Followers

Thursday, 15 January 2009

WAKE UP!!

"The Greatest Enemy of Knowledge is Not Ignorance, it is the Illusion of Knowledge" Stephen Hawking

Setiap detik yang kita lalui saban hari, terus berlalu meninggalkan pelbagai memori pahit dan manis dalam kehidupan. Kate orang, 「人生はいちご一」(hidup ini hanya sekali), oleh itu pergunakanlah kesempatan yang ada supaya x menyesal di kemudian hari. Hidup ni diibaratkan selembar kain putih dan di akhir hayat kelak, kita x jumpa kain putih lagi tetapi kain yang ber'aneka' warna.. colors of life~ Cuba kita kenang balik kehidupan kita sehingga hari nih, agak2 nyer dah jadi warna ape lah kain 'kehidupan' kita tu ek?? Dah macam2 suka dan duka kita lalui ketika kita masih kecil sehinggalah dewasa kini...


Dalam kita duk memikirkan kehidupan kita, jangan terlupa dengan kehidupan saudara2 kita di negara lain; apa yang aku nak fokuskan dalam post nih ialah PALESTIN. Kita lihat apa yang berlaku di Palestin sehingga hidup mereka diporak-perandakan oleh rejim Zionis setiap hari; membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan di samping berdoa agar keganasan itu bertukar kepada keamanan dunia sejagat. Apa yang berlaku di Palestin; ke atas masyarakat Islam seluruh dunia pasca kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah yang mengamalkan sistem khalifah jelas menunjukkan umat Islam x bersatu.. ini merupakan antara sebab Israel masih wujud di muka peta dunia sehingga hari ini..


Maklumat yang kita dapat pada hari ini 90% datang nya daripada media massa.. tak kisahlah daripada tv, radio, surat khabar dan sebagai nya. Kita baca daripada pemikiran orang lain pastu kita hebahkan plak pada yang x tau tanpa kita sedari adakah berita tu sahih @ tidak.. Orang yang bijak tidak semestinya harus pandai dalam sains dan matematik, tapi petah berkata2 adalah satu unsur yang x boleh diketepikan kerana kata2 yang manis boleh 'menarik' seseorang.. pepatah Jepun ada mengatakan;

"If you believe everything you read, better not read."

Jangan terkejut kalau korang bace surat khabar di US yang sememangnya pro Israel; muka depan kebanyakannya tunjuk kemusnahan di Israel seolah2 Israel tu MANGSA dalam isu peperangan yang dah berlangsung lebih 50 tahun nih.. Hamas kate Israel bersalah, dan Israel kate Hamas yang bersalah.. sebagai seorang Islam, kita memilih untuk menyokong saudara kita, tetapi kita perlu tanya juga pada diri kita, adakah kerana agama sahaja kita menyokong Hamas atau adanya alasan yang lebih kukuh? Sudah tiba masanya ntk kita muhasabah diri dan tanya "apa yang aku tau pasal isu Palestin dan Israel nih?" Apa yang menyebabkan perang ni berterusan sehingga skang? Adakah ada nya penyelesaian dalam isu ni?


Pelbagai persoalan2 yang melanda dunia masa skang yang sepatutnya kita ambil berat kerana kita semua adalah PELAJAR! Pelajar bukan bermakna kita hanya perlu mengetahui ilmu yang datang daripada guru di sekolah sahaja.. Ilmu itu berada di mana2 cuba kita perlu sedar dan ambil manfaat daripada nya.. sebab itulah kita dituntut supaya menuntut ilmu sehingga akhir hayat.. pepatah arab ade mengatakan;

"Ilmu itu ibarat Perbendaharaan, dan anak kuncinya adalah Pertanyaan"

Kita merupakan golongan muda yang bakal mencorak masa depan dunia di masa akan datang ni perlu sedar daripada 'mimpi' bahawa segalanya akan berlaku seperti yang dirancang oleh kita.. "asalkan aku belajar tinggi2, masa depan aku mesti cerah nyer.." LOL, sedarlah bahawa dunia skang ni dah x macam dlu.. persaingan sudah semakin sengit, orang yang pandai mengambil peluang yang sedia ada merupakan orang yang bakal berdiri di atas..sedarlah skang sebelum terlambat wahai saudara2 ku..

"Knowledge is not what is memorised.
Knowledge is what benefits."
Imam Shafi'
(In other words, that which has results)

Isu media massa merupakan suatu isu yang serius kerana segala maklumat bagaikan dikawal oleh mereka2 yang bertanggung jawab.. FYI, media massa di barat di kawal oleh yahudi2 yg pro Israel dan mereka2 ini lah juga yang mengawal badan2 kuat di US.. Kalau korang berminat nak tau lebih pasal ketidak adilan yang berlaku di dunia nih, try search kat internet pasal 'free mason' @ 'illuminati' dan aku yakin korang akan terkejut ngan ape yang akan korang jumpa.. Disamping terhibur dengan dunia 'Hollywood' yg penuh ngan 'fantasi', rajin2lah layan dokumentari2 yang meneroka realiti dunia sebenar..


Dunia ini tidaklah 'seindah' seperti yang disangka-sangka kan.. tapi bagaimana kita menggambarkan 'keindahan' itu terpulang pada pemikiran masing2..

"Avoid the crowd. Do your own thinking independently. Be the chess player, not the chess piece."


3 comments:

  1. mantap shikn.. aku baru nak ambil skin ni... tapi ko da sapu dulu.. hurm..

    ReplyDelete
  2. pengisian yang menarik, yup seringkali kita terpedaya dengan permainan zionist. Free Mason, hmmm cadangan yang menarik. Nak try carik jap.

    ReplyDelete
  3. to edi - sape cepat dia dapat bro.. huhu

    to faiz - banyak lagi kata kunci dia cam secret society, illuminati.. kat youtube pon banyak.. topik ni memang menarik..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC