Followers

Sunday 28 March 2010

2010 激励会 (Pep rally)

25 Mac - TOKYO

Majlis 激励会 (Pep rally) telah diadakan pada hari nih bertempat di JICA (Japan International Cooperation Agency) Takebashi Office, Tokyo.. Majlis nih diadakan bagi meraikan pelajar JAD 6 seramai 73/75 yang selamat menamatkan pengajian pada peringkat sarjana muda di universiti masing2 di Jpon disamping menyambut kedatangan 79 pelajar JAD 8 yang bakal memulakan kehidupan baru mereka di Jpon.. Majlis yang diadakan setiap tahun nih menyaksikan kemunculan sulung pelajar2 JAD 6 daripada 立命館大学 (Rits) kerana 2 tahun lepas, kitorang dikehendaki bertolak awal ke 関西 (Kansai) gara2 program yang dikendalikan oleh pihak universiti bertindih dengan majlis nih.. 

Kedatangan ak ke 東京 (Tokyo) dengan menaiki 新幹線 (Bullet train) merupakan kali ke 2 dalam sejarah hidup ak; kali pertama menggunakan duit sendiri kerana tambang perjalanan yang memang mahal giler (pergi balik habis sekitar 23,000円)~ Ak bertolak daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) dalam jam 1200 dan tiba di 東京駅 (Tokyo Station) sekitar jam 1500.. Daripada 東京駅, kene berjalan selama 5~10 minit menuju ke subway 大手町 sebelum bergerak ke destinasi, 竹橋駅 (Takebashi Station).. Alhamdulillah, ak selamat tiba di JICA Takebashi sekitar jam 1530 sekaligus menjadi pelajar JAD 6 pertama yang tiba di majlis berkenaan..


Majlis yang bermula sekitar jam 1600 dirasmikan melalui ucapan direktor JICA yang kemudiannye disusuli oleh ucapan daripada wakil kedutaan Malaysia di Jpon.. Lepas tuh plak ucapan CEO Yayasan Pelajaran Mara yang baru, dan yang terakhir sekali ucapan pensyarah mewakili 15 universiti Jpon dalam konsortium JUCTe.. Punyalah mengharapkan menu masakan Malaysia ke ape tp hajat x kesampaian kerana apa yang disajikan hanyalah roti dan buah-buahan.. Bedal buah skit pastu sambung borak ngan member2 dan tetamu yang hadir sehingga x sedar masa berjalan sehingga jam 1800.. 


Perut yang masih kelaparan memaksa kitorang pakat ntk makan malam di Saizeria (restoran masakan Itali) berdekatan; malang x berbau apabila bilangan kerusi yang x mencukupi memaksa separuh daripada kitorang terpaksa makan di tempat lain termasuk Arbaain 先生.. Selesai makan malam, ingatkan nak layan karaoke jap tp last2 batal akibat masing2 ingin membawa haluan diri.. Arbaain 先生 teringin nk g 秋葉原 (Akihabara) yang memang agak dekat dengan kawasan tersebut meskipun jam sudah menunjukkan jam 2000; kedai2 di Jpon nih memang tutup awal jadi x banyak kedai yang masih beroperasi.. Ak tumpang tinggal di umah Abul sehingga 27 Mac ntk membawa pulang 後輩 (junior) baru ke 関西..



p/s Gambar2 lain boleh didapati di sini

1 comment:

  1. tu la ko.ktorg yg dlu dtg pn awal2 dah bajet mmg mkn ringan2 je.hahaha...pape pn,otsukares

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC