Followers

Wednesday, 30 December 2015

Permohonan untuk Berkahwin

29 Dec - SHAH ALAM

Sewaktu mengikuti kursus pra-perkahwinan anjuran JAWI di Tokyo pada May 2013 yang lalu, aku sudah didedahkan serba sedikit tentang prosedur untuk berkahwin di Malaysia.. Ada pendapat yang mengatakan prosedur ini menyusahkan dan lebih senang jika kahwin sahaja di Jepun kemudian daftarkan di pejabat agama apabila pulang ke Malaysia nanti.. Ada juga pendapat yang menyokong prosedur-prosedur seperti ini bagi membolehkan calon berfikir dua tiga kali sebelum membuat keputusan yang bakal mengubah corak hidup mereka kelak.. 

InsyaAllah aku bakal menamatkan zaman bujang pada akhir Febuari 2016 jadi tibalah masanya untuk aku mengikuti prosedur yang ditetapkan majlis agama di Malaysia memandangkan majlis aqad akan dilakukan di Ibu Negara.. Hasil survey di internet menemukan aku dengan laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memang wajib di lihat oleh setiap calon yang bermastautin di Selangor kerana calon boleh mengisi borang secara online.. Berikut merupakan prosedur ringkas permohonan perkahwinan bagi pihak lelaki;


Tidak mahu olah panjang lebar kerana sudah cukup ringkas penjelasan melalui gambar di atas.. Cuma harus diingat buat mereka yang menetap di Selangor TAPI alamat di kad pengenalan BERBEZA NEGERI, anda perlu mengisi borang Permastautin 1A juga dan dapatkan tanda-tangan orang masjid di kariah tempat anda tinggal.. Kalau tidak ada borang ini, siap sedialah untuk mendapat "REJECT" dari Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang memeriksa borang.. Agak kesian bila terjumpa dengan seorang calon yang bila ditegur sudah kali kedua bertemu dengan PPN gara-gara borang 1A ini.. Dokumen yang perlu ada adalah seperti berikut:


  1. Borang 2A - Pemohonan Kebenaran Berkahwin 
  2. Borang 1A - Akuan Permastautin (Jika perlu)  
  3. Salinan kad pengenalan pemohon dan 2 orang saksi (aku muatkan semua IC dalam 1 muka)
  4. Sijil kursus pra-perkahwinan dan salinan
  5. Keputusan ujian HIV 


Alhamdulillah, urusan bersama PPN berjalan lancar dan selesai tak sampai 10 minit.. Sewaktu PPN memerika borang yang aku bawa, dia minta aku baca surat akuan dan tanda-tangan borang sebelum dia sahkan.. Mujur dia ada ingatkan untuk buat 1 set salinan siap-siap sebelum pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) memandangkan calon isteri bukan orang Selangor.. Kebetulan ada tempat fotostat di area parking PAID malah harga yang dikenakan juga tidak mahal.. Tiba di PAID sekitar jam 15:15 dan urusan selesai sebelum jam 16:00 memandangkan tidak ramai orang pada hari itu.. Set salinan di ambil oleh PAID manakala set asli pula diberikan kepada keluarga calon isteri..

Bersyukur juga segala urusan selesai dalam hari yang sama memandangkan aku baru sahaja buat HIV test pada pagi itu sebaik mendarat dari Jepun.. Terus langsung ke klinik kesihatan berdekatan dengan rumah untuk mendaftar nama sekitar jam 07:30.. Ketika diambil darah, agak kaget apabila diberitahu keputusan HIV test itu hanya akan diberi selepas waktu Zuhur sebab perlu tanda-tangan doktor di klinik itu; ingatkan boleh dapat on-the-spot (笑) Nasib baik pilih klinik yang dekat dengan rumah.. A'la kullihal, Alhamdulillah urusan belah lelaki sudah selesai dan harapnya belah perempuan juga tidak ada masalah ;)

p/s Waktu isi borang 2A, baru tahu pasal kategori masjid.. Mohon doa para pembaca agar majlis diredhai-Nya insyaAllah

Saturday, 28 November 2015

Seminar on Property Investment for Foreigners in Japan

15 November - TOKYO

Terjumpa event ini di Facebook, terdetik hati untuk mengutip ilmu dan tips melakukan investasi hartanah di Jepun walaupun tidak ada hajat untuk tinggal lama di sini.. Ada yang kata, cara paling bagus untuk meninggalkan harta di negara luar adalah menerusi hartanah tapi bagaimana caranya? Event ini dicanang oleh seorang warga Malaysia yang bekerja dibawah payung Meiwa Group berpusat di Tokyo, salah satu agent hartanah terbesar di Jepun.. Seminar adalah percuma tapi untungnya seorang pakar undang-undang yang mempunyai anak syarikat di Singapore turut hadir sama untuk berkongsi tips.. Berikut antara point yang dapat aku kongsi di dalam entry ini:

  • Property investment setiap negara mempunyai index harga tersendiri bagi menunjukkan kadar kenaikan/penurunan per tahun.. Indeks ini turut membantu pelabur untuk membuat keputusan untuk melakukan investasi atau tidak
  • Index harga bagi property jenis mansion di Jepun meningkat saban tahun berbanding detached housing yang sedikit menurun
  • Index harga di United Kingdom menunjukkan kenaikan saban tahun  
  • 2 jenis cukai yang tiada di Malaysia tapi penting untuk diketahui terutama dalam pembelian property di Jepun ialah 相続税 (Inheritance Tax; Death Duty) dan 贈与税 (Donation Tax) 
  • Investasi hartanah di Jepun buat masa ini sedang hangat lebih-lebih lagi dengan adanya event besar Rugby World Cup 2019 dan Olympic 2020
  • Salah satu point penting bagi warga asing untuk melabur di Jepun ialah 利回り (Investment yields) yang tinggi sekitar 3% berbanding Singapore dan Taiwan yang rata-ratanya 1%
  • Area paling top untuk investment di Tokyo buat masa ini ialah Ebisu 
  • Sekiranya ingin membuat investasi hartanah untuk bangunan yang sudah dibina, elok cari bangunan yang dibina selepas tahun 1988 kerana 新耐震基準 (New Seismic Standards) yang ditetapkan pada tahun 1981 memberi penekanan pada aspek dasar bangunan sebagai langkah menghadapi gempa bumi 
  • Proses memiliki property di Jepun adalah seperti berikut:
    a) Cari property/lihat sendiri property - Pilih faktor yang bakal memberikan pulangan yang tinggi contohnya pemandangan indah, facility sekitar dll
    b) Sebelum isi borang, pikir masak-masak terlebih dahulu kerana lepas dah isi, tidak boleh cancel..
    c) Submit borang
    d) Contract
    e) Pembayaran
  • Berikut merupakan kos yang akan ditanggung oleh pembeli selain kos bangunan:
    a) 登記費用 (Registration fee)
    b) 固定資産税 (Property tax)
    c) 管理費 (Administration fee)
    d) 修繕積立金 (Maintenance fee)
    e) 管理基金/修繕積立基金(新築のみ) (Admin/Maintenance Fund for new buildings) 
    f) 仲介手数料/売主以外の物件 (Agent commission)
    g) 不動産取得税(購入してから6か月前後) (Real estate acquisition tax)
  • Sayangnya masih belum banyak bank yang bersikap terbuka untuk memberikan pinjaman kepada warga asing, dan rata-rata bank meletakkan interest maksimum pada kadar 4.5% bagi pelaburan, dan 3.9% bagi rumah
  • Interest tinggi kerana bank masih belum percaya samada warga asing tersebut boleh memberikan komitmen dalam pembayaran.. Salah satu teknik untuk mengurangkan interest ialah memberikan komitmen, kemudian cari bank lain setelah 2-3 tahun! 
  • Ada setengah bank yang boleh memberikan interest yang mirip dengan Jepun lain tapi perlu jadi 永住権 (Permanent Resident)
  • Soal pembelian hartanah di Jepun, tiada perbezaan antara warga Jepun dan warga asing! Segala cukai yang ditanggung oleh warga Jepun akan dicaj SAMA pada warga asing
  • Perbezaan cuma satu iaitu apabila warga asing itu hendak menjual semula property tersebut setelah tidak menetap di Jepun, hasil untung dari penjualan tersebut akan ada 源泉 (Withholding tax)
  • Anggaran harga cukai pembelian hartanah:
    a) 登記免許税 (Registration permit tax) : Sekitar 1.5 - 2 %
    b) 不動産取得税 (Real estate acquisition tax) : Sekitar 3 %
    c) 印紙税 (Stamp duty) : 数万円 (RM500++)
  • Rata-rata orang Jepun masuk 団信保険 iaitu sejenis insurance yang akan menanggung kos hartanah yang dibeli sekiranya pembeli itu meninggal dunia; tapi insurance ini hanya berlaku untuk rumah yang dibeli untuk didiami, bukan untuk pelaburan
  • Orang yang tidak pernah duduk di Jepun juga boleh melakukan property investment tapi elok buat menerusi agent hartanah seperti Meiwa Group supaya tidak pening kepala 

Menariknya kami diberitahu sekiranya ada persoalan lain, boleh langsung email ke mereka atau bertanyakan langsung dan nasihat yang bakal diberikan tidak akan dikenakan caj! Secara jujur sewaktu aku beli property di Selangor, tidak pernah aku terima penjelasan ringkas tapi padat seperti ini..Teknik mengurangkan interest bank sewaktu pembelian rumah itu idea yang baik memandangkan kes aku waktu beli property, bank yang aku pilih tidak memberikan rate yang bagus sebab waktu itu aku tidak ada kad kredit yang boleh dijadikan bukti komitmen pembayaran.. Boleh lah praktikkan selepas ini ;)

Sunday, 22 November 2015

Lake Kawaguchi Trip

13 November - YAMANASHI

Antara lokasi tumpuan pelancong yang hadir ke Jepun adalah 河口湖 (Lake Kawaguchi) yang terletak berdekatan dengan 富士山 (Mt. Fuji) di 山梨県 (Yamanashi Prefecture).. Lokasi yang menyukarkan untuk pergi menggunakan 電車 (Train) dan terpaksa menggunakan kenderaan beroda menambahkan lagi kesukaran untuk pergi ke sana.. Sering geram bila melihat foto para pelancong yang sering upload gambar di Facebook tentang trip mereka di Jepun terutama di tempat-tempat yang aku sendiri belum pernah sampai walaupun sudah tinggal di Jepun sejak 2008! Untuk itu aku sudah tanam hasrat hendak ke 河口湖 untuk menikmati 紅葉 (Autumn colors) dan kebetulan 河口湖 memang antara spot menarik..

Gambar kenangan di 紅葉回廊

Awalnya aku cuba mencari teman yang berminat untuk ke sana dan alhamdulillah ada sambutan.. Kami plan untuk ke sana pada 14 November (Saturday) tapi sayang ramalan cuaca menunjukkan hari itu bakal hujan.. Kebetulan 13 November syarikat aku cuti tapi teman-teman yang lain pula kerja jadi nak tak nak terpaksa pergi sendiri dan langkah paling senang adalah menggunakan perkhidmatan tour agent.. Hasil survey di internet, aku terus booking dengan HIS pada harga sekitar 9,000円 untuk 日帰り (One-day trip) dan bertolak dari 新宿 (Shinjuku).. Berikut merupakan 旅程 (Itinerary) ringkas mengenai perjalanan aku pada hari itu:

08:30  Depart from Shinjuku
10:00  Visit a sake factory
11:00  Hunting grapes and apple at 見晴し園 (Miharashien)
12:30  Lunch at 天下茶屋 (Tengechaya)
13:30  Kachikachi-yama Ropeway
15:00  Kawaguchi-ko Music Forest Museum
16:30  Light up at 紅葉回廊 (Autumn Colors Cloister?)
18:00  Return back to Shinjuku
19:30  Arrive in Shinjuku

Belum pernah ada pengalaman menggunakan tour agent di Jepun dan terus-terang, layanan yang diberikan memang tip-top.. Kebetulan hari yang sama, seramai 36 orang penumpang termasuk aku dan hampir separuh adalah pelancong asing.. Tiada apa yang istimewa di kilang buat arak Jepun malah lawatan tersebut tidak semantap yang pernah aku ikut sewaktu program Experiencing Japanese Culture (Link) yang lebih lama dan penerangan yang diterima lebih terperinci.. Agak bernasib baik untuk dapat 食べ放題 (All-You-Can-Eat) buah anggur dan epal di 見晴し園 (link) memandangkan minggu yang aku pergi itu merupakan minggu terakhir sebelum musim dia habis.. Ikut nafsu nak makan banyak, tapi sayangnya cuma sempat belasah seikat anggur dan 2 biji epal (笑)


Aku terlupa hendak memaklumkan lebih awal ke tour agent tentang menu makan tengahari agar tiada daging jadi awalnya agak was-was apabila dihidangkan dengan ほうとう (Flat udon and vegetables stewed with miso soup).. Mujur apabila ditanya chef, yang ada cuma sayur sahaja.. Sempat jama' qasar Zuhur dan Asar sekalian di dalam restoran itu yang agak luas dalam keadaan senyap-senyap (笑) Pengalaman naik ropeway di かちかち山 (Mt. Kachikachi) yang terkenal dengan kisah racoon dan arnab dalam sastera Jepun.. Pengunjung boleh melihat keindahan 富士山 dikelilingi 河口湖 pada ketinggian 1,075m sekiranya bertuah (笑) Malangnya hari yang aku pergi itu mendung jadi tak nampak 富士山 tapi dapat lihat dari atas pemandangan Fujikyu Highland, salah satu lokasi yang pasti aku hendak pergi lagi suatu hari nanti.. 

Kachikachi-yama Ropeway

Music Forest Museum

Destinasi seterusnya di Music Forest Museum juga tidak mengecewakan kerana kami sempat menikmati persembahan live sand-art performance yang diiringi bunyi violin dan piano.. Selain music, museum itu juga menyediakan platform bertemakan seni eropah dengan bentuk bangunan mirip zaman kegemilangan eropah.. Destinasi terakhir adalah menyaksikan keindahan daun musim luruh yang disuluh lampu pada waktu malam di  紅葉回廊.. Untungnya, sepanjang bulan itu diadakan perayaan jadi banyak gerai-gerai dibuka di kawasan itu.. Sebelum pulang, aku sempat beli epal pada harga yang pasti tidak akan dapat di pasaran biasa.. Paling puas hati sepanjang trip ialah setiap pengunjung terima ole-ole berbentuk pen dan postcard; salah satu item yang aku sering beli buat kenangan!


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini ~    

Sunday, 15 November 2015

Dr. Zakir Naik Lecture in Japan

7 November - TOKYO

Aku mula mengenali Dr. Zakir Naik sewaktu aku mengikuti video-video Ahmed Deedat di YouTube beberapa tahun yang lalu.. Antara tabiat aku sebelum tidur ialah memasang video ceramah debat agama di YouTube sambil tutup mata jadi boleh kata banyak juga ceramah Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik yang aku hafal secara tidak langsung (笑) Berbanding Ahmed Deedat, Dr. Zakir Naik terkenal dengan kekuatan memori yang luar biasa kerana dia mampu memberikan ayat sehingga ke muka surat kitab suci yang ingin dia sampaikan termasuk kitab hindu dan taurat! Apabila ternampak poster di Facebook yang menunjukkan Dr. Zakir bakal ke Jepun untuk tujuan dakwah, peluang keemasan untuk menyaksikan di depan mata orang masuk Islam pasti tidak akan dilepaskan!


Kebetulan hari yang sama pagi itu ada aktiviti BBQ yang dianjurkan oleh group Facebook yang sukakan makanan Malaysia dikalangan orang Jepun.. Pengunjung yang hadir sekitar 100 orang dan majoritinya pernah melancong malah ada yang pernah bekerja di Malaysia! Aktitivi BBQ di 新木場 (Shin-Kiba) ini adalah kali ke-2 pernah aku hadir; kali pertama ialah pada tahun 2012. Selain ayam dan kambing, juadah lain yang kami bakar ialah ikan masak tomyum, sotong, otak-otak dan mee goreng.. Setelah menjamu selera, ada diadakan permainan di mana orang Jepun memberitahu suatu yang mereka terkejut apabila tiba di Malaysia, dan orang Malaysia harus menjawab soalan tersebut melalui gambar yang dilukis.. Aktiviti BBQ itu selesai sekitar jam 15:30 dan kami langsung ke Tiara Koto Big Hall yang terletak tidak jauh dengan harapan dapat cop tempat duduk..


Ceramah Dr. Zakir itu bermula jam 18:30 tapi jam 16:30 lagi bilangan yang beratur sudah mencecah sekitar 50 orang.. Harapan hendak mengerjakan solat di dalam gedung juga tidak berjaya memandangkan waktu pihak penganjur menempah tempat adalah dari jam 18:00 maka pengunjung juga tidak dibenarkan masuk sehingga waktu yang ditetapkan! Apabila kami solat sebentar di tepi jalan dan kembali semula ke tempat beratur, kira-kira 100 orang sudah memenuhi ruang beratur di situ.. Kelibat van media dan polis turut hadir bagi membantu "menceriakan" lagi event ini.. Waktu seperti inilah kita boleh lihat disiplin dikalangan masyarakat Muslim yang potong barisan tanpa mengambil kira orang yang sudah beratur lama di belakang.. 


Entah apa silapnya, kami hanya dapat masuk dan dapatkan tempat duduk sekitar jam 18:50 dan ceramah pula bermula sekitar jam 19:15.. Agak lucu apabila kelibat Dr. Zakir muncul di bahagian belakang masuk ke dalam dewan yang sudah penuh dengan orang duduk di bahagian tangga lagi (笑) Satu lagi sikap yang mencuit hati ialah budaya selfie tanpa mengenal tempat sehinggakan yang sedang beratur untuk memberikan soalan juga sempat selfie (笑) Atas faktor waktu, Dr. Zakir hanya sempat memberikan ceramah tentang "Does God Exist" sekitar 1 jam, malah sesi soal jawab juga hanya sekitar 1 jam memandangkan pihak pengurusan gedung tidak bertolak ansur dalam soal penjagaan waktu.. Namun, aku tetap bersyukur hasrat tercapai untuk menyaksikan sendiri seorang wanita Jepun mengucapkan syahadah pada malam itu..


Banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam pengurusan event sebegini memandangkan ada beberapa ketika Dr. Zakir terpaksa berhenti ceramah bagi meminta bayi dan kanak-kanak keluar dari dewan kerana bunyi bising mengganggu konsentrasi.. Kasihan juga pengunjung lelaki yang tidak dapat masuk ke dalam dewan gara-gara sudah penuh; kerusi yang tersedia cuma 1,000 tapi kononnya yang datang hampir mencecah 4,000 orang! Teringin nak turut-serta ceramah Dr. Zakir di 東大 (Tokyo University) pada keesokan harinya tapi sayang, sudah dinasihatkan untuk tidak hadir memandangkan focus ceramah itu untuk orang Jepun.. Mujur ada siaran live di YouTube dan alhamdulillah, seramai 6 orang Jepun masuk Islam pada hari tersebut.. (link

p/s Gambar-gambar BBQ boleh dilihat melalui sini~     

Sunday, 18 October 2015

御葬式 (Funeral)

14 - 15 Oct - YOKOHAMA

Sepanjang berada di Jepun, aku hanya menanti undangan perkahwinan daripada rakan Jepun supaya aku dapat merasai pengalaman menghadiri majlis perkahwinan di sini tapi tidak ku sangka majlis disebaliknya yang menjemput apabila salah seorang atasan aku di dalam jabatan meninggal akibat kanser pada usia 58 tahun.. Oleh kerana kami satu jabatan, adalah menjadi tanggungjawab untuk turut sama membantu menguruskan majlis pengebumian dia yang kebetulan dilaksanakan di 奉斎殿 (Housaiden), sebuah institusi yang menguruskan majlis umumnya majlis pengebumian.. Biasanya majlis pengebumian ini dilakukan di tokong atau di rumah keluarga mayat, tapi umumnya di kawasan bandar rata-rata melakukan di 奉斎殿..

Sedikit pengetahuan mengenai adab menghadiri majlis pengebumian di Jepun adalah seperti berikut:

  • 礼装 (Formal wear) yang sesuai iaitu suit lengkap berwarna HITAM 
  • Tali leher HITAM
  • Kasut HITAM
  • Penampilan harus tidak menarik perhatian orang lain


Agak kelam-kabut bila terpaksa mencari kasut hitam gara-gara majlis ini memandangkan aku tidak mempunyai kasut warna tersebut.. Awalnya nak pinjam orang tapi bila fikir balik, nak tak nak pasti kena juga beli dah alang-alang nak guna untuk majlis lain di masa akan datang.. Lucu juga apabila tak semua orang Jepun yang tahu adab mereka sendiri malah orang kedai kasut sendiri bertanyakan pendapat pada yang lain sewaktu aku tanya kasut pattern yang sesuai untuk menghadiri majlis pengebumian.. Kalau adab menghadiri majlis pengebumian mesti semua HITAM, kalau majlis perkahwinan pula, kononnya kena pakai tali leher PUTIH dan menariknya penampilan tetamu mesti tidak boleh melebihi daripada penampilan pasangan pengantin yang diraikan..

Pakaian formal ketika menghadiri majlis perkahwinan di Jepun

Rata-rata majlis pengebumian di Jepun dibahagikan kepada 2 iaitu お通夜 (Wake) pada malam hari dan 告別式 (Funeral service) pada pagi keesokan harinya.. Kalau di Malaysia, majlis pengebumian akan dilaksanakan secepat yang mungkin, tapi menariknya di Jepun majlis akan dilakukan bergantung kepada waktu tempahan tempat membakar mayat kerana ada tempahan rata-rata penuh sehingga kena masuk waiting list! Kebanyakan tempat di Jepun tidak membenarkan mayat dikebumikan di tanah tapi ada sebilangan kecil yang membenarkan seperti 静岡県 (Shizuoka Pref) dan 山梨県 (Yamanashi Pref) yang mempunyai tanah pengebumian Islam di sana.. Berikut digambarkan secara ringkas aktiviti 2 majlis pengebumian itu:

お通夜 (Wake)

Gambar adalah hiasan

  • Tempoh waktu majlis bermula dari jam 18:00
  • Tetamu yang hadir akan mengisi borang kehadiran dan diserahkan kepada kaunter pendaftaran
  • Tetamu yang memberi お香典 (Condolence gift) akan diberikan kupon 
  • Selesai pendaftaran, para tetamu akan dijemput masuk ke dalam dewan pengebumian
  • Memandangkan bilangan kursi adalah terhad, tetamu yang tidak dapat masuk boleh duduk di dalam bilik lain sambil menanti majlis bermula
  • Mayat diletakkan di dalam keranda yang telah ditutup tetapi boleh nampak muka dan bahagian atas badan
  • Kedudukan Sami di tengah berhadapan dengan mayat, manakala kiri kanan Sami pula tempat duduk ahli keluarga mayat
  • Sewaktu Sami mula membaca 御経 (Okyo = Sutra), para tetamu akan memberi hormat kepada ahli keluarga mayat lalu melakukan お焼香 (Burning incense) 
  • Tetamu yang sudah selesai お焼香 akan langsung keluar majlis bagi memberi peluang kepada tetamu lain untuk melakukan aktiviti yang sama
  • 御経 selesai sekitar 45 minit, selepas itu Sami akan beredar tapi tetamu yang datang lambat masih boleh melakukan お焼香..
  • Tetamu boleh menukar kupon yang diberi di kaunter door gift di luar dewan
  • Door gift itu berisi makanan dan produk yang di isi dalam 1 beg kertas 
  • Tetamu yang sudah menukar kupon di minta lanjut ke dewan makan sambil menunggu majlis selesai baru makan bersama

告別式 (Funeral Service)

Gambar adalah hiasan

  • Tetamu yang hadir tidak seramai お通夜 memandangkan hari kerja 
  • Tetamu yang hadir kebanyakannya adalah ahli keluarga mayat dan orang-orang yang rapat dengan keluarga mayat
  • Majlis bermula pada jam 1000
  • Sama seperti お通夜, tetamu yang hadir akan melakukan お焼香 
  • Apabila sami selesai membaca 御経 dan beredar dari dewan, mayat dibawa ke tengah dewan untuk upacara meletakkan bunga ke dalam keranda oleh semua tetamu yang hadir
  • Wakil ahli keluarga mayat memberikan ucapan terima kasih pada yang hadir dan membantu melancarkan majlis
  • Mayat dibawa masuk ke dalam van untuk dibawa ke tempat pembakaran 
  • Para tetamu yang ingin ikut boleh masuk ke dalam bas yang ditempah

Sepanjang majlis pengebumian, aku ditugaskan untuk menjaga kaunter door gift.. Mujur institusi itu lengkap dengan skrin bagi membolehkan tetamu termasuk aku sendiri dapat mengikuti majlis secara langsung.. Menariknya, 奉斎殿 hanya akan caj pihak keluarga mayat bilangan door gift yang diberikan kepada tetamu yang menukar kupon memandangkan door gift tersebut boleh diguna pakai lagi buat majlis yang lain! Bagi mereka yang pernah menonton filem おくりびと (Okuribito), pasti sudah tahu bahawa mayat telah dikemaskan dengan suit, benda-benda kesukaan mayat turut dimasukkan dalam keranda sebelum disimpan di dalam peti sejuk sehingga majlis diadakan.. Tiada makanan selepas selesai 告別式 dan aku langsung ke pejabat selepas itu sekitar jam 1115..

Tempat pembakaran mayat.. (Gambar adalah hiasan)

豆知識 (Trivia)
Berikut merupakan harga anggaran majlis pengebumian di Jepun:
  • Pusat pembakaran mayat: 50k - 150k yen
  • Keranda: 30k - 80k yen
  • 寝台車 (Sleeping car) dari hospital ke tempat pengurusan mayat: 13k yen
  • Hiasan bantal mayat: 10k - 15k yen
  • Ais kering per hari: 8k - 10k yen
  • Biaya servis tempat pengurusan mayat: 30k - 100k yen
  • 保管料 (Custody charge): 3k - 20k yen

Secara total, jumlah anggaran majlis pengebumian di Jepun ialah sekitar 200-300k yen iaitu dalam RM10k.. Ini baru harga pengurusan sahaja, pasti belum termasuk biaya-biaya lain yang belum kita nampak.. 


 

Saturday, 3 October 2015

PlayStation 4

Akhirnya setelah kesekian lamanya menyimpan hajat untuk memiliki PlayStation 4 (PS4), aku telah pun membeli melalui Yahoo Auction, 1 hari sebelum SONY memaklumkan bahawa mereka akan mengurangkan harga PS4 sebanyak 13% bermula 1 October kelak (笑) Mujur aku beli pada harga sedikit lebih murah daripada harga yang ditawarkan memandangkan aku beli 中古 (Second hand) tapi istimewanya 未使用(Unused) jadi segalanya masih dalam kotak! Awalnya nak angkat yang 1TB version tapi bila baca-baca di internet, macam tak dijual di Jepun jadi terpaksa angkat 500MB version.. Nafsu nak angkat Metal Gear Solid version PS4 juga tak berhasil sebab harga di internet terlalu mahal berbanding harga jualan awal gara-gara limited edition.. Bila dah angkat version biasa, seminggu selepas itu baru keluar berita ada COD version dengan 1TB (笑) 


Game pertama yang aku beli ialah The Last of Us Remastered yang aku beli melalui Yahoo Auction.. Istimewanya, game ini hanya perlu download di PS Store jadi tidak datang dalam bentuk disc seperti biasa.. Harga juga lebih murah berbanding harga disc jadi pada aku ini adalah pembelian yang berbaloi.. Kemudian, game kedua yang aku beli ialah InFamous: Second Son, sambungan kepada siri InFamous yang sudah aku main di PS3.. Game ketiga yang aku baru sahaja beli pastinya Winning Eleven 2016, wajib beli bagi penggemar siri game bola sempena ulangtahun ke-20.. Sambil menunggu harga game Batman jatuh, 2 siri yang aku cukup nanti-nantikan ialah Just Cause 3 dan juga The Uncharted yang bakal keluar tahun hadapan.. Teringin nak angkat controller baru, tapi kali ini nak tunggu warna Gold kot.. 



Tuesday, 22 September 2015

Oneplus Two

30 August - SUBANG JAYA

Hasrat ingin memiliki telefon bimbit baru yang high-end sudah aku simpan kesekian lama walaupun telefon Moto G yang aku beli pada May 2015 masih dalam keadaan elok dan tiada cacat cela.. Ciri yang paling buat aku tidak puas hati sepanjang memakai Moto G ialah kualiti gambar yang di ambil agak kabur dan tidak setanding dengan iPhone 4 kendatipun keduanya memiliki 5MP kamera.. Satu lagi ciri yang kurang memuaskan ialah kelajuan pemprosesan yang agak lambat setiap kali mahu membuka aplikasi.. Hal ini masuk akal kerana telefon ini cuma berkapasiti memory 1GB sahaja jadi harus sering menggunakan aplikasi Clean Doctor (笑) 


Mula tertarik dengan Oneplus sejak dari Oneplus One tapi sayang waktu dia dilancarkan, aku sudah pun terbeli Moto G jadi terpaksa menyimpan hasrat pada tahun berikutnya.. Tahun ini aku memang sudah menyimpan target untuk membeli dan kebetulan peluang itu tiba sewaktu aku pulang ke Malaysia pada akhir August sempena menghadiri majlis perkahwinan sepupu di KL.. Tak sangka juga Oneplus Two yang baru sahaja dijual sejak pertengahan August di beberapa negara sahaja malah dalam keadaan terhad boleh sampai di Malaysia menerusi DirectD; kedai yang sama aku beli Moto G pada tahun lepas.. 


Aku sudah jatuh cinta dengan dual SIM phone sejak pertama kali memakai Moto G memandangkan sejak dulu agak leceh nak keluar masuk SIM card Malaysia setiap kali nak transfer duit menggunakan Maybank2U sewaktu berada di luar negara.. Paling leceh bila jalan terpaksa bawa dua telefon; satu peribadi dan satu lagi telefon pejabat jadi dengan adanya dual SIM phone, segalanya menjadi satu.. Dual SIM memang membantu dalam macam-macam hal, tapi tak semestinya dia akan beroperasi dengan baik kerana ada beberapa ketika aku sering tak jumpa signal, malah ada beberepa ketika dia langsung tidak beroperasi (笑)


Sayangnya hal yang sama turut terjadi untuk Oneplus Two kerana sampai sekarang aku masih belum terima network apabila menggunakan SIM card ALTEL di Jepun (-_-") Mujur kualiti kamera dan ketahanan bateri agak baik jadi sedikit sebanyak melegakan juga hati walaupun terpaksa akur kabel USB type-C memang melecehkan.. Lucu apabila tanya orang kedai di Malaysia hatta Jepun sekalipun masih tak ramai yang tahu! Terpaksa beli USB type-C adapter di Amazon bagi membolehkan aku cucuk ke Micro USB supaya boleh guna pakai di Powerbank.. Semoga cepatlah model telefon lain guna pakai USB type-C ini (笑)

Hydrogen OS vs Oxygen OS

Waktu awal membeli Oneplus Two, satu hal yang merisaukan aku ialah apabila dapat tahu model yang aku beli ini ialah model China dan bukannya model international.. Sudahlah dia pakai Hydrogen OS yang agak berbeza dengan Android OS yang aku biasa guna di Moto G, ditambah lagi dengan ada beberapa perkataan Mandarin membuatkan aku rasa seperti kena tipu macam nak serbu DirectD tapi apa boleh buat, beli phone 2 hari sebelum fly pulang ke Jepun (笑) Hasil survey di internet, rupanya boleh tukar ke Oxygen OS tanpa perlu root Android, cara install juga sama seperti install software di PC iaitu memasukkan file yang sudah di download (sini) ke dalam phone..


Satu benda yang pernah aku rasa sewaktu beli Moto G dan kini terjadi lagi ialah kurangnya phone case untuk model jarang-jarang lebih-lebih lagi Oneplus Two yang baru beberapa hari mula dijual di Malaysia.. Sehari sebelum pulang, adik aku rajin pula bawa ke kedai Ustaz phone accessories di Damansara tapi sayang di sana juga tidak ada.. Tapi aku tidak pulang dengan tangan kosong kerana dapat pasang tampered glass pada skrin pada harga RM10 (笑) Hasil survey di Amazon aku beli phone case yang menerbangkan produk dari China dan mengambil masa lebih 10 hari! Hasilnya agak memuaskan walaupun aku tertipu diri sendiri sebab ingat dia ada magnet (-_-") 



 

Friday, 11 September 2015

人間ドック (Private Medical Checkup)

11 Sep - YOKOHAMA


Sudah menjadi norma bagi mereka yang berada di Jepun untuk mengambil 健康診断 (Medical Checkup) sekali setahun.. Kebiasaanya adalah pada awal April memandangkan hitungan periode pertahun di Jepun bermula dari bulan April sehingga March tahun berikutnya.. Oleh kerana aku masih berada di Indonesia pada April lalu, maka aku diberi peluang sendiri untuk menentukan tarikh sendiri pada kali ini.. Istimewanya tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, semua pekerja yang bekerja di luar negara diberi keistimewaan untuk mengambil pakej 人間ドック (Private Medical Checkup) yang mana pemeriksaan yang dilakukan lebih terperinci seperti yang ditunjukkan di bawah:


  1. 計測 (Physical examination)  
  2. 血液検査 (Blood test)
  3. 呼吸器系 (Respiratory system) 
  4. 消化器系 (Digestive organs)
  5. 循環器系 (Circulatory organs)
  6. 腎機能 (Kidney functions)
  7. 肝機能 (Liver functions)
  8. 膵機能  (Pancreas functions)
  9. 脂質検査 (Lipid test)
  10. 糖尿病 (Diabetes test)
  11. 痛風 (Gout)
  12. 梅毒 (Syphilis)
  13. ガンマーカー 
  14. 外科診察 (External medical examinations)
  15. 内科診察 (Internal medical examinations)
  16. 超音波診断 (Ultrasonic waves diagnosis) 
  17. MRI診断 (MRI Test)
  18. CT診断 (CT Test)

Selfie di bilik yang telah disediakan di dalam hospital

Sudah jadi lumrah untuk mengambil ujian air kencing setiap kali 健康診断, namun buat pertama kalinya ada pemeriksaan 糞 (Tahi) bukan sekali tapi dua kali pada hari yang berbeza.. Spesimen kecil yang diambil itu pula harus dimasukkan ke dalam tabung khas yang berisi bahan kimia di dalamnya agar ia kekal segar sehingga hari ujian (笑) Oleh kerana bilangan pemeriksaan terlalu banyak, aku di minta untuk melaporkan diri di hospital dari jam 0830 dengan kebarangkalian pulang pada jam 1600.. Memandangkan ada pemeriksaan perut, aku diminta untuk berhenti selepas jam 2100 malam sebelumnya dan pagi itu pula langsung tidak dibenarkan menghadam apa-apa termasuk air minum! Setelah melapor diri, agak mengejutkan apabila diberikan bilik seperti di dalam hotel malah ada makanan tengahari dengan pilihan menu! 

Sesi bermain dengan tahi

Dalam banyak-banyak pemeriksaan, yang paling tidak best ialah 胃検査 (Gastrointestinal endoscopy) iaitu pemeriksaan organ perut dengan memasukkan kamera fiber menerusi rongga hidung atau mulut.. Dengan yakinnya aku minta supaya kamera dimasukkan menerusi rongga mulut kerana kononnya saiz kamera fiber lebih besar jadi dapat mengesan masalah di dalam usus dengan lebih jelas.. Sewaktu pemeriksaan, jururawat menjelaskan kalau ikut rongga mulut, aku kena ambil suntikan malah tidak disyorkan buat orang yang mengambil buat pertama kali (笑) Ternyata keputusan memilih melalui rongga hidung merupakan satu pilihan yang benar memandangkan ianya satu pengalaman yang paling perit dan aku harap tidak akan mengambil pemeriksaan yang sama lagi di masa akan datang (笑) 

Serius tak best!

Peritnya apabila dia mula memasukkan ubat anesthesia dan gel terlebih dahulu ke dalam hidung sebagai persiapan sebelum memasukkan fiber scope.. Kita boleh lihat sendiri di skrin yang menunjukkan laluan kamera masuk dari rongga hidung sehingga ke bahagian usus! Proses pemeriksaan mengambil masa sekitar 10 minit, dan sepanjang masa itu aku diminta untuk bernafas melalui hidung sahaja.. Azab hidung terasa agak pedih apabila kamera fiber selamat dikeluarkan, darah juga mengalir sedikit dan terpaksa tekan hidung dengan tisu ditambah lagi dengan ubat bius di area anak tekak masih ada membuatkan aku diminta untuk tidak makan dan minum kira-kira satu jam lagi.. Ingatkan dapat rehat sebentar, sekali langsung dibawa ke bilik lain untuk CT scan dan yang terakhir MRI scan.. 

CT Scan

Pemeriksaan CT scan a.k.a X-ray Computed Tomography a.k.a Computerized Axial Tomography scan (CAT scan) berbeza dengan pemeriksaan X-ray biasa dimana kita diminta baring di atas pelantar dan kemudiannya dilalukan ke dalam mesin berbentuk donut dengan tujuan untuk mendapatkan kombinasi gambar X-ray dalam pelbagai sudut bagi menghasilkan gambar cross-sectional (tomographic).. Ini membolehkan pengguna untuk melihat ke dalam objek tanpa memotong.. Tiada yang istimewa sepanjang pemeriksaan kerana kita hanya baring kira-kira 10 minit dan ada beberapa ketika diminta untuk ambil nafas dan tahan.. Kurang selesa sepanjang pemeriksaan dijalankan kerana ubat bius masih di area mulut jadi apabila kita baring, kita rasa seperti nak muntah (-_-")


MRI (Magnetic Resonance Imaging) scan pula merupakan pemeriksaan untuk mengkaji anatomy dan fisiologi tubuh dari aspek kesihatan dan juga penyakit.. Sama seperti CT scan, aku diminta baring tapi kali ini segala kelengkapan seperti cermin mata, gelang magnet diminta ditanggalkan terlebih dahulu.. Fokus yang pertama adalah pemeriksaan kepala jadi agak pelik kepala seperti di sarung sebelum dimasukkan ke dalam mesin.. Perasaan sewaktu MRI scan seolah-olah berada di dalam keranda dengan ruangan yang sempit dan dibiarkan selama 10 minit.. Agak menakutkan juga kerana sepanjang pemeriksaan, kita boleh dengar pelbagai jenis bunyi mesin walaupun telinga sudah ditutup dengan pengedap bunyi dari awal.. Selesai pemeriksaan kepala, seterusnya fokus pada pemeriksaan badan, tapi kali ini aku diminta untuk mengawal pernafasan agar bacaan data tidak lari.. 

Lunch break

Ingatkan segala pemeriksaan akan berakhir sehingga hari siang, tak sangka ia berakhir sekitar jam 1130 kerana kebetulan cuma aku seorang yang mendaftar untuk pemeriksan 人間ドック pada hari itu.. Bijak juga dia kasi bilik kerana badan rasa lesu malah hidung rasa tidak selesa membuatkan kita rasa seperti nak terlantar sahaja selepas habis pemeriksaan.. Baru nak terlelap di atas katil, dapat pula telefon dari pihak hospital memaklumkan makan tengahari sudah tersedia dan selepas makan, aku boleh pulang ikut waktu sendiri.. Hari masih awal, biasanya orang Jepun terus bergerak ke syarikat tapi minta maaf, biarlah aku gunakan keistimewaan sebagai 外国人 (Foreigner) hari ini untuk mengambil peluang berehat di rumah (笑)    

Saturday, 22 August 2015

Eid Fitri 2015

17 July - MALAYSIA

Bersyukur dapat beraya bersama keluarga sekali lagi tahun ini walaupun hampir-hampir terkubur apabila mendapat khabar perlu pulang ke Jepun 3 hari sebelum masuk bulan Ramadhan! Awalnya aku cuba menolak dengan memberitahu aku sudah beli tiket pulang ke Malaysia dari Jakarta 2 bulan sebelumnya lagi tapi syarikat di Indonesia sudi membayar tiket pulang ke Malaysia dari Tokyo untuk aku asalkan aku setuju pulang ke Jepun! Sempat berpuasa 1 minggu sebelum berangkat pulang ke Malaysia melalui Haneda Airport.. Sempat bertemu dengan beberapa rakan yang turut pulang beraya.. Kali pertama naik AirAsia untuk tahun ini kerana kalau dari Indonesia, harga pesawat lain banyak yang lagi murah (笑) Dalam penerbangan, duduk sebelah lelaki Jepun yang kerjanya dalam bidang IT untuk memperkenalkan makanan halal untuk pelancong Islam ke Jepun..

Tidak sempat merasa kasih sayang datuk sejak lahir, moga Allah panjangkan usia kedua nenekku, insyaAllah

Jika raya tahun lalu aku sambut di Terengganu, tahun ini hanya di area KL sahaja kerana kebetulan Jiddah juga berada di KL.. Oleh kerana aku dapat cuti 10 hari, awalnya aku ingat nak buat plan drastik pergi bercuti ke Sumatra sendiri tapi sayang rata-rata syarikat tour yang aku telefon semua beritahu tidak ada orang kerja waktu itu (笑) Tidak mahu kebosanan sampai aku nekad nak angkat PS4 melalui Mudah.my tapi itu juga tak berhasil sebab last-last minit ada customer lain yang terus pergi ke rumah dealer untuk angkat walaupun aku dah deal dulu dengan dealer tu (-_-") Rezeki apabila cousin ajak ikut dia balik kampung di Batu Pahat pada hari raya ke 5 jadi dapatlah juga mengubat rindu setelah lebih 3 tahun tidak ke sana.. Perjalanan mengambil masa hampir 3.5 jam dari rumah cousin di Gombak.. Dapatlah juga beraya di 4 buah rumah saudara di sana, singgah BP Mall, dll.. Nostalgia sungguh dengan pelbagai jenis memori melihat suasana kampung yang saling tak ubah..

Heading back to Japan

Pulang semula ke Jepun pada 25 July dengan perasaan yang serba-serbi.. Sengaja cuba Thai Massage di KLIA2 selama 1 jam sebab sakit belakang sejak pulang hari itu.. Harga dikenakan hampir sama dengan caj di Jepun (-_-") Terkejut apabila di KLIA2 sudah tidak ada kedai yang jual air botol selepas kita masuk gate.. Kalau sebelum ini masih ada walaupun jual pada harga RM5 kalau tak silap, kini dia cuma jual dalam bentuk cawan plastik dan pastinya tidak boleh bawa masuk pesawat.. Kebetulan ada terlihat orang isi air di kedai yang sama dalam thermos yang dia bawa siap-siap dari rumah.. Tips mantap untuk orang yang nak saving bila guna AirAsia nanti (笑) Lucunya kami di minta keluar dari pesawat gara-gara masalah tayar dan akhirnya flight delay selama 1 jam membuatkan aku terlepas keretapi terakhir menuju ke 川崎 (Kawasaki) malam itu.. Pertama kali naik bas dari Haneda Airport tapi caj bas agak mahal sekitar 500円 (-_-")
    

Sunday, 9 August 2015

8 Month Assignment in Japan

7 July - KAWASAKI

Manusia hanya boleh merancang, yang menentukan hanyalah Dia.. Benarlah kata-kata yang sering kita dengar ini; aku sendiri tidak menyangka akan dipanggil pulang bekerja semula di Jepun lebih-lebih lagi dalam masa yang singkat.. Awalnya aku sudah membayangkan tahun 2015 bakal menjadi tahun terakhir aku bekerja di Indonesia, jadi aku sudah merancang beberapa agenda yang aku mahu lakukan antaranya memanjat gunung, menerokai Sumatra dan Yogjakarta dan sebagainya.. Kaget apabila email yang aku terima 3 hari sebelum Ramadhan seolah-olah menutup tirai apa yang telah aku rancang yang mana email dari 事業本部長 (Director) meminta aku bantu 設計 (Design) suatu project besar yang mana konstruksi nya akan bermula March 2016 di Indonesia..


Memandangkan project ini di Indonesia dan aku pula belum pernah terlibat dalam 設計 sebelum ini membuatkan ini adalah peluang keemasan buat aku sendiri untuk mengutip pengalaman.. Dari segi karier, memang jujurnya aku berminat sangat, tapi dari segi peribadi, aku takut ia akan mengganggu perancangan besar aku sendiri pada awal tahun hadapan (sigh) Namun segala-galanya sudah diputuskan, dan hasil perbincangan dengan boss di Indonesia, aku diberi tarikh 7 July untuk mula bekerja semula di HQ tapi lucunya 所属 (Affiliation) masih dengan syarikat di Indonesia, cuma elaun oversea aku sahaja yang ditiadakan.. (泣) Awalnya aku minta ditangguh sehingga lepas raya memandangkan aku sudah beli tiket balik raya siap-siap tapi sayang project design sudah mula dan team di Jepun juga sudah standby menantikan kedatangan aku..


Bersyukur apabila syarikat di Indonesia sanggup membelikan return flight Haneda-KLIA untuk raya kali ini malah pihak HQ juga bersetuju memberikan aku ambil cuti 10 hari sehingga 26 July untuk raya tahun ini.. Oleh kerana tugasan 設計 ini mengambil masa 8 bulan secara total, aku diberikan tempat tinggal yang ditanggung sepenuhnya menggunakan biaya project dan apabila selesai, insyaAllah aku akan dipulangkan semula ke syarikat di Indonesia.. Alhamdulillah rumah yang diberi mempunyai dapur jadi membolehkan aku mengaktifkan balik skill masak yang sudah lama terkubur dek sering makan luar di Jakarta (笑) Oleh kerana aku tinggal lebih dari 6 bulan, segala barangan yang tersimpan di dalam kontena sebelum aku berangkat ke Indonesia pada 2 tahun lepas juga dipulangkan semula.. 


Memandangkan aku cuma akan ada di sini selama 8 bulan, awalnya aku agak bingung memikirkan soal telefon dan internet.. Mujur HQ beri pinjam telefon bimbit jadi selesai soal telefon.. Next mengenai internet pula... Tempat tinggal aku sudah lengkap dengan internet, jadi yang diperlukan ialah penggunaan internet di luar rumah dan HQ.. Awalnya aku nak angkat WiFi router tapi harga per bulan sekitar 5,000円 (RM 150) agak merugikan memandangkan aku tidak akan selalu guna.. Agak terkejut apabila mendapati sudah banyak perkhidmatan SIM card di Jepun yang membolehkan pengguna khususnya pelancong luar membeli sim card untuk akses internet sepanjang berada di Jepun.. Hasil survey harga, aku membuat keputusan untuk melanggan SIM card dengan Rakuten Mobile pada harga serendah 1,000円 (RM 30) per bulan pada kapasiti 3.1 GB data..  

p/s Kalau ada dikalangan pembaca yang plan untuk menziarah Jepun, bolehlah roger-roger aku ;)

Friday, 31 July 2015

Sahur On The Road

27 June - JAKARTA

Sepanjang berada di Indonesia, salah satu aktiviti yang aku kepingin mau lakukan terutama di bulan Ramadhan ialah aktiviti Sahur on the Road (SOTR) iaitu aktiviti menyediakan juadah sahur untuk orang susah dan homeless di sekitar kawasan Jakarta.. Pertama kali mengenal adanya aktiviti ini ialah sewaktu selesai majlis berbuka puasa bersama masyarakat Malaysia lain di 大使館 (Embassy).. Habis sahaja moreh, para pelajar yang hadir majlis itu berkumpul di Malaysian Hall untuk briefing sambil menguruskan pengagihan makanan ke setiap kereta.. Waktu itu aku baru pertama kali menyambut Ramadhan di Jakarta dan masih belum rapat dengan masyarakat jadi agak sukar untuk turut-serta aktiviti ini.. Tahun ke-2 aku cuba untuk ikut serta tapi sayang, waktu itu tengah musim World Cup dan aku 'tersangkut' di rumah First Secretary layan bola ramai-ramai (笑)


Idea untuk melakukan SOTR ini timbul apabila aku berbincang dengan seorang member yang merupakan bekas presiden pelajar parti politik Malaysia di Jakarta yang ada pengalaman menganjurkan aktiviti SOTR.. Dia cadang kita buat antara kita sahaja tanpa ikut serta dengan pelajar lain supaya kita lebih bebas untuk mengatur mana kita mahu agih makanan dan waktu.. Keputusan tercapai dan hasil sumbangan sebanyak kira-kira IDR 4 Juta kami gunakan untuk tempah 130 bungkus nasi lengkap dengan lauk telur dan air minum; dan juga yang paling penting, kereta Avanza berserta supir.. Supir di sewa selama 12 jam dari jam 6 petang sehingga 6 pagi berikutnya.. Kena pastikan supir yang dipilih itu tahu selok-belok bandar Jakarta kerana laluan yang akan dilalui itu kawasan cerok yang memang tumpuan orang homeless untuk tidur..


Kami berangkat dari Menteng sekitar jam 0130 dan aktiviti mengagihkan juadah sahur selesai sekitar jam 0300 dengan laluan meliputi Jakarta Barat --> Jakarta Utara --> Jakarta Pusat.. Sepanjang perjalanan, agak kagum apabila mat-mat rempit juga turut-serta membuat amal yang sama tapi lebih meriah siap ada pegang bendera SOTR.. Sewaktu berhenti di area bawah jambatan di Jakarta Barat, para homeless di area situ seolah-olah sudah terbau juadah lantas berkurumun mengelilingi kereta kami sehingga menyukarkan aktiviti pemberian juadah melalui tingkap.. Dari awal sudah ada warning agar tidak membuka tingkap secara penuh kerana dikhuatiri ada tangan akan masuk dan mengambil barangan peribadi yang tidak diawasi.. Dalam masa 10 minit, kira-kira 50 bungkus selesai diagihkan; kalau diikutkan masih ada ramai lagi yang meminta, tapi kami terpaksa abaikan kerana mahu ke destinasi lain juga.. 


Tidak dinafikan ada yang mengambil peluang menagih simpati sehingga meminta 5 bungkus walaupun dari segi penampilan, tidak kelihatan seperti orang susah.. Kagum apabila terlihat kelibat sekumpulan warga Cina turut sama dalam aktiviti SOTR ini; gaya pakaian mereka mencontohi orang homeless dengan hanya mengenakan T-Shirt dan berseluar pendek memang terbaeek! Saat paling mengharukan apabila kami mengejutkan orang homeless yang sedang tidur di dalam kereta sorong yang tertutup yang mana kalau dilihat dari luar, pasti tidak akan menyangka ada orang di dalamnya.. Doa dipinta setiap kali kami mengagihkan juadah sahur buat mereka mengambil berkat bulan mulia Ramadhan.. Selesai aktiviti SOTR, kami bersahur bersama supir sambil berkongsi pengalaman yang kami dapat pada pagi itu..      

Tuesday, 30 June 2015

One Day Trip to Stone Garden + Gunung Padang

14 June - BANDUNG

Sejak berjinak-cernak dengan aktiviti backpackers dengan trip di Dieng dan juga beberapa tempat di area Bandung, aku sering melihat agenda-agenda trip yang di buat oleh individu-individu yang bernaung di bawah perusahaan dan juga ada yang buat program sendiri bermotifkan untuk jimat biaya transport di samping menambah kenalan.. Sesiapa sahaja boleh join aktiviti backpackers dengan cara survey trip yang anda minat di website Backpackers Indonesia (link) dan langsung contact dengan admin trip tersebut melalui WhatsApp.. Setelah survey beberapa kali, aku berminat dengan itinerary trip dibawah memandangkan sudah lama teringin hendak ke sana.. 



OPEN ONE DAY TRIP
STONE GARDEN + GUNUNG PADANG
Basic Price : IDR 250.000/pax

05.30 Verifikasi di Meeting Point Jakarta (atau sesuai kesepakatan)
05.30 En route Jakarta-Stone Garden
09.00 Explore Stone Garden
11.30 En route Stone Garden-Gunung Padang, Lunch break
12.00 Explore Terowongan Belanda, Stasiun Tua Lampegan, Situs Megalitikum Gunung
Padang (Situasional 3 spot)
17.00 En route Gunung Padang-Jakarta
22.00 Estimasi touchdown Jakarta
~~Finish

Kebetulan Achok juga berminat untuk ikut serta jadi kami ini merupakan kali pertama aku turut-serta aktiviti backpackers dengan orang yang aku kenal dari awal (笑) Perjalanan dari Jakarta ke Stone Garden agak menarik kerana jalan juga berbatu-batu ibarat seperti naik kuda.. Apabila tiba di tempat parkiran, kami diminta jalan kaki selama 5 minit untuk masuk ke tempat wisata Stone Garden yang dimaksudkan.. Sayangnya ada kebakaran terbuka yang menimbulkan asap gelap di beberapa area menyebabkan pemandangan di atas puncak agak terganggu.. Stone Garden ini agak terkenal memandangkan ada 2 pre-wed photo shoot sewaktu kami berada di sana..



Kami diberi masa selama 1 jam setengah di sana, tapi 40 minit sahaja kami sudah selesai lihat-lihat seluruh kawasan.. Lepak minum kelapa muda sambil menunggu waktu sebelum naik kereta menuju ke destinasi seterusnya iaitu Stasiun Tua Lampegan; stesen keretapi yang sudah tidak beroperasi lagi tapi dengarnya keretapi masih lalu di situ.. Di situ juga kami berehat sebentar untuk makan tengahari di warung depan stesen dan selepas itu menjelajah terowong tinggalan Belanda.. Tiada yang istimewa di situ jadi kami langsung berangkat ke destinasi terakhir iaitu Situs Megalitikum Gunung Padang yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan naik kereta dari stesen..



Seksa juga untuk tiba di puncak kerana harus menaiki tangga yang curamnya seolah-olah panjat tangga Batu Caves (Macamlah aku pernah naik) Situs ini boleh diibaratkan sebagai Machu Pichu Indonesia kerana terdirinya batu-batuan unik yang sehingga kini masih menjadi bualan para arkeologis.. Ada yang berpendapat batu-batuan ini muncul secara semulajadi dan ada juga berpendapat ia turun dari langit.. Namun agak misteri sehingga ada kelibat beberapa pemuda yang duduk bertapa di hadapan batu-batu sambil menggerak-gerakkan tangan tanpa menghirau orang lain.. Kami berada di situ sehingga hari nak masuk Maghrib baru berangkat pulang..

Group Photo


p/s  Tambah teman baru lagi dari ITB.. Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

Monday, 18 May 2015

Pulau Pari Trip

28 March - JAKARTA


Sempena berakhirnya pekerjaan salah seorang 先輩 (Senior) yang bakal pulang ke Jepun, boss meminta aku buat plan untuk bawa dia melancong di Indonesia memandangkan hampir setiap hari dia berada di tapak projek sahaja.. Hasil perbincangan, kami memilih untuk pergi ke Pulau Seribu yang terletak di utara Jakarta.. Kalau awal tahun yang lalu, aku pergi bersama trip backpackers dan naik bot murah ke Pulau Seribu melalui Merak, kali ini kami naik speed boat yang bertolak dari Ancol.. Aku meminta trip leader di Pulau Seribu hari itu untuk menjadi tour leader kali ini dan harga paket yang dia tawarkan adalah IDR 750,000 per pax dengan itinerary seperti dibawah:


06.30 – 07.30  Stanby di dermaga 6 Marina Ancol 
07.30 – 08.00  Loading penumpang ke dalam kapal 
08.00 – 09.00  Perjalanan ke Pulau Pari 
09.00 – 09.30  Sampai di Pulau Pari, check-in, Welcome drink 
09.30 – 11.00  Sepeda santai ke pantai LON LIPI, Pantai Pasir Perawan 
11.00 – 13.30  Waktu snorkeling dan Banana boat 
13.30 – 14.30  Mandi, Makan siang dan persiapan pulang 
14.30 – 15.00  Stanby di dermaga Pulau Pari, loading ke kapal 
15.00 – 16.00  Perjalanan kembali ke Jakarta ( Marina Ancol ) 
16.00 – 16.30  Sampai di Marina Ancol dan kembali ke tempat masing-masing


Dengarnya kalau aku ikut paket murah yang biasa mereka kendalikan, hanya perlu bayar IDR 350k siap dapat paket 2H1M lagi tapi naik boat tongkang dari Merak yang mengambil masa hampir 3 jam untuk tiba di destinasi.. Aktiviti snorkeling paling menarik ditambah dengan adanya foto dibawah air sewaktu kami memberi makan ikan-ikan.. Pertama kali juga aku merasai pakai flippers; ternyata mudah sungguh untuk berenang! Pertama kali juga naik banana boat; kalau sebelum ini cuma pernah tengok di gambar, bila cuba sendiri ternyata memang best walaupun sekejap gila tak sampai 10 minit pun! Kami siap dijatuhkan sebanyak 2x sepanjang perjalanan! Makan siang hari itu juga agak mewah dengan ikan bakar dan ayam goreng.. Agak kekok membawa basikal keliling pantai; melewati sekolah dan masjid.. Ternyata agak besar juga Pulau Pari ini.. 



p/s Badan sakit-sakit selepas main Banana Boat.. Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini (笑)

   

Monday, 4 May 2015

Residence Card Extended

23-24 March - TOKYO

Pagi itu aku bangun dengan sedikit kegelisahan.. Selesai mandi dan bersiap untuk ke HQ di 川崎 (Kawasaki), aku tercari-cari rental WiFi tapi tidak ketemu.. Puas menggeledah sekeliling rumah tapi tiada hasil.. Sewaktu aku sampai di HQ sekitar jam 1100, buka laptop dan balas email sambil 挨拶 (Greetings) dengan beberapa orang atasan, sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 1200.. Sambung sedikit kerja baru langsung bergerak ke 新杉田駅 (Shin Sugita Station) dan daripada situ naik bas menuju ke 東京入国管理局 (Tokyo Immigration Center) untuk mendapatkan residence card yang baru.. Mujur bilangan orang tidak terlalu ramai, hanya menunggu sekitar 1 jam sebelum nama dipanggil untuk mendapatkan kad baru.. 


Selesai sahaja itu, aku langsung pulang ke rumah Abul dengan niat sambung mencari rental WiFi itu.. Sayangnya mungkin dah bukan rezeki.. Dalam hati terpaksa redha bakal membayar denda kira-kira 4万円 (RM1.2k) sewaktu memulangkan di 羽田空港 (Haneda Airport) nanti.. Planning dengan saki-baki member yang masih ada untuk makan malam bersama.. Last-last minit set tempat di Restoran Zara di 綱島 (Tsunashima) tapi sayang dia tutup pula pada hari itu.. Akhirnya Abul memberi cadangan untuk pergi ke Restoran Madras Meals ala South Indian di area 新丸子駅 (Shin Maruko Station).. Agak lucu kerana bersebelahan dengan restoran itu ada Restoran Syukur; dengar saja nama ingatkan restoran halal juga tapi rupanya tidak sebab ada menu b@b1 (笑)


Pagi esoknya aku bertolak ke 羽田空港 dengan perasaan kurang sedap.. Sampai sahaja di tempat pemulangan rental WiFi aku langsung jujur sambil memulangkan apa yang tinggal.. Siapa sangka aku tidak dikenakan sebarang denda kerana waktu awal booking, aku sudah minta sekali dengan paket insurance! Pengajaran paling berguna hari itu betapa pentingnya ada insurance sebab kita tidak tahu bila tragedi bakal melanda walaupun sekecil kehilangan rental WiFi ini (笑) Bersyukur juga penerbangan aku pergi dan pulang tiada orang yang duduk di sebelah jadi memudahkan aku untuk keluar masuk ke toilet sekiranya perlu (笑) Sebaik tiba di Jakarta, langsung menuju ke office terlebih dahulu memandangkan ada pekerjaan sedikit sebelum pulang ke rumah..    

p/s Next tak tau dah bila akan ke Jepun lagi.. (泣)

Sunday, 19 April 2015

Trip to Kyoto

22 March - KYOTO

MyKyoto 2015

Selesai menjelajah Osaka, kami berangkat pula ke Kyoto keesokan harinya kerana kebetulan ada event MyKyoto (Malaysians in Kyoto) 送別会 (Farewell Party) buat ahli yang bakal meninggalkan bumi Jepun setelah menyelesaikan misi mereka di sini iaitu mendapatkan segulung ijazah.. Punyalah mengharap dapat bertemu para 後輩 (Junior) RITS tapi sayang yang ada cuma Epul dan beberapa 後輩 perempuan yang aku tak beberapa cam.. Bila melihat muka-muka baru yang bakal memulakan kehidupan sebagai pelajar di Jpon, terimbas kembali pengalaman diri sendiri yang agak cuak pada awalnya tapi yakinlah ukhuwah yang terbina di sinilah yang akan membantu sepanjang perjalanan menyelesaikan misi yang dikejar..


Jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, event MyKyoto sering dijalankan di 修学院 (Syugakuin) iaitu tempat hostel bagi pelajar asing penuntut 京大 (Kyoto Uni).. Sayangnya kali ini tidak sempat nak booking membuatkan mereka melakukan di rumah ahli MyKyoto yang muat-muat dengan bilangan kami berdekatan dengan 茶山駅 (Chayama Station) (笑) Pertama kali juga naik 電車 (Train) yang agak istimewa kerana tempat duduk dia menghadap luar tingkap.. Sengaja aku bawa abang angkat aku ikut serta event MyKyoto dengan harapan dia dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi orang Malaysia di sini.. Siapa sangka dia sendiri ada kejutan lain untuk aku apabila dia membawa ke sebuah tokong Zen bernama 圓光寺 (Enkouji); 20 minit perjalanan kaki dari event..

Al-Fatihah buat Syed Omar

Rakyat Malaysia yang ada peluang untuk menziarah Kyoto dan ada masa terluang bolehlah singgah di tokong ini kerana disini menempatkan makam Syed Omar Assegaf, salah seorang penuntut Malaysia yang mati berpunca daripada letusan bom atom di Hiroshima ketika WWII.. Dimakamkan di Kyoto apabila arwah meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke Tokyo untuk mendapatkan rawatan.. Selain menziarah makam, 圓光寺 juga merupakan salah satu spot musim 紅葉 (Autumn leaves) nanti jadi pada yang ingin melawat, pasanglah plan siap-siap.. Selepas itu, kami berangkat pula menuju ke 京都駅 (Kyoto Station) untuk membeli tiket 新幹線 (Bullet train) menuju ke Tokyo.. Bersyukur ada kedai 格安チケット (Cheap ticket) berdekatan dengan 京都駅 jadi boleh la jimat sedikit (笑)


Sayangnya cuma dapat berborak sebentar dengan お母さん (Okasan) di area Yodobashi Camera memandangkan beliau ada acara bersama jiran tetangga beliau di 宇治 (Uji).. Cukuplah syarat dapat ketemu mereka memandangkan sewaktu aku ke Jpon January lalu selama seminggu, aku tak sempat untuk melawat mereka sampai Yuichi sanggup ambil flight ke Tokyo semata-mata untuk bertemu aku.. Selesai makan-makan, aku berangkat menuju ke Tokyo dalam keadaan agak terkejar-kejar sehingga tak sempat membeli buah tangan (笑) Tumpang tidur di rumah Abul di Malaysia Hall Tokyo sebab memikirkan masa yang agak terhad untuk berjumpa dengan member.. Tak sangka pula ada lebih 10 orang pelajar yang tinggal di situ juga membuatkan kami terpaksa berkongsi toilet (笑)    

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC