Followers

Friday, 17 July 2009

Gion Festival

17 July - Gion, KYOTO

Asal-usul perayaan ni dikatakan bermula pada sekitar tahun 869 di mana berlaku nya malapetaka di seluruh Jpon sewaktu Kyoto merupakan ibu negara Jpon pada ketika tuh.. waktu tu maharaja Jpon menghantar penasihat istimewa nya ke Tokong Yasaka ntk berdoa agar malapetaka tersebut berakhir.. baginda juga menitahkan Tokong Yasaka supaya menghasilkan 66 buah 鉾 (pike) mewakili 66 wilayah seluruh Jpon.. 


Dipercayai juga bahawa mengikut mitos Jpon, semangat kepada abang dewi matahari menginap di Tokong Gion (nama lama bagi Tokong Yasaka) dan semangat tersebut dipindahkan kepada beberapa 神輿 (sacred carriers) kepunyaan Tokong Yasaka.. Semangat tersebut juga dikatakan mempunyai kuasa ajaib bagi melawan malapetaka~ oleh itu, 神輿2 tersebut diusung oleh jejaka bandar dan petani2 jiran di tengah2 Kyoto..




Kesannya, malapetaka teruk tersebut hilang, dan rakyat menyambut berita gembira tersebut dengan melaksanakan perayaan. Sebagai penghargaan, masyarakat di Kyoto telah mencipta satu undang2 agar perayaan ni dilaksanakan pada tahun 970. Oleh itu, masyarakat dapat bergembira meraikan perayaan tersebut setiap tahun.. tapi perang sekitar abad ke 15 menghalang masyarakat ntk menyambut perayaan nih.. 


Bagi menambah daya tarikan dan kilauan pada 山鉾 (floats) yg digunakan dalam perarakan itu, beberapa harta dan hiasan telah diimport daripada China purba, Korea purba, Belanda, Perancis dan beberapa negara yg lain yg terkenal dengan perbendaharaan mereka bagi mewujudkan perbedaan antara satu sama lain.. Amalan ni bermula pada Era Tokugawa (abad ke 17)~ masyarakat sentiasa berusaha ntk membaik-pulih dan meningkatkan daya tarikan 山鉾 dan memberikan kepuasan ntk pengunjung perarakan dan juga mereka2 yg terlibat.
dipetik daripada handout Gion Festival

######################################################

Huhu.. asalnye ak nk p usha 山鉾巡行 (the floats procession) tp x sangka plak dia abis dalam tengahari~ lepas solat Jumaat, ak gerak ke 京都駅 (Kyoto Station) dan tiba dalam pkl 2:30~ bila tanye tourist guide, perarakan itu dah lama abis, skang tgh rehat plak kate nyer :(~ memula ingat dah nk balik jer, skali pekerja tu bagitau yg akan ade perarakan lain yg bakal berlangsung jam 1800 di 八坂神社 (Yasaka Shrine).. perarakan tu pon lebih kurang cam 山鉾巡行 tp dipanggil 神幸祭 (procession of the Sacred Carriages).. 


Sementara masih ade masa lapang, pusing2 jap kt Bic Camera; layan kerusi urut percuma selama 5 minit pastu usha2 kamera, gadget2 dll~ ak gerak awal skit seblom pkl 4 sebab dengar kata tempat tu bakal sesak ngan orang so bas pon bakal x lalu situ.. bila sampai sekitar 八坂神社 tuh, kawasan dah memang sesak ngan ribuan orang dok tunggu kt luar tokong.. pelik gak apsal diorang d0k tunggu awal, nape x masuk tokong?? (ghupe2 nyer time klimaks nyer perarakan tu akan stop depan tokong)..


Ak masuk dalam tokong jap pastu usha2 gerai sampai ak berhenti kt tokong lain plak~ orang2 dok pakai baju putih dok berkumpul dengar taklimat ntk aktiviti yg bakal berlangsung manakala orang ramai yg hadir dok berkuruman satu kawasan lain.. ghuper2 nyer situ la tempat berlepas 3 神輿 (sacred carriages) yg bakal dipikul oleh orang2 baju putih tuh.. waktu pelepasan 神輿 pertama, diorang leh tawaf dlu tempat tuh 3x kalo x silap seblom berbaris kt tempat lain diikuti 2 神輿 yg lain.. 


Dalam perarakan tersebut juga ade 4 orang penunggang kuda yg mana salah sorang tuh hanyalah budak darjah 2~ hujan skejap2 hari tuh; nasib baik ak dah siap ngan baju hujan ngan payung supaya senang skit nk amik gambar~ perarakan berhenti kt dpn 八坂神社 ntk dengar 'khutbah' ketua sami dan kata2 ringkas daripada dato' bandar kot~ lepas tuh 3 神輿 tu berpecah menuju ke tempat persinggahan yg telah ditetapkan seblom dikembalikan semula kt 八坂神社 pada 24hb nih.. bila bersurai jer, ak dah malas nk ikut 神輿 tuh, terus cari 駅 (station) terdekat ntk pulang~



p/s Album gambar boleh dilihat di sini~

5 comments:

  1. nampak seronok...!~
    boleh tau banyak culture kt jpon~

    ReplyDelete
  2. wahh..
    mmg travel abes..
    nk gak merase g matsuri cmni..

    ReplyDelete
  3. yeah.. tu antara tujuan kerajaan hantar kitorang kt sini gak~

    @asmiza : kt sekitar kantou pon banyak gak matsuri.. jom2 join~ sementara masih berada di bumi orang nih.. :p

    ReplyDelete
  4. diorg byk perayaan pelik2 ek..

    Dlm byk2 matsuri, yg mane yg plg best rse2 nye?

    ReplyDelete
  5. paling best??
    hmm, ak pon baru join Gion ni jer..
    iA ak akan try join sebanyak yg mungkin.. :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC