Followers

Friday 24 December 2010

静電気 (Electrostatic)


Bila tiba 冬季 (Winter), satu benda yang kerap berlaku ialah berlaku 'renjatan letrik' acap kali menyentuh tombol pintu, pili air dsb.. 静電気 terhasil apabila berlaku geseran daripada kain dsb, letrik tersebut akan tersimpan di dalam badan manusia yang ibarat sebuah コンデンサ (Condenser) sehingga ke satu tahap; apabila kita menyentuh besi yang mudah mengalirkan arus letrik, letrik yang tersimpan akan terus 放電 (Discharge) daripada badan dan sebab tuh lah berbunyi "Bachik" (笑) Tapi kalo setakat geseran kain jer, waktu 夏 (Summer) cam kt Malaysia pon sepatut nyer berlaku gak.. Sebenarnya ada 3 perkara yang menghasilkan 静電気 iaitu...

  • Udara yang kering
  • Suhu rendah
  • Jenis kain yang mudah menghasilkan geseran

Ketiga2 perkara tersebut ada sewaktu 冬季 membuatkan 静電気 kerap terhasil.. Penggunaan 加湿器 (Humidifier) dan 暖房 (Heater) merupakan antara langkah yang boleh diambil bagi membendung penghasilan 静電気.. 加湿器 boleh meningkatkan 湿度 (Level of humidity) di dalam bilik manakala 暖房 akan meningkatkan suhu bilik.. Mengetahui jenis kain yang dipakai juga merupakan langkah yang boleh diambil; tahukah anda ciri2 kain yang mudah menyimpan cas positif dan negatif? Sila rujuk gambarajah di bawah ntk penerangan lanjut.. Oleh itu, dengan mengelak memakai pakaian2 yang mempunyai kadar elektrifikasi yang tinggi boleh menghalang penghasilan 静電気=)


Daripada kiri: Wool, Nylon, Rayon, Silk, Cotton, Hemp, Grass?, Polyester, Acryl, Vinyl chloride

Jika tidak mampu @ malas menggunakan apa yang tersenarai di atas, antara langkah yang boleh diambil ialah dengan menyentuh daun yang mempunyai bulu dahulu sebelum memegang tombol pintu.. Ini adalah kerana, bulu yang terdapat di daun tersebut juga beraksi sebagai 放電器~ Konon nyer lagi banyak bulu pada daun tersebut lagi bagus ;p Kalo nih pon xleh gak, perkara terakhir yang boleh dilakukan ialah dengan menyentuh dengan semua jari daripada 1 jari sahaja.. Ini adalah kerana kalo sentuh dengan 1 jari jer, arus letrik daripada badan akan mengalir daripada jari tersebut; keluasan jari yang kecil boleh membuatkan rasa sakit kerana arus tertumpu di bahagian tersebut.. Jadi langkah yang selamat ialah dengan menggunakan keluasan sentuhan yang besar seperti tapak tangan dsb.. 


Source: link

7 comments:

  1. btol4x...
    kalau musim sejuk selalu kene kenjatan nie
    anis paggil nie..
    letrik short sesaat..
    sbb die rase sekejjap je kan..
    haha

    ReplyDelete
  2. haha.. siap ada nama tuh..
    x pernah rasa di Malaysia, tp kt Jpon kerap giler kadang2 sampai takut nk sentuh benda2 besi.. -_-"

    ReplyDelete
  3. tak penah kene lak..
    atau aku yang tak perasan..

    ReplyDelete
  4. patut ler kekadang terasa macam ada kejutan bila pegang tombol besi

    ReplyDelete
  5. Salam..

    owh...baru tau nih..

    Ni kunjungan pertama saya..

    ReplyDelete
  6. di malaysia memang tak terasa sebab humidity yg lebih lembab berbanding jepun. kalau rasa ngilu pegang guna saputangan je la dulu..he..he..

    ReplyDelete
  7. eh.. humidity Malaysia lagi lembap ke? hee~~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC