ntk entri kali nih ak nk berkongsi sedikit ilmu yg ak ade mengenai binatang haram nih.. masyarakat di Jpon mahupon Korea begitu suka sangat ngan daging binatang nih.. bagi diorang memang sedap giler kalah ayam goreng agaknyer~ tak puas guna time makan, diorang guna gak binatang ni dalam kehidupan seharian spt kulit binatang ni dlm industri kasut, nama binatang ni bile nk maki2 orang~ dan banyak lagi (nk citer pon ak dah geli~).. waktu kt Malaysia dlu memang x pikir sangat pasal isu binatang nih sbb memang dah di didik sejak kecil perkataan 'HARAM' dan hubung kait dengan binatang nih.. tp bila sampai Jpon, bukan main lagi mat2 Jpon tanye nape x leh itu, ini dlm Islam dan topik mengenai binatang ni memang x pernah terlepas.. padahal kalo usha kt wikipedia pasal binatang nih, dah terang2 tertulis pasal bahaya nyer dari aspek kesihatan..
pokok soalan nye ialah kenapa ajaran Islam melarang umat nye makan daging binatang nih.. ada banyak ayat di dalam kitab suci al-Quran yg menerangkan mengenai isu nih dan antara nye ialah..
1) Pengharaman memakan khinzir adalah Haram di dalam islam.Selain dalil yang kuat dari Al-Quran ataupun Hadith,terdapat juga dalil2 akal yang para ulama' menggunakan ia sebagai hujjah menghukumkan ianya haram.Diantaranya:
A- Di dalam badan khinzir,ada sejenis kuman yang mana ia boleh menyebabkan orang yang memakan daging khinzir mendapat penyakit2 tertentu.
B- Memakan khinzir,boleh menyebabkan org itu mewarisi salah satu dari sifat khinzir iaitu sifat "Dayyus". Ia adalah sifat tidak menghiraukan isteri atau anak yang bersikap curang, bahkan membiarkan mereka melakukan demikian.
C- Ada riwayat yang mengatakan,Allah menciptakan khinzir ketika najis binatang2 yang berada di dalam kapal NabiAllah Nuh bertambah banyak.Dan diciptakan Khinzir ketika itu adalah untuk menghilangkan najis2 tersebut.Maka itulah hingga skrg khinzir2 suka pada kotor.
p/s Perkara2 tadi,memang tiada dalilnya dari Alquran atau Hadith,tetapi ia telah dibuktikan dengan banyak cubaan yang dilakukan oleh para ahlinya.
Jika kita ingin menghilangkan najis "Mughollazoh" iaitu najis Anjing dan khinzir,perlu kita menyuci bahagian yang terkene najis itu dengan air sebanyak tujuh kali,dan wajib mencampurkan air itu tadi dengan tanah pada salah satu dari tujuh cucian tadi.Jika kita hanya cuci dengan air sahaja walau pun zahirnya dah bersih dan walaupun 100 kali cucian pun,tetap ia tidak suci.Begitu juga kalau kita hanya menggunakan tanah sahaja.
Jika kita terpegang kasut yg dijual di pasaraya yang menggunakan kulit babi,dan bahagian anggota kita yang kita sentuh itu basah,ataupun bahagian kasut yang kita sentuh itu basah atau kedua2nya basah,maka najislah bahagian yang menyentuhnya dan wajib menghilangkan najis itu.Manakala jika kedua2 tidak basah,maka tidaklah menajiskan dan tidaklah wajib mensucikannya.

