17~24 March - JAPAN
Alhamdulillah, keluarga ak selamat pergi dan balik daripada Jpon setelah mengambil cuti selama 5 hari semata-mata untuk ikut ak pulang sekali ke Jpon.. Ambil penerbangan pada malam 16hb dan selamat mendarat di KIX pada jam 0630, awal 30 minit daripada waktu yang dilaporkan.. Selesai dengan kastam dan bagasi sekitar jam 0730, terus maju membeli tiket bas menuju ke 京都駅 dan tiba di destinasi sekitar jam 0900~ Pagi itu hujan jadi kami duduk berehat didalam stesen sambil sarapan di Mr. Donut~ Sewaktu hendak beredar, mungkin sebab baru tiba dari Malaysia membuatkan ak terlupa memulangkan dulang yang terbiar di atas meja (笑)
17 Mac - SHIGA
Tiada apa yang berlaku sepanjang hari ini kerana cuaca hujan sepanjang hari dan ini membolehkan Ummi dan Baba duduk berehat di rumah sahaja.. Memandangkan rumah ak agak sempit, abang ak terpaksa tidur di rumah 後輩 (Junior) yang mengambil masa 3 minit perjalanan daripada rumah ak.. Tengahari itu Ummi ajak pergi pasaraya 業務スーパー untuk membeli bahan mentah untuk makan tengahari.. Malam pula tidak masak sebab semua sudah kenyang? atau masih belum biasa dengan persekitaran Jpon~
18 Mac - KYOTO
Hari ini ak membawa keluarga pergi ke rumah "Host Family" ak di Jpon.. Ini merupakan kali pertama juga bagi ak untuk pergi ke rumah mereka kendatipun kerap di ajak saban tahun.. Asalnya nak pergi menggunakan 電車 (Keretapi) tapi disebabkan perlu 乗り換え (Transit) banyak dan alang-alang ada kereta 後輩 yang tidak digunakan, maka kami bertolak daripada rumah selepas Zuhur.. Co-driver 後輩 dijemput sekali untuk tolong baca GPS memandangkan ini merupakan kali ke-2 ak membawa kereta di Jpon~ 30 minit perjalanan dan akhirnya kami tiba di destinasi.. Pertama kali juga bersua dengan "kakak angkat" bersama bayinya yang baru lahir akhir tahun lepas..
Komunikasi patut boleh jadi lebih menarik sekiranya ayah dan ibu angkat itu boleh berbahasa inggeris; namun ak kagum dengan hubungan baik yang tercipta antara Ummi dan ibu angkat ;) Sempena hari graduasi ak, ayah angkat menghadiahkan 判子 (Seal) yang ditempah dengan menggunakan nama "サイド カディル" bagi menggantikan 判子 "サイド" yang telah ak guna sejak tahun pertama di Jpon.. Petang itu sewaktu balik, singgah sebentar di Saizeriya memandangkan keluarga angkat ak hanya menyediakan makanan ringan kerana risau kami tidak dapat makan "makanan" dia.. Tak sangka keluarga ak juga "jatuh hati" dengan Saizeriya kerana harganya yang berpatutan..
19 Mac - KYOTO
Hari ini pula Supervisor (SV) ajak satu keluarga pusing-pusing Kyoto dengan menggunakan kereta Toyota Prius dia.. Bertolak daripada rumah sekitar jam 1030, destinasi pertama kami ialah 平安神宮 (Heian Shrine) iaitu salah satu tokong paling terkenal di Jpon.. Suhu sekitar 7℃ memang suatu yang mencabar bagi kami yang baru sahaja tiba dari Malaysia membuatkan perjalanan satu hari banyak dihabiskan di dalam kereta (笑) Destinasi kedua ialah 銀閣寺 (Silver Pavilion); alhamdulillah, dapat juga ak naik tangga untuk melihat pemandangan dari atas kerana sebelum ini tidak sempat kerana rakan yang turut-serta sudah tak larat (笑) Makan tengahari dibelanja oleh SV di restoran Jpon di dalam 京都駅 (Kyoto Station)
Selesai makan tengahari sekitar jam 1500, SV ajak guna jalan lama sewaktu menghantar kami pulang dengan niat ingin menunjukkan suasana bandar lama Kyoto.. Kemudian dia memandu ke jalan yang membolehkan kami melihat dengan lebih lancar betapa besarnya びわ湖 (Lake Biwa), tasik terbesar di Jpon yang mempunyai keluasan hampir sama dengan Singapore.. Bukan main jauh dia bawa sehingga kami selamat tiba di rumah sekitar jam 1800! Menariknya, hampir seluruh keluarga ak terlelap di dalam kereta dan hanya ak sahaja pasang telinga melayan kerenah SV sepanjang perjalanan (-_-")
20 Mac - KYOTO
Hari ini bawa Ummi dan abang pergi mencari cenderahati di 寺町 (Teramachi) iaitu salah satu spot untuk membeli cenderahati pada harga "termurah" kerana boleh tawar-menawar (笑) Ambil bas daripada 京都駅 dan berhenti di 四条川原町 (Shijo-Kawaramachi); daripada situ jalan kaki dalam 5 minit dan seterusnya berjalan sahaja sambil buka mata dan dompet kerana boleh kata semua gerai di lorong-lorong situ menjual benda yang sama (笑) Makan tengahari di Saizeriya (笑) Selesai makan, bawa abang pergi 祇園 (Gion) kerana dia teringin nak ambil gambar bersama 舞子 (Maiko)~ Malangnya, tiada 舞子 yang dia "berkenan" di situ jadi terpaksa berpuas hati dengan mengambil gambar di hadapan poster (笑)
21 Mac - RITS
Hari ini merupakan hari graduasi ak jadi akan ditulis di entri lain.. Malam itu kami bergerak ke 京都駅 untuk mengambil bas malam menuju ke Tokyo..
22 Mac - TOKYO
Bas sepatutnya tiba di 町田 (Machida) sekitar jam 0530 dan ak rancang untuk singgah sebentar di rumah member untuk solat dan rehat-rehat sebelum bergerak ke 東京駅 (Tokyo Station) sekitar jam 0830 kerana sudah tempah 1Day Bus Trip pusing Tokyo (3000円 seorang) pada hari itu.. Agak malang apabila trafik teruk menyebabkan bas tiba di 町田 sekitar jam 0730, lewat 2 jam membuatkan ak fikir elok turun di 新宿 (Shinjuku) sahaja yang sepatutnya mengambil masa 1 jam perjalanan selepas 町田.. Sekali lagi ak tersilap pengiraan kerana bas tiba di 新宿 sekitar jam 1020 dek trafik pada pagi itu (-_-") Terlepas trip pada belah pagi dan turut-serta pada belah tengahari di 築地市場 (Tsukiji Ichiba)
Bas membawa ke persekitaran 皇居 (Imperial Palace) ~ 浅草 (Asakusa) sebelum berhenti di perhentian terakhir iaitu お台場 (Odaiba).. Malangnya kami hanya diberi masa sekitar 30 minit di お台場 jadi hanya sempat membawa mereka masuk ke dalam Fuji Media Holdings Inn dan melihat pemandangan daripada tingkat 25 pada bayaran 500円 seorang.. Bas menghantar kami pulang di 東京駅; bawa keluarga jalan-jalan sekitar 新宿 sebelum berhenti rehat di 町田 (rumah member) sebelum naik bas pada malam itu juga menuju ke 京都駅.. Malam itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat BFF (笑) yang pulang ke Malaysia "for good" pada hujung minggu ini..
23 Mac - KYOTO
Selamat tiba di rumah sekitar jam 0800.. Ak biarkan Ummi dan Baba untuk berehat sahaja satu hari sementara ak pergi uruskan hal visa pekerja memandangkan ak sudah mempunyai 卒業証明書 (Graduation certificate)~ Hanya perlu menghantar dokumen itu, passport, dan juga stem 4000円.. Alhamdulillah, visa ak diluluskan dalam masa sekitar 20 minit dan selepas itu bawa abang pergi "cuci mata" di sekitar Kyoto memandangkan dia masih ada baki wang yen yang banyak~ Malam itu sepatutnya nak pindah barang dalam rumah sedikit demi sedikit ke rumah 後輩 tapi kereta pula 後輩 bawa pergi ke Tokyo malam itu (-_-")
24 Mac - KYOTO
Ak amat bersyukur apabila SV sanggup hantarkan keluarga ke 京都駅 untuk mengambil bas menuju ke KIX kendatipun dia baru pulang daripada 学会 (Conference) di Hiroshima pada malam semalam.. Sekitar jam 0630 dia tiba di rumah, dan alhamdulillah mereka sempat menaiki bas pada jam 0720 meninggalkan ak bersama SV.. Pagi itu SV bawa menaiki kereta mengikut jalan lama sekali lagi untuk pusing びわ湖 tetapi bahagian lain pula (笑) Selamat tiba di rumah semula sekitar jam 1000~ Sepanjang hari ak kena bersihkan rumah, hantar barang ke rumah 後輩 dsb memandangkan esok dah kena hantar kunci rumah.. Mujur 2 後輩 sudi hadir dengan kereta untuk memudahkan perjalanan pada hari itu.. Rumah licin tanpa barangan sebelum Maghrib~
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~