Followers

Saturday, 11 December 2010

KLIMS 2010

6 Disember - KL


Jika tahun lepas ak berpeluang menghadiri Osaka Motor Show yang diadakan 2 tahun sekali (kot) di 大阪 (Osaka), tahun nih pula kebetulan Malaysia mengadakan International Motor Show yang sama dengan tumpuan lebih kepada produk tempatan seperti Proton dan Perodua.. Agak terkejut gak bila 先生 (Supervisor) terus bersetuju bila diajak ntk pergi; mungkin sebab alang2 PWTC hanya disebelah bangunan hotel jer kot.. Tambang tiket bagi pelajar ialah RM5 dan pengunjung biasa ialah RM10.. Seronok 先生 ak bila ada sedikit perkataan Jpon yang tertera pada kereta yang dipamerkan; pertama kali gak kot ak betul2 mengambil perhatian dalam enjin 電気自動車 (Electric Vehicle) dah alang2 buat 研究 (Research) yang menyentuh benda yang sama.. Ingatkan kt Jpon jer yg pengunjung dok tergila2kan model wanita, skali kt Malaysia pon 2x5 gak ;) 


Part yang paling xleh blah bila sampai booth Proton ialah 先生 ak secara direct cakap reka bentuk Proton Tuah 古い (Old)~ Jika dilihat reka-bentuk kereta baru keluaran jenama Jpon kebanyakan cantik dan berkonsep baru (笑) Kagum dengan robot Bumblebee bersaiz gergasi dipamerkan di KLIMS nih; kt Osaka nyer dulu hanya saiz ak jer.. Pastu siap ada kereta batman tuh~ Malas nk beratur ntk bergambar kerana panjang sangat.. Free gift yang disediakan memang x dilepaskan= さっすが orang Jpon, sepanjang ak bawak 先生 pusing2 Motor Show, mulut dia x abis2 dok ceritakan perbandingan dengan kereta Jpon yang konon nyer lebih tahan lama (笑) Mungkin sebab bawak 先生 kali nih membuatkan kitorang selesai usha hampir semua kereta yang dipamerkan dalam masa 2 jam jer; kalo yang Osaka nyer dari pagi sampai ke petang :p 

Bahagian yang ada kaitan dengan 研究 ak..

Senja tuh ak ajak 先生 pusing2 sekitar Chow Kitt dengan harapan dia leh beli お土産 (Souvenir); jalan kaki jer dari stesen PWTC, walaupon petang tuh hujan sket.. Kemut giler 先生 sampai dok cari barang2 murah jer.. (笑) お土産 yang dibeli pon berbentuk coklat murah~ Sebelum beli ape2 dia akan 計算 (Calculate) harga yang disebut penjual dalam bentuk 円 (Yen) dan cuba buat perbandingan.. Singgah pasaraya konon nyer nk beli buah ntk bawak balik Jpon, last2 sangkut kt keju lapis yang konon nyer lebih murah -_-" Sebelum balik kitorang singgah jap di kedai mamak sebab ak sengaja nk kasi 先生 makan roti canai; xleh blah dia makan pakai sudu ngan garfu pastu dok puji sebab murah giler ;p


4 comments:

  1. fa pun pergi gak klims ni thn lepas. erm... tak semenarik yang diharapkan. ada blogger yg belajar di jepun kata motorshow versi jepun lebih menarik. btl ke?

    ReplyDelete
  2. semestinya yang Jpon nyer lagi best~ sebab kereta yang dipamerkan lagi banyak, pastu model2 dia lagi "ummph!" kot.. kui3

    ReplyDelete
  3. tinginnya nak tengok jepon real2. nape la mahal sgt. erm...

    ReplyDelete
  4. huhu.. Jpon memang best, tp sebenarnye bila dilihat dari jangka masa panjang.. Malaysia tetap terbaek..

    no country is perfect ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC