23 December - TOKYO
Beberapa hari yang lepas, aku mendapat email daripada seorang 先輩 (Senior) Malaysian warganegara Cina yang mengajak aku untuk sama-sama menyambut pesta Natal di salah sebuah gereja sekitar 大久保 (Okubo).. Oleh kerana sikap ingin tahu tentang cara sambutan Natal itu dijalankan lebih-lebih lagi di negara yang majoritinya Atheist ditambah lagi tidak pernah masuk gereja, aku menerima pelawaan 先輩.. Ajak juga rakan-rakan yang lain tapi sayang masing-masing sibuk membuatkan aku terpaksa pergi seorang diri..
Kami bertemu di stesen 東中野 (Higashi Nakano) sekitar jam 1130 dan daripada situ jalan kaki sekitar 10 minit menuju ke gereja.. Agak terkejut dengan bilangan basikal dihadapan gereja seolah-olah seperti masuk sekolah; bangunan gereja 5 tingkat dan setiap tingkat ada kegunaan tersendiri untuk sesetengah komuniti.. Tingkat bawah tanah pula merupakan dewan makan~ Tingkat 3 khusus untuk komuniti Korea jadi anda boleh bayang betapa besarnya komuniti Korea beragama Kristian yang tinggal sekitar 大久保 ini..
Pada awalnya aku dibawa untuk mendengar "khutbah" kononnya untuk meraikan orang yang baru masuk gereja berkenaan.. Agak terkejut juga bila diakhir khutbah, salah seorang AJK menyerahkan CD yang mengandungi lagu-lagu gereja o_0" Selepas itu aku dibawa ke tingkat 2 untuk menyaksikan persembahan pentas bertemakan Xmas oleh komuniti Jpon pula.. Layan beberapa sketsa sebelum 先輩 ajak pergi tingkat 5 yang khusus untuk komuniti asing yang mana "khutbah" diberi dalam 英語 (English)
Uniknya "khutbah" mereka diselang-selikan dengan konsert ringkas siap dengan gitar, drum, dan piano! Sebelum "khutbah" bermula, semua pengunjung diseru untuk mengulang "syahadah" mereka yang agak panjang.. "Khutbah" yang diberi oleh seorang pastor dari Korea Selatan menceritakan tentang salah seorang watak dalam Bible dan moral yang boleh diambil dalam kehidupan seharian.. Menariknya ada diselitkan sketsa oleh sebilangan komuniti asing berbilang bangsa tentang "Christmas Carol" dsb..
Pastor menyeru mereka yang hadir supaya "percaya" dengan segala yang tertulis dalam Bible itu tanpa banyak soal.. Hal ini adalah bertentangan dengan Al-Quran iaitu satu-satunya kitab suci yang mencabar apa yang tertulis di dalamnya! (link) Isi "khutbah" langsung tidak menyentuh pegangan agama lain tapi lebih menekankan peranan penganut agama Kristian khususnya mazhab Protestan.. Aku meminta diri sekitar jam 1330 untuk pergi ke surau berdekatan 新大久保 (Shin-Okubo) untuk solat Zuhur sebelum bertolak ke 御徒町 (Okachimachi) untuk mengikuti kelas Bahasa Arab pada petang itu..
p/s 先輩 yang begitu peramah ini siap minta aku ajak dia pergi ke masjid bila ada kelapangan!