18 July - 1st leg
Perlawanan yg begitu dinantikan oleh majoriti peminat MU di Malaysia tatkala tarikh 18 July; juara liga EPL 08/09 telah bersetuju ntk mengunjungi Malaysia buat kali ke-2 setelah berjaya pesta gol 6-0 pada tahun 2001.. tiket2 yg dijual awal menyaksikan stadium penuh bagaikan MU bermain di stadium sendiri~ peminat2 yg hadir turut mengiakan dugaan ak bila masing2 menggayakan jersi skuad kegemaran mereka~ ak x sempat nk menyaksikan perlawanan ni sebab バイト (part time) dan hanya dapat lihat highlight match di youtube.. terkejut gak keputusan perlawanan 3-2 yang mana skuad negara nyaris2 berjaya mengikat juara liga EPL hasil kesilapan penjaga gol MU.. jaringan pertama Owen sejak menyarung jersi MU pada 5 minit terakhir perlawanan ternyata mengecewakan peminat bola sepak negara dan juga pemain2; namun begitu impian mereka ntk menebus balik maruah negara sewaktu dimalukan tahun 2001 dlu telah BERJAYA terlaksana.. TAHNIAH! MALAYSIA BOLEH!
20 July - 2nd leg
Tragedi bom di Indonesia menyebabkan pihak pengurusan MU membatalkan perlawanan yg sudah dijadualkan bersama Indonesia XI dan digantikan dengan perlawanan rematch antara skuad negara~ jualan tiket yg mula di jual malam ahad lepas berjaya menarik beberapa peminat bola sepak khususnye penyokong2 MU ntk turut hadir meriahkan perlawanan~ match kali ni memang jelas nampak keletihan kedua2 skuad namun aksi yg dipersembahkan x hambar.. 2 gol awal MU pada separuh masa pertama membuatkan para hadirin dan yg menonton perlawanan merasakan mereka bakal menyaksikan pesta gol daripada juara liga EPL tersebut.. namun skuad Malaysia berjaya memberikan tentangan dan percubaan2 bahaya bagi 'cukupkan syarat' :p ~ perlawanan berkesudahan 2-0 hasil jaringan Machida dan Owen dalam 15 minit pertama perlawanan..
Sound Bites
- ak paling x boleh blah tgk penyokong2 MU terlalu mengagung2kan pasukan kegemaran mereka~ orang kata jangan nk campur adukkan politik dan sukan tp come on la.. kalo MU lawan kelab Malaysia lain citer; ni lawan negara beb~ kalo Arsenal lawan Malaysia XI sekalipun, ak tetap akan sokong Malaysia dgn memakai baju yg menggambarkan Malaysia~ Malaysia main 'home' tp pakai jersi 'away'; peminat2 tok sah cakap aa.. sah2 nk buatkan stadium bukit jalil tu ibarat old trafford..
- Stadium kecoh giler bila pemain bintang, Rooney bersiap nak masuk padang.. tp bila pemain2 Malaysia pula dilayan cam pemain biasa.. sedih siot~ ak x layan pon liga Malaysia tp sekurang2 nyer beri la semangat ntk skuad negara~ diorang bermain bukan ntk diri sendiri jer, ntk NEGARA MALAYSIA jugak~ kalo bukan rakyat yg menyokong, xkan nk harap fan yg benci MU yg sokong??
- ak memang x setuju MU buat rematch ngan Malaysia.. diorang patutnye teruskan perlawanan ngan Indonesia XI sebab Indonesia dah promote kaw2 pasal match nih.. diorang siap buat CM lagi ngan pemain2 terkenal MU bagi mempromosikan jelajah Asia MU nih.. ak harap MU dapatkan kotakan janji diorang ntk match Indonesia XI seblom diorang pulang semula ke England..
- ak agak kecewa kerana x dpt lihat Farderin (satu batch ngan ak masa kt teknik dlu) main malam tadi.. waktu 1st leg dlu pon dia cume dpt main dalam 1o minit terakhir jer; ingatkan ntk 2nd leg boleh la tgk dia main lama skit tp hampass~
- tahniah buat skuad Malaysia.. pemain boleh bermotivasi seblom wisel di tiup sebab waktu tuh masih x tau lagi ape akan berlaku bila wisel penamat berbunyi.. tp camne nk motivasikan pemain bila dia dah tau yg dia tetap akan kalah?? sape nk main kalo dah tau keputusan perlawanan memang x akan memihak pada diorang.. tgk jer la penyokong yg dtg pon sokong pihak lawan sebab takut malu kot.. tp usaha dan semangat yg dipamerkan malam semalam benar2 menggembirakan para penonton yg hadir khususnya penyokong skuad negara..
mantap gler gol 1st malaysia ..huhu ..malaysia bloeh
ReplyDeleteyeah..
ReplyDeletehidup Malaysia!!