Atas sebab perkahwinan sulung saudara perempuan belah Ummi yang bakal diadakan di halaman rumahnye pada 14 Mac, family ak bergerak daripada umah pada petang 12 Mac sekitar jam 1730.. Selamat tiba di rumah pengantin sekitar jam 2130 untuk makan malam; x leh tido situ sebab ramai sangat saudara2 dan rakan2 pengantin yang turut bermalam kt umah berkenaan membuatkan family ak amik alternatif lain iaitu bermalam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang agak dekat daripada umah pengantin.. kebetulan Baba ade program kt UTM jadi awal2 lagi dah 予約 (booking) satu bilik kt Scholars Inn (nama tempat yang kitorang stay)..
Terong, member skola teknik dulu ajak bermalam di kolej tempat dia tinggal di UTM jadi ak tumpang satu malam kt situ; turut serta pada malam tu ialah PickUp (member teknik gak) yang datang daripada Muar semata2 nk berjumpa ngan ak (terharu siot).. Lebih 2 tahun gak kot x jumpe ngan diorang jadi banyak gak kitorang bualkan malam tuh sampai ke pagi baru tido.. Kalo UiTM Shah Alam jer dah mempunyai bilangan pelajar melebihi 40 ribu, kt UTM hanya sekitar 10 ribu jer membuatkan setiap pelajar dapat menginap di dalam kawasan Universiti.. Kitorang sarapan @ makan tengahari kt Kafeteria UTM; murah giler berbanding harga kt mamak; terserempak ngan Pak Pai (member teknik gak) lantas join jalan2 lepas tuh..
Destinasi pertama kitorang ialah Danga Bay; shopping sket kt sini ngan masing2 membeli sesuatu seblom bergerak ke destinasi seterusnya.. Sekitar Danga Bay nih terdapat bentuk2 umah dulu2 negeri Johor.. menarik gak reka bentuk zaman silam, konon nyer leh buat majlis perkahwinan gak kt situ tp kos kompem terbaeek gak! Keinginan PickUp ntk layan bowling ditunaikan dan destinasi seterusnye ialah Plaza Angsana.. Dahsyat giler tempat bowling kt sini; kuno abis pastu bola2 bowling kt situ pon cam x terurus (banyak lubang!)... Suwey giler sampai nk buat bola lencong pon x menjadi membuatkan gelaran Raja Longkang menjadi milik ak hari nih..
Seblom balik, kitorang layan jap masakan Mee yang konon nyer terkenal kt sekitar JB nih.. Usha kedai komputer jap untuk survey harga netbook dan spesifikasi dalaman dia memandangkan ak bakal membeli netbook baru lepas nih.. Bagus nyer kalo beli kt Malaysia ialah free gift yang bakal diterima pastu harga nyer pon leh tahan! Destinasi terakhir semestinye UTM; kitorang lepak kt puncak tertinggi UTM untuk menikmati struktur geografi lokasi UTM yang agak sistematik jika dilihat dari atas.. Lucu gak tengok gelagat pelajar asing yang suka buat kepala sendiri pastu kene marah ngan pak guard.. Malam tuh kitorang makan kt kafeteria Fakulti Kejuruteraan Elektrik; layan bola pakai skrin projector match Chelsea seblom pulang.. Ak tido kt Scholars Inn memandangkan esok nk gerak awal..
14 Mac - WEDDING
Hari yang ditunggu2 oleh Azah dan juga seluruh keluarga terdekatnye setelah sekian lama merancang dengan rapi.. Azah sentiasa bertanya khabar dan memberitahu update dari semasa ke semasa waktu ak kt Jpon dulu; semua saudara lelaki dikehendaki memakai jubah putih dan berserban kerana konsep perkahwinan Azah ialah cara Yemen (kate nyer..) Akad nikah berlangsung pada sebelah pagi iaitu sekitar jam 1100; Hampir 40 orang rombongan pihak pengantin lelaki hadir bagi menyaksikan upacara akad nikah tersebut.. Ini merupakan perkahwinan pertama bagi cucu Jidah (nama panggilan ntk nenek belah Ummi); berseri sungguh Jidah pagi nih, kalah artis kot..
Banyak gak masalah sewaktu upacara perkahwinan berlangsung antaranye kekurangan tenaga watt menyebabkan tenaga elektrik terputus beberapa kali.. mujur pegawai TNB memberikan kerjasama ntk hadir memberikan bantuan= Senyum pihak keluarga pengantin memandangkan makanan ntk 1400 orang habis meskipun hujan pada hari nih.. Ramai ahli keluarga yang lain pulang pada belah petang memandangkan keesokan hari nya ialah hari bekerja; Mujur abang ak minta cuti 2 hari jadi boleh ak lepak kt JB lama skit di samping memberikan bantuan yang sewajarnya ;p
15 Mac - SINGAPORE
Petang nih ak ikut pengantin jalan2 kt Singapore; tujuan asalnye ntk memulangkan pakaian pengantin yang disewa daripada lulu alhadad dan menziarahi saudara2 lain.. Family Azah merupakan rakyat Singapore; kagum ak ngan komuniti Arab di situ kerana mereka saling kenal-mengenal antara satu sama lain.. Singgah di beberapa buah rumah untuk makan malam dan ziarah nenek saudara yang kini sedang tenat.. 一石二鳥 (Killing 2 birds with 1 stone) kerana kebetulan nenek belah Baba juga berada di sana~ Ami Hasan (anak lelaki nenek saudara) merupakan Imam Masjid Baalawi Singapore; dia sempat memberikan sedikit pengisian kt kitorang malam tuh antaranye :-
- Umat Islam zaman sekarang menganggap Al-Quran sebagai 'bahan bacaan' dan bukan lagi 'bahan rujukan' membuatkan ramai yang tidak memahami Al-Quran~
- Sahabat2 Nabi yang terkenal seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Omar Al-Khatab bukan seorang yang HAFIZ Quran tapi mereka MEMAHAMI Al-Quran..
- Kepentingan mendalami Ilmu Manti' (ilmu logik) dan bahan bacaan yang sesuai di baca ialah Muqaddimah karya Ibn Khaldun
Banyak gak yang dibualkan bersama pakcik2 yang turut serta hadir pada rumah tersebut tapi kitorang terpaksa beredar awal memandangkan masih ada barangan2 perkahwinan yang masih belum dipulangkan.. Destinasi terakhir kitorang pada malam tuh ialah Arab St. untuk makan-tengah-malam; mahal giler harga makanan, mujur pengantin belanja.. (笑)
hahaha...
ReplyDeleteler.. aku ingatkan ko lepak ngan family ko mlm tuh... kalau aku tau, dah lame aku gi bilik terung dowh......
ko ar, tanak reply comment fesbok...
paham2 jer la bilik terong mane dapat wireless.. ak dah balik umah kt Shah Alam baru ak dapat layan facebook dengan sebetulnye~ ;)
ReplyDelete