Followers

Saturday, 1 December 2012

New Adventure

Kamata Musollah
Cuba google senarai masjid di Jpon dan terkejut bila mendapati ada surau yang terletak di 蒲田 (Kamata) iaitu satu stesen selepas 川崎 (Kawasaki) iaitu tempat aku tinggal.. Lantas aku bertolak pergi mencari tempat yang dimaksudkan sambil menjejakkan kaki buat kali pertama di 蒲田駅 walaupun sering lalu ketika dalam perjalanan ke 東京 (Tokyo).. Lebih memeranjatkan surau tersebut terletak betul-betul di belakang bangunan pejabat.. Malangnya waktu aku pergi untuk solat Asar, surau itu terkunci memandangkan ia merupakan rumah flat.. Kalaulah surau yang sama terletak di 川崎, boleh juga pergi solat Jumaat di situ (-_-")

A302

Penang Restaurant
Pertama kali makan malam di Penang Restaurant yang dimiliki seorang warga Malaysia berketurunan Cina.. Restoran tersebut terletak berdekatan dengan 浜松町駅 (Hamamatsucho Station).. Sedikit cuak apabila gempa bumi agak kuat berlaku sebaik sahaja aku tiba di stesen itu sehingga membuatkan keretapi berhenti buat sementara waktu.. Ramai juga Malaysian yang pergi ke restoran tersebut termasuk di kalangan pelanggan Jpon.. 

Mee Kari

Tokyo Dome
Selepas makan malam, gerak pula ke stesen 水道橋 (Suidobashi) untuk melihat pesta lampu di sekitar Tokyo Dome.. Ini juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Tokyo Dome walaupun sudah hampir separuh dekad berada di bumi matahari terbit ini.. Boleh tahan juga pesta cahaya ditambah lagi dengan musim 紅葉 (Leaves changing color) buat masa ini.. Semangat sampai sanggup naik tingkat 42 hotel berhampiran untuk lihat pemandangan pesta cahaya daripada atas.. 


Arabic Class
Memandangkan hujung minggu aku sering tidak diisi dengan benda yang berfaedah, aku nekad untuk mempelajari bahasa Arab dengan mengambil kelas dan alhamdulillah Masjid As-Salam di 御徒町 (Okachimachi) menyediakan kelas secara percuma.. Setelah berjumpa dengan Imam masjid, aku berjaya mendapatkan tempat di dalam kelasnya pada hari Ahad selepas Asar jam 1500~ Mujur aku bukan keseorangan kerana ada 1 pasangan dari Malaysia turut-serta di dalam kelas yang sama dan mereka juga baru sahaja mula belajar pada minggu lepas~ InsyaAllah aku akan cuba merajinkan diri ke kelas setiap hujung minggu :)


Uighur Restaurant
Sempena kehadiran Mangat di Jpon atas urusan kerja, seorang rakan ajak pergi makan bersama di sebuah restoran Uighur yang terletak berhampiran dengan 新宿駅南口 (South exit Shinjuku Station)~ Sebelum ini pernah diajak tapi aku berikan alasan sebab tak biasa dengan masakan lain tapi ternyata masakan Uighur tidak banyak beza dengan Melayu tapi bezanya orang Uighur suka daging kambing.. Hampir seluruh menu menggunakan daging kambing~ Reka-bentuk restoran tersebut juga agak unik~ Kononnya di Jpon cuma ada 3 sahaja restoran Uighur; satu di Saitama dan satu lagi di Osaka..  


16 comments:

  1. 充実していますね。尊敬しちゃう!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 社会人1年目の内、時間がまだたくさんあるんですから・・・ ;)

      Delete
  2. wah.. menarik.. belaja bahasa arab baik2 yea.. kiranya bertambah lah bahasa yang tahu ei

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..
      bahasa Arab bahasa syurga..
      rugi sape yg x belajar bahasa nih
      hani pun cubalah~

      Delete
    2. erkkk,, sy belaja arab dari form 1 sampai form 5.. kat u ada belaja satu sem.. tp yelah tak guna selalu.. terbang kemana ilmu tuh.. lagi senang kalau guna dalam seharian kan.. =)

      Delete
    3. Ya Allah.. ruginye~
      try join kelab bahasa Arab ke ape yg mana u can chat using the language.. if not, the knowledge would disappear without u acknowledge it..

      Delete
  3. wahh!!! menarik post kali ni...dah macam katalog panduan melancong tok Yokoso Japan...huhu...kawasaki dgn kamata tu jauh ke? bape lme bru sampai?...asyik org cina mlysia je yg buka kedai makan kat jepon :( ...pesta cahaya ni sampai tahun baru nanti ke?...wahhh belajar bhase keturunan kyo...huhu bgus2 dlu ain kt skolah menengah 5 tahun belajr b arab...3 tahun BA komunikasi 2 tahun BA tinggi...tapi pasal basic x kukuh semua dah hilang, sangat sikit je yg masih ingat...huhu(-_-')

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. kawasaki ngan kamata tu sebelah2 je.. naik train dalam 3 minit :)

      2. hmm, so far yg kenal melayu bukak kedai Malaysia baru 1 jer.. Ain datang la buka kedai kt sini :p

      3. pesta cahaya biasanya sampai habis musim sejuk (around bln 3)

      4. huhu.. tulah, kalau basic x kukuh mmg susah sket.. bukan B.A je, semua subjek camtu :p

      Delete
  4. pesta lampu kat tokyo dome tu cantik..nak ikut..hew2..~~
    b.a?best belajar arab..tp sy pun belajar separuh jln..setakat y bsic..huhu..
    xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. iCity pun lawa perrr :p

      dah blaja tu cube amalkan ye..
      kalau hilang camtu je mmg sayang ;)

      Delete
  5. cite ko blaja bhasa arab buat aku tingat novel "contengan jalanan". kembara bulan ramadhan yg menemukan titip mencari cinta Ilahi.

    weiii ko buat aku ada perasaan nk suh ko pos kan bunga sakura ke aku je hikhikhik :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Contengan Jalanan" ??
      Best x? kasi review sket.. kalau best, balik Malaysia kang boleh la cari :)

      haha.. bunga sakura?
      bukan xleh petik ke? :p

      Delete
  6. belajar bahasa arab komunikasi form 1 until 3..
    arab tinggi belajar form sekejap je.pastu dah tak boleh pergi..
    skrg ghasa nyesal pula..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      tulah, sistem pendidikan kt Malaysia ni lawak..
      blaja untuk exam je, lepas tu burn gitu..
      patut kena ada inisiatif dari pihak kerajaan ntk bantu pelajar bina group untuk praktikkan apa yg telah dipelajari tu lepas abis exam..

      Delete
  7. waa! bagus2! =D
    hai! kamu ada tgk blog saya. yang pasal hntaran coklat ala Jepun tu, bunga ros tu saja yang coklat, dan bulat2 tu..yang lain bukan..hehe~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC