Followers

Friday 27 November 2009

Double Celebration


27 November - WORLD

Hari ni merupakan hari bermakna bagi seluruh umat Islam; tanggal 10 Zulhijjah merupakan tarikh tetap bagi sambutan Hari Raya Aidiladha~ tapi tarikh nih juga merupakan tarikh yg bermakna buat diri ku kerana pada tarikh yang sama 22 tahun lepas, ak telah dilahirkan ke muka bumi ciptaan Allah nih.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana usia ku telah dipanjangkan lagi ntk beribadah kepada-Nya.. hmm, pagi tadi ak berjaya bangun awal pagi (0945) ntk bersiap ke universiti ntk bersama2 pelajar Muslim mengerjakan ibadah solat sunat Aidiladha.. tahun lepas, ak hanye solat berseorangan ditemani malaikat kerana faktor masa dan kelas disamping tidak mengetahui ada nyer komuniti Islam di universiti.. Solat sunat di laksanakan sekitar jam 1045 dan kebanyakan 後輩 (jr) di 'paksa' ponteng kelas bagi membolehkan solat jemaah dilaksanakan.. buat julung2 kali pelajar muslimah dari Indonesia seramai 2 orang turut serta mengerjakan solat dalam bilik yg disediakan.. Terlebih dahulu Imam yg di 'import' daripada bangladesh memberikan taklimat mengenai cara pelaksanaan solat sunat mengikut mazhab hanafi? iaitu 3 kali takbirotul ihram pada rakaat pertama, dan 3 kali takbirotul ihram selepas bacaan surah pada rakaat kedua..

prayer room

Cara bacaan takbir raya diorang pon singkat jer, pastu x berlagu cam yg kitorang di ajar sejak kecil.. selesai solat sunat, kitorang di jamu dgn sedikit juadah yg disediakan oleh badan komuniti Islam Rits~ segan gak la sebab kitorang 9 orang tp sorang pon x sumbang makanan; datang bawak perut jer.. ;) Paling best bila salah sorang staff 国際課 (International Office) yg hadir pada sesi makan2 tuh bertanyakan kt sorang muslimah Indonesia.. "eh, awak pon Islam?? apsal x pernah nampak pon pakai TUDUNG??".. terkebil2 dia nk jawab persoalan tuh.. (x abis jawab terus lari.. -_-") Sementara menunggu waktu solat jumaat, kitorang isi perut betol2 di 食堂 (cafe) dgn menikmati juadah halal "Chicken Curry Rice" ditemani menu terbaru daging rendang?~ Selesai solat, tetiba 先生 (supervisor) ak call mintak tolong pasal バイト (part time).. hmm, ak pon kurang jelas pasal バイト nih so ak akan tulis lebih lanjut pada entri akan datang.. Nak kongsi insiden lawak giler waktu ak jadi TA ntk kelas CALL petang tadi.. Ntk sesi Q&A, sorang Jpon yg present topik berkenaan "homeless people" ditanye oleh lecturer dia, "What will you say to the homeless people if you meet them?" Mungkin mamat nih x paham soalan (tp x tanye balik -_-"), dia pon balas "Please give me money.." :-D


P/S Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan jangan lupa takbir raya sampai hari isnin setiap kali selesai solat fardhu 5 kali.. (27/11~30/11) Sila klik link di bawah bagi mereka2 yg mengucapkan selamat hari jadi ntk ku~

\(^o^)/ (link) \(^o^)/

5 comments:

  1. macam tau2 jer, nak klik kat kat bawah nih yer,..

    Otanjyoubi Omedetou~ (^_^)/ May Allah bless you always.

    ReplyDelete
  2. eh, sorry, tolong delete comment yg before nih yeah.

    Anyway Otanjyoubi Omedetou (^_^)/ May Allah bless you.

    ReplyDelete
  3. hepi bday...may Allah bless u~
    selamat mymbt aidiladha..

    ReplyDelete
  4. hepi bday...may Allah bless u~
    selamat mymbt aidiladha..

    ReplyDelete
  5. hepi besday saido.
    samat hari raye~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC