Followers

Tuesday 13 November 2012

Malaysia-Japan Academic Scholar Seminar (MJASS) 2012

10 November - TOKYO


Sejak bergelar 社会人 (Working adults) ini merupakan kali pertama ak turut serta dalam seminar dan menariknya seminar ini membincangkan tentang hala tuju 東方政策 (Look East Policy) yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-30 pada tahun ini.. Seminar yang dilaksanakan bertempat di 早稲田大学 (Waseda University) ini bermula jam 0930 sehingga jam 1700.. Antara VIP yang menghadirkan diri pada seminar kali ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Abdul Rahim Md. Noor dan VC UniMAS, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid yang juga beraksi sebagai penasihat kepada seminar ini.. 


Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan seminar kali ini dalam masa 6 bulan! Selain mendapat tajaan daripada MOHE (Ministry of Higher Education), seminar kali ini turut mendapat sokongan daripada Tokuyama Malaysia Sdn. Bhd., TalentCorp, Tourism Malaysia, MARA, YPM, AirAsia dan juga Yayasan Ilmuwan~ Seminar berbentuk panel diskusi terbahagi kepada 2 topik utama; 

Look East Policy: The New Challenges in Higher Education, Economic and Human Capital Development 
Moderator:
Prof. Dr. Rugayah Mohamed - Pensyarah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Panelist: 
a) Prof. Dr. Osamu Ono - Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dari 明治大学 (Meiji University)
b) Prof. Dr. Lau Sim Yee - Pensyarah dari 麗澤大学 (Reitaku University)
c) Prof. Dr. Mako Yoshimura - Pensyarah dari 法政大学 (Hosei University)
d) Mr. Abdul Razak Ahmad - Pensyarah dari UPNM


Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri tentang visi Look East Policy (LEP) selepas 30 tahun tapi ak cukup tertarik dengan pandangan yang dilontarkan oleh Prof. Lau.. Mempunyai latar-belakang akademik dalam bidang kejuruteraan sehingga peringkat sarjana tapi PhD dalam International Cultural Studies! Menurut beliau, sudah tiba masa untuk kita mempelajari budaya kita sendiri untuk maju daripada terus memandang ke timur~ Prof. Yoko menekankan tentang etika kerja manakala Mr. Razak pula memaklumkan beliau sendiri kurang yakin dengan perjalanan LEP yang kian dilupakan selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri..

Look East Policy: Nurturing Future Leaders, Entrepreneur, and Scientist
Moderator: 
Dr. Zainal Abidin Sanusi - Pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM)
Panelist: 
a) Mr. Zulfiqar Zainuddin - Khazanah Nasional Berhad (KNB)
b) Mrs. Sherene Azura Azli - TalentCorp
c) Mr. Yeonhang Chuah - InterAsia Links Co., Ltd.


Perbincangan topik kali ini agak menarik kerana membariskan ahli panel lulusan universiti Jpon kecuali Mrs. Sherene.. Mr. Zulfiqar mempertikaikan pelajar lulusan Jpon yang terlalu menjual "kebolehan berbahasa Jpon" ketika ingin mencari kerja di Malaysia sedangkan apa yang mereka perlu jual ialah kepakaran dalam bidang kejuruteraan! Mrs. Sherene yang mewakili TalentCorp pula cuba membina jaringan yang menghubungkan golongan professional Malaysia yang berada di seluruh negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai "Global Talent Hub" 


Kononnya Malaysia ketinggalan 10 tahun daripada Singapore dalam usaha menarik "talent" tapi satu kesilapan besar Singapore ialah memaksa "talent" Singaporean keluar negara akibat kemasukan ramai "talent" luar.. Mr. Yeonhang pula menekankan kita tidak semestinya perlu balik ke Malaysia untuk menyumbang kepada negara kerana ada benda yang hanya boleh disumbang dengan cara berada di luar negara.. Beliau memberi contoh 300 ribu rakyat Filipina yang menetap di Jpon menghantar duit ke negara mereka setiap tahun sehingga membantu meningkatkan ekonomi negara..


Makan tengahari berupa 牛丼 (Rice covered with meat and vegetables) disediakan oleh Malaysia Halal Corp~ Pertama kali dapat merasa 牛丼 halal; teringin nak langgan bento tapi sayang kerana ia perlukan pesanan 20 orang baru boleh pos (-_-") Sesi selepas makan tengahari ialah oral presentation daripada beberapa pelajar daripada pelajar tahun akhir degree sehinggalah kepada pelajar yang sedang mengikuti kursus PhD~ Poster presentation turut dilangsungkan setelah berakhirnya oral presentation~ Makan malam di restoran MAMA yang baru dibuka berdekatan dengan 大久保駅 (Okubo Station)

Cheese Nan with Massaman Curry; chosen to be no1 curry in the world!

p/s InsyaAllah MJASS 2013 akan diadakan bertempat di 明治大学~ Sesiapa yang berminat bolehlah mula menulis thesis ;) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~        

4 comments:

  1. apa pula pandangan kyo dengan LEP?...haha...Salam Maal Hijrah kyo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. my views?
      of course better teruskan..
      tapi this time better fokuskan ttg budaya sendiri gak..
      cuba blend 2 budaya.. hoho

      Delete
  2. nmpk seminar best n dpt sambutan yg menggalakkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..
      banyak gak input menarik yg dapat dikutip melalui seminar camni :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC