Followers

Saturday, 6 July 2013

Trip to Jakarta Kota

22 June - JAKARTA

Sebaik sahaja berjaya menolak pelawaan boss untuk bermain golf pada hari ini, aku terus buat plan drastik untuk melancong dan destinasi yang dipilih setelah puas survey di internet ialah Jakarta Kota yang menempatkan pelbagai bangunan lama dan bersejarah.. Jalan kaki ke stasiun Gondangdia, beli tiket keretapi ekonomi pada bayaran Rp 1000 (30 sen) menuju ke stasiun Jakarta Kota iaitu hentian terakhir..


Ternyata suasana dalam keretapi ekonomi agak menakutkan dengan pintu sentiasa terbuka, kanak-kanak duduk di pintu sambil kaki terkeluar, ada yang siap buat bisnes jual beli barangan seperti yang dilihat di jalan raya.. Malah paling mengejutkan, ada seorang ibu dan kanak-kanak melintas setiap orang yang sedang duduk dan si anak itu meletakkan sekeping nota di tangan; aku sengaja buat-buat tak baca dalam suatu tempoh masa yang tertentu sehinggalah nota itu diambil balik oleh si anak tadi..


Sedang aku menunggu, aku ditegur pula seorang pakcik Indonesian yang tiba-tiba datang duduk di sebelah, aku sengaja buat-buat tak faham bahasa Indonesia jadi kami berkomunikasi dalam English.. Di akhir perbualan sebelum kami tiba ke destinasi, dia menasihati agar jangan naik ekonomi train lagi selepas ini kerana takut terjadi apa-apa o_0 Sebaik diberitahu begitu, mata aku terus liar memerhati orang sekeliling sambil tangan meraba dompet di seluar lebih-lebih lagi bila berada di kawasan orang berkumpul ketika hendak keluar keretapi..


Sedang aku menuju jalan keluar stasiun, aku ada perasan beberapa orang mula mengekori aku ketika sedang naik tangga.. Ternyata firasat aku benar apabila saat paling mencemaskan sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Indonesia apabila seorang lelaki tiba-tiba menyerbu lipatan seluar di kaki.. Aku terus jerit "Hoi" sebanyak dua kali dalam keadaan orang ramai sedang berkumpul di pintu keluar stasiun sebaik naik tangga.. Aku terpandang orang itu cuba mengambil semula pemetik api dia yang terjatuh ke dalam lipatan seluar aku dan tindak balas aku untuk tidak membantu sebaliknya terus maju keluar mungkin telah menyelamatkan dompet aku daripada dicuri pada hari itu!


Bingung dengan jalan-jalan di situ, aku hanya berjalan mengikut orang di hadapan dan ia telah membawa aku ke lorong pasar yang kebanyakannya menjual barangan yang sama seperti kain tudung, mercun, sarung tangan, permainan dan sebagainya.. Jauh juga aku pusing sehinggalah aku fikir sudah cukup lalu mencari destinasi seterusnya iaitu muzium wayang kulit.. Dalam perjalanan, aku singgah sebentar di Muzium Bank Mandiri kerana tertarik dengan seni reka bangunan.. Terkejut juga tiada bayaran dikenakan; dalamnya terdapat pelbagai jenis alat elektronik antik yang digunakan di dalam bank termasuk pengenalan tentang sejarah server, disket, dan sebagainya..


Selepas itu aku teruskan lagi perjalanan mencari Muzium Wayang Kulit~ Tiket masuk berharga Rp. 5000 (RM1.50) dan didalamnya penuh dengan pelbagai jenis patung wayang kulit bukan sahaja di Indonesia malah negara lain juga! Kebetulan hari yang sama ada Batavia Arts Festival di Taman Fatahillah jadi sempat layan persembahan silat.. Bersebelahan dengan taman itu pula ada Muzium Seni Rupa dan Keramik dan tiket masuk juga Rp. 5000.. Terkejut dengan seni reka di dalam muzium yang banyak menampilkan gambar perempuan yang *ehem* (笑) Muzium terakhir yang aku pergi sebelum pulang ialah Muzium Fatahillah (Muzium Sejarah Jakarta) dan bayaran pintu masuk juga Rp. 5000~


Terkejut juga bila baca sejarah Fatahillah yang kononnya merupakan keturunan Rasulullah belah Saidina Hussein~ Malah sejarah nama Jakarta daripada Batavia juga agak mengejutkan.. Sewaktu pulang, aku cuba nak beli tiket ekonomi kerana menyangka perjalanan singkat mungkin selamat tapi mungkin ada hikmah apabila diberitahu keretapi ekonomi berlepas jam 1700 sedangkan waktu itu baru jam 1500.. Terpaksa bayar Rp.7500 untuk naik keretapi yang diambil daripada Jepun (笑) 

p/s Kena berjaga-jaga la bila jalan seorang diri lepas nih (-_-") Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

17 comments:

  1. Berani dorang kan...mesti ramai yang da jadi mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat baik ke buat jahat ke memang perlukan keberanian :)

      Delete
  2. Waa..suspen.... Dan nak mengelak kecelakaan juga memerlukan ketangkasan dan keberanian :)

    ReplyDelete
  3. kalau perempuan lagi bahaya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,
      dinasihati jangan jalan sorang2 kat sini..
      serius cuak!

      Delete
  4. salam..
    wahh jln sensorang ke ni..
    yaya suke jln sensorng..agk2..xpe ke lau jln sini sorng2..huhu
    (xbrani kot..kat tempat org la katekan..>,<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe kalau ada bawak pistol dalam handbag #eh

      Delete
  5. menakutkan ye... jalan mesti ada temanlah...

    ReplyDelete
  6. omg..lepasni jgn jln sorg2 dh.laki pn takot kalau perempuan menanges laa sensorang dkt situ..

    ReplyDelete
  7. eh lupa plak..selamat bepuasa!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangilah nyawa anda.. hehe
      selamat berpuasa :)

      Delete
  8. murahnya tiket!!! masok zenxin organik park pon rm9...budak tu tulis nota apa? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      rasanya budak tu tulis nota pasal hidup dia susah apa sumer kot.. nak minta sumbangan mesti lah cari belas kasihan orang.. kyo malas nak baca, takut2 terjadi apa2~

      Delete
  9. wow pengalaman sungguh seorang diri... btw selamat berpuasa kyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahh..
      kat Jpon rilek jer jalan malam2..
      sini memang kena cuak giler2 aa :p

      selamat berpuasa juga :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC