21 Mac - HOME
Penerbangan MH 52 selamat berlepas pada jam 2355 waktu tempatan; buat pertama kali ak dapat tempat duduk 29K iaitu belakang tandas tp sebelah tingkap jadi leh lunjurkan kaki dengan senang.. Malang tidak berbau apabila semua penumpang tidak dpt layan cerita kerana masalah teknikal di dalam pesawat.. Nasib baik flight waktu malam jadi x terasa sangat kehilangan perkhidmatan tersebut meskipun ak teringin nak layan Ninja Assassins.. Bersyukur gak dapat duduk seblah sorang warga Malta dan dia seronok bercerita mengenai pengalaman pusing satu dunia atas faktor pekerjaan.. Dengan bangga nyer dia cakap xde negara yang dia x pernah pergi melainkan negara tuh di landa peperangan dan x selamat.. Mamat nih cakap dia dulu bekerja sebagai model dan kerap di hantar ke luar negara.. lepas dia berhenti, dia jadi supplier ntk barangan perubatan; juga kene g luar negara gak~ Nasib baik mamat nih solo jer lepas bercerai dengan isteri dia suatu ketika dahulu yang membuatkan dia xde masalah ntk berkerja dengan syarikat global~ Dia suka pergi ke Malaysia; terutama nye JB dan Penang.. Dia lebih gemar JB daripada KL sebab kos penginapan dan sara hidup yang lebih murah? Konon nyer susah nak tempah penginapan di hotel2 sekitar KL pada bulan Julai sehingga September kerana waktu tuh ramai sangat pelancong~
Selalu sangat naik kapal terbang mengingatkan ak kepada citer Up In The Air~ Mamat warga Malta nih siap pernah 'date' ngan pramugari dari Malaysia, Indonesia, Jpon, dan Thailand.. Semestinye hubungan dia dengan pramugari2 tersebut hanya singkat kerana faktor pekerjaan masing2 yang mengehadkan waktu ntk mereka bertemu.. Nasihat dia kalo nk cari bakal bini sok supaya jangan cari pramugari; konon nyer diorang hanya nampak kemas waktu bekerja, tp kalo kt umah memang pengotor? Pramugara plak kebiasaannye ialah GAY? kate dia.. Sebagai bekas model, memang x mustahil bagi dia mengorat awek2 pramugari sehinggakan dia dengan bangga bagitau ak dia dapat email pramugari tercantik dalam flight kitorang hari tuh.. Penerbangan MH 52 yang mengambil masa 5 jam 30 minit selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX) pada jam 0630.. kt sini siap kene amik gambar lagi waktu kt kastam so amik masa lama gak nk tunggu sorang2 selesai.. Dari 空港 (Airport), ak bergerak ke terminal 8 ntk naik bas menuju ke 京都駅 (Kyoto Station) memandangkan harga tiket bas lebih murah (2500円).. Berjaya tiba di umah sekitar jam 1030; borak2 sat ngan lan pali seblom qada' tido selama 1 jam lebih.. bangun semula ntk gotong-royong bersihkan umah memandangkan lusa dah nk pindah umah baru.. minggu yang meletihkan bermula hari nih~ -_-"
klasmet skolah ak pramugara n memang gay la.gay sbenar-benarnya.ak pn chuak.hahaha
ReplyDeletepergh.. ni yang ak cuak nk borak2 ngan pramugara lepas nih.. ;)
ReplyDelete