Followers

Thursday 11 July 2013

Arsenal 12/13 Season Review


Musim EPL 12/13 telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Arsenal berjaya mengekalkan persaingan beraksi di liga juara-juara Eropah apabila menamatkan liga di tangga ke-4 di belakang Chelsea.. Agak menyedihkan apabila musim yang dinanti-nanti oleh peminat untuk melihat piala masih belum dapat kelihatan selama 7 musim berturut-turut.. Paling menyakitkan hati apabila bekas kapten, Robin Van Persie berhijrah ke Man United dengan 1 alasan iaitu ingin memenangi piala, dan dia berjaya mencapai misinya seperti mana bekas-bekas pemain Arsenal yang bertukar pasukan sebelumnya.. 

Dalam masa yang sama, terpaksa menerima hakikat bahawa permainan bola sepak bagi sesetengah daripada kita adalah hiburan, tapi bagi mereka merupakan punca rezeki, iaitu pekerjaan mereka.. Kalau kita secara senang-senang bertukar pekerjaan tanpa memikirkan perasaan Boss, rakan sekerja, pak guard dan sebagainya, apa hak kita untuk mengkritik pemain-pemain bola yang bertindak sedemikian tanpa mengira alasan mereka untuk berhijrah.. Jangan jadi macam sesetengah orang Jepun yang gilakan syarikat sendiri sehingga mengkritik keras pekerja yang berhenti (笑) 

Berbalik kepada objektif entri yang asal, kehilangan RvP dan juga Song yang juga antara pemain terbaik Arsenal musim lepas sedikit sebanyak mengganggu skuad Arsenal sedia ada untuk membiasakan diri tanpa 2 pemain tersebut.. Kemasukan Cazorla ditambah dengan prestasinya yang muncul hampir setiap perlawanan menunjukkan dia merupakan pembelian paling istimewa buat masa ini.. Tidak sabar nak lihat gandingan Wilshere-Arteta-Cazorla apabila mereka berada di tahap tertinggi.. Cuma sayang masih perlu mengharap pada Ramsey dan Arteta untuk mengisi posisi DM sedangkan itu bukan posisi asal mereka~ 

Bahagian pertahanan juga menyaksikan kualiti gandingan Mertesacker dan Koscielny yang begitu kental membuatkan Wenger terpaksa mengetepikan Vermaelan yang juga kapten pasukan! Wenger cuba untuk meletakkan Vermaelan di posisi pertahanan kiri yang memang posisinya ketika beraksi untuk Belgium tapi entah kenapa kurang menyengat.. Gibbs yang kadang-kala OK dan kadang-kala terpaksa di bawa ke hospital membuatkan Wenger membawa masuk Monreal pada hujung January~ Paling konsisten mungkin Sagna tapi dia juga dah mula menyuarakan hasrat ingin memenangi piala jadi kemungkinan besar dia antara pemain yang bakal berhijrah (-_-")

Kemasukan Podolski dan Giroud begitu ditagih tapi diawalnya susah betul untuk mereka mendapatkan rentak permainan Arsenal.. Podolski kononnya suka main jadi CF tapi bila diberi peluang, entah kenapa dia seolah-olah seperti bermain di posisi AM (-_-") Giroud perlu diberikan lebih banyak masa bermain untuk membiasakan diri dengan corak permainan Arsenal.. Dia boleh rembat dari jauh, heading juga bagus, body juga mantap, memang sesuai untuk bermain di EPL.. Kelajuan Walcott memang tidak dapat ditandingi, tapi sayang bila diasak, dia senang jatuh.. Kalau dapat body macam Messi, mesti lagi mantap!

Secara keseluruhan, banyak lagi yang perlu Wenger perbaiki dalam skuad masa kini, sayang ada pemain bertaraf dunia seperti Arshavin, beli mahal-mahal tapi akhirnya banyak menghabiskan bangku simpanan.. Prestasi Gervinho musim ini tidak begitu memberangsangkan, walaupun sumbangan gol dia banyak membantu.. Teringin nak lihat Chamberlain bermain posisi DM menggantikan Ramsey, tapi sayang DM perlukan orang yang boleh pegang bola, bukan reti gentel sahaja.. Mungkin sebab itu Wenger lebih suka letak Ramsey daripada Chamberlain.. Sebab itu Ramsey lebih menyerlah musim ini!

Musim akan datang, diharapkan Wenger dapat membawa masuk lebih ramai pemain bertaraf dunia dan juga berpengalaman bagi menambah persaingan Top 4 untuk merebut piala.. Musim ini memang nasib Arsenal berjaya mengekalkan tempat ke-4, sedangkan Spurs lagi sedikit sahaja boleh mengetepikan Arsenal.. Kalau berterusan begini, siapa tahu suatu hari nanti, tiba juga giliran Arsenal bermain untuk piala Eropah (笑) Tapi kalau itu piala yang boleh Arsenal kejar untuk dapatkan, terpaksa juga terima daripada kosong (笑) Video dibawah menunjukkan seluruh gol Arsenal sepanjang musim ini.. ENJOY!


 

6 comments:

  1. Arteta ni bila masuk Arsenal macam tercari-cari rentak.. Kadang2 kesian dengan Varmalean yang terpaksa bekerja keras dari setiap sudut.. Tapi memang betul la, bila Persie takde, Arsenal macam hilang arah..

    Ramsey tu muda lagi.. Mujur la dia masih boleh main bola selepas insiden hari tu.. Tapi dia ni macam gelojoh jugak.. haha.. Ehh, Wilcott takde ke musim ni..? Akak suka tengok dia main.. Ke, Manchester City dah beli dia..

    Walau apapun, tahniah sebab Arsenal berjaya mengalahkan YNWA tu..

    Akak dah kureng layan bola ni.. Tak tau la kenapa.. Mungkin season baru ni layan balik kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walcott kadang2 injured.. tapi persembahan dia ok la gak musim lepas..

      YNWA tu ape ek?

      Delete
    2. YNWA tu Liverpool la.. Buat2 tak tau la pulak.. huhuhu..

      Delete
    3. Hahaha..
      Ingatkan kak salah tulis YMCA tadi..

      Delete
  2. bukan main lagi kisah bolanyer ... wiit wiit ....

    go go go !!! aley aley aley ...
    goal goal goal !!!

    ini pasti boleh ..

    ini lagu tahu ... baca dengan nada lagu . okaeh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni ok ke tak nih?
      hahaha
      thanks sebab komen ;p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC