Alhamdulillah, bertemu lagi kita di bulan penuh rahmat ini.. Ini merupakan kali ke-7 aku menyambut Ramadhan di perantauan; berbeza bagi tahun-tahun sebelumnya, ini merupakan kali pertama aku menyambut di Indonesia! Jika di Jpon bukan main susah lagi mahu merasa suasana Ramadhan itu, tapi alhamdulillah di sini seolah-olah seperti berada di Malaysia.. Amat bersyukur kerana ditempatkan di Guest House yang menyediakan 朝食 (Breakfast) jadi tiada masalah untuk mencari makanan untuk sahur~ Selesai sahur terus maju ke masjid berdekatan untuk solat berjemaah; sesuatu yang sukar untuk dilakukan ketika berada di Jpon atas faktor kedudukan tempat tinggal yang agak jauh dari surau..
Menu yang disajikan ketika sahur kalah menu berbuka :) |
Bersyukur kerana pekerjaan aku buat masa ini banyak menumpu di dalam 事務所 (Office) tanpa perlu pergi ke 現場 (Construction site) jadi dapat mengawal dahaga dan jimat tenaga.. Dugaan terbesar buat masa ini ialah untuk menahan mata dari mengantuk dan kantoi depan boss (笑) Solat tarawikh pula dikerjakan di masjid yang sama; menariknya cara solat dia berbeza di Malaysia kendatipun solat tarawikh 8 rakaat berserta Withir 3 rakaat~ Imam di sini gabungkan 4 rakaat dengan 1 tahiyyat akhir tanpa tahiyyat awal.. Begitu juga dengan withir, gabungkan 3 rakaat tanpa tahiyyat awal.. Mujur waktu Isya' di sini sekitar jam 19:00 jadi solat tarawikh 8 rakaat berserta withir biasanya selesai sekitar jam 20:15~
First time tarawikh di luar masjid, bukan lelaki sahaja malah perempuan juga sekali.. |
p/s Selamat berpuasa buat seluruh pembaca blog ini :)
selamat berterawih ... :3
ReplyDeletesuasana kat sana mesti lagi meriah kan ???
hmmm..
Deletemasjid waktu solat subuh ada 6 saf buat masa nih..
meriah la kot..
salam ramadan..selamat menunaikan ibadah puasa dan terawih tak kira di mana pun he3...
ReplyDeletethanks..
Deletepaling tak best puasa bila kena naik flight..
terasa dia punya "lama" nak berbuka.. hehe
Salam Ramadhan Kyo... Mesti best dok sana kan..
ReplyDeletep/s: Kendati tu apa maksud dia ehh.. Kalau pedati tu tau la..
kendatipun = meskipun
DeleteNice. Aku study Mesir dah 5 tahun tapi tak pernah sekalipun merasa berpuasa di perantauan.
ReplyDeleteuik..
Deletesetiap kali bulan puasa balik Malaysia ke bro?
atau dah bina family di sana :)
salam ramadhan untuk perantau di negara matahari terbit.. :)
ReplyDeletesalam ramadhan..
Deleteerr..
matahari terbit?
wahh! merantau mencri rezeki dariNya... salm ramadhan =)) salam terawih.. bazaar kat san acanor? ngeee! =)
ReplyDeletebazaar?
Deleteadess.. belum pernah pergi lagi..
haha~ risau kalau pergi nanti dompet jadi bahan rezeki orang lain :p
wah!! bestnya..rsa suasana ramadhan kt tempat owg..Alhamdullilh ramainya umat islam disana..=)
ReplyDeletesalam ramdhan
zara follow kt sini ye..
thanks sebab sudi follow :)
Deletesalam Ramadhan juga~
seronoknya merasa berpuasa kat tempat orang.
ReplyDeletewah, sampai ke luar saf dia. agaknya tu lah kelebihan Ramadhan kan.
p/s: selamat berpuasa :)
kelebihan di AWAL Ramadhan..
Deletehehe
Selamat berpuasa! Bestnya dpt merasa berpuasa di perantauan hehe :)
ReplyDeletethanks..
Deleteselamat berpuasa di negara tercinta dan buka bersama family eh :)