Followers

Saturday, 28 November 2009

PENYAKIT dan REZEKI

Sejak kembali daripada program AMIR Autumn Gathering hari Isnin yg lepas, 体調 (physical condition) ak x berapa baik= mungkin kerana transition daripada suhu rendah ala2 冬 (winter) di 琵琶湖 (Lake Biwa) kepada suhu 秋 (autumn) di 草津 (Kusatsu) dan sebab2 lain, keesokan pagi nyer (selasa), badan rasa lemah giler.. petang tuh ade ゼミ (seminar), walaupon bukan group ak yg kene 発表 (present), tp 一応 kene hadirkan diri gak ntk dengar 発表 daripada 先輩 (senior) dan juga ntk proses perbincangan ゼミ発表 group ak minggu berikutnye.. Melihatkan 顔色 (air muka) ak yg agak berlainan daripada biasa, boleh kata sumer member lab termasuk 先生 (supervisor) skali suruh ak balik tanpa menghadiri ゼミ tp alang2 ak dah sampai 大学 (universiti), ak gagahkan diri ntk dgr ゼミ sampai habis .. Seblom balik, semua pelajar undergraduate dalam lab dapat pendrive 4GB berserta correction tape berikutan baki elaun setiap lab di Rits?.. Rabu pagi paling 大変 bile kepala rasa bagai nk pecah.. tp hari ni pon kene gagahkan diri ntk g 大学 sebab tugas TA dan perbincangan ゼミ発表 group= satu hari ak dok pakai mask jer, sampaikan member2 lab skali lagi suruh ak balik sebab takut berjangkit.. (sensitif btol diorang nih..)


Seblom balik member2 lab bawak ak gi 保健室 (school infirmary) ntk sukat suhu badan.. first time ak masuk bilik nih, nasib baik x yah guna duit ntk sukat suhu ;p.. penyukat suhu dia agak macho kerana hanya perlu letak di bawah ketiak selama 2,3 minit.. last time ak sukat suhu waktu demam kt Malaysia dlu, doktor masih guna penyukat yg diletak bawah lidah kalo x silap.. (jarang sangat gi klinik~).. sorang member ak ni cakap, skang nih sumer pakai alat penyukat letak bawah ketiak sebab semua orang leh gune tanpa rasa geli, kalo pakai penyukat letak kt lidah.. ade yg cerewet nanti.. -_-" Semua hampa bile check balik suhu badan ak normal.. (笑) Malam plak ade バイト (part time) kt kilang Hiraoka.. mujur minggu nih setiap hari yg ak masuk ade partner iaitu 後輩 (jr) ;) Kalo2 ak tumbang ke time tgh 包装 (packing), sekurang2 nyer ade yg boleh uruskan~ Salah sorang pekerja Hiraoka bagitau, "Di Jpon, sesuatu teknik tidak di AJAR, tp di CURI.." (深イイ) Alhamdulillah, rezeki ak bertambah2 minggu nih bila dapat jadi TA selama 4 hari dan バイト di Hiraoka 3 hari berturut2..


Rasa nyer nilah first time ak demam ntk tahun nih.. apa yang ak perasan, bila kita dapat penyakit, inilah peluang yang paling baik ntk mendekatkan diri kepada tuhan~ kita akan berfikir mengapa itu dan ini disamping berdoa agar diri cepat sembuh.. Kalo sakit di Malaysia, ade ahli keluarga yg akan tolong jaga, tp bila berada di perantauan, waktu2 camnilah kita nak tau sape yg di gelar "rakan ketawa" dan "rakan sejati".. Selamat ak duduk umah 3 orang, sorang tuh ade stok ubat yg penuh~ kalo duduk sorang, memang enjoy tp time sakit~ innalillah= Mak ak selalu cakap, "Kadir nih kalo sakit, mesti lama nak sembuh sebab x suka makan sayur.. ;p".. Sedikit pengisian mengapa penyakit itu diturunkan..

Setiap manusia yang berada di muka bumi ini tidak terlepas dari ditimpa ujian dan kesakitan. Ujian tetap menimpa samada dia suka atau tidak, samada dia seoran ahli ibadah atau tidak, samada dia berjaga-jaga atau tidak, samada dia seorang Mukmin atau kafir, samada dia seorang Mukmin yang bertaqwa atau Mukmin yang asi. Ada tiga tujuan utama kenapa dan mengapa Allah timpakan penyakit pada seseorang itu:

  • Untuk Penghapusan Dosa, Pemberian Rahmat Dan Peningkatan Darjat

Sakit bukan sahaja menjadi bala tetapi juga rahmat dan kasih sayang Allah pada kita. Kalau kita berzikir, beristigfar, sembahyang dan sebagainya, belum tentu Allah terima amal tersebut. Oleh sebab itu sakit dan ujian yang ditimpakan, kalau dia berdosa, itu adalah penghapusan dosa. Kiranya dia tidak berdosa, itu akan jadi darjat atau pangkat untuknya di Akhirat kelak.

  • Penginsafan

Cara inilah Allah hendak insafkan seseorang itu. Selama ini apabila dengar kuliah agama, baca buku atau risalah agama tak boleh sedarkannya. Nak tunjuk ajar dan nasihat, dia marah. Tapi apabila ditimpa sakit, itulah didikan Allah padanya. Itulah "Rotan" Allah. Sebab itu ada sesetengah orang, dia insaf sewaktu ditimpa sakit. Insaf itu rahmat Allah. Dia sedar dan insaf bahawa hakikat sakitnya adalah kerana dosa-dosanya. "Aku ada dosa ni. Mudah-mudahan Allah ampun dosa aku". Dia sabar dan redha dengan ketentuan Allah itu. Kalau mati pada waktu itu, insyaAllah dia mati dalam keadaan baik. Di dunia lagi dia sudah diazab, sebelum di Akhirat. Kalau dia insaf, itulah rahmat untuknya. Macam kita pukul anak kerana main tepi kolam. Kita takut dia lemas. Kita pukul sikit. Bukan pukul membinasakan tapi pukul kerana sayangkan dia.

  • Kutukan Allah

Apabila Allah sudah marah atau kutuk pada seseorang itu, maka di azab-Nya di dunia lagi sebelum di Akhirat. Biasanya kalau ada hubungan dengan kutukan Allah, susah hendak baik (sembuh). Kadangkalanya mati pun dalam keadaan terhina. Biasanya tanda orang semacam ini, apabila ditimpa sakit, samada sudah sembuh atau sedang sakit, dia akan bertambah jahat. Bertambah lupa dengan Allah. Sakitnya membawa iman semakin rosak. Syariat juga semakin longgar. Barangkali dari sembahyang, jadi tak sembahyang. Kalaupun dia sembahyang, dia cuai dan lalai. Atau mungkin dia bertambah mengarut dan mencarut tidak tentu arah. Itulah kutukan Allah padanya. Kebanyakan kategori golongan ini, mereka mati dalam keadaan terhina.


copied from link

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC