Followers

Tuesday 11 December 2012

Nickelback World Tour 2012

3 December - TOKYO

Bagi sesiapa yang sudah lama mengikuti blog ini pastinya sedar betapa mendalamnya pengaruh Nickelback dalam hidup aku setelah lebih 10 tahun mengikuti perkembangan semasa band daripada Canada ini~ Bagi seorang yang tidak pernah pergi ke konsert, adalah satu impian yang menjadi kenyataan apabila dapat menyaksikan persembahan Nickelback secara langsung di 武道館 (Budokan) hari ini sempena Nickelback World Tour 2012 malah istimewanya 武道館 merupakan perhentian terakhir mereka setelah menjelajah ke seluruh benua kebanyakannya belah Eropah dan Oceania.. 


Nickelback pernah hadir sebelum ini di Jpon pada tahun 2009 untuk melakukan persembahan sebanyak 2 kali dan menariknya salah satu daripadanya jatuh pada hari jadi aku cuma sayang aku hanya dapat tahu tentang kehadiran mereka beberapa hari selepas itu (-_-") Agar kesilapan sama tidak berulang, aku semakin rajin tengok aktiviti semasa di laman web rasmi mereka sehinggalah terbaca tweet mereka sekitar Ogos tahun ini yang memaklumkan 武道館 merupakan concert terakhir bagi jelajah 2012! Paling mengejutkan tarikh concert mereka jatuh pada hari Isnin iaitu hari bekerja m(_ _)m


Tiket mula dijual awal October tapi waktu itu aku terpaksa tunggu jadual tugasan bagi memastikan aku tiada apa-apa pada tarikh tersebut.. Bila baca Nickelback tweet yang tiket dah nak habis selepas 3 hari tiket mula dijual membuatkan aku terpaksa beli sambil tawakal secara online (笑) Ditakdirkan hari itu aku terpaksa 出張 (Outstation) di 富士電機 (Fuji Electric) cawangan Tokyo yang memerlukan ± 1 jam perjalanan untuk tiba di 武道館 dan waktu concert bermula jam 1900~ Habis sahaja kerja jam 1730, terus berlari sakan menuju ke stesen keretapi terdekat dan selamat tiba di stesen 九段下 (Kudanshita) sekitar jam 1840~ 

Panorama picture from where I seated

Sebelum masuk ada sport-check bagasi dan aku ada ditanya samada bawa camcorder atau tidak.. Kalau ada pun sudah pasti akan cakap tiada (笑) Pertama kali masuk dalam 武道館 sahaja sudah kagum dengan pintu gerbang dan suasana dewan seolah-olah ingin menyaksikan orang hendak bersukan (笑) Menarik juga susunan kerusi padahal nak tengok concert Rock o_0 Kagum dengan bilangan pengunjung lebih 10 ribu orang daripada kanak-kanak ke golongan tua yang datang untuk memberikan sokongan.. Entah mereka faham atau tidak lagu yang Nickelback nyanyikan itu lain cerita~


Nickelback menyanyikan 19 buah lagu daripada beberapa buah album mereka sepanjang 2 jam concert mengikut senarai dibawah:

1. THIS MEANS WAR
2. SOMETHING IN YOUR MOUTH
3. BOTTOMS UP
4. PHOTOGRAPH
5. FAR AWAY
6. TOO BAD
7. ANIMALS
8. TRYING NOT TO LOVE YOU
9. ROCKSTAR
10. SOMEDAY
11. LULLABY
12. THIS AFTERNOON
13. IF TODAY WAS YOUR LAST DAY
14. WHEN WE STAND TOGETHER
15. FIGURED YOU OUT
16. NEVER AGAIN
17. HOW YOU REMIND ME
18. GOTTA BE SOMEBODY
19. BURN IT TO THE GROUND

Bingit sungguh telinga sepanjang concert tapi memang puas hati dapat menyaksikan secara live buat pertama kali! Agak kecewa kerana tiada api atau mercun yang digunakan seperti concert penyanyi lain (笑) Lagu yang paling aku nantikan semestinya "How You Remind Me" iaitu lagu yang membuatkan aku jatuh hati pada band ini sejak tahun 2001~ Menurut Chad, 武道館 merupakan salah satu tempat yang begitu bermakna bagi mereka memandangkan idola mereka, Cheap Trick dan Deep Purple pernah mengadakan concert di lokasi yang sama~ 


Lagu paling gempak semestinya "When We Stand Together" kerana ada selingan drum solo hampir 5 minit.. Efek lampu dan latar belakang video turut menambah impak lagu yang mereka mainkan sepanjang concert.. Sesi penamat juga tidak mengecewakan dengan ketukan drum dan alunan gitar yang boleh mendatangkan ribut (笑) Sebelum balik, aku sempat beratur untuk membeli sesuatu sebagai kenangan di gerai Official Merchandice; agak terkejut semua barang berharga 3500円 dan aku tertarik dengan baju T-shirt yang menampakkan Nickelback World Tour 2012.. 


p/s Kononnya kalau kantoi ambil video ketika concert boleh membuatkan anda dihalau o_0 Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

30 comments:

  1. Wahhh... Minat jugak Kyo dengan konsert ehh... Ingatkan minat gamelan je... hehe...

    Akak tak teringin nak tengok konsert live ni.. Tapi teringin sangat nak tengok bola live dari stadium.. Entah tahun bila la boleh merasa agaknya... haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimana ada kemahuan, disitu ada jalan :)

      Delete
  2. hamboii, peminat setia nampaknya. okeng lah tu sudah dapat tgk secara live.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup

      puas hati.. tapi lepas ni bersara sat kot dari dunia konsert2 nih.. haha

      Delete
    2. ada pulak nak bersara erk. haha. tapi pokus lah dulu dgn yg penting kan. hihi

      Delete
    3. yup.. focus ntk next concert Nickelback which could take more than 2,3 years :p

      Delete
  3. menarik btol pnglaman g knsert kt sana..mesti puas hati kan tgk live? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati dikelilingi orang yg mempunyai minat yg sama :)

      Delete
  4. wow!! awak belajar kat jepun ye skrg??? hajimemashita.. hahaha memandai je sy ni.. sy suka jepun sgt2.. awwww... untuklah dapat pergi konsert macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu blaja skang kerja :)

      hajimemashite (nice to know you) too

      alhamdulillah.. mimpi jadi kenyataan :)

      Delete
  5. Tak kenal pun band tu tapi takpe fie support awak. InsyaAllah dapat pergi lah nanti. Hehe. Salam kenal :)

    ReplyDelete
  6. x minat dgn konsert2 ni..
    btw, salam perkenalan..
    yesterday, u ade tny pasal utm space tu kn..
    space tu stand for "school of professional and continuing education".. manage by universiti teknologi malaysia..
    utk student part time shj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Professional and Continuing Education?
      Pergh.. bunyi cam best jer..
      buat Masters ke?

      Delete
    2. best? sma je mcm universiti yg lain..
      cuma utm ni specialist in engineering..
      mkn sbb tu name cmtu kot..
      nope..
      sya smbng degree..

      Delete
    3. oh.. degree pun boleh part time ek?
      first time tahu..
      thanks for your comments :)

      Delete
  7. selamat berjaya snap gambar kan.. kenal je pnyanyi tp biasa2 saja..
    ramai jugak ei peminat jepun ni dtg konsert

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. tulah..
      buat dono jer kalau kena tangkap :p

      Delete
  8. wah wah wah jumpe rretis chuol kannnn ;p

    ReplyDelete
  9. Mesti super seronok dapat pg konsert yang memang dah lame aim nak pg kn.Minat pg spa jgk ke?Da lame ke keje kt jepun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPA tu ape ek?
      huhu, x sampai setahun pun :)

      Delete
  10. beruntungnya dia dapat tegok konsert nickelback ....


    okay , im jeolous ! =.=

    ReplyDelete
  11. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Kita semua selalu dihadapkan pada ribuan kesempatan emas yang tersamarkan dengan baik oleh kesulitan.

    ReplyDelete
  12. Cett, gmba rmai2 x lak mskkn dlm blog~ zzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sorry bro..
      gambar sorang lagi lawa la.. :p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC