanan menuju ke 三鷹 tidak begitu jauh namun bila memikirkan pasti ramai yang susah bangun pagi waktu-waktu sejuk begini, aku ambil tiket masuk pada jam 1200~ Daripada 三鷹駅 (Mitaka Station) kami jalan kaki ke destinasi memandangkan jarak dia tidak jauh, hanya 15 minit perjalanan.. Ghibli Museum sememangnya muzium yang agak unik dari segi luaran, dan juga dalaman.. Sayang tidak boleh ambil gambar di dalam muzium kerana seni reka muzium membolehkan pengunjung seolah-olah masuk ke dalam minda Hayao Miyazaki itu sendiri! (笑) Tidak pelik bila lihat sebilangan besar pengunjung muzium itu terdiri daripada orang asing ;)


Seronok dapat melihat bagaimana suatu animasi itu dihasilkan satu-persatu ditambah dengan latar-belakang pemandangan yang pelbagai lapisan.. Ingatkan boleh lepak satu hari di muzium ini, padanlah tiket masuk ada 4 pilihan dengan setiap daripadanya berbeza 2 jam~ Sebelum pulang, kami diberi tiket khas untuk menyaksikan 15 minit animasi pendek yang agak menarik~ Sengaja turun di 新宿 (Shinjuku) untuk mencari surau yang aku jumpa menerusi internet; alamat dah betul cuma lokasi dia gagal ditemui.. Kebetulan terjumpa restoran Siddique dan bila ditanya, chef suruh jalan kaki pergi 新大久保 (Shin-Okubo) sebab surau di 新宿 itu kononnya rumah kedai? dan hanya dibuka ketika masuk waktu solat sahaja (-_-")



p/s Baru tahu 新宿 dengan 新大久保 tu sebelah-sebelah je :p
 

12 comments:

  1. Tak pernah sampai lagi ke muzium tu. osusume? Berbaloi dgn harga tiket? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Osusume bagi penggemar produk Studio Ghibli :)

      Berbaloi kot.. tapi kalau orang ajak pergi lagi lepas nih, mungkin dah malas kot.. haha

      Delete
  2. bestnye dpt buat family trip ke jepun..muzium terknl pulak tu..hee..tgok gmbr kat ats tu pun da cntik..mesti kt dlm lg cntik kan..?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan unik interior design bangunan dia..

      Delete
  3. Wah!!! Seronok family kyo tahun ni...awal2 tahun dah pergi obes...kyo pon mesti gembira dapat jumpa family...tu la untungnye kalau ada saudara kat obesi senang saudara2 lain nak datang...lagi2 kalau kena dengan masa tiket dijual murah2...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..
      dah nak setahun x jumpa diorang..
      timing baik plak tu AirAsia buat promosi :)

      Delete
  4. wah .....muzium !! wah ...meti best ..... tak dpt terima hakikat betul ..knapa sya tak smapi jepun lagi ...huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan duit dari skang eh..
      AirAsia tengah murah nih :)

      Delete
  5. Eh awak sy da follow awak ye.. Hihi follow back. Awak keje kt Jepun ke ?? Company apa tu??

    Yg ada pentas2 tu event herbalife kt malaysia. For sure herbalife kt jepun pn boom right :) ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..
      kerja sini..
      company kecik je.. ;p

      herbalife kt Jpon??
      hmm.. x pernah dengar la plak (-_-")

      Delete
  6. Wah! seronoknyer tengok family awk pergi muzium 2... Sy teringin nak pergi cner... nak start kumpul duet lg lah mcm nie... cemburu tengok awk gi cner...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kumpul duit lagi?
      dah pergi mana sebelum nih?

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC