Followers

Sunday 22 November 2015

Lake Kawaguchi Trip

13 November - YAMANASHI

Antara lokasi tumpuan pelancong yang hadir ke Jepun adalah 河口湖 (Lake Kawaguchi) yang terletak berdekatan dengan 富士山 (Mt. Fuji) di 山梨県 (Yamanashi Prefecture).. Lokasi yang menyukarkan untuk pergi menggunakan 電車 (Train) dan terpaksa menggunakan kenderaan beroda menambahkan lagi kesukaran untuk pergi ke sana.. Sering geram bila melihat foto para pelancong yang sering upload gambar di Facebook tentang trip mereka di Jepun terutama di tempat-tempat yang aku sendiri belum pernah sampai walaupun sudah tinggal di Jepun sejak 2008! Untuk itu aku sudah tanam hasrat hendak ke 河口湖 untuk menikmati 紅葉 (Autumn colors) dan kebetulan 河口湖 memang antara spot menarik..

Gambar kenangan di 紅葉回廊

Awalnya aku cuba mencari teman yang berminat untuk ke sana dan alhamdulillah ada sambutan.. Kami plan untuk ke sana pada 14 November (Saturday) tapi sayang ramalan cuaca menunjukkan hari itu bakal hujan.. Kebetulan 13 November syarikat aku cuti tapi teman-teman yang lain pula kerja jadi nak tak nak terpaksa pergi sendiri dan langkah paling senang adalah menggunakan perkhidmatan tour agent.. Hasil survey di internet, aku terus booking dengan HIS pada harga sekitar 9,000円 untuk 日帰り (One-day trip) dan bertolak dari 新宿 (Shinjuku).. Berikut merupakan 旅程 (Itinerary) ringkas mengenai perjalanan aku pada hari itu:

08:30  Depart from Shinjuku
10:00  Visit a sake factory
11:00  Hunting grapes and apple at 見晴し園 (Miharashien)
12:30  Lunch at 天下茶屋 (Tengechaya)
13:30  Kachikachi-yama Ropeway
15:00  Kawaguchi-ko Music Forest Museum
16:30  Light up at 紅葉回廊 (Autumn Colors Cloister?)
18:00  Return back to Shinjuku
19:30  Arrive in Shinjuku

Belum pernah ada pengalaman menggunakan tour agent di Jepun dan terus-terang, layanan yang diberikan memang tip-top.. Kebetulan hari yang sama, seramai 36 orang penumpang termasuk aku dan hampir separuh adalah pelancong asing.. Tiada apa yang istimewa di kilang buat arak Jepun malah lawatan tersebut tidak semantap yang pernah aku ikut sewaktu program Experiencing Japanese Culture (Link) yang lebih lama dan penerangan yang diterima lebih terperinci.. Agak bernasib baik untuk dapat 食べ放題 (All-You-Can-Eat) buah anggur dan epal di 見晴し園 (link) memandangkan minggu yang aku pergi itu merupakan minggu terakhir sebelum musim dia habis.. Ikut nafsu nak makan banyak, tapi sayangnya cuma sempat belasah seikat anggur dan 2 biji epal (笑)


Aku terlupa hendak memaklumkan lebih awal ke tour agent tentang menu makan tengahari agar tiada daging jadi awalnya agak was-was apabila dihidangkan dengan ほうとう (Flat udon and vegetables stewed with miso soup).. Mujur apabila ditanya chef, yang ada cuma sayur sahaja.. Sempat jama' qasar Zuhur dan Asar sekalian di dalam restoran itu yang agak luas dalam keadaan senyap-senyap (笑) Pengalaman naik ropeway di かちかち山 (Mt. Kachikachi) yang terkenal dengan kisah racoon dan arnab dalam sastera Jepun.. Pengunjung boleh melihat keindahan 富士山 dikelilingi 河口湖 pada ketinggian 1,075m sekiranya bertuah (笑) Malangnya hari yang aku pergi itu mendung jadi tak nampak 富士山 tapi dapat lihat dari atas pemandangan Fujikyu Highland, salah satu lokasi yang pasti aku hendak pergi lagi suatu hari nanti.. 

Kachikachi-yama Ropeway

Music Forest Museum

Destinasi seterusnya di Music Forest Museum juga tidak mengecewakan kerana kami sempat menikmati persembahan live sand-art performance yang diiringi bunyi violin dan piano.. Selain music, museum itu juga menyediakan platform bertemakan seni eropah dengan bentuk bangunan mirip zaman kegemilangan eropah.. Destinasi terakhir adalah menyaksikan keindahan daun musim luruh yang disuluh lampu pada waktu malam di  紅葉回廊.. Untungnya, sepanjang bulan itu diadakan perayaan jadi banyak gerai-gerai dibuka di kawasan itu.. Sebelum pulang, aku sempat beli epal pada harga yang pasti tidak akan dapat di pasaran biasa.. Paling puas hati sepanjang trip ialah setiap pengunjung terima ole-ole berbentuk pen dan postcard; salah satu item yang aku sering beli buat kenangan!


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini ~    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC