Followers

Wednesday, 26 December 2012

Xmas Celebration

23 December - TOKYO


Beberapa hari yang lepas, aku mendapat email daripada seorang 先輩 (Senior) Malaysian warganegara Cina yang mengajak aku untuk sama-sama menyambut pesta Natal di salah sebuah gereja sekitar 大久保 (Okubo).. Oleh kerana sikap ingin tahu tentang cara sambutan Natal itu dijalankan lebih-lebih lagi di negara yang majoritinya Atheist ditambah lagi tidak pernah masuk gereja, aku menerima pelawaan 先輩.. Ajak juga rakan-rakan yang lain tapi sayang masing-masing sibuk membuatkan aku terpaksa pergi seorang diri..

Kami bertemu di stesen 東中野 (Higashi Nakano) sekitar jam 1130 dan daripada situ jalan kaki sekitar 10 minit menuju ke gereja.. Agak terkejut dengan bilangan basikal dihadapan gereja seolah-olah seperti masuk sekolah; bangunan gereja 5 tingkat dan setiap tingkat ada kegunaan tersendiri untuk sesetengah komuniti.. Tingkat bawah tanah pula merupakan dewan makan~ Tingkat 3 khusus untuk komuniti Korea jadi anda boleh bayang betapa besarnya komuniti Korea beragama Kristian yang tinggal sekitar 大久保 ini..

Pada awalnya aku dibawa untuk mendengar "khutbah" kononnya untuk meraikan orang yang baru masuk gereja berkenaan.. Agak terkejut juga bila diakhir khutbah, salah seorang AJK menyerahkan CD yang mengandungi lagu-lagu gereja o_0" Selepas itu aku dibawa ke tingkat 2 untuk menyaksikan persembahan pentas bertemakan Xmas oleh komuniti Jpon pula.. Layan beberapa sketsa sebelum 先輩 ajak pergi tingkat 5 yang khusus untuk komuniti asing yang mana "khutbah" diberi dalam 英語 (English)

Uniknya "khutbah" mereka diselang-selikan dengan konsert ringkas siap dengan gitar, drum, dan piano! Sebelum "khutbah" bermula, semua pengunjung diseru untuk mengulang "syahadah" mereka yang agak panjang.. "Khutbah" yang diberi oleh seorang pastor dari Korea Selatan menceritakan tentang salah seorang watak dalam Bible dan moral yang boleh diambil dalam kehidupan seharian.. Menariknya ada diselitkan sketsa oleh sebilangan komuniti asing berbilang bangsa tentang "Christmas Carol" dsb..

Pastor menyeru mereka yang hadir supaya "percaya" dengan segala yang tertulis dalam Bible itu tanpa banyak soal.. Hal ini adalah bertentangan dengan Al-Quran iaitu satu-satunya kitab suci yang mencabar apa yang tertulis di dalamnya! (link) Isi "khutbah" langsung tidak menyentuh pegangan agama lain tapi lebih menekankan peranan penganut agama Kristian khususnya mazhab Protestan.. Aku meminta diri sekitar jam 1330 untuk pergi ke surau berdekatan 新大久保 (Shin-Okubo) untuk solat Zuhur sebelum bertolak ke 御徒町 (Okachimachi) untuk mengikuti kelas Bahasa Arab pada petang itu.. 

p/s 先輩 yang begitu peramah ini siap minta aku ajak dia pergi ke masjid bila ada kelapangan!      

12 comments:

  1. ur sempai nak pergi ke masjid?? wahhh... perghhh, awk berani ye pergi ke situ, sy memang takkan pergi la.. was was.. huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      alhamdulillah, rasa berani sebab rajin dengar ceramah Ahmad Deedat, Zakir Naik ngan Gary Miller tentang comparative religion :)

      Delete
  2. Tabik dengan awak berani ke gereja dan dengar segala khutbah mereka tu. Fie masih takut, takut tak tetap iman dihati. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      no wonder la masyarakat Islam kt Malaysia sering dianggap x bertoleransi dengan masyarakat agama lain..

      sis kena berani.. pupuk semangat ntk mendalami bidang agama dalam masa yang sama berhadapan dengan masyarakat agama lain kerana kita boleh belajar banyak benda ttg agama sendiri dengan cara berdialog bersama mereka :)

      Delete
  3. slm..lme xsinggh sini..pehh..berani jg kO msuk gereja..mst mcm2 perasaan timbul kn bile msuk dlm tu..
    pstikn iman tetap cekal..
    btw,thnx lah share kt dlm blog..bru lah ak taw serba sdikit ape yg dorg bt dlm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      cuma aku x recommend aa ko try buat kt gereja..
      x pasal2 kena serbu ngan badan JAIM ke ape sbb ingat ko nak tukar agama dengan hanya masuk gereja :p

      Delete
  4. diorang dengar khutbah sja ke pada hari tu ? tak da upacara sembahyang ke apa ? :O

    ReplyDelete
  5. huhu...apa2 pun ajaran Islam tu serba lengkap rite? huhu...bawakla dia g masjid...huhu mane tau dia terbuka hati kat Islam plak ke nnt =) eyhh dia tu non muslim ke? hahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol
      ada ke yg Muslim nak ajak g gereja dia selalu g??
      hehe, insyaAllah akan ajak :)

      Delete
  6. Krismas celebration kt gereja...dahsat.
    Aku smbut krismas siap pg kawaguchiko kot. haha. Ngan grup jepun aku....diorng bkn christian pn.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC