Followers

Thursday 17 January 2013

Family New Year Trip: Tokyo Round Trip

2 January - TOKYO

Tahun lepas aku diberi peluang untuk bersalaman dengan YDP Agong sempena lawatan beliau ke Jepun (link) jadi tahun ini aku ingin "mencari" peluang untuk berjumpa face-2-face dengan mahajara Jepun bertempat di istana beliau.. Istimewanya istana beliau hanya terbuka kepada orang ramai pada hari jadinya (23 Dec) dan juga 2 Jan setiap tahun! (link) Ini juga merupakan pengalaman paling bernilai bagi adik-adik aku alang-alang mereka berada di sini.. Maklumat di internet menunjukkan masa dari 0930~1430 dan sebagai "Malaysian" kami selamat tiba di 東京駅 (Tokyo Station) sekitar jam 1345.. 

Bergambar di hadapan pintu masuk istana

Kagum dengan bilangan orang ramai termasuk pelancong asing siap membawa bendera Jepun dalam misi melambai tangan dengan maharaja negara matahari terbit ini.. Dalam perjalanan dah mula nampak papan tanda meminta kami percepatkan langkah untuk turut-serta pada sesi terakhir iaitu jam 1410 tapi malangnya jam 1400 lagi polis yang mengawal di situ sudah memaklumkan jalan sudah ditutup memandangkan bilangan pengunjung yang terlalu ramai dan dikhuatiri tidak muat kawasan istana (笑) Berakhirlah misi untuk bertemu dengan beliau pada tahun ini jadi terpaksa pasang misi yang sama di tahun hadapan (-_-")

Sempat tangkap gambar dengan gadis kimono ketika dalam perjalanan ke 原宿

Plan seterusnya ialah melihat bangunan baru 東京駅 yang baru siap Oktober lepas daripada atas dengan memasuki 丸の内ビル (Marunouchi Building) di tingkat 7.. Penuh harapan naik lif walaupun terpaksa menunggu lama bagi membenarkan yang lebih berusia masuk dulu tapi bila sampai ke destinasi, alangkah terkejutnya pintu yang membenarkan pengunjung pergi ke balkoni ditutup atas faktor keselamatan kononnya angin di luar kuat (XoX) Maju pula ke destinasi seterusnya iaitu 原宿 (Harajuku) yang terkenal dengan 下町 (Downtown) Tokyo; disinilah juga aku diketemukan dengan Zizan sewaktu lawatan dia ke Jepun tahun lepas (link)

Bergambar dihadapan tugu anjing paling setia

Jalan kaki daripada 原宿 menuju ke 表参道 (Omotesando) buat pertama kali semata-mata nak lihat apa yang ada di sini ;p Selepas itu, jalan kaki pula ke 渋谷 (Shibuya) dan dalam perjalanan singgah sebentar di Tower Records untuk membaca buku antarabangsa.. Daripada 渋谷 bergerak pula ke 下北沢 (Shimokitazawa) untuk makan malam di salah sebuah restoran yang menyediakan masakan buffet halal paling sedap di Jpon~ Malam itu perlu tidur awal pula kerana perjalanan esok memerlukan kami bangun awal pagi~ 

 

12 comments:

  1. Sama je peten hidung adik-beradik ko, kan...

    :)

    ReplyDelete
  2. amboiii special btol raja jepun ni. raja kita kalau nak jumpa boleh pi masjid tiap kali jumaat. huhu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agong pun leh jumpa waktu hari Jumaat ke??

      Delete
  3. pehh..seronoknya..berjln sje..smpt lg tu jmpe raja jepun...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. alhamdulillah..
      berjalan dgn family & friends mmg seronok~

      Delete
  5. wahhh... bila la dapat pegi sana...hurm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasang impian..
      insyaAllah jadi kenyataan~ ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC