Followers

Sunday 30 November 2008

RITS Panthers

30 Nov - KOBE

Buat julung2 kali nyer dalam sejarah hidup ak, ak dapat masuk stadium untuk menonton acara sukan ( selama ni kalo gi stadium pon sbb hari sukan skola ).. dengan bayaran 500 yen jer ( termasuk harga tiket, tambang pergi balik ) ak dapat join pasukan penyokong american football 立命館大学 (RITS) "the panthers" berserta 39 pelajar lain (20 BKC dan 20 Kinugasa campus) yang terdiri daripada 20 pelajar luar negara dan 20 pelajar jepon.

rombongan ni ditaja oleh PIBG 立命館.. tempat berkumpul ialah 京都駅 dan bas sepatutnye bergerak pkl 10 pagi, tapi macam biasa.. ade jer yang lewat, so bas gerak dalam pkl 10.30 camtu.. yang best nyer dalam perjalanan kat highway, banyak giler kereta2 mantap lalu seblah bas cam ferrari, lamborghini, porche.. macam tengah race jer atas jalan raya.. time bas stop jap kat kawasan umah rehat kat osaka kalo x silap, kebetulan yang 'pasukan race' tu pon stop gak so dengan kesempatan yang ada, ak pon join amik gambar sebanyak yang mungkin kereta2 yang mantap ni..


kitorang sampai kat stadium ni around 1.15 kalo x silap.. kick off dalam pkl 2 lebih, yang mantap nyer pasukan "panthers" berjaya dapat touch down awal.. memula bajet 大学 kitorang dapat menang mudah game ni sbb di awal permainan nampak sangat kitorang lagi kuat.. pihak lawan 関西学院 asik defence jer, 1st quarter tamat dgn kitorang leading 10-0.. tapi bila masuk 2nd quarter, tak pasal2 pihak lawan dah mula kejar.. diorang main lagi mantap dan ketika half time diorang dapat kejar 10-7.. 3rd quarter berakhir dengan mata yang sama dengan kedua2 pasukan menunjukkan persembahan yang mantap..

pasukan "panthers" memang kaw2 defence waktu nih (pasukan sorak pon asik tunjuk gaya tarian yang same jer sbb defence banyak).. last quarter pasukan "panthers" berjaya gak dapat touchdown ntk kali ke 2.. waktu nih kitorang dah memang bajet 大学 kitorang akan menang game hari ni sekali gus layak sebagai calon 関西 ntk bertemu dengan calon 関東 ntk アメリカンフットボール東西大学王座決定戦 yang akan diadakan di 大阪長居 stadium pada 21/12 ( ntah ak gi ke x.. huhu ).. akhirnya perlawanan tamat dengan kemenangan buat pihak 立命館 dengan mata 17-7 ..





banyak yang aku dapat pelajari daripada game ni dan suasana di stadium dengan sorakan penyokong kedua2 belah pasukan.. dihangatkan lagi dengan pasukan penyorak yang x mengenal penat, sblm ni ak bajet pasukan penyorak cume sorak seblom stat game jer.. x sangka lak setiap kali masa berhenti @ game stop jer pasukan sorak dua2 pasukan mula menyorak ikut alunan muzik orkestra ( tarian plak bukan satu dua jer, macam lebih dari 5 tarian diorang tunjukkan ).. dahsyat giler diorang, ak yang bersorak pon rase penat skit.. diorang siap menari, melompat sana sini.. dengar kate diorang 練習 setiap malam nak jayakan sorakan diorang..

yang best nyer pasal orang jepon ni, diorang x lupa nak ucap terima kasih kat semua orang seblom dan selepas permainan.. 感動 giler ak bila game abis, semua pemain berbaris menghadap pasukan penyokong masing2, pastu leader diorang jerit "terima kasih kerana menyokong kami pada hari ini~" pastu semua pemain ruku'... seblom ni ak tau skit2 jer pasal permainan american futbol ni daripada manga eyeshield 21.. bila dapat tgk secara live depan mata.. baru dapat feel ape tu dunia american futbol yang sebenarnye.. the passion of sport is unbelievable.. waktu ade pemain injured ke ape, game stop pastu pasukan penyorak pon senyap giler.. bile pemain diusung bawa keluar,baru la pasukan penyorak bising balik bagi semangat kat kitorang 頑張れ(がんばれ)~ memang pengalaman yang berharga yang x dapat ak lupakan.. huhu

2 comments:

  1. Best gile dpt tgk American footbal...aku nk tgk x dpt2 lg..
    Tengak eye shield 21 je..

    ReplyDelete
  2. huhu..
    satu2 nyer sukan yang ak pernah tgk secara live kt stadium..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC