Followers

Sunday, 12 December 2010

国立博物館 (National Museum)

7 Disember - KL


先生 (Supervisor) ak dok bising nk melawat 国立博物館 bila pertama kali ak tanya ada tempat yg dia nk g x sempena lawatan kali pertama dia di Malaysia.. Memandangkan hari tersebut merupakan hari cuti umum (Awal Muharam), ak risau2 gak tempat tuh tutup.. Tanye pekerja hotel konon nyer bukak dan dekat jer daripada hotel tuh, jadi alang2 duit 先生 masih banyak (笑), kitorang gerak menggunakan teksi dan jumlah yang perlu dibayar hampir RM20 meskipun hanya 15 minit perjalanan!! Malu gak sebagai rakyat Malaysia, ni merupakan kali pertama ak melawat 国立博物館 nih; caj tiket masuk ialah hanya RM2 jer; kalo kt luar negara, caj dia xleh blah.. 先生 ak lemah sket 英語 (English) jadi bila berhenti kepada satu artifak, dia akan amik masa yang begitu lama ntk membaca ape yg tertulis pada artifak ;) Rekaan dalaman muzium tuh juga agak lawa malah ak terkejut gak dengan bilangan pengunjung yang hadir termasuk 外人 (Foreigners) yang agak ramai.. 


Teringin nk tunjuk tentang apa yg telah Jpon lakukan sewaktu memerintah Tanah Melayu memandangkan ayah 先生 ak nih pon tentera Jpon.. Sayang apa yg dipertontonkan di situ hanyalah beskal buruk Jpon dan sedikit penerangan tentang tentera Jpon -_-" Berbeza giler dengan imej2 dan fakta berkaitan penaklukan Portugis dan Belanda... Suatu benda yang menarik perhatian ak ialah penjelasan ringkas tentang sejarah dan fakta; kalo benda nih diperkenalkan lebih awal kepada ak sejak sekolah rendah, mungkin ak akan lebih meminati subjek nih dari awal meskipun SPM dapat A1 (笑) Selesai pusing seluruh muzium dalam masa hampir 2 jam, kitorang jalan kaki menuju ke KL Sentral yang x jauh daripada muzium; Ummi sengaja buat makan2 ntk 先生 ak jadi kitorang naik KTM.. Waktu tuh juga 先生 ak leh rasa 特徴 (Peculiarity) rakyat Malaysia yang x reti nk beratur dan gelojoh sewaktu nk naik keretapi.. 先生 yang berusia 62 tahun, membawa beg besar sebab nk balik terus malam tuh tp sorang pon x bangun ntk berikan tempat duduk ntk dia.. -_-"


Flight dia adalah jam 2020, jadi kene gerak dari umah awal sket sekitar jam 1830.. Lucu gak lihat gelagat 先生 yang cube bercakap dalam 英語 bersama keluarga; kebetulan hari yang sama gak Ummi ajak ahli keluarga yang lain ntk makan2 sama ;p Hantar 先生 ke KLIA dan selamat tiba sekitar jam 1900.. Awalnye dia dah fobia lewat sampai terlepas flight membuatkan bukan main cuak lagi dia bile gerak dari umah jam 1830.. Paling xleh blah bila dapat email mintak ak tolong belikan 赤ワイン (Red wine) ntk dia bila ak pulang semula ke Jpon; kem salam!


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini...

3 comments:

  1. ooo..belajat kat jepun eh..bagus2..konniciwa..hehe=)

    ReplyDelete
  2. patut lebih sikit citer tentera jepun tu kan... akak rasa dia tau tu..

    ReplyDelete
  3. haha..
    memang dia tau..
    sampai berhajat nk buat pengumuman mintak maaf dalam muzium tuh atas keganasan tentera Jpon waktu WWII..

    xleh blah~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC