Followers

Monday 13 June 2011

πλανήτης (Planetes)

Salah satu anime yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, Planetes merupakan sebuah anime yang berkisarkan tentang dunia masa hadapan pada tahun 2075.. Jalan cerita pula berkisarkan tentang satu pasukan pengutip sisa hasil daripada pertembungan satelit, stesen angkasa lepas, dan juga kapal angkasa lepas.. Anime yang diolah daripada 漫画 (Manga) ini turut menerima anugerah siri sains fiksyen terbaik.. Daripada gaya hidup seorang angkasawan, risiko berada di angkasa lepas, sehingga kepada krisis puak penentang diceritakan dengan penuh teliti dalam anime ini.. 


Teknologi angkasa lepas pada ketika itu dipelopori oleh negara maju jadi negara-negara miskin kian hidup melarat dan sering terlibat dalam kancah peperangan.. Operasi mencari tenaga semulajadi begitu meluas sehingga menyaksikan bulan dan beberapa planet sudah menjadi lokasi khusus dalam operasi cari gali.. Puak penentang yang menggelar diri mereka sebagai "Space Defence Front" menyelar negara-negara maju kerana mengeksploitasi angkasa lepas tanpa menyelesaikan krisis di bumi seperti jurang sosial dsb.. Agak kontroversi apabila menggunakan nama watak "Hakim Ashmead" sebagai salah seorang ketua pemberontak.. 


Penonton juga akan didedahkan dengan spesis "Lunarian" iaitu manusia yang dilahirkan dan dibesarkan di Bulan.. Konon nya Lunarian tidak boleh menjejakkan kaki di Bumi kerana perbezaan daya graviti boleh membuatkan tulang badan mereka retak.. Menariknya ialah Lunarian mempunyai ketinggian seperti orang dewasa meskipun usia kanak-kanak.. Persoalan betapa besarnya angkasa lepas turut diceritakan dalam Planetes dan pastinya penonton akan akur dengan jawapan yang diberikan~ Planetes juga terkenal dengan seni muzik yang begitu berkualiti tinggi dan mengayat hati..    


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC