Followers

Sunday, 19 December 2010

3 in 1

18 Disember - KANSAI

中間発表 (Mid-Term Presentation)
Setiap pelajar Masters dikehendaki menyampaikan 中間発表 yakni melaporkan keadaan semasa 研究 (Research) yang dijalankan dihadapan beberapa orang 先生 (Lecturer) yang lain; 中間発表 hanya dijalankan sekali dan selepas nih para pelajar akan fokus kepada 就職活動 (Job Hunting) dan 修論発表 (Master's Presentation) pada awal tahun 2012.. Kelam-kabut gak beberapa hari sebelumnya kerana setiap sorang kene sediakan 47 salinan 資料 (Material) ringkas berkaitan apa yang ingin disampaikan pada hari terbabit.. 3 ahli lab termasuk ak akan menyampaikan 発表 (Presentation) dlm 英語 (English); Oleh kerana ak kene bertolak ke 大阪 (Osaka) secepat yang mungkin, ak menjadi トップバッター (Top batter) ntk 小松研 (Komatsu Lab); Rezeki kot jadi orang pertama apabila hanya 2 orang 先生 yang memunculkan diri pada pagi tuh (笑) 発表時間 (Presentation Time) ialah 15 minit seorang termasuk sesi soal jawab.. Kes ak ibarat ゼミ発表 jer sebab segala soalan yang diterima adalah daripada supervisor sendiri ;p Selesai jer 発表 sekitar jam 1015, ak terus cabut menuju ke 駅 (Railway station)~


就職フェア (Job Fair)
Kebetulan hari yang sama juga diadakan 留学生向け就職フェア (Job Fair for Foreign Students) bertempat di 梅田センタービル (Umeda Center Building).. Majlis bermula sekitar jam 1100; memang sah2 ak akan lewat tiba sebab dapat naik 電車 (Train) pon jam 1045.. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam; turun kt JR大阪 kene jalan kaki pergi ke banggunan tersebut dalam lebih kurang 10~15 minit.. Lapar giler perut waktu tuh tapi semangat nk 就職活動 nyer pasal, sanggup bergegas terus ke destinasi.. Sampai2 jer boleh plak staff yang bertugas suruh beratur dulu; konon nyer orang tengah ramai giler jadi diorang cuba kawal bilangan orang yang masuk mengikut masa.. Ak tiba jam 1200, dan staff bertugas bagitau kene beratur dulu dan dijangka leh masuk dalam jam 1300 o_0 Event nih agak 厳しい (Strict) gak sebab kene register awal2 ntk 参加 (Join),  pastu kene print hampir 30 salinan 訪問カード (Visitor's card) ntk diberikan kepada wakil 会社 (Company) yang hadir..


Bila dah diberitahu kene buat 30 salinan, mati2 ingat banyak la 会社 yang akan turut-serta.. Hampeh jer bila usha 会場案内図 (Guide Map), cuma 11 会社 jer yang tertulis -_-" Antara syarikat besar yang 参加 ialah Panasonic ngan Sharp= 説明会 ini lebih kepada penerangan tentang 会社 tersebut disamping memberikan maklumat tentang bilangan 留学生 yang ingin diambil pada tahun 2012.. Terkejut gak sebab ada 会社 yang x pernah amik 留学生 selama nih pon turut-serta; malah 会社 yang xde 外人 pon ada skali o_0 Paling kagum dengan penerangan wakil Sharp; baru tau Sharp banyak menghasilkan peralatan No.1 di dunia malah nama Sharp tuh turut diambil daripada シャープペンシル (Mechanical @ Sharp pencil) yang direka oleh 社長 (Manager) ketika tuh.. Setiap sesi 説明会 ialah sekitar 40 minit sehingga 1 jam; oleh kerana ak sampai pon lambat, x semua 会社 yang dapat ak lawati.. Paling xleh blah ialah ada 会社 yang langsung x mau kutip 訪問カード tuh -_-" 

Senarai 会社 yang ada..

Boleh tahan gak bilangan 留学生 yang turut-serta; majoriti pelajar B3 ngan M1.. ada juga segelintir pelajar D1 ngan D2 yang 参加 skali.. Sempat berkenalan dengan pelajar dari フランス (France) yang belajar bahasa di 神大 (Kobe University) ;) 訪問カード yang telah dihantar diibaratkan sebagai プレエントリ (Pre-Entry), jadi selepas nih kene tunggu maklum-balas daripada 会社 terbabit mengenai langkah seterusnya iaitu エントリ (Entry) dan 筆記試験 (Writing Examination)~ Leceh giler nk kene study SPI lepas nih -_-" Stay kt event tuh sehingga jam 1730; singgah jap di UNIQLO ntk usha HEATTECH yang dok bising2 kat CM.. Terkejut giler dengan ketebalan x seberapa tp konon nyer kalo pakai camtuh jer dah cukup! Alang2 tengah sale, ak angkat 2 helai terus~ Makan malam di Saizeria sebelum bertolak ke 淀屋橋駅 (Yodoyabashi Station) ntk event seterusnya.. 




大阪:光のルネサンス (Hikari Renaissance)
Pesta cahaya seringkali diadakan saban tahun di Jpon sekitar bulan 12; di 関西 (Kansai), 3 pesta cahaya terbesar diadakan di 京都 (Kyoto)、大阪、ngan 神戸 (Kobe).. Tahun lepas dah g 神戸 nyer, tahun nih x sempat g sebab balik Malaysia, mujur 大阪 nyer masih tengah buat jadi pelajar JAD sekitar 関西 plan event nih dan kebetulan jatuh pada hari yang sama ;) Sepatutnye berkumpul di 淀屋橋駅 sekitar jam 1830, tp cam biasa janji Melayu dan juga kesalahan teknikal yang x dapat dielakkan, berapa kerat jer yang sempat tiba sekitar jam 1945 ntk layan ウォールタペストリ (Wall Tapestry) pada sesi terakhir iaitu jam 2030.. Nasib baik sempat beratur sebab nih merupakan hari terakhir ia ditayangkan.. Tayangan sekitar 15 minit dan babak terakhir telah dirakamkan sebagai kenangan; boleh dilihat melalui video dibawah.. Suhu luar bawah 5℃ jadi agak sukar ntk ambil gambar -_-" 



p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

2 comments:

  1. shaarp pecil tuh dikire mechine jugak laa maknernyer yer..
    wow
    dr sekecik bender tuh smpai ke mesin basuh
    hebat ah org jepun!

    ReplyDelete
  2. hmm.. mesin kecik :p

    sebab tuh kerajaan melabur banyak dalam Dasar Pandang ke Timur..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC