Followers

Sunday 13 January 2013

Family New Year Trip: Roppongi

31 Dec - ROPPONGI

Destinasi pertama kami selepas makan tengahari pada hari itu ialah ke 六本木 (Roppongi) untuk bertemu dengan Mr. Sekiya, salah seorang kenalan kepada sepupu juga tapi dia tidak ikut kali ini.. Mr. Sekiya yang berusia 70-an ini pernah bekerja lama di Malaysia dan beliau juga kerap pergi bercuti di Malaysia.. Diikutkan cerita sepupu aku berkenalan dengan Mr. Sekiya ketika dia memberikan Mr. Sekiya tempat duduk di dalam LRT.. Sepupu aku agak gila anime dan dia suka belajar perkataan 日本語 (Japanese); jadi bila dapat tahu Mr. Sekiya ini orang Jpon, bukan main seronok lagi mereka berkomunikasi dalam LRT itu sehingga ajak datang rumah dsb~ 


Bila sepupu aku dapat tahu yang adik aku nak datang Jpon, terus dia pesan sedikit buah tangan untuk diberi kepada Mr. Sekiya ini.. Dalam telefon, aku syorkan untuk berjumpa di 六本木 dan kebetulan tempat dia tinggal juga tidak jauh yakni sekitar 30 minit juga.. Dia ajak minum petang di sebuah restoran kopi di dalam Roppongi Hills memandangkan suhu di luar begitu rendah ditambah dengan angin sejuk membuas! Mujur Mr. Sekiya mahir English jadi dia seronok berborak dengan yang lain sehingga dia bercadang untuk membawa mereka berjalan-jalan di 浅草 (Asakusa) pada 7 January iaitu hari pertama aku bekerja nanti ;) 

p/s Jpon tiada budaya persembahan bunga api sempena sambutan tahun baru kerana mereka lebih selesa menyambutnya dengan menonton TV di rumah ;) 

9 comments:

  1. bestnya kat jepon. dah safe sgt. x membazir :haa

    ReplyDelete
  2. wah...bestnya ..... dok kat jepun ....ada famly lagi...wahhh...syoknyaaa...

    nak pergi jepun ..bilalah dpt pegi sana ...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..
      tp mostly alone gak la dok sini..
      adesss

      Delete
  3. Which one is your adik..?

    Ke, semua yang dalam gambar tu adik-beradik ko..?

    *Budak pompuan yang pakai tudung hitam tu nampak comel.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pasti, muka Jepun tu bukan kaum-kerabat ko, kan.. hehehe..

      Delete
  4. nak pergi jepon nak pergi jepon!!!! eeee bila nak kerja ni, nk g jepon pkai duit sendiri... huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC