Followers

Wednesday, 29 June 2011

Japanese Paper Doll Workshop

26 June - KYOTO

Hasil tanganku ;)

Kebosanan pada hujung minggu di isi dengan mengikuti workshop membuat patung kertas Jpon yang dikendalikan oleh We Are One Kansai bertempat di 旅cafe おでかけ日和~ Mujur keluarga angkat ak turut-sama berminat untuk menghadiri workshop ini yang mengenakan harga 2000円 termasuk servis air.. Event bermula sekitar jam 1500; 先生 (Teacher) yang dijemput merupakan salah seorang yang berpengalaman dalam membuat patung kertas dan beberapa anak patung tradisional Jpon.. Pada awalnya kami diberi pilihan untuk memilih jenis corak kimono; 2 jenis corak diperlukan untuk menghasilkan patung kimono.. Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya sempat menghasilkan 2 jenis patung kertas iaitu kimono biasa dan juga kimono yang dikenakan ketika perkahwinan.. Langkah menghasilkan patung kertas adalah seperti gambar dibawah~

Credit to Sadao

Perempuan Jpon mengenakan 角隠し (Tsunokakushi) ketika perkahwinan yang menutup bahagian atas kepala; kononnya bagi menutup "tanduk" yang melambangkan ego, cemburu, "keganasan" orang perempuan; maksud lain pula ialah perempuan tersebut akan bertukar menjadi seorang yang taat selepas berkahwin ;) Kebetulan 先生 ada menjual patung kertas jenis lain pada harga 100円; teringin nak buat sendiri tapi kesuntukan masa membuatkan ak sanggup membeli 2 jenis sebagai kenangan ~ Dalam perjalanan pulang, pertama kali singgah di RITS kampus Suzaku yang terletak berdekatan 二条駅 (Nijo Station).. Di bina pada tahun 2006, kampus ini hanya untuk pelajar sarjana bidang bisnes~ Interior design kampus ini macam dalam hotel! RITS mempunyai 4 kampus di sekitar 関西; paling terbaru ialah di 大阪.. Lepas ini teringin nak ziarah RITS Asia Pacific University di 九州 (Kyusyu) ;)


p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC