Followers

Wednesday 22 December 2010

歯科 (Dentistry)

20 Disember - KUSATSU

Orang yang paling ak cuak skali nk jumpa ialah 歯医者 (Dentist) meskipun keluarga ak ramai kot berkerjaya begini termasuk abang kandung sendiri.. Sejak sekolah rendah, bila ada jer spot-check gigi, ak mesti akan "terpilih" ntk tujuan pemeriksaan lanjutan a.k.a ada gigi yang nk kene tampal.. Semua nih gara2 sikap pemalas nk gosok gigi waktu kecik2 dulu dan tabiat suka makan manisan sampai skang (笑) Oleh kerana x sempat nk ke klinik gigi waktu di Malaysia tempoh hari, ak terpaksa memberanikan diri ntk berjumpa doktor gigi di Jpon walaupon dah tau bayaran yang akan dikenakan kompem melampau2.. Mujur kawasan ak ada banyak klinik gigi malah jarak dari umah skang pon x sampai 3 minit naik basikal.. Ini juga merupakan kali pertama ak memasuki klinik dan menggunakan 保険 (Insurance) sepanjang berada di Jpon~ Perkara pertama skali yang diminta oleh penjaga kaunter ialah 保険; dan seterusnya ak diminta mengisi sedikit butiran peribadi dan 調査 (Survey) mengenai berapa kali ak gosok gigi dalam sehari, ada penyakit lain x dsb..

Mesin X-ray di klinik pergigian.. 

1 jam lebih gak kene menunggu giliran meskipun ak datang lagi awal daripada orang lain; tp nak buat camne, depa sumer dah 予約 (Booking) siap2 sebelum datang klinik -_-" Bila dipanggil masuk, ak dibawa ke sebuah bilik ntk diambil gambar X-ray bahagian gigi o_0 Maju giler mesin nih sampai hasil dia boleh menunjukkan gigi yang bertampal dan gigi asal.. Pastu ak diberitahu berita buruk tentang bilangan gigi yang rosak dan memerlukan rawatan secepat yang mungkin; padahal datang semata2 ntk tampal gigi yang berlubang jer -_-" Bila bincang tentang jumlah harga yang bakal di caj jika buat semua skali, kemungkinan besar melebihi 2万円 (RM 800++) (畜生) Tampal kecik pon dah kene 3640円 (RM 136), padahal abang ak cakap kt Malaysia dalam sekitar RM70++ jer.. Jumlah sebenar kompem lebih sebab 70% ditanggung oleh 保険! Nampak gaya kene terima gak rawatan gigi lepas nih sebab nk tunggu balik Malaysia x tau lagi bila.. -_-"



p/s Marah diri sendiri sebab pemalas nk gosok gigi waktu kecik2 dulu -_-" 

4 comments:

  1. hahah
    kkalau dulu kan ade report card gigi kan~ anis selalu mintak ayah anis tanda untuk yang "tidak mengizinkan"

    siyes tak suke dr gigi skola..sgt kasar dan garang

    lepas nie rajin2 laa gosok gigi yerr~~ huhu

    ReplyDelete
  2. eh.. ada ruangan tuh ek kt report card?? argh, apsal baru tau skang -_-"

    ReplyDelete
  3. ha..ha.. memang le ada ruangan tu. dah jadi parents nanti mesti tau. akak tak kisah jumpa dentist. sekarang rajin lak kunyah dentin (chewing gum) sambil drive. saja exercise mulut, otak & cuci mulut.

    ReplyDelete
  4. huhu.. gigi yang banyak bertampal tidak disyorkan makan chewing gum sebab nanti dikhuatiri akan menarik apa yg ditampal tuh.. kui3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC