Followers

Monday, 17 December 2012

Citizen Paramedic


Sejak menjadi 社会人 (Working adults), ini merupakan kali ketiga aku menjalani kursus berkenaan 救命 (Lifesaving) memandangkan kursus ini adalah sebahagian daripada jadual kerja sepanjang tahun pertama.. Berbeza dengan 2 kursus sebelum ini yang dikendalikan oleh pihak syarikat, ini merupakan kali pertama ia dikendalikan oleh oleh pihak bomba malah siap diberi pengiktirafan sebagai 市民救命士 (Citizen Paramedic) lagi sebaik sahaja tamat kursus selama 8 jam ini.. Berikut merupakan aktiviti sepanjang kursus:

救命の連鎖 (Cycle of lifesaving)
①心停止の予防 (Prevention of cardiac arrest)
②心停止の早期認識と通報 (Early recognition of cardiac arrest and report)
③一次救命処置 (CPR and AED)
④二次救命処置と心拍再開後の集中治療 (Advanced Life Support and Intensive Care)


Tahukah anda proses keselamatan ①~③ sebaiknya dilakukan oleh orang ramai sementara menanti 救急車 (Ambulance) tiba? Secara purata, kereta kecemasan mengambil masa selama 8 minit untuk tiba di tempat kemalangan (Jpon) jadi langkah awal untuk menyelamatkan mangsa harus diambil oleh orang ramai dan bukan hanya melaporkan sahaja.. Berikut merupakan situasi yang perlu diambil sekiranya anda melihat ada orang terbaring tidak sedarkan diri~

1. Pastikan keselamatan sekeliling telebih dahulu dan jangan main terjah sahaja untuk menyelamatkan mangsa kerana anda memperjudikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan mangsa.. Jika kawasan itu tidak selamat, bawa mangsa ke tempat yang selamat sebelum memulakan proses menyelamat..

2. Tepuk bahu mangsa dan bisikkan ke telinga bagi memeriksa tahap kesedaran mangsa.. Jika mangsa tidak memberikan sebarang reaksi, tugas seterusnya ialah menjerit meminta pertolongan orang ramai.. Anda perlukan orang untuk memanggil 救急車 (119 bagi Jpon) dan lagi seorang untuk mengambil AED (Automated External Defibrillator) 


3. Sementara menunggu 救急車 tiba, tugas seterusnya ialah memastikan pernafasan mangsa dengan cara melihat bahagian dada dan perut.. Sekiranya tiada pernafasan, langkah seterusnya ialah 心肺蘇生 (CPR) dengan cara menekan bahagian tengah dada pada anggaran 5cm pada kelajuan 100 kali seminit menggunakan kedua-dua belah tangan.. Bantuan pernafasan hendaklah diberi selepas 30 kali menekan dada mangsa.. Anda digalakkan untuk meneruskan proses menekan dada kendatipun terdengar bunyi tulang retak kerana retak tulang boleh sembuh tapi nyawa tiada ganti~

4. Peringatan utama sebelum melakukan bantuan pernafasan ialah dengan melapikkan sesuatu ke atas mulut mangsa terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan yang tidak diingini.. Tiup nafas melalui mulut mangsa sebanyak 2 kali dan pastikan ada pergerakan pada dada mangsa bagi menandakan udara masuk~ Selesai bantuan pernafasan, ulang proses menekan dada mangsa sebanyak 30 kali dan bantuan pernafasan sehinggalah AED tiba..


5. Langkah penggunaan AED ada diletakkan dalam mesin tersebut siap dengan rakaman suara.. Sebelum melekatkan pad pada tubuh mangsa, pastikan anda menanggalkan segala pakaian yang mangsa pakai, lap tubuh sekiranya basah, tiada pelekat dan pacemaker pada tempat yang akan anda lekatkan.. Tunggu arahan daripada AED samada mangsa perlukan kejutan elektrik atau tidak.. Sekiranya perlu, pastikan tiada orang menyentuh mangsa sebelum menekan butang "shock" pada AED!

6. Selesai menekan butang, ulang langkah 心肺蘇生 tanpa menutup mesin AED kerana ia akan menganalisis dari semasa ke semasa keadaan mangsa dan kononnya setiap 2 minit, AED akan menyuruh anda memberikan kejutan elektrik sekiranya perlu.. 心肺蘇生 perlu diteruskan tanpa henti kerana hidup mati mangsa tersebut hanya BOLEH ditentukan oleh doktor! Tugas 心肺蘇生 memang memenatkan jadi pastikan anda ada orang yang boleh gantikan sementara anda rehat.. 

Bentuk AED berbeza mengikut ciptaan syarikat tapi cara penggunaan adalah sama

7. Proses 心肺蘇生 berbeza bagi kes kanak-kanak dan bayi.. Sekiranya mangsa adalah seorang bayi, anda hendaklah menekan dada bayi itu menggunakan 2 batang jari.. Bagi kes kanak-kanak pula, anda hendaklah menekan dada mangsa menggunakan 1 tangan sahaja pada anggaran 1/3 daripada tubuh mangsa bagi kedua-dua kes.. Pad AED juga kononnya ada disediakan khusus untuk bayi/kanak-kanak tapi sekiranya tiada, anda dikehendaki menggunakan pad dewasa..  

p/s Berharap tidak akan berhadapan dengan situasi sebenar di masa akan datang tapi sekiranya ditakdirkan jumpa juga, berdoa sahajalah aku ingat langkah-langkah yang seperti diatas~ 



15 comments:

  1. Best tak jadi paramedic di Jepun? Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      actually everyone is a paramedic..
      or everyone should be a paramedic..
      coz that's one part of being with the society~
      u need to know how to contribute to the society~

      Delete
  2. Ye, saya pun harap tak bertemu kejadian begitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa2 je la..
      kat Malaysia parah sket kot sbb AED x banyak..

      Delete
  3. Takde siapa yang nak jumpa benda ni semua Kyo... Tapi kalau dah terjumpa jugak, tu yang tiba2 gabra tu..

    Macam kes my SIL baru2 ni, benda pertama kali jadi kat dia.. Dan pertama kali jugak akak hadapi orang yang tumpah darah bersalin ni... Mujur la tak pitam bila tengok darah yang banyak kat bilik air tu.. Dengan my SIL dah mula menangis, asyik cakap saya takut, kak.. saya takut... Akak ni lagi la takut sebenarnya.. Tapi terpaksa kontrol diri...

    Pengalaman.... aduhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish..
      kalau dah tumpah darah banyak..
      sape2 tengok confirm cuak..
      alhamdulillah xde pape berlaku :)

      Delete
  4. perghhh mesti awk ni budak pandaikan sebab dapat buat medic kat sana.. wahhh!!! ena pun pelajar medic tapi dalam negara la... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat medic??
      haha.. bidang engineering kot plus dah kerja da..
      all the best on your studies!

      Delete
  5. salam kenal :)
    wah dduk jepun ker ? tringin jugak nk g sana .. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang2 AirAsia tengah buat promo ni..
      datang la :)

      Delete
  6. menarik gak ni...belajar cara selamatkan orang...boleh perasan macam dalam cerita code blue...huhuhu...bila nak pasang AED pastikan anda menanggalkan segala pakaian yang mangsa pakai...x jadi kontroversi ke kalau magsa tu laki yang selamatkannye perempuan dn sebaliknye kat kalayak ramai pulak tu?...seram je bunyi...eh kyo ahad ni nona de tayangkan ada pasal BBQ Malaysia Food Net yg kyo join ritu...agak2 kyo interfrem x sekali dlm rakaman ritu? lau ada jgn lupa suruh umi baba n sedare mare kyo tengok...dapat depa lepas rindu depa kat kyo agaknye...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jadi kontroversi tapi kalau itu je cara nak selamatkan nyawa, nak buat camne?

      huhu.. Ain!! thanks ingatkan..
      dah lupa abes pasal Nona tuu..
      haha

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. wah , macam duktur pulak ...

    baguslah jepun , so caring . love jepun , kipas susah mati .. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      tulah, baguslah diorang nih..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC