Followers

Thursday 30 June 2011

Valley of the Wolves

Siri "Valley of the Wolves" merupakan sebuah siri popular daripada Turki yang dicipta oleh Osman Sinav; VOTW atau dalam bahasa Turki, "Kurtlar Vadisi" mengisahkan tentang seorang agen Turki yang bernama Polat Alemdar  dan 2 orang rakannya yang mempunyai latar belakang askar terlatih; di dalam cerita bersiri, mereka ditugaskan untuk memerangi kumpulan mafia di Turki~ Cerita bersiri ini mula ditayangkan sejak tahun 2003~2005 dan mempunyai 98 episod.. Entri kali ini ingin mengupas 2 buah filem yang agak kontroversi tentang VOTW~


Iraq (2006)
Filem yang penuh dengan kontroversi ini menyaksikan Polat dan 2 orang rakannya berada di Iraq bagi membalas dendam kematian seorang kenalan dia yang membunuh diri akibat tindakan seorang komander di Iraq~ Apa yang membuatkan filem ini begitu mengangkat kening orang ramai ialah terdapat babak yang mengulang tayang layanan kontroversi tentera US di penjara Abu Ghraib, pembunuhan ke atas kanak-kanak dan kekejaman ke atas wanita, penjualan organ secara haram oleh doktor yang bertugas, dan isu "suicide bomber" di Iraq.. Filem ini boleh ditonton secara percuma melalui sini~ Video dibawah pula menunjukkan babak yang menjelaskan pandangan Islam mengenai "Suicide Bomber"..



Palestine (2011)
Misi kali ini menyaksikan kumpulan Polat berada di Palestine bagi membalas dendam ke atas orang yang bertanggungjawab dalam serbuan Gaza flotilla.. Di katakan kos produksi filem ini merupakan antara yang termahal dalam sejarah perfileman Turki dan lokasi pengambaran adalah di Turki; jika di lihat di dalam filem, penonton boleh tertipu seolah-olah melihat keadaan di Palestine! Antara mesej kontroversi yang ditunjukkan dalam filem ini ialah isu pembunuhan secara membuta-tuli oleh askar yahudi ke atas rakyat Palestin, tanggapan serong yahudi terhadap masyarakat Palestin, dan penjualan senjata terlarang ke negara luar.. Filem ini juga boleh ditonton secara percuma melalui sini~ Video dibawah menunjukkan trailer filem ini =)


感想 (View)
Penamat dalam setiap cerita akan menunjukkan Polat berjaya menyelesaikan misinya iaitu membunuh mastermind.. Kita sering melihat filem barat yang menceritakan tentang Islam yang terlalu bias, jadi bila lihat filem yang menceritakan tentang perjuangan Islam seperti VOTW, sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati yang lara (笑) VOTW juga merupakan satu "agenda" Turki dalam mengetengahkan ajaran "Sufi" mereka kerana sentiasa ada babak "zikir" yang agak aneh dikalangan masyarakat Malaysia.. (Rujuk entry TAKVA)~ Bagi penulis, kedua buah filem ini memang wajar ditonton oleh semua penggemar filem khususnya Muslim disamping melihat filem "Rambo" versi Islam (笑) 

p/s VOTW dihasilkan bagi menerangkan tentang Islam kepada dunia ;)  

Wednesday 29 June 2011

Japanese Paper Doll Workshop

26 June - KYOTO

Hasil tanganku ;)

Kebosanan pada hujung minggu di isi dengan mengikuti workshop membuat patung kertas Jpon yang dikendalikan oleh We Are One Kansai bertempat di 旅cafe おでかけ日和~ Mujur keluarga angkat ak turut-sama berminat untuk menghadiri workshop ini yang mengenakan harga 2000円 termasuk servis air.. Event bermula sekitar jam 1500; 先生 (Teacher) yang dijemput merupakan salah seorang yang berpengalaman dalam membuat patung kertas dan beberapa anak patung tradisional Jpon.. Pada awalnya kami diberi pilihan untuk memilih jenis corak kimono; 2 jenis corak diperlukan untuk menghasilkan patung kimono.. Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya sempat menghasilkan 2 jenis patung kertas iaitu kimono biasa dan juga kimono yang dikenakan ketika perkahwinan.. Langkah menghasilkan patung kertas adalah seperti gambar dibawah~

Credit to Sadao

Perempuan Jpon mengenakan 角隠し (Tsunokakushi) ketika perkahwinan yang menutup bahagian atas kepala; kononnya bagi menutup "tanduk" yang melambangkan ego, cemburu, "keganasan" orang perempuan; maksud lain pula ialah perempuan tersebut akan bertukar menjadi seorang yang taat selepas berkahwin ;) Kebetulan 先生 ada menjual patung kertas jenis lain pada harga 100円; teringin nak buat sendiri tapi kesuntukan masa membuatkan ak sanggup membeli 2 jenis sebagai kenangan ~ Dalam perjalanan pulang, pertama kali singgah di RITS kampus Suzaku yang terletak berdekatan 二条駅 (Nijo Station).. Di bina pada tahun 2006, kampus ini hanya untuk pelajar sarjana bidang bisnes~ Interior design kampus ini macam dalam hotel! RITS mempunyai 4 kampus di sekitar 関西; paling terbaru ialah di 大阪.. Lepas ini teringin nak ziarah RITS Asia Pacific University di 九州 (Kyusyu) ;)


p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini

Tuesday 28 June 2011

Kill the Referee

Sebuah dokumentari yang wajar ditonton oleh semua peminat bola sepak; Kill the Referee berkisarkan tentang tugas dan risiko yang dihadapi oleh pengadil perlawanan bola sepak.. Berlatar-belakangkan EURO 2008, penonton dapat melihat dengan sendiri bagaimana reaksi para pengadil sebelum, ketika dan selepas perlawanan.. Menariknya ialah penonton sendiri boleh mendengar komunikasi antara pengadil dengan penjaga barisan, dan juga pengadil ke-4.. Kagum apabila pengadil yang memberikan gol kepada satu pasukan tiba-tiba memberitahu kepada pemain yang menjaringkan bahawa dia silap, tapi tetap membenarkan gol tersebut.. Pengadil juga manusia biasa dan melakukan kesilapan.. 


Dokumentari ini juga mengetengahkan isu Howard Webb yang menerima ancaman bunuh daripada penyokong Poland setelah dia menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan yang menyaksikan Poland tersingkir daripada EURO 2008.. Isu menjadi agak serius apabila Perdana Menteri Poland sendiri "bergurau" kononnya ingin membunuh dia~ Rezeki dia apabila terpilih menjadi pengadil untuk perlawanan akhir World Cup 2010 yang lepas ;) Dokumentari ini siap tunjuk reaksi keluarga pengadil itu sendiri yang menyaksikan perlawanan daripada rumah~ Penonton boleh mengetahui bagaimana pengadil di pilih untuk mengadili perlawanan akhir yang agak menarik~ 

p/s Bola sepak menarik kerana di adili oleh pengadil dan bukannya teknologi ;)

Monday 27 June 2011

Football with Veterans

25 June - OTSU

Hasil kenalan ayah angkat seorang pelajar RITS, kami dijemput untuk turut-serta bermain bola sepak pada pagi hari ini sekitar jam 0900 di sebuah taman berdekatan 膳所駅 (Zeze station).. Jika lihat pada 天気予報 (Weather forecast) kelmarin yang menunjukkan hari akan hujan, ak begitu yakin cuaca akan bertukar mendung meskipun pagi itu agak terik.. Ayah angkat pelajar itu memperkenalkan diri dengan nama SAM dan berusia 63 tahun; kemudian kami diperkenalkan dengan rakan-rakan beliau yang turut berusia dalam lingkungan 60~70-an seramai 40++ orang.. Paling tua pula berusia 80 tahun! Pada mulanya kami bermain bola sepak kanak-kanak iaitu semua masuk padang dan bermain seperti biasa.. Selepas itu barulah dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil.. 

Padang agak luas tapi veteran2 ini boleh lari laju plak tuh~

Sebelum perlawanan dimulakan, upacara penyampaian hadiah telah dijalankan bagi meraikan orang yang berusia  80 tahun dan juga yang berusia 70 tahun.. Hadiah berupa seluar sukan berwarna emas dan perak itu di taja oleh Japan Football Association (JFA) bagi menghargai orang yang berusia.. Setiap perlawanan mengambil masa 15 minit; pertama kali bermain bola sepak di atas padang berpasir, tak sangka cepat juga pancit (笑) Kagum bila sepakan penalti yang diambil pemain berusia 80 tahun itu masuk! Terkejut dengan stamina yang dimiliki pakcik-pakcik ini sehinggakan ak yang berusia 20-an pun boleh berhenti setelah bermain sehingga jam 1130 o_0 Padah bila ak mengenakan baju tanpa lengan semasa bermain menyebabkan 日焼け (Sunburn) melampau selepas itu -_-" 

Sengal tak pakai 日焼け止め (suntan cream), mujur ada lotion untuk sapu lepas kena 日焼け.. Beli di kedai farmasi pada harga promosi sebanyak 500円

Sempat berborak dengan seorang pakcik yang berusia 63 tahun; kononnya dia bekerja di 沖縄 (Okinawa) dan kini berulang-alik ke 関西 (Kansai) semata-mata untuk bermain bola sepak dengan kumpulan ini.. Di Jpon, ada liga khas untuk pemain berusia dalam lingkungan 30-an, 40-an, 50-an, 60-an dan 70-an! Perlawanan hari ini hanya aktiviti memanaskan badan kerana kumpulan ini mempunyai 試合 (Match) pada keesoakan harinya untuk liga 60-an~ Kesemua pemain mempunyai pengalaman yang tinggi dalam sukan bola sepak jadi persembahan yang ditunjukkan di atas padang seperti bermain dengan orang muda! Kumpulan ini sering melakukan latihan setiap hari sabtu, namun mereka juga berkumpul untuk bermain badminton dan sebagainya pada hari lain.. 

p/s Pedih sungguh 日焼け (-_-") No wonder bola sepak Jpon mantap; dah tua-tua pun masih semangat sepak bola.. ;)

Friday 24 June 2011

Breathless


Orang Korea memang hebat dalam membuat cerita yang begitu menyerlahkan dunia sebenar.. Genre sadis, seram dsb memang bagi ak dimonopoli oleh filem daripada negara ini.. Filem "Breathless" mungkin antara filem paling sadis pernah ak lihat~ Mengikut pungutan suara yang dijalankan pada tahun lepas di Jpon, filem ini terletak di tangga ke-2 daripada 3 filem yang menduduki tangga teratas sebagai filem yang ingin disaksikan sekali lagi= mengatasi Avatar yang jatuh pada tangga ke-3!! 


Jalan cerita filem ini mengisahkan tentang hidup seorang "along", bagaimana dia boleh terjebak dalam hidup itu dari segi keluarga, dan juga mengetengahkan isu penderaan kanak-kanak.. Dah nama cerita sadis, jangan mengharapkan ada happy ending dalam filem ini, namun di akhir cerita, penonton boleh memahami bahawa ada "penyakit" di dalam masyarakat itu sendiri yang membuatkan gejala sosial sebegini sukar untuk dibendung.. Menariknya untuk cerita ini, pengarah, penulis, dan pelakon utama adalah orang yang sama! 

p/s Bila menyentuh tentang isu penderaan, Nickelback lebih mahir menceritakan kepada semua melalui lagu Never Again.. ENJOY!

Wednesday 22 June 2011

Big 3 Gun Shooting


Sejak memiliki PS Move, ak kerap bermain permainan berbentuk sukan seperti Sports Champions, Racquet Sports, dan Nikudan.. Tapi keseronokan bermain PS Move akan jelas terasa bila bermain permainan tembak-menembak seperti di dalam Arcade; bagi merealisasikan hajat gamers seperti ak, Bandai Namco telah mengeluarkan game "Big 3 Gun Shooting" pada Oktober 2010~ Game ini memiliki 3 siri iaitu Time Crisis : Razing Storm, Time Crisis 4, dan Deadstorm Pirates.. Bagi menambahkan feeling  bermain seperti di Arcade, ak beli sekali PS Move Pistol di Amazon; kononnya boleh tambah kejituan ketika membidik.. Agak mengambil masa untuk habiskan semua misi memandangkan credit nyawa pemain terhad untuk sesuatu misi ;) 

p/s Walau game apa sekalipun, lagi seronok jika dimainkan beramai-ramai seperti didalam video ;) 




Tuesday 21 June 2011

Coldplay

Band yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Coldplay merupakan sebuah band bergenre rock alternative yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh vokalis Chris Martin dan gitaris Jonny Buckland di Kolej Universiti London.. Pada awalnya, mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Pectoralz"; pada tahun berikutnya diubah lagi kepada "Starfish" setelah kemasukan Guy Berryman (Bassist) dan Will Champion (Drummer)~ Nama "Coldplay" ditetapkan pada pada tahun yang berikutnya setelah dicadangkan oleh salah seorang teman rapat mereka.. Sumber inspirasi Coldplay ialah band U2 dan R.E.M. 


Coldplay melancarkan album debut mereka berjudul "Parachutes" pada tahun 2000 dengan mempertaruhkan single pertama, "Shiver"~ Namun, single "Yellow" yang berjaya menaikkan nama Coldplay di UK apabila ia termasuk dalam top 5 UK Singles Chart buat pertama kali~ Kemahsyuran singkat yang dicapai membuatkan Coldplay meluaskan pengaruh ke US yang akhirnya menyaksikan album "Parachutes" berjaya menerima anugerah dalam 2002 Grammy Awards.. Coldplay melancarkan album ke-2 berjudul "A Rush of Blood to the Head" pada tahun 2002 dengan mempertaruhkan single "In My Place"= Album ini juga menyaksikan Coldplay memenangi anugerah dalam 2003 Grammy Awards..


Setelah berehat buat seketika, Coldplay melancarkan pula album ke-3 berjudul "X&Y" pada tahun 2005 dengan mempertaruhkan single "Speed of Sound"~ Dikatakan album ini begitu laris pada tahun tersebut sehingga terjual melebihi 8.3 juta unit seluruh dunia.. Album ke-4 Coldplay yang berjudul "Viva la Vida or Death and All His Friends" pula dilancarkan pada tahun 2008 dengan menyaksikan single "Viva la Vida" yang bermaksud "long live the life" mendapat tempat no.1 dalam carta Billboard UK dan US buat pertama kali dalam sejarah penubuhan Coldplay.. Single ini juga mendapat anugerah "Song of the year" dalam 2009 Grammy Awards dan juga anugerah-anugerah yang sewaktu dengannya..    


Kini, Coldplay sedang dalam proses untuk melancarkan album terbaru mereka yang bakal dilancarkan pada musim panas~ Single "Every Teardrop Is a Waterfall" telah dipertaruhkan dan boleh didengari melalui sini~ Bagi penulis, Chris Martin boleh dikatakan penulis lirik terbaik alaf ini kerana kesusasteraan lirik yang beliau hasilkan benar-benar menyentuh jiwa pendengar (笑).. Dalam banyak-banyak lagu Coldplay, penulis paling menyukai "Viva la Vida" meskipun ada sedikit kontroversi yang mengatakan Coldplay meniru single "If I Could Fly" oleh Joe Satriani (link) namun kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.. Muzik "Viva la Vida" begitu kena dengan lirik membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan akur dengan kekuatan lagu ini~ ENJOY!

Monday 20 June 2011

Bayside Shakedown


Antara siri paling laku di Jpon, 踊る大走査線 (Bayside Shakedown) menceritakan tentang kisah hidup seorang detektif yang baru sahaja menyertai pejabat polis setelah berhenti daripada pekerjaan asalnya iaitu seorang サラリーマン (Salary man).. Drama berunsur komedi dan aksi ini wajar ditonton oleh semua lebih-lebih lagi mereka yang menuntut di Jpon kerana kita boleh mempelajari serba-sedikit tentang polis di sini yang ternyata berbeza dari polis Malaysia.. Malah watak utama turut berasa terkejut kerana polis juga bertindak seperti サラリーマン; pelbagai taktik kotor yang dilakukan oleh pihak atasan tapi polis terpaksa tutup sebelah mata.. Fakta yang mengejutkan ialah polis Jpon tidak dibenarkan melepaskan tembakan meskipun di tembak oleh penjenayah! Drama ini begitu terkenal sehingga telah difilemkan sebanyak 4 kali; malah game pun dikeluarkan!

Sunday 19 June 2011

30 days

30 days merupakan sebuah rancangan realiti yang dikemudikan oleh Morgan Spurlock untuk siaran kabel FX di US.. Bagi setiap episod, Spurlock atau orang lain akan hidup dikalangan komuniti yang agak ganjil bagi mereka selama 30 hari sambil membincangkan masalah isu sosial dsb.. Beberapa peraturan telah ditetapkan dari awal bagi setiap misi bagi membuatkan rancangan itu lebih menarik.. Episod yang begitu menarik minat ak ialah S01E103 Muslims and America dimana seorang rakyat US beragama Kristian hidup di kalangan komuniti Muslim di US, dan menumpang di sebuah rumah pasangan Muslim selama sebulan tanpa dibenarkan pulang ke rumah sendiri.. Memang bukan calang-calang orang yang sanggup melakukan perkara sedemikian dan menariknya ialah orang tersebut merupakan seorang yang begitu taat dengan agama yang dianutinya..


Peraturan yang ditetapkan ialah perlu belajar AlQuran, belajar cara Muslim bersolat, dan ikut cara hidup masyarkat Muslim! Lawak bila dia kena tahan beberapa kali sebelum menaiki pesawat gara-gara berpakaian jubah~ Sepanjang episod, Spurlock turut menemu-ramah beberapa orang US tentang Islam dan bagaimana imej Islam di sana.. Kagum dengan sikap ingin tahu orang Kristian ini yang bertindak mendalami bahasa arab semata-mata ingin tahu apa maksud bacaan yang disebut ketika orang Islam solat.. Tak boleh blah bila orang Kristian ini turut-serta dalam menunaikan solat Jumaat meskipun dia hanya berdiri sahaja kerana "taat" dengan agama yang dianuti.. Secara jujur, episod ini begitu menarik untuk dikongsikan kerana ia juga mengajar para daeei cara yang sesuai berkomunikasi dengan non-muslim di samping mempelajari mengapa bulan sering dikaitkan dengan Islam, kenapa perempuan apabila solat hendaklah dibelakang lelaki dsb~


p/s Macam mana pula Muslim jika ditempatkan dalam komuniti Kristian lalu dipaksa belajar gaya hidup mereka, cara mereka sembahyang dll.. Tentu jadi kontroversi ;) 

Friday 17 June 2011

fakta menarik


source : Mastika Jun 2011

  • Rata-rata manusia bergerak 40 kali ketika tidur?
  • Bulu tangkis dalam permainan badminton ada 14 bulu
  • Mutiara boleh larut dalam cuka
  • Kapal Cruise Queen Elizabeth 2 hanya bergerak sejauh 6 inci sahaja bagi setiap gelen diesel yang dibakarnya
  • Bebola mata manusia hanya seberat ± 28 g
  • Pencipta komputer pertama dunia bernama Sir Harold Thomas.. Komputer tersebut dicipta pada tahun 1941 dan dinamakan Colossus itu digunakan oleh sebuah unit ketenteraan Inggeris bagi memecahkan kod transmisi radio pihak Nazi
  • Nama komersial pertama komputer ialah ENIAC (Electronic Numerator Integrator Analyzer and Computer).. ENIAC seberat 60 ribu pound dicipta pada tahun 1945 untuk kegunaan pihak tentera.. Tetapi komputer ini tidak mampu untuk menyimpan data
  • Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari akan bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan "Solarmax"
  • 1 kilo daripada berat badan kita mengandungi 7000 kalori
  • Setiap tahun, bulan akan menjauh 3.82cm dari bumi
  • Dalam 1 titisan air mengandungi 50 juta bakteria!
  • Kerana pengaruh putaran bumi, jika kita melempar sesuatu ke arah barat, lemparan kita akan jatuh melebihi arah timur!
  • Daya ingatan ikan hanya 3 saat
  • Bulan purnama 9x lebih terang dari bulan separa atau separuh
  • Semua mamalia buta warna kecuali manusia dan monyet
  • Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tetapi boleh berenang
  • Kambing mempunyai kelopak mata berbentuk segi empat
  • Tanduk badak terhasil daripada bulunya yang mengeras
  • Landak mempunyai bentuk jari yang mirip manusia
  • Kuda nil kentut melalui mulut
  • Jika kita kehilangan sebelah mata, kita akan kehilangan 1/5 daripada penglihatan dan kehilangan seluruh persepsi bagi kedalaman sesuatu objek
  • Berdiri lama tanpa membengkokkan lutut boleh membuatkan seseorang itu pengsan
  • YouTube didirikan pada bulan Febuari 2005 oleh 3 orang bekas kakitangan PayPal, iaitu Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim
  • Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal pemimpin
  • Kucing mengesan arah jalannya menggunakan misai
  • Helang boleh terbang selaju 99 km/j manakala merpati pula selaju 62 km/j

Wednesday 15 June 2011

Khan Academy


Khan Academy (KA) merupakan sebuah organisasi pendidikan amal yang bermula pada tahun 2006 oleh Salman Khan.. Misi KA adalah untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi untuk semua dan di mana-mana dengan menggunakan platform YouTube; Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 2200 video yang meliputi pelbagai bidang termasuk matematik, sains, biologi, kimia, sejarah dsb sedangkan beliau bukan seorang guru atau graduan dari sekolah pendidikan.. Populariti video yang dihasilkan membuatkan beliau berhenti kerja dalam bidang ekonomi pada tahun 2009 dan memfokuskan ke arah akademik.. Organisasi ini menerima pelbagai sumbangan daripada Google, Bill & Melinda Gates Foundation dsb.. 


Salman Khan
Salman Khan telah dilahir dan dibesarkan di US; ayah beliau berasal daripada Bangladesh manakala ibu beliau pula berasal daripada India.. Beliau mempunyai 3 sarjana muda daripada MIT dalam bidang matematik, kejuruteraan elektrik dan sains komputer, serta ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer.. Beliau juga memiliki MBA daripada Harvard Business School.. Segala-galanya bermula apabila sepupu beliau kerap meminta tolong menerangkan sesuatu mengenai matematik; asalnya beliau membuat video secara sengaja sebagai sokongan namun sepupu beliau secara jujur menyukai video yang beliau hasilkan melebihi dari cara beliau mengajar secara terus (笑)

With so little effort on my own part, I can empower an unlimited amount of people for all time. I can't imagine a better use of my time 
- Salman Khan


Visi
Meskipun kesemua video dihasilkan oleh Salman Khan, KA mempunyai kumpulan yang bertanggungjawab membuat software dsb.. Menariknya ialah beberapa guru turut menggunakan video tersebut ketika mengajar murid di dalam kelas.. Malah ada guru yang menyuruh pelajar sendiri menonton video di rumah; di kelas mereka akan membincangkan kerja rumah bersama guru sambil berinteraksi antara pelajar lain.. Idea ini sememangnya menarik kerana secara tidak langsung, masa yang diluangkan guru bersama pelajar akan bertambah.. Software KA juga membolehkan guru menganalisa kemampuan seseorang pelajar menerusi soalan-soalan yang dijawab, video yang ditonton dsb.. Kita boleh faham mengapa Bill Gates sendiri mengatakan bahawa "Kita boleh melihat masa depan pendidikan menerusi kaedah ini~


p/s Bagi mengetahui lebih pasal KA, para pembaca dijemput menonton video dibawah.. ENJOY




Tuesday 14 June 2011

Carl Jenkinson


Arsenal telah membawa masuk pemain muda berpotensi daripada Charlton Athletic, Carl Jenkinson (CJ) sempena musim perpindahan pemain baru-baru ini.. CJ merupakan pemain pertama yang dimasuk oleh Arsene Wenger kedalam skuad Arsenal dan dijangkakan perpindahan pemain keluar dan masuk akan menjadi lebih rancak lagi selepas ini.. CJ dilahirkan pada tahun 1992, memulakan karier bersama Charlton Athletic pada tahun 2009, pernah dipinjamkan kepada Eastbourne Borough pada tahun 2010~ Bermain dalam posisi RB semasa bersama kelab lama; CJ mempunyai ketinggian 1.85 meter dan boleh bermain dalam mana-mana posisi! Menariknya ialah satu keluarga CJ merupakan peminat sejati Arsenal sekian lama~ Semoga CJ dapat membantu sedikit sebanyak dalam perjuangan Arsenal memburu piala pertama bermula musim depan..

Monday 13 June 2011

πλανήτης (Planetes)

Salah satu anime yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, Planetes merupakan sebuah anime yang berkisarkan tentang dunia masa hadapan pada tahun 2075.. Jalan cerita pula berkisarkan tentang satu pasukan pengutip sisa hasil daripada pertembungan satelit, stesen angkasa lepas, dan juga kapal angkasa lepas.. Anime yang diolah daripada 漫画 (Manga) ini turut menerima anugerah siri sains fiksyen terbaik.. Daripada gaya hidup seorang angkasawan, risiko berada di angkasa lepas, sehingga kepada krisis puak penentang diceritakan dengan penuh teliti dalam anime ini.. 


Teknologi angkasa lepas pada ketika itu dipelopori oleh negara maju jadi negara-negara miskin kian hidup melarat dan sering terlibat dalam kancah peperangan.. Operasi mencari tenaga semulajadi begitu meluas sehingga menyaksikan bulan dan beberapa planet sudah menjadi lokasi khusus dalam operasi cari gali.. Puak penentang yang menggelar diri mereka sebagai "Space Defence Front" menyelar negara-negara maju kerana mengeksploitasi angkasa lepas tanpa menyelesaikan krisis di bumi seperti jurang sosial dsb.. Agak kontroversi apabila menggunakan nama watak "Hakim Ashmead" sebagai salah seorang ketua pemberontak.. 


Penonton juga akan didedahkan dengan spesis "Lunarian" iaitu manusia yang dilahirkan dan dibesarkan di Bulan.. Konon nya Lunarian tidak boleh menjejakkan kaki di Bumi kerana perbezaan daya graviti boleh membuatkan tulang badan mereka retak.. Menariknya ialah Lunarian mempunyai ketinggian seperti orang dewasa meskipun usia kanak-kanak.. Persoalan betapa besarnya angkasa lepas turut diceritakan dalam Planetes dan pastinya penonton akan akur dengan jawapan yang diberikan~ Planetes juga terkenal dengan seni muzik yang begitu berkualiti tinggi dan mengayat hati..    


Sunday 12 June 2011

Pagong Workshop

11 June - KYOTO


Workshop ini dikendalikan oleh We Are One; sebuah pertubuhan yang mengumpulkan 留学生 (Foreign students) dan 外国人 (Foreigners) sekitar 関西 (Kansai) untuk melakukan aktiviti bersama-sama.. Pagong merupakan jenama sebuah kedai pakaian yang terletak di 京都 (Kyoto) dan 2 buah butik di luar negara; Thailand dan Singapore.. Dalam workshop kali ini, hanya 10 orang yang cepat mendaftar sahaja yang boleh turut-serta; ini adalah kerana keluasan kilang yang terlalu kecil untuk memuatkan orang ramai.. Workshop kali ini dijalankan di 本店 (Main shop) yang terletak berdekatan dengan 西院 (Saiin) dan bermula sekitar jam 1430..


Pagong bermaksud "Penyu" dalam bahasa tagalog; mengapa penyu? sebab nama Owner dia ialah 亀田 (KAMEda) yang juga bermaksud penyu dalam bahasa Jpon ;) Pada mulanya, kami didedahkan dengan teknik penyediaan cat tersebut yang merupakan gabungan warna dan gam.. Kemudian, kami ditunjukkan dengan teknik kerja dalam menghasilkan kain "batik".. Setiap orang dibenarkan "test run" terlebih dahulu sebelum maju ke "main event" iaitu menghasilkan kain batik sendiri mengikut corak yang telah dipilih.. Hanya 2 corak yang disediakan iaitu corak bunga dan corak setan.. 


Corak bunga memerlukan 5 peringkat untuk dihasilkan.. Kronologi penghasilan bunga tersebut boleh difahami melalui urutan gambar di atas.. Ia menggunakan sejenis papan khas yang bernama "Silk Screen" yang mana cat akan ditaburkan di atas papan tersebut; kemudian cat tersebut akan diratakan ke bawah.. Kaedah memegang papan getah untuk meratakan cat serta kekuatan yang diperlukan memainkan peranan penting dalam menghasilkan corak yang berkualiti tinggi.. Konon nya purata pekerja di situ mempunyai pengalaman 30 tahun malah yang paling tinggi pula 50 tahun! 


Owner begitu bermurah hati untuk menghantar hasil kerja kami setelah proses pengeringan selesai yang dijangkakan mengambil masa selama 2 minggu.. Setelah itu, kami dibawa ke sebuah bilik untuk sesi Q&A.. Bilik tersebut menggantungkan pelbagai jenis barangan dan poster Pagong; apabila ditanya tentang produk terbaru, Owner yang juga merupakan designer Pagong menjelaskan penggunaan warna "Glow in the Dark" pada barangan; mendapat ilham setelah kematian salah seorang pekerja nya pada tahun lepas yang dilanggar kereta pada waktu malam.. Majlis bersurai sekitar jam 1630~


p/s Pagong pernah memiliki butik di Malaysia namun terpaksa di tutup beberapa tahun yang lepas kerana tidak laku -_-"  Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini

*EDIT*
Alhamdulillah, hanya seminggu sahaja yang diambil untuk hantar siap hasilnya.. Bukan sahaja kos penghantaran ditanggung, malah siap diletakkan sekali sekeping gambar ketika ak sedang melakukan kerja ;) Berikut merupakan hasil kerja ak~ ;) Hmm.. nak gunakan dekat mana ek? Ataupon nak kasi orang?

Friday 10 June 2011

Qasidah Burda


Qasidah Burda merupakan himpunan puisi yang memuji junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.. Maksud asalnya ialah "The Poem of the Cloak".. Puisi ini telah ditulis oleh Imam al-Busiri pada kurun ke-11 yang mana pada ketika itu, menghimpunkan ilmu tentang Nabi SAW begitu giat dijalankan di dalam budaya Islam.. Di katakan puisi ini juga mengubati penyakit lumpuh yang menimpa al-Busiri sewaktu bangun daripada tidur pada suatu hari.. Puisi ini juga ditulis ketika sedang sakit yang mana al-Basiri mendakwa berjumpa Nabi SAW dalam mimpi; baginda memberikan jubahnya kepada al-Basiri dan apabila terjaga, al-Basiri sudah pulih daripada penyakit yang dihidapi.. Cerita selanjutnya boleh didapati melalui sini~ Qasidah ini dihimpunkan dalam 10 jilid dan mempunyai 160 ayat.. Qasidah ini dipopularkan oleh Muhammad al-Husyaan yang menjadikan dalam bentuk nasyid yang pendek dan ringkas~

p/s Nasyid ini begitu unik sehingga pendengar tidak akan jemu biarpun dipasang berkali-kali..




Lyrics
Translation

Mawlaya Salli Wassalim da-Iman Abadan
Ala Habi Bika Khairil Khalqi Kulli’mi 
[x2 (WHOLE VERSE)]

Muhammadun Sayyidul Kawnayni Wa-Thaqalain [x2]
Wal-Fareeqaini Min Urbin Wa Min-Ajami
[CHORUS]

Huzita Fil Lahilam Tuhzam Wa-Lam Tahimi [x2]
Hataa Ghuwadad Ummatal Islami Fi’nujoomi
[CHORUS]

Habiballah Rasoolallah Imam-al Mursaleen [x2]

Saraytan Haramin Laylan Ila Haramin
Kama Saral Badru Fi’tajin Mina’zulamin 
[x2 (WHOLE VERSE)]

Wa-bitatan Qa’ila Anil Tamin’zilatan [x2]
Min Qami’qaw Sayinal Tudrak Wa-lam Turami


Mawlaya..
My Lord…my pray and greet always..
Upon your beloved…the best among all humans
Muhammad…
the master of both worlds
and both teams of arabs and non-arabs
You, Muhammad…
You have been hurt and bothered in Allah sake..
You never lost and gave up
And now (until) Islam Ummah (population) is in the Star
You traveled from one place to another..
As the moon travels in the dark
And you continued to rise until you gain a high position


copied from link 

Thursday 9 June 2011

送別会 (Farewell party)

3 Jun - OSAKA

送別会 (Farewell party) telah diadakan di sebuah kedai berhampiran 近大 (Kinki U) bagi meraikan keberangkatan Syahril 先生 yang bakal pulang ke tanah air keesokan harinya.. Difahamkan kedatangan Syahril 先生 keseorangan kali ini adalah bagi menghadiri 学会 (Conference) selama 5 hari bertempat di 名古屋 (Nagoya).. Sebelum itu, sebuah majlis kecil turut diadakan di "dewan kecil" pelajar RITS ber-menu-kan RAJU.. 送別会 kali ini agak asing bagi ak kerana bayaran yang agak murah (1500円) siap 飲み放題 (Free drinks) pastu dibenarkan goreng ayam di dalam bilik! Servis yang disediakan juga begitu mantap; pelbagai juadah sampingan turut termasuk dalam harga yang disediakan.. Malam itu, dok borak sakan dengan 先生 pasal AP dll sampai tidak sedar jam menunjukkan jam 0330!  


p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

Tuesday 7 June 2011

Buddha

Pendekatan medium 漫画 (Manga) dalam memudahkan pemahaman orang lain bukan suatu perkara yang ganjil dalam masyarakat Jpon sehingga berjaya menarik minat orang ramai tanpa mengira usia.. Pelbagai genre buku daripada sejarah, matematik, geografi, malah topik agama juga boleh didapati dalam bentuk 漫画! Konsep hiburan disamping mendapat ilmu bermanfaat boleh dikatakan asas dalam masyarakat Jpon kerana artis @ pelawak sering dihimpunkan dengan para akademik dalam satu rancangan TV bercorak informasi..    

漫画 Buddha merupakan salah satu hasil karya Osamu Tezuka yang agak terkenal kerana menceritakan kisah hidup Buddha dari perspektif yang agak unik.. Ia mempunyai 8 jilid dan telah dilukis bermula tahun 1972 sehingga tahun 1983.. Agama @ ajaran Buddha merupakan salah satu ajaran yang terkenal di Asia dan dikhabarkan mula berkembang sejak abad ke 6~4 BC.. Ajaran ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama, atau lebih dikenali sebagai Buddha (The Awakened One)~ Pengikut ajaran Buddha pada masa kini dilaporkan melebihi 1 bilion dan Jpon juga boleh dikatakan mempunyai pengikut Buddha paling ramai.. 


Menurut 漫画 ini, Siddhartha dilahirkan di sebuah tempat bernama Lumbini (kini Nepal) sekitar tahun 563 BCE dan dibesarkan di Kapilavastu.. Ibu bapa Siddhartha merupakan raja bagi negeri tersebut dan di khabarkan mereka telah mendapat mimpi konon nya Siddhartha itu bakal menjadi "Raja Dunia" suatu hari nanti.. Perwatakan Siddhartha dilaporkan berbeza berbanding orang lain di mana ketika kecil, dia tidak berminat dengan senjata dan menguasai ilmu mempertahankan diri.. Malah Siddhartha juga mempunyai tubuh badan yang lemah jadi lebih gemar kepada bidang falsafah.. 


Hidup dikalangan masyarakat yang mengamalkan sistem kasta, Siddhartha berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem tersebut memandangkan mereka semua adalah manusia yang dilahirkan dengan cara yang sama.. Dipendekkan cerita, Siddhartha melarikan diri daripada Istana dan memilih untuk menjadi seorang pertapa meskipun sudah berkahwin dan mempunyai anak di dalam kandungan isterinya.. Sepanjang tempoh pertapaan, Siddhartha mengenal pelbagai jenis pertapa yang kebanyakannya berfikir cara yang sesuai untuk membersihkan jiwa ialah dengan menyeksa diri.. 


Pelbagai jenis pertapaan yang telah Siddhartha sendiri lalui dan alami bertahun-tahun sehinggalah dia memilih untuk bertapa mengikut caranya tersendiri.. Hasilnya "wahyu" itu datang ketika dia sedang duduk di bawak sebuah pokok Bodhi.. Brahman memunculkan diri dan meletakkan tanda di dahi Siddhartha sebagai tanda "kesedaran" lantas memberikan nama samaran "Buddha" kepada Siddhartha.. Setelah itu, Buddha mula meluaskan ajarannya ke setiap tempat dan menambah pengikut setiap kali Buddha singgah ke suatu kawasan.. Dalam 漫画, Buddha dikatakan mempunyai kuasa misteri yang boleh berinteraksi dengan jiwa seseorang termasuk binatang.. 

Jalan cerita 漫画 begitu menarik kerana menunjukkan bagaimana Buddha meluaskan pengaruh ke suatu kawasan, kemudian reaksi pengikut yang berpecah-belah setelah Buddha maju ke negeri yang lain, bagaimana pengikut terawal Buddha sendiri mengendahkan ajaran semata-mata ingin melunaskan dendam yang tersimpan sejak lama, gambaran mengenai kerajaan awal India dsb.. Malah "pengikut" Buddha sendiri ada yang merancang untuk membunuhnya kerana sifat benci.. 


Ajaran Buddha
Buddha mengajar bahawa setiap benda hidup (manusia, binatang, tumbuhan) di dunia ini mempunyai ikatan antara satu sama lain.. Dunia ini berfungsi kerana setiap benda hidup itu saling bantu-membantu antara satu sama lain.. Jika seseorang itu berbelas kasihan dengan sesuatu, maka sesuatu itu akan membantu orang itu sebagai balasan.. Buddha juga mengajar supaya mengamalkan cara hidup yang betul dan bermoral.. Berikut merupakan "rukun" Buddha:


  • Buddha - The teachings of heaven
  • Dharma - The teachings of truth
  • Sangha - The gatherings of righteous

Sesungguhnya setiap ajaran itu mempunyai pelbagai "mazhab" dan hal yang sama juga boleh didapati dalam ajaran Buddha.. Ada pendapat yang mengatakan Buddha itu sendiri jelmaan tuhan dan ada juga yang mengaggap Buddha itu sebagai "Nabi".. Dalam 漫画, Buddha menemukan jawapan kepada segala persoalan tentang kehidupan apabila melihat senyuman pada muka seorang pesakit; konon nya senyuman pesakit itu seperti senyuman Tuhan dan kesimpulannya setiap manusia boleh menjadi Tuhan?.. Buddha dikatakan mati dalam keadaan berbaring secara mengiring setelah "menyempurnakan" tugasnya pada sekitar tahun 483 BC..     



p/s Hari Wesak merupakan salah satu hari istimewa bagi penganut Buddha di Malaysia.. Bagi sesiapa yang berminat untuk membaca 漫画 Buddha, boleh melihat melalui sini~

Sunday 5 June 2011

就活終了 (End of job hunting)

Penerimaan 内定 (Informal decision) daripada syarikat 富士古河E&C tempoh hari sekaligus menamatkan aktiviti 就職活動 (Job hunting) ak di Jpon pada tahun ini meskipun masih ada beberapa syarikat yang ak belum pergi untuk 面接 (Interview).. Entri kali ini ak ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman ketika 就職活動 bermula daripada awal sehingga ke akhir.. Ak telah menghantar 6 エントリシート (Entry sheet) setelah berpuas-hati dengan penerangan yang diberikan ketika 会社説明会 (Job fair).. Berikut merupakan nama syarikat mengikut kronologi:-


京セラ (KYOCERA)
Dalam 6 エントリシート yang telah ak hantar, 京セラ punya mungkin paling leceh walaupun hanya 4 soalan yang ditanya.. Biasanya kita hanya perlu menulis sekitar 100~300 patah perkataan bagi setiap soalan yang ditanya, tapi bagi 京セラ, calon perlu menulis sehingga 500 patah perkataan! Pening juga apabila disuruh ceritakan mengenai kesilapan terbesar dalam hidup sebanyak 500 patah perkataan.. Teringin nak dapatkan 一次選考 (First selection) dalam 英語 (English), tapi malangnya dah penuh -_-" Memandangkan 面接 京セラ paling awal, kurangnya persediaan mungkin punca utama ak tidak dipanggil untuk 二次選考 ;)

オムロン (OMRON)
Salah satu syarikat terbesar di Jpon, semestinya ramai yang memohon untuk memasuki syarikat ini.. Ak bertuah kerana terpilih untuk menghadiri 説明会 syarikat yang paling lama dalam banyak-banyak syarikat yang ak pergi.. Siap bawa naik bas pergi ke pusat inovasi syarikat yang mengambil masa hampir 1 jam perjalanan! オムロン juga syarikat pertama yang melihatkan ak kecundang di 最終面接 (Final interview); Ak ditemu-ramah untuk kerja dengan ものづくり革新本部 dan ak meminta kerja dalam sektor 生産技術 (Industrial Engineering), tapi malangnya ak langsung tiada asas dalam sektor ini.. Malah visi yang ak beri langsung bercanggah dengan apa yang ingin dicapai oleh 本部 ini iaitu bukan mencipta mesin, tapi lebih kepada mencipta teknologi untuk membuat mesin! Ia mengambil masa hampir 2 minggu untuk memberitahu ak gagal di 最終面接 -_-"


関西ペイント (Kansai Paint)
Satu-satunya syarikat yang ak begitu menaruh harapan untuk masuk memandangkan adanya 留学生特別枠 (Special frame for foreign students) yang mana 留学生 akan bekerja selama 5 tahun di Jpon sebelum dihantar pulang ke negara asal untuk bekerja sebagai 幹部 (Manager)! Semangat gila bila dapat tahu syarikat ini terletak di Klang, begitu dekat dengan rumah ;) Ingatkan rezeki bila mendapati hanya ak sorang sahaja 留学生 ketika 一次選考 namun sebaliknya berlaku apabila ak kecundang di situ~ Punca kegagalan mungkin sebab 研究 (Research) ak tentang motor yang terlalu asing bagi syarikat yang menghasilkan cat, dan juga keinginan untuk pulang ke Malaysia terlalu menonjol ketika ditanyakan sebab ingin masuk ke syarikat itu -_-"

富士古河E&C
Jika bukan kerana 一次選考 syarikat 関西ペイント yang dijalankan di 神奈川県 (Kanagawa Pref.), ak mungkin tidak pergi ke 説明会 syarikat ini yang kebetulan berlangsung sehari selepas 一次選考 tersebut.. Ternyata pengalaman menghadapi 面接 daripada syarikat lain sedikit sebanyak membantu menenangkan emosi dalam memberikan jawapan yang terbaik ketika ditanya soalan.. Agak risau juga apabila ditanya level keISLAMan diri sewaktu 面接, namun Alhamdulillah, Allah sudah sediakan jalan untuk ak, jadi ak rasa senang sahaja mengikut jalan tersebut.. Tamat sahaja 最終面接, ak mendapat panggilan daripada 人事 (Human Affairs) yang memberitahu mereka berminat dengan ak dan meminta ak menghantar beberapa dokumen sebelum memberikan 内定~


SONY
Penghantaran エントリシート ke sesuatu syarikat adalah berlainan bergantung kepada syarikat itu sendiri.. Ada syarikat yang minta calon menghantar menggunakan pos, dan ada juga yang membenarkan calon menggunakan internet.. Servis yang disediakan oleh SONY mungkin paling gempak bagi ak sebab gambar pun boleh diupload! Ak sanggup ulang-alik キャリアセンタ (Career center) untuk meminta tolong semak エントリシート sebelum dihantar kepada SONY; cuma tertipu dengan Web Test yang dijalankan sejurus selepas menghantar エントリシート.. 

Ingatkan 適性検査 (Aptitude test) biasa, tak sangka pula ditanya soalan SPI yang memang mencabar minda.. Macam tak percaya bila mendapat email yang memberitahu ak layak untuk maju ke 一次選考 namun tarikhnya terpaksa ditunda sehingga ke hujung bulan 5 dek tsunami tempoh hari.. Waktu tu dah dapat 内定 daripada syarikat lain, teringin nak pergi saja-saja tapi memandangkan 交通費 (Transportation fee) pun tidak disediakan, malas aa~ (konon nya SONY tengah tiada duit buat masa ini dek isu sekuriti PSN baru-baru ini)

曙ブレーキ (Akebono Break)
Syarikat ini antara syarikat yang menyediakan 人事 di kalangan 外国人 (Foreigners) bagi memudahkan 留学生 berinteraksi mengenai kehidupan di syarikat.. Ini merupakan suatu tindakan yang bagus dan cuba langkah terbaik untuk PR syarikat kepada 留学生.. Layanan yang ak terima sewaktu menghadiri 説明会 syarikat ini juga terbaik memandangkan 人事 yang bertugas sempat bertegur sapa dan mengucapkan terima kasih kerana sanggup datang.. Walaupun layak untuk maju ke peringkat 一次選考, ak rasa berat hendak pergi memandangkan keputusan itu tiba selepas berita 内定 itu sampai.. Malah 交通費 juga tidak disediakan kendatipun tempat 面接 di 関東 (Kantou).. Gelabah gila bila mendapat panggilan daripada 人事 yang menggunakan telefon bimbit sendiri bertanyakan sebab mengapa ak tidak menempah tarikh 面接..


他社 (Other companies)
Selain syarikat yang dinyatakan di atas, ak juga ada menghantar プレエントリー(Pre-entry) ke beberapa buah syarikat tapi atas sebab malas nak tulis エントリーシート, ak 辞退 (Stop) awal (笑) Yang lecehnya ialah bila kita dah プレエントリー, setiap maklumat terbaru daripada syarikat itu tetap akan dihantar ke email kita -_-" 


適切なお断り方 (Best rejection)
Seeloknya calon memikirkan terlebih dahulu apa yang perlu diucapkan sekiranya mendapat panggilan daripada syarikat lain bertanyakan tentang situasi semasa.. Setelah puas menggeledah internet, ak mendapati ayat dibawah paling sesuai:

「他社から内定いただいたもので、今回は辞退させていただきます」

まとめ (Conclusion)
Alhamdulillah, tujuan asal ak membuat 就職活動 adalah untuk merasai pengalaman mencari pekerjaan di Jpon bersama rakan-rakan lab disamping membina keyakinan diri ketika menghadapi 面接.. Oleh demikian, ak hanya mengikuti kursus yang disediakan khas untuk 留学生 sahaja, malah syarikat yang dicari juga bercirikan global.. Pada awalnya memang begitu makan duit kerana perlu menghadiri 説明会 dsb, namun beruntung juga bila dapat melepasi 面接 lalu diberi wang tambang ke 関東; seronok naik 新幹線 (Bullet train) berkali-kali (leh kelentong cakap naik 新幹線 tapi sebenarnya naik bas)..  Daripada 10 pelajar M2 di lab, ak merupakan orang ketiga terawal yang mendapat 内定.. Buat masa kini, 5 orang masih lagi menjalankan 就職活動 dan kerap tiada di lab.. 


感想 (View)
Waktu awal-awal buat 就活, hampir semua kenalan memberitahu syarikat yang ak ingin masuk mesti berlumba-lumba nakkan ak hanya kerana 留学生, boleh bercakap 英語 (English) dan 日本語 (Japanese) dengan baik, dan juga rekod akademik yang kukuh.. Manusia, bila dah diperkatakan sampai begitu sekali, kian lupa diri, menghadapi dengan tenang jer sehinggalah mendapat keputusan 落ちた (Reject) yang pertama.. Waktu itu rasa macam dunia gelap gelita juga la lebih-lebih lagi 第一志望.. Berkat sokongan rakan sekeliling benar-benar membantu ak untuk bangun semula dan mencari jalan lain yang akhirnya dipertemukan dengan syarikat yang mungkin menepati kriteria ak..

Memandangkan 就職活動 ak telah tamat, supervisor dah mula memberikan pelbagai tugasan termasuk menyiapkan pelbagai data untuk dihantar ke 学会 (Conference).. Kesian juga pada beberapa member yang turut sama berduka dek gagal 第一志望 meskipun pernah buat インターンシップ (Internship) di syarikat terbabit.. Rezeki manusia tiada siapa yang tahu melainkan Dia.. 日本人 (Japanese) begitu cerewet dan berhati-hati ketika memilih syarikat kerana mereka akan bekerja di syarikat tersebut dalam 1 tempoh masa yang lama (sampai pencen).. Malah saingan untuk mendapat tempat juga tinggi lebih-lebih lagi kesan tsunami tempoh hari yang memaksa beberapa syarikat mengurangkan pengambilan pekerja baru..  

p/s Terbaca entri yang begitu menarik tentang tips menghadapi 面接 yang dikarang oleh UZAR (link)    

Saturday 4 June 2011

Edwin Starr


Edwin Starr boleh dikatakan antara personaliti paling berpengaruh melalui lagu "War (What Is It Good For?)" yang dinyanyikan beliau bagi memprotes perang Vietnam pada tahun 1970.. Starr telah berjaya mengangkat martabat genre "Soul" sehingga ke puncak apabila lagu "War" menjadi lagu paling laris di awal penerbitannya.. Malah kini, lagu ini tetap berkumandang setiap kali menyentuh isu perang.. Penulis buat pertama kali mendengar lagu ini dalam filem "Rush Hour" yang dibintangi oleh Jackie Chan.. Starr menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 61 tahun akibat serangan jantung.. Jika dihayati seni kata lagu tersebut, pendengar boleh faham mengapa lagu ini masih laku sehingga sekarang..



War!) 

((Hooh!)) 

Yeah! 

(What is it good for?) 

Absolutely (nothin'). 

Uh-ha, aah-ha. 



(War!) 

((Hooh!)) 

Yeah! 

(What is it good for?) 

Absolutley (nothin'). 

Say it again, y'all. 



(War!) 

((Hooh!)) 

Look out! 

(What is a good for?) 

Absolutely (nothin'). 

Listen to me, 



OHHHH! ((War!)) I despise, 

'Cause it means destruction of innocent lives, 

War means tears to thousands of mother's eyes, 

When their sons go to fight and lose their lives. 



I said WAR! 

((Hooh!)) 

Good God, y'all! 

(What is a good for?) 

Absolutely (nothin'). 

Say it again! 



(War!) 

(Hooh!)/Woh-woh woh-oh woh, Lord. 

(What is a good for?) 

Absolutely (nothin'). 

Listen to me! 



(War!) It ain't nothin' but a heartbreaker, 

(War!) Friend only to the undertaker. 

OHHH! War is an enemy to all mankind. 

The thought of war blows my mind. 

War has caused unrest within the younger generation. 

Induction then destruction. 
Who wants to die? 
OHHHH! 



((WAR!)) 

Good (hooh!) God, y'all! 

(What is a good for?) 

Absolutely (nothin'). 

Say it, say it, SAY IT! 



(WAR!) 

Uh (hooh!) huh, yeah. 

Hooh! 

[ Find more Lyrics on http://mp3lyrics.org/Tdeu ]

(What is a good for?) 

Absolutely (nothin'). 
Listen to me! 



(War!) It ain't nothin' but a heartbreaker. 

(War!) It's got one friend that's the undertaker. 

OHHHH! War has shattered many a young man's dreams, 

Made him disabled, bitter and mean. 

Life is much too short and precious, 

To spend fightin' wars these days. 
War can't give life, it can only take it away! 



OHHH, WAR! 

(Hooh!) 

Good God, y'all! 

(What is a good for?) 

Absolutely (nothin'). 

Say it again! 



(War!) 

Woh-(hooh!)-woh woh-oh woh, Lord. 

(What is a good for?) 

a-Absolutely (nothin'). 

Listen to me. 



(War!) It ain't nothin' but a heartbreaker. 

(War!) Friend only to the undertaker, wooh! 

Peace, love and understandin', tell me, 

Is there no place for them today? 

They say we must fight to keep our freedom, 

But Lord knows there's got to be a better way. 



OHHHH, WAR! 

(Hooh!) 

Good God, y'all! 

(What is a good for?) 

You tell me! 

Say it, say it, say it, saaaay it! 



(War!) 

Good (hooh!) God, now! 

[Fade.] 

Hooh! 

(What is a good for?) 

Stand up and shout it, (NOTHIN')! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC