Followers

Thursday, 25 March 2010

卒業式 (Convocation Ceremony)

22 Mac - RITS

Hari bersejarah dalam hidup ak apabila ak bergelar graduan sarjana muda bidang kejuruteraan daripada 立命館大学 (Ritsumeikan University).. Majlis bermula tepat jam 1000 dan di mulai dengan nyanyian lagu Rits.. Boleh tahan gak sesak gymnasium yang penuh dengan pelajar2 理工学部 (Dept. of Science & Engineering) dan 情報理工学部 (Dept. of Information Science & Engineering); turut-serta pada ketika itu ialah para ibu bapa yang sempat hadir ntk menyaksikan anak mereka.. Majlis dirasmikan oleh Vice Chancellor, 川口 清史 (Kawaguchi Kiyofumi) dengan ucapan yang banyak menyentuh kaitan Amerika dan Eropah dalam teks beliau.. Dahsyat gak bila para pelajar dapat membaca di depan skrin teks ucapan yang dibaca oleh VC= Lepas tuh, majlis diteruskan pula dengan penyampaian sijil bagi pelajar cemerlang keseluruhan universiti dan sedikit ucapan daripada wakil pelajar.. terkejut gak tgk pompuan yang naik tuh pakai はかま (hakama) pastu siap ngan topi graduan berbentuk 4 segi tuh.. Majlis di gymnasium berakhir sekitar jam 1045 dan para pelajar di minta berpecah mengikut kursus masing2 dan bergerak menuju ke kelas yang ditetapkan bagi memperoleh sijil tamat pengajian~



Dalam kursus pengajian pon ade anugerah ntk pelajar terbaeek keseluruhan dan pelajar terbaeek ntk aktiviti luar dan dalam kelas.. Ak terpulangkan kad pelajar waktu tanda-tangan surat bukti sudah mengambil sijil tamat pengajian; mujur dapat dicari semula memandangkan kad pelajar tu perlu waktu nk dapatkan diskaun pelajar.. 先輩 (senior) cakap bila dah dapat kad pelajar ntk pelajar Masters baru kene pulangkan kad pelajar lama.. Aktiviti ambil gambar diteruskan ke 小松研 (Komatsu Lab); mujur waktu tuh SV ak pon ade, dapat gak ambik gambar ngan dia.. (笑) Rata2 yang pompuan pakai はかま waktu majlis graduasi nih; kos sewa ntk 1 hari di Rits mencecah 50,000円 (RM 1832)!! Kalo ikut perancangan awal, member2 lab nk buat 飲み会 (Drinking Party) hari nih bagi meraikan rakan2 yang bakal meninggalkan Rits bagi menempuh alam kerjaya.. Malangnye ak bukan kaki minum cam diorang, di tambah lagi urusan pindah umah pon masih belum selesai pada waktu tuh membuatkan ak terpaksa menolak ajakan diorang.. Ingatkan nk kemas umah ngan Joe, skali mamat nih plak yang g 飲み会 ngan member lab dia sampai balik umah waktu dah tengah malam.. -_-"



p/s gambar2 lain boleh dilihat melalui sini

3 comments:

  1. congrats bro..omedeto..bile la k lak nk grad.haha

    ReplyDelete
  2. thanx bro..
    gud luck kt ko gak~

    ReplyDelete
  3. omedetou gozaimasu.. semoga suksess selalu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC