3 Jan - TOKYO
Hari ini boleh dikatakan aktiviti kemuncak sepanjang lawatan ahli keluarga aku di Jepun selama 10 hari kendatipun masih ada masa lagi.. Awalnya aku agak bingung samada nak bawa mereka main snowboard atau pergi theme park memandangkan harga bagi seorang tidak banyak beza jika dikira dengan kos perjalanan dan sebagainya.. Oleh sebab aktiviti snowboard agak memenatkan dan bahaya bagi 初心者 (Beginner) seperti mereka (macamlah aku hebat nau), aku tekad untuk bawa mereka ke theme park, dan theme park yang aku pilih ialah Tokyo DisneySea (TDS), salah satu theme park yang belum pernah aku pergi sepanjang berada di Jepun..
Memandangkan aku akan pergi ketika cuti umum, aku sudah dinasihatkan awal-awal lagi untuk membeli tiket siap-siap bagi menjimatkan masa tak perlu beratur.. Mujur ada rakan yang baik hati tolong belikan di Disney Store sekitar 渋谷 (Shibuya); rupanya tiket untuk bawah 18 tahun murah sedikit daripada tiket dewasa jadi jimat sedikit alang-alang sepupu aku baru habis SPM ;p Memandangkan perjalanan mengambil masa hampir sejam dengan menggunakan 電車 (Train), aku sudah maklumkan pada mereka untuk tunggu di 鶴見駅 (Tsurumi Station) supaya senang bergerak sama kerana perlu transit di 東京駅 (Tokyo Station) sebelum tiba di 舞浜駅 (Maihama Station)..
Ingatkan bila dah sampai 舞浜駅 dah boleh guna tiket masuk waktu nak naik monorail, rupanya perlu bayar juga (-_-") Tokyo DisneyLand dan DisneySea terletak bersebelahan, jadi monorail akan lalu Disney Land dahulu baru tiba di DisneySea.. Kononnya yang dewasa lebih suka pergi DisneySea kerana permainan di DisneyLand agak "kebudak-budakan" (笑) Selamat sampai di pintu masuk DisneySea sekitar jam 0930, awal-awal lagi kami dah maju ke "Journey to the Center of the Earth" untuk dapatkan Fast Pass bagi jimatkan waktu beratur.. Terkejut bila waktu yang tertera pada Fast Pass ialah 1730~1830!!
Kami teruskan perjalanan pula dan terjumpa "Indiana Jones Adventure" lalu dengan pantas beratur untuk ambil tiket Fast Pass.. Tiket tertera Fast Pass tidak boleh diproses kerana perlu tunggu 2 jam daripada masa cetakan Fast Pass yang pertama (-_-") Ambil masa hampir 3 jam kalau nak beratur membuatkan kami teruskan perjalanan pula menuju ke Arabian Coast di peta.. Oleh kerana waktu beratur Sinbad's Storybook Voyage" hanya 20 minit, kami terus beratur lalu jadikan ia permainan pertama hari itu (笑) Hendak dipendekkan cerita, berikut merupakan senarai permainan yang kami main sepanjang hari itu mengikut turutan:
|
Don't do this at home (笑) |
- Sinbad's Storybook Voyage
- Caravan Carousel
- Flounder's Flying Fish Coaster
- Aquatopia
- Indiana Jones Adventure: Temple of the Crystal Skull
- DisneySea Electric Railway
- StormRider
- Journey to the Center of the Earth
- Raging Spirits
- Tower of Terror
- Turtle Talk
|
Temple of the Crystal Skull |
Berbalik kepada cerita asal, selepas 2 jam aku patah balik untuk ambil tiket Fast Pass Indiana Jones tapi terkejut bila lihat operasi telah tamat! Bila tanya staff DisneySea, kononnya attraction yang "hot" semua dah habis waktu tengahari itu jadi dia cadangkan sebut "Single Rider" yang membolehkan kita guna laluan beratur yang lain jadi cepat sikit dapat naik cuma sayangnya tak boleh naik bersama-sama dengan kumpulan sendiri.. Tak banyak attraction yang benarkan "Single Rider" jadi ikut nasib~ Alhamdulillah aku dapat main Indiana Jones itu dengan hanya beratur sekitar 30 minit~
Teringin nak cuba Toy Story Mania yang kononnya attraction paling terbaru di DisneySea tapi bila lihat 待ち時間 (Waiting hour) dia ialah 240 minit (4 jam) terus tak jadi! StormRider agak menarik sebab 4D dan Journey to the Center of the Earth memang terbaeekk! Terpaksa beratur lebih sejam untuk main Raging Spirits sebab ingatkan best, tapi bila dah main rasa biasa je roller coaster dia.. Agak geram sebab bila tanya boleh ke "Single Rider" staff kata tak boleh, tapi waktu kami beratur, tengok ada je yang lepas kata "Single Rider" (-_-") Jam waktu itu dah pukul 8 malam, ingatkan nak main Toy Story tapi 待ち時間 dia 2 jam membuatkan aku terus putus asa dan cari permainan lain..
|
Tak dapat main, ambil gambar pun jadi laa |
Tower of Terror memang tak mengecewakan walaupun 待ち時間 dia hampir sejam.. Ingatkan rumah hantu tapi rupa-rupanya "free fall" yang memang boleh rasa macam tercabut jantung (笑) Habis sahaja permainan, terus naik kapal untuk menonton Turtle Talk with Crash iaitu salah satu watak dalam Finding Nemo.. Menarik bagi mereka yang faham 日本語 (Japanese) sebab Crash berinteraksi dengan pengunjung sambil buat lawak selama hampir 15 minit.. Attraction semua tutup jam 2200 jadi sebelum pulang kami singgah dulu untuk beli お土産 (Souvenirs); agak mengejutkan bila mereka borong lagi banyak daripada aku! (笑)
p/s Kalau nak pergi TDS, make sure pergi waktu orang tak ramai untuk dapatkan keseronokan main semua walaupun aku agak berpuas hati dapat pergi kali ini~