Followers

Saturday 8 December 2012

歌舞伎 (Kabuki)

1 December - TOKYO

Sempena kedatangan salah seorang rakan daripada 愛知県 (Aichi-ken) untuk urusan pekerjaan, aku bercadang untuk menyaksikan persembahan 歌舞伎 (Kabuki) iaitu salah satu persembahan pentas tradisional di Jpon.. Kalau dikaji dari segi huruf kanji perkataan 歌舞伎 ini, kita dapat pecahkan kepada 3 bahagian iaitu 歌 (Sing), 舞 (Dance) dan 伎 (Skill).. Oleh itu, pengunjung akan dihiburkan dengan 3 persembahan dalam 1 masa! Persembahan 歌舞伎 diadakan 1~25hb setiap bulan bertempat di beberapa pentas 歌舞伎 yang terpilih seluruh Jpon.. Setiap bulan ada "drama" tersendiri membuatkan pengunjung tidak jemu untuk pergi~


Leceh juga waktu nak tempah tiket menerusi internet ini.. Mungkin disebabkan hari ini merupakan hari pertama drama pentas tersebut, terpaksa akur dengan tempat duduk di bahagian tepi pentas tingkat 2 walaupun harga tiket ialah 5000円 (RM200)~ Elok tempah tiket awal sedikit bagi mereka yang betul-betul nakkan kepuasan menonton 歌舞伎 ;) Oleh kerana persembahan sesi petang bermula jam 1600~1930, aku bercadang untuk menonton 007: Skyfall yang kebetulan baru sahaja ditayangkan di Jpon pada hari ini.. Alang-alang hendakkan kepuasan, semestinya IMAX yang kami cari kendatipun harga tiket 2000円 (RM80)~ Wayang bermula dari jam 1210~1430..


Selesai wayang, terkial-kial cari tempat solat sebelum bergerak ke 新橋演舞場 (Shimbashi Enbujo Theatre)  yang terletak berdekatan dengan stesen 東銀座 (Higashi Ginza)~ Gelabah sungguh bila tiba di stesen sekitar jam 1540 jadi terpaksa lari dalam keadaan sakit-sakit badan dek penangan futsal malam sebelumnya.. Dah pergi urut pagi itu sebelum tengok wayang tapi ternyata sesi 1 jam tidak mencukupi (笑) Sebelum ambil tiket, kami beli siap-siap English-guide headphone pada harga 650円 (RM 25) tapi kena deposit 1000円 (RM 40)~ Kami terlepas majlis pembukaan, dan bila masuk pentas sudah bermula.. Kagum dengan bilangan pengunjung yang agak memenuhi dewan walaupun majoriti merupakan golongan tua..



Bagi menghidupkan budaya Jpon, ada juga sebilangan kecil pengunjung wanita yang memakai 着物 (Kimono) semata-mata untuk menyaksikan 歌舞伎.. Agak jarang untuk lihat perempuan pakai 着物 waktu sejuk macam ini lebih-lebih lagi di sekitar 東京 (Tokyo)! Pertama kali dapat tahu kesemua pelakon 歌舞伎 merupakan lelaki kecuali pelakon cilik.. Kalau ikut sejarah, 歌舞伎 diperkenalkan oleh wanita ketika zaman Edo seawal abad ke-17 sehingga popular dikalangan pelacur yang mempersembahkan di hadapan pelanggan.. Tokugawa shogun ketika itu tidak suka lantas mengharamkan wanita mempersembahkan 歌舞伎 membuatkan pihak lelaki mengambil alih dengan melakonkan watak lelaki dan juga perempuan!


Ternyata pembelian English guide berbaloi sebab 日本語 (Japanese) yang digunakan oleh pelakon pentas itu terlalu "tradisional" untuk aku dapat tangkap (笑) Menarik juga intonasi yang mereka guna yang saling tak ubah seperti menonton drama di kaca TV.. Ramai juga pengunjung yang bawa teropong khas untuk melihat lebih jelas aksi pelakon di pentas kendatipun ada kaca TV disediakan.. Sesi petang ada 2 cerita dan selang 1 cerita ada waktu rehat sekitar 40 minit.. Secara jujur, aku pun tidak dapat tangkap sangat jalan cerita dia sebab melibatkan sejarah Jpon.. Semestinya lagi seronok pergi melihat persembahan 舞妓 (Maiko) di Kyoto 2 tahun yang lepas :) (link)


Selesai persembahan, kami gerak ke 六本木 (Roppongi) untuk makan 焼肉 (Yakiniku) di 炭焼き屋 (Sumiyakiya), salah sebuah restoran Jpon yang menyediakan daging halal.. Mujur stok halal masih ada tapi tidak mencukupi disebabkan kami tidak tempah terlebih dahulu.. Sudah cuba untuk menempah, tapi sayang tiada orang yang jawab (Elok call direct kedai daripada MyHalal) Mujur pekerja kedai tersebut, orang Sri Lanka memberi cadangan supaya kami bayar seorang 3000円 (RM120) dan dia akan sediakan apa yang ada termasuk minuman.. Alhamdulillah, bukan sahaja daging lembu, ayam pun turut dia sediakan :) 

p/s Kalau nak puas hati layan 歌舞伎, make sure anda pilih tempat duduk area tengah sedikit~ 

17 comments:

  1. Oh, saya sgt sgt suka kabuki! Dua kali tgk pun tak puas. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      saya pergi pun lepas sensei syorkan tempoh hari :)
      thanks!

      Delete
  2. wahhh ...macam menarik persembahan dia , suka background , i mean pentas dia ...very japan style lahh .....

    mahalnya makan ...uhuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain daripada yg lain..
      pergi sekali memang best..
      pengalaman baru..
      tapi lepas ni kalau orang ajak, mungkin akan fikir dua tiga kali kalau nak pergi :p

      huhu, harga sini memang gile!

      Delete
    2. hahaha .....

      bestnya dapat belajar culture sana ... i like japan .... huhuhu ...

      bilalah boleh jejak kaki kat sana .... yokataneee...<-- maksud apa ni , saya selalu sebut , tapi tak tahu mana ...

      Delete
    3. perkataan yg betul ejaan dia ialah
      "yokattane"

      berasal daripada perkataan "yoi" yang bermaksud "baik"

      past tense bagi "yoi" ialah "yokatta"

      "+ne" tu macam "...kan" dalam BM

      Delete
    4. OHH ...baikkan?? ini ...owwhh ...okay ... haik , dh faham ... arigato kozaimas ... ni jer tahu ..

      Delete
    5. pembetulan

      GOzaimasu ye

      berasal daripada perkataan "gozaru" iaitu polite form bagi "desu"

      "desu" tu apa jangan tanya.. haha

      Delete
  3. hamboiii,best nampak .xngorat awek pakai baju kimono tu kah? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak gak ngorat..
      tp mostly yg pakai tu semua standard makcik2 ngan nenek2 :p

      Delete
    2. haha, ngorat seja. mereka pun perempuan juga. haaha :P

      Delete
    3. haha..
      tu dah bunyi cam terdesak sangat :p

      Delete
    4. haha. eh ada bunyi erk. :P

      Delete
  4. wuaaaaaaa bestnya..dapat tengok budaya orang kat sana.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan dapat tengok budaya jer..
      macam2 lagi dapat tengok..
      hopefully dapat simpan yg baik2 jer.. :p

      Delete
  5. moshi moshi. watashi wa aien desu. hakhak...ntah betul ntah x. berkarat daaa. bestnya lepak kat negara orang dan melihat budaya mereka... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah..
      pengenalan diri dah betul..
      pernah belajar kt skolah ke?

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC