Followers

Friday, 1 September 2017

Day Trip to Cirebon

6 August - CIREBON

Salah satu destinasi yang kami teringin hendak pergi memandangkan orang Malaysia sering tersilap setiap kali kami informasi kami tinggal di Cilegon sewaktu aku bekerja di site selama 9 bulan~ Kebetulan Ideatrip ada melakukan day trip ke Cirebon pada harga IDR 450k per orang yang agak mahal tapi tidak ada cara lain memandangkan option cuma itu sahaja.. Berikut merupakan itinerary perjalanan kami ke Cirebon~

Brunch


05.30 – 06.00 Meeting point in Plasa Semanggi
06.00 – 10.00 Journey Jakarta - Cirebon
10.00 – 11.30 Kasepuhan Palace Explore and Photo Hunting
11.30 – 12.30 Visit Sang Cipta Rasa Mosque and Taking a Break
12.30 – 13.30 Lunch in Empal Gentong “H. Apud”
13.30 – 14.30 Sunyaragi Cave Explore and Photo Hunting
14.30 – 15.30 Visit Seashells Multidemsional House
15.30 – 17.00 Journey to Batik Village Trusmi
17.00 – 19.00 Journey Jamblang Rice “Mang Dul” for dinner
19.00 – 23.00 Journey Cirebon - Jakarta

Penjelasan ringkas tentang kerajaan Cirebon dari staff istana

Lucunya kali ini cuma 6 pengunjung yang ikut serta dan kesemuanya adalah foreigners yang mana 2 adalah orang Philippine dan selebihnya Malaysian~ Awalnya kami dijanjikan kereta Elf 14 seaters yang boleh reclining, tapi oleh kerana cuma 6 pengunjung, kami diberi Daihatsu 8 seaters yang tidak boleh reclining (笑) Berangkat sesuai schedule, tapi kondisi jalan yang lancar membuatkan kami sampai di Cirebon 1 jam lebih awal dari schedule membuatkan trip leader ubah itinerary dan destinasi pertama kami adalah Empal Gentong H Apud untuk brunch~ Setelah isi perut, kami maju ke destinasi berikutnya iaitu Kasepuhan Palace, lawat istana kerajaan Cirebon yang sudah wujud sejak abad ke15~ Area istana yang luas dan bersih benar-benar menarik dan wajar dikunjungi~ 

Foto kenangan di hadapan istana

Setelah itu kami ke Sunyaragi Cave untuk melihat kawasan pertapaan orang zaman dahulu yang penuh dengan batu-batu pelbagai bentuk~ Sayangnya kesedaran sivik masyarakat sekitar masih rendah apabila meninggalkan sampah makanan begitu sahaja sesudah menjamu selera disitu~ Sesudah berfoto di area gua, kami kembali semula ke area istana untuk mengerjakan solat sebentar di Sang Cipta Mosque, antara masjid tertua di Cirebon dan masih utuh.. Agak sedih apabila melihat begitu ramai peminta sedekah di kalangan makcik-makcik tua beratur di area pintu masuk masjid~ Setelah solat, kami dibawa membeli belah ke Batik Village Trusmi; harapannya nak lihat cara pembuatan batik secara live, tapi sayangnya produksi tutup pada hari Ahad (笑) 

Foto kenangan di Goa Sunyaragi yang open, bukan gua biasa (笑)

Nak beli batik tapi siasat harga seolah-olah lebih mahal dari Thamrin City, terus tak jadi beli (-_-") Tour leader bawa ke restoran yang menyediakan Nasi Jamblang, iaitu nasi berlauk yang makan di atas daun.. Kami pesan satay 20 batang (Ayam dan daging) untuk menjamu yang lain tapi sayangnya tiada sambutan sampai terpaksa habiskan sendiri (笑) Destinasi seterusnya adalah ke Seashells Multidemensional House tapi sayangnya sewaktu kami tiba di sana, tempat itu sudah tutup kerana mereka tutup jam 1600! Aku salahkan trip leader yang tidak berhati-hati akan hal ini tapi nasi sudah jadi bubur~ Kami langsung pulang ke Jakarta setelah itu dan selamat tiba di Plasa Semanggi pada jam 2000~ Makan malam di A&W dahulu sebelum pulang ke rumah menaiki taxi~     

 

Sunday, 20 August 2017

Scuba Diving Experience

5 August - RAGUNAN

Sewaktu kerja di tapak project KOS di Cilegon, aku berkesempatan untuk mengenali salah seorang bekas pekerja company FFEC HQ yang kini menetap di Philippine setelah meletakkan jawatan.. Kebetulan dia dipanggil untuk membantu di site sebagai Quality Control~ Dia sempat berkongsi minatnya dalam sukan diving begitu mendalam dan tujuan dia berhijrah ke Philippine juga atas alasan yang sama sehingga sanggup meninggalkan family~ Dengar keasyikan dia bercerita tentang aktiviti tahun baru yakni menyelam bersama teman diving sambil minum wine menikmati matahari terbit benar-benar bunyi seperti di dalam filem! Sayangnya schedule aktiviti di project yang agak padat membuatkan kami gagal untuk merancang untuk menyelam bersama dan akhirnya dia pulang sebelum project hampir selesai~

Beberapa bulan selepas itu, aku terjumpa kupon di aplikasi Goers tentang kursus percubaan diving pada harga IDR 387,500 selama satu hari jadi tanpa membuang masa aku terus beli~ Lokasi kursus yang ditentukan oleh trainer bertempat di Kolam Renang Gelangang Olahraya Ragunan~ Bertolak dari rumah menaiki taxi jam 0730 dan selamat tiba di lokasi sekitar jam 0800~ Usia trainer dalam 30-an malah hari yang sama juga ada 5 orang yang dia ajar termasuk aku tapi yang lain sudah pernah hadir beberapa kali malah siap ada yang terus beli diving set sendiri yang harganya sekitar RM12k~ Awalnya aku didedahkan dengan pengenalan alat diving dan cara memasang tong oksigen~ Setelah itu, langsung pakai dan back flip masuk dalam kolam renang! 


Ada 4 step yang dia tekankan dan perlu dikuasai sebelum menyelam di bawah lautan iaitu 
a) Masker clearing
b) Hand signals for diving
c) Pinch nose and blow to release air pressure at ear
d) Regulator recovery 

Bagi seorang yang pernah mengalami trauma hampir tenggelam di dalam air sewaktu menyelam di Langkawi suatu ketika dahulu, terus-terang aku butuh waktu yang lama untuk biasakan diri di dalam air lebih-lebih lagi kemahiran berenang juga masih level amateur~ Harus biasakan diri untuk bernafas melalui mulut dan tidak panik ketika berada di dalam air dalam tempuh waktu yang lama pasti suatu cabaran yang harus aku hadapi sekiranya mahu berjinak-jinak dalam sukan ini~ Pengalaman scuba diving selama 1 jam ini pastinya tidak akan dapat aku lupakan dan insyaAllah sekiranya ada rezeki, ambil kursus jangka masa panjang, dapatkan lesen diving supaya boleh diving ke merata pantai seluruh dunia~    


Saturday, 5 August 2017

Company trip to Bandung

29~30 July - BANDUNG

Lembang Asri Resort, Bandung

Salah satu keluhan yang sering kedengaran dari mulut karyawan sejak tahun lalu ialah tiadanya company trip sebagai salah alat untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama karyawan di samping mengeratkan lagi hubungan antara pihak atasan dengan staff. Pelbagai jenis idea muncul sewaktu memilih destinasi percutian kali ini memandangkan sebelum ini hanya di Jakarta.. Budget yang diberi oleh boss ialah bawah IDR 100 Juta dan destinasi yang dipilih kali ini adalah Lembang Asri Resort di Bandung dengan penginapan selama 1 malam.. Berikut merupakan itinerary perjalanan kami selama 2 hari 1 malam di Bandung:

29 July 
0630 Tiba di office untuk sesi pendaftaran
0715 Berangkat dari office dengan menaiki bas 
0930 Berhenti sebentar di rest area (30 mins)
1300 Tiba di Lembang Asri Resort, lunch dan check in bilik
1430 Flying fox, paint ball
1900 Dinner, lucky draw

30 July 
0700 Breakfast
0800 Team building
1000 ATV tour
1200 Lunch, checkout bilik
1300 Berangkat dari Lembang Asri
1530 Berhenti sebentar di rest area (30 mins)
1800 Tiba di office, bersurai

Seramai 42 orang karyawan termasuk family ikut serta dalam company trip kali ini.. Ada yang berangkat dari site office di Cilegon sejak jam 0400 menuju ke Jakarta untuk turut serta naik bas.. Team dari Purwakarta langsung bergerak dan bertemu di Bandung memandangkan lokasi mereka hanya 50km daripada destinasi yang dituju.. Lucky draw kali ini sedikit kontroversi kerana pemenang hadiah utama merupakan MC yang merangkap ketua panitia company trip kali ini (笑) Bahaya gak main paint ball ketika Company Trip sebab ada yang kena tembak di bahagian leher dan ramai juga yang cedera di bahagian jari #ouch~ Selesai team building, aku bayar extra untuk ikut serta ATV tour keliling Lembang Sari Resort.. Bayaran hanya IDR 50k dan trek nya begitu mencabar, dan kami benar-benar terhibur! Perjalanan pergi mengambil masa 7 jam tapi perjalanan pulang hanya 6 jam; itu pun kerna kami berangkat awal dari Bandung, kalau berangkat jam 3, bisa tiba di Jakarta sekitar jam 10!! 

Paint Ball 

ATV tour




Friday, 31 March 2017

Short trip to Paris

30 Dec - PARIS

Alang-alang sudah berada di UK, aku cadang dengan isteri untuk lari sebentar ke negara terdekat dan destinasi yang dipilih adalah Paris memandangkan boleh ke sana dengan menggunakan keretapi laju Eurostar.. Tiket sudah dipesan sejak awal November dan waktu itu harga untuk perjalanan pergi dan balik untuk satu orang adalah sekitar 120 Euro (RM 572) dan itu pun waktu perjalanan kami ambil yang paling pagi dan yang paling lambat untuk pulangnya.. Kisah lucu apabila kami berangkat dari homestay sebelum subuh yakni jam 4:30 pagi menuju ke London St. Pancreas Station.. Punyalah semangat beratur sehingga sampai di tempat tiket tidak lepas.. Apabila disemak sama pegawai stesen, ternyata tiket yang kami beli itu untuk keesokan harinya! (笑)

Awalnya kerana tidak mahu malu sebab dah bagitahu semua orang yang kami akan berangkat pada hari itu, kami cuba untuk nego ubah hari perjalanan tapi kaget apabila diinfo harganya adalah dua kali lipat dari harga yang kami beli! Maka pulanglah ke homestay semula dan bertolak semula pada keesokan harinya~ Perjalanan dari London pada jam 0540 itu mengambil masa selama 2 jam 45 minit untuk tiba di Paris Gare Du Nord Station pada jam 0930~ Dalam perjalanan, aku siap-siap beli tiket Hop-on Hop-off Bus memandangkan ada potongan 5 Euro buat pengguna Eurostar~ Agak menyedihkan kerana fasiliti di dalam Eurostar tidak seperti 新幹線 (Shinkansen) kerana tidak ada colokan listrik di dalamnya jadi kami terpaksa jimatkan penggunaan telefon sepanjang hari memandangkan isteri tertingal powerbank di homestay (泣)


Sebaik tiba di Paris, agak kaget apabila merasai musim sejuk di Paris ternyata lebih dingin berbanding sewaktu berada di Kota London.. Hendak mencari bus stop buat Hop Bus juga agak bingung kerana tidak ada papan tanda jelas.. Destinasi pertama sebaik menaiki Hop Bus adalah Pyramid De Louvre.. Di sini kami terpaksa membeli selfie stick yang dijual pada harga 5 Euro oleh penjual jalanan yang mengaku muslim~ Setelah itu, kami berangkat menuju ke Notre Dame tapi atas kesuntukan waktu, kami hanya mengambil foto di luar kawasan sahaja~ Destinasi seterusnya adalah Arc De Triumph dan di sinilah kami nekad untuk menaiki monumen itu kerana informasi yang kami terima pemandangan di atas begitu indah~

Harga tiket adalah 12 Euro per orang cuma sayangnya pemandangan pada hari itu ditutupi kabus jadi tidak dapat melihat Eiffel Tower~ Namun begitu, kami tetap puas hati kerana dapat melihat kota Paris yang penuh seni dari segi aturan jalanannya.. Sempat bertegur sapa dengan sekumpulan warga Malaysia di atas monumen itu yang turut sama berlibur di Paris..Awalnya kami tanya ke mereka sekiranya tahu restoran halal di area tersebut untuk makan tengahari; oleh kerana lokasi restoran itu agak jauh, akhirnya kami memilih untuk makan di McD sahaja~ Sesudah makan, destinasi seterusnya adalah Trocadero iaitu satu perhentian sebelum Eiffel Tower~ Sesudah itu barulah kami ke Eiffel Tower tapi di sini juga kami memilih untuk tidak menaikinya kerana isteri sudah capek.. Dari situ, kami menaiki free cruise mengelilingi kota Paris~

Habis sahaja tour cruise, kami naik Big Bus semula menuju ke Notre Dame dan dari situ naik teksi menuju ke Grand Mosque of Paris.. Awalnya sedikit bingung untuk menjelaskan masjid kepada pemandu teksi itu lebih-lebih lagi tiada WiFi dan sebutan "Mosque" yang kami sebut gagal difahami oleh pemandu teksi itu.. Akhirnya dia kasi pinjamkan phone dia kepada kami dan apabila di tunjuk di Google, dia bilang di sini dipanggil "Moske" dan langsung kami dibawa ke destinasi dan dikenakan caj sekitar 20 Euro.. Sesudah mengelilingi masjid, kami jalan kaki untuk makan malam di kafe berdekatan masjid yang menyajikan menu halal.. Singgah lama juga di situ sambil caj phone dan menikmati free WiFi.. Selesai makan malam, isteri ajak naik teksi untuk langsung ke Gare Du Nord sebab takut ketinggalan keretapi pulang.. 

Kami tiba 2 jam lebih awal dari waktu berlepas dan ternyata itu keputusan yang bijak kerana di stesen tersebut kami dikehendaki untuk mengisi form imigresen kembali untuk memasuki UK.. Bilangan penumpang yang beratur terlalu ramai malah yang sepatutnya naik 1 jam lebih awal dari kami juga masih lagi beratur di situ.. Keretapi pada malam hari jauh lebih baru dan sedikit persis 新幹線 malah ada free WiFi lagi cuma sayang baru guna sekejap aku langsung tidur dalam perjalanan.. Tiba di London 1 jam lewat kerana informasi dari isteri, train ada berhenti lama dalam perjalanan gara-gara rosak di tengah jalan.. Sebaik tiba di London St Pancrease, langsung naik teksi untuk pulang ke homestay~




Friday, 10 February 2017

Emirates Tour & Live Match View

1 Jan - LONDON

Salah satu impian yang aku pasang sejak menjadi penyokong Arsenal hampir 20 tahun yang lalu adalah menjejakkan kaki ke Emirates Stadium dan menyaksikan perlawanan bola secara langsung dari stadium.. Apabila tiket pesawat pulang pergi ke London telah dibeli pada pertengahan akhir October 2016, aku mula menyelidiki cara untuk membeli tiket perlawanan bola Arsenal dan rata-rata input yang aku terima menjurus kepada membeli secara langsung di website Arsenal.com.. Hampir setiap hari aku melawat dengan harapan ingin membeli tiket perlawanan Arsenal menentang Crystal Palace pada 1 January yang akhirnya dibuka untuk dibeli pada awal December.. 


Cuma yang menyakitkan hati adalah hanya mereka yang memiliki membership berbayar sahaja yang boleh membeli tiket perlawanan! Waktu itu aku cuba contact dengan wakil Arsenal Malaysia tapi sayang mereka juga tidak dapat membantu.. Solusi terakhir adalah membeli langsung dengan ulat tiket yang menjual pada hari perlawanan nanti.. Memandangkan perlawanan bermula pada jam 1600, aku tempah tiket Stadium Match Day Tour pada belah pagi memandangkan isteri tidak berminat untuk menonton bola lebih-lebih lagi ketika musim sejuk (笑) Perjalanan menggunakan Tube train dari York ke Emirates hanya mengambil masa sekitar 30 minit dengan transit di King's Cross.



Agak gelabah terpaksa cari cyber cafe berdekatan rumah untuk print out tiket berharga 35 Pound dewasa dan 30 pound untuk student (isteri) yang aku beli pada malam hari sebelum ke stadium secara online kerana tertulis harus print out.. Sudahlah mahal, alih-alih sewaktu menunjukkan tiket di kaunter masuk stadium, ternyata ada pelawat lain hanya menunjukkan PDF melalui smartphone sahaja! Group tour yang kami ikut pada waktu itu berjumlah sekitar 40 orang dengan separuh darinya merupakan group tour dari Indonesia! Lucunya waktu tour menjadi singkat sedikit gara-gara menunggu group tour Indonesia yang kekurangan ahli gara-gara ada yang terlewat (笑)


Antara tempat kami dibawa sepanjang tour adalah  Directors Box, Diamond Club, Press Conference Room, Pitchside, Home Dugout dan lain-lain.. Selain kawasan media, hampir seluruh tempat dibenarkan mengambil photo.. Sayangnya kami tidak dibenarkan untuk masuk kamar persalinan pemain memandangkan ianya sudah disiapkan untuk pemain pada hari itu (-_-") Tour berakhir sekitar jam 1100 dan setiap pengunjung mendapat sijil kehadiran~ Shopping sakan membeli cenderamata sehingga lupa jam sudah menunjukkan jam 1200 dan kami sudah diingatkan supaya hadir di stadium 2 jam sebelum kick off bagi mengelak kesesakan orang ramai..

Press conference room

Oleh kerana aku kena hantar isteri pulang terlebih dahulu, terpaksa melupakan hasrat untuk masuk ke Arsenal Museum walaupun tiket sudah termasuk dalam pakej Emirates Tour (泣) Ada drama juga tentang pembelian tiket memandangkan ulat yang mejual tiket itu pada awalnya meminta sekitar 110 Pound per orang.. Hanya sehari sebelum perlawanan barulah ulat tersebut setuju memberi harga 90 Pound per orang! Berjumpa dengan ulat di stadium juga sekitar 1530 dan ketika kami mendapat tempat duduk, perlawanan sudah hendak bermula! Tempat duduk aku ialah di Entrance P, Block 127, Row 21, Seat 997~ 

Field view from my seat

Pada awalnya sedikit was-was apabila cuma bertanyakan tempat duduk pada petugas yang menjaga kerana sudah jelas kad akses stadium yang aku dapat dari ulat tiket itu tertera nama mat salleh perempuan (笑) Mujur petugas baik hati malah cuba untuk mencari tempat duduk supaya kami tidak berpisah (Kami datang bertiga, tapi hanya dua yang dapat tempat duduk bersebelahan) tapi sayangnya tidak ada; kami dapat tempat duduk kosong di bahagian sedikit depan pada separuh masa kedua~ Kagum dengan pemandangan dalam stadium yang mana view nya tetap jelas walaupun posisi aku antara yang paling hujung! 

Enjoying good game during freezy winter with hot chocolate

Seronok bersorak dalam kesejukan musim sejuk waktu itu ditambah lagi dengan jaringan istimewa dari Giroud yang menghasilkan gol dengan cara "Scorpion Kick" pada minit ke 17! Arsenal ternyata menguasai permainan dengan pihak lawan hanya mampu bermain dalam posisi bertahan.. Sedikit kecewa dengan persembahan Lucas Perez dalam perlawanan ini yang banyak melepaskan bola mudah.. Kami keluar untuk beli air minuman panas ketika habis separuh masa pertama gara-gara tidak tahan dengan suhu di luar.. Gol kedua perlawanan hasil jaringan Iwobi pada minit ke 56 juga hanya dilihat di skrin TV waktu aku masih lagi beratur untuk membeli minuman (笑)

Malaysia Kelahiranku, Arsenal Pilihanku

Perlawanan berakhir dengan keputusan Arsenal 2-0 Crystal Palace dan waktu itu kedudukan Arsenal adalah ke3 di tangga liga di belakang Liverpool dan Chelsea.. Sesi foto berlanjutan sehingga bilangan orang sudah berkurang, dan lanjut pula shopping apa-apa yang patut sebelum pulang~ Waktu keluar dari stadium, ada juga terlihat orang berkerumun berdekatan pintu keluar kereta untuk menunggu pemain keluar dengan kereta masing-masing.. Kami juga ikut menunggu tapi selepas 10 minit masih tidak ada pemain yang keluar, kami lantas mengangkat kaki juga~ 

Mission Accomplished!


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~   

Saturday, 14 January 2017

Family Trip to London

26 Dec~3 Jan - LONDON

Pertama kali diajak oleh keluarga mertua untuk ikut serta melancong ke London apabila tamat majlis pernikahan kakak ipar pada akhir Oktober, aku beritahu mungkin sukar hendak dapat cuti memandangkan tahun ini sahaja aku sudah ambil cuti banyak untuk perkahwinan.. Namun apabila sering ditanya sama isteri berterusan membuatkan aku terfikir akan cuti akhir tahun di Jepun dan juga cuti ganti kerana setiap minggu masuk hari Sabtu gara-gara ingin mengejar schedule project membuatkan aku yakin boleh mengambil cuti pada boss.. Jujurnya aku hanya memberitahu pada boss 3 minggu selepas tiket sudah dibeli dan mujur boss juga tidak banyak kata dan membenarkan aku ambil cuti walaupun pada tarikh yang semakin hampir, dia seolah-olah agak kesal memandangkan ramai Jepun juga minta cuti pada tempoh itu dan tidak ada orang yang boleh bantu jaga di lapangan (笑)


Penerbangan julung kali bersama Emirates Bigbus A380 menerbangkan kami ke Dubai dahulu sebelum menuju ke London pada 25th Dec~ Jarak penerbangan antara KL ke Dubai dan Dubai ke London adalah hampir sama iaitu 7 jam dan sepanjang perjalanan kami hanya menonton movie dan merehatkan diri sahaja.. Sayang transit di Dubai sekitar 5 jam dan hasil survey mendapati memang tidak disarankan untuk keluar dari airport kerana dikhuatiri akan terlepas penerbangan seterusnya gara-gara proses di imigrasi bakal mengambil masa yang lama.. Jujurnya tidak terlalu kesal kerana waktu kami tiba di Dubai juga sudah hampir tengah malam~ Selesai mengerjakan solat jama', kami sempat isi perut di Burger King di dalam airport dan bayar menggunakan kad kredit memandangkan tidak memiliki wang Dirham.. Untungnya kami dapat tempat duduk kosong sewaktu perjalanan pergi jadi isteri dapat tidur baring dengan kaki di atas (-_-)

Oxford Street at Night

Kami dikejutkan dengan proses imigrasi ketika tiba di Heathrow Airport dengan jumlah pelancong yang sedang beratur terlalu ramai sehingga mengambil masa 2 jam untuk selesai! Mujur dipertengahan jalan, pihak airport menyediakan botol air minuman secara percuma jadi dapat mengelak daripada terkena dehydration.. Tiba di rumah penginapan sekitar jam 11 pagi, awalnya agak semangat hendak merasai pengalaman berbelanja sempena Boxing Day dan untungnya rumah penginapan kami di York Street; hanya terpisah sekitar 30 minit perjalanan dengan Oxford Street, kawasan beli belah yang agak terkenal di Kota London.. Melihat kondisi isteri yang jelas terlalu lemah untuk berjalan dan aku sendiri juga masih jet lag, kami memilih untuk pulang dan langsung tidur sekitar jam 7 malam dan bangun semula keesokan harinya sekitar jam 4 pagi (笑) Berikut merupakan aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di London:

27 Dec - Bicester Village 
Salah satu outlet terkenal di England dan mengambil masa hampir satu jam perjalanan dari London.. Terkejut melihat jumlah pelancong Malaysia ketika berada di sini dan masing-masing tangan penuh dengan barang-barang yang ingin dibeli.. Secara jujur, butik-butik yang ada disini masih belum dapat menandingi Gotemba Outlet di Jpon yang jelas lebih besar dan bilangan butik juga lebih modern pada pendapat aku memandangkan di sini hampir tiada butik sukan jadi aku bingung hendak berbelanja di mana (笑) Mengharapkan ada 福袋 (Happy bag) seperti di outlet Jpon tapi sayang tidak ada (-_-")


28~29 Dec - Hop-On-Hop-Off London Tour


Pilihan terbaik buat mereka yang hanya ingin berhenti buat sementara waktu untuk mengambil gambar dan langsung menuju ke destinasi seterusnya.. Memandangkan jumlah perhentian yang banyak dan butuh waktu yang lama, ayah mertua langsung beli tiket untuk 2 hari berturut-turut! Sayangnya tiket percuma untuk naik bot tidak sempat kami gunakan pada hari kedua gara-gara semua kepenatan ditambah lagi suhu di luar yang begitu sejuk walaupun bagi 6 tahun pengalaman duduk di negara 4 musim seperti aku (笑) Satu-satunya yang tidak best tentang Hop-On-Hop-Off ialah tempoh waktu menunggunya yang lama berbanding frekuensi ketibaan bas lain seperti Original London dan Golden Tours.. 

View from top of the bus


28 Dec - Christmas Kew Gardens
Keluarga ayah saudara isteri yang menetap di UK membawa kami menikmati イルミネーション (Illumination; pesta lampu) di sebuah taman bunga yang terkenal di England.. Kononnya sukar untuk mendapatkan tiket masuk malah ini juga merupakan kali pertama buat keluarga ayah saudara isteri untuk melihat pesta lampu ini.. Lampu-lampu yang dipasang begitu indah terutama salah satu hasil seni yang padaku begitu memukau iaitu The Hive, sebuah struktur besi yang menyerupai sarang labah-labah dimana pengunjung dapat merasai seolah-olah berada di dalamnya sendiri ditambah dengan suasana lampu dan bunyi-bunyi.. 

The Hive

30 Dec - Paris
Day trip ke Paris.. Akan dikongsi di dalam entri yang lain ;)

31 Dec - Portobello Road Market
Pasar Jalan Portobello merupakan salah satu destinasi utama buat para penggemar barangan antik memandangkan pasar ini merupakan pasar barangan antik terbesar di dunia dengan hampir 1,000 kedai barangan antik! Meriah pada hari Sabtu, dan disyorkan untuk pergi sebelum jam 11 pagi buat mereka yang berminat untuk tawar-menawar.. Di kawasan sini juga ada restoran masakan Malaysia tapi jangan terkejut dengan harga roti canai berharga RM25 untuk 2 keping (笑)



1 Jan - Emirates Stadium
Destinasi wajib buat die-hard-fans Arsenal.. Akan dikongsi di dalam entri yang lain :)

2 Jan - Madame Tussaud London
Salah satu tempat tumpuan di London di mana kita boleh lihat deretan pengunjung yang beratur untuk membeli tiket dari pagi.. Mujur lokasi dari York Street hanya sekitar 8 minit perjalanan kaki~ Museum? itu dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya selebriti, ahli sukan, penerima nobel, ahli politik dan juga bagaimana model max itu dihasilkan.. Ingatkan cuma itu sahaja, tapi ternyata tidak dengan tambahan Star Wars dan juga Marvel Avengers di mana pengunjung dipertontonkan filem berdurasi pendek dalam 4DX.. 

Tom Cruise yang tak berapa jadi (笑)


3 Jan - Heathrow Airport
Destinasi terakhir sebelum meninggalkan bumi UK (笑) Oleh kerana sudah berbelanjan sakan, salah satu aktiviti terakhir pastinya VAT Refund di airport.. Awalnya kami terpaksa beratur di luar namun tak tahan di pertengahan jalan sebab sejuk jadi ingatkan nak pasrah sahaja.. Tak sangka di dalam airport juga ada kaunter VAT Refund selepas selesai proses imigrasi dan mujur tidak terlalu ramai orang yang beratur walaupun yang jaga cuma seorang (-_-") Duit yang kami terima juga lumayan banyak membolehkan aktiviti menghabiskan duit dengan membeli ole-ole di dalam airport (笑)

p/s Dah nak balik baru dapat tahu ada day trip untuk melihat Stonehenge (-_-") 



 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC