Followers

Sunday 15 November 2015

Dr. Zakir Naik Lecture in Japan

7 November - TOKYO

Aku mula mengenali Dr. Zakir Naik sewaktu aku mengikuti video-video Ahmed Deedat di YouTube beberapa tahun yang lalu.. Antara tabiat aku sebelum tidur ialah memasang video ceramah debat agama di YouTube sambil tutup mata jadi boleh kata banyak juga ceramah Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik yang aku hafal secara tidak langsung (笑) Berbanding Ahmed Deedat, Dr. Zakir Naik terkenal dengan kekuatan memori yang luar biasa kerana dia mampu memberikan ayat sehingga ke muka surat kitab suci yang ingin dia sampaikan termasuk kitab hindu dan taurat! Apabila ternampak poster di Facebook yang menunjukkan Dr. Zakir bakal ke Jepun untuk tujuan dakwah, peluang keemasan untuk menyaksikan di depan mata orang masuk Islam pasti tidak akan dilepaskan!


Kebetulan hari yang sama pagi itu ada aktiviti BBQ yang dianjurkan oleh group Facebook yang sukakan makanan Malaysia dikalangan orang Jepun.. Pengunjung yang hadir sekitar 100 orang dan majoritinya pernah melancong malah ada yang pernah bekerja di Malaysia! Aktitivi BBQ di 新木場 (Shin-Kiba) ini adalah kali ke-2 pernah aku hadir; kali pertama ialah pada tahun 2012. Selain ayam dan kambing, juadah lain yang kami bakar ialah ikan masak tomyum, sotong, otak-otak dan mee goreng.. Setelah menjamu selera, ada diadakan permainan di mana orang Jepun memberitahu suatu yang mereka terkejut apabila tiba di Malaysia, dan orang Malaysia harus menjawab soalan tersebut melalui gambar yang dilukis.. Aktiviti BBQ itu selesai sekitar jam 15:30 dan kami langsung ke Tiara Koto Big Hall yang terletak tidak jauh dengan harapan dapat cop tempat duduk..


Ceramah Dr. Zakir itu bermula jam 18:30 tapi jam 16:30 lagi bilangan yang beratur sudah mencecah sekitar 50 orang.. Harapan hendak mengerjakan solat di dalam gedung juga tidak berjaya memandangkan waktu pihak penganjur menempah tempat adalah dari jam 18:00 maka pengunjung juga tidak dibenarkan masuk sehingga waktu yang ditetapkan! Apabila kami solat sebentar di tepi jalan dan kembali semula ke tempat beratur, kira-kira 100 orang sudah memenuhi ruang beratur di situ.. Kelibat van media dan polis turut hadir bagi membantu "menceriakan" lagi event ini.. Waktu seperti inilah kita boleh lihat disiplin dikalangan masyarakat Muslim yang potong barisan tanpa mengambil kira orang yang sudah beratur lama di belakang.. 


Entah apa silapnya, kami hanya dapat masuk dan dapatkan tempat duduk sekitar jam 18:50 dan ceramah pula bermula sekitar jam 19:15.. Agak lucu apabila kelibat Dr. Zakir muncul di bahagian belakang masuk ke dalam dewan yang sudah penuh dengan orang duduk di bahagian tangga lagi (笑) Satu lagi sikap yang mencuit hati ialah budaya selfie tanpa mengenal tempat sehinggakan yang sedang beratur untuk memberikan soalan juga sempat selfie (笑) Atas faktor waktu, Dr. Zakir hanya sempat memberikan ceramah tentang "Does God Exist" sekitar 1 jam, malah sesi soal jawab juga hanya sekitar 1 jam memandangkan pihak pengurusan gedung tidak bertolak ansur dalam soal penjagaan waktu.. Namun, aku tetap bersyukur hasrat tercapai untuk menyaksikan sendiri seorang wanita Jepun mengucapkan syahadah pada malam itu..


Banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam pengurusan event sebegini memandangkan ada beberapa ketika Dr. Zakir terpaksa berhenti ceramah bagi meminta bayi dan kanak-kanak keluar dari dewan kerana bunyi bising mengganggu konsentrasi.. Kasihan juga pengunjung lelaki yang tidak dapat masuk ke dalam dewan gara-gara sudah penuh; kerusi yang tersedia cuma 1,000 tapi kononnya yang datang hampir mencecah 4,000 orang! Teringin nak turut-serta ceramah Dr. Zakir di 東大 (Tokyo University) pada keesokan harinya tapi sayang, sudah dinasihatkan untuk tidak hadir memandangkan focus ceramah itu untuk orang Jepun.. Mujur ada siaran live di YouTube dan alhamdulillah, seramai 6 orang Jepun masuk Islam pada hari tersebut.. (link

p/s Gambar-gambar BBQ boleh dilihat melalui sini~     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC