Followers

Saturday, 17 November 2012

Luncheon TalentCorp

11 November - TOKYO

Majlis makan tengahari anjuran TalentCorp telah dilaksanakan bertempat di Restoran Malay Kampung, Tokyo sekitar jam 1200 sehingga jam 1530~ Ini merupakan kali kedua ak turut-serta dalam sesi perbincangan bersama TalentCorp; kali pertama lebih kepada workshop bertempat di kedutaan (link)~ Sesi perbincangan kali ini lebih berbentuk santai; lebih daripada 30 orang (golongan profesional dan pelajar) yang rata-rata ahli JAGONG (Japan Graduates of Nothing Good) (link) menghadiri majlis kali ini.. 


Yang pasti, fungsi TalentCorp bukanlah untuk memanggil golongan professional untuk pulang serta-merta untuk berkhidmat kepada negara kerana ada banyak cara untuk berkhidmat tanpa perlu pulang lebih-lebih lagi dalam soal bisnes.. Memandangkan ak memang nekad untuk pulang suatu hari nanti, ak fikir elok daripada awal lagi untuk ak membina network sambil mengumpul maklumat-maklumat berguna tentang dunia pekerjaan disamping mengetahui perkembangan semasa tentang politik di Malaysia..


Antara soalan menarik yang ditanya dalam sesi perbincangan kali ini ialah status TalentCorp sekiranya kerajaan kini ditumbangkan pada pilihanraya akan datang.. Kendatipun penaung TalentCorp buat masa ini ialah Perdana Menteri, adalah perlu untuk ditekankan di sini bahawa misi TalentCorp bukan berimej politik tapi sebaliknya fokus untuk membina jaringan rakyat Malaysia dikalangan professional jadi tiada sebab untuk ia tiba-tiba hilang dalam agenda kerajaan sekiranya berlaku pertukaran..

Round 2 makan.. 

Menu yang disediakan oleh chef di Malay Kampung memang terbaik walaupun ini kali kedua ak hadir untuk makan di restoran ini.. Nasi lemak, ayam masak rendang, daging, sambal udang, ditambah dengan roti canai ternyata mengenyangkan.. Sepanjang mendengar penerangan TalentCorp, terdetik rasa bersyukur kerana memilih untuk berjuang di negara orang walaupun perlu menghadapi suasana yang jelas berbeza, faktor makanan, tempat solat dan sebagainya tapi dapat menghadiri majlis-majlis sebegini yang pastinya tidak akan dapat sekiranya ak pulang selepas tamat belajar.. 


p/s Tamat sahaja majlis, terpaksa bergegas untuk pulang ke rumah untuk solat dan tukar kepada suit untuk majlis seterusnya yang akan ditulis pada entri akan datang~

10 comments:

  1. bestnye dpt mncari pengalamn berkhidmat di negara org......
    mknn camtu esp bile mkn dinegara org mmg terbaik..
    p/s: balikle ke negara 1 ari nnti....negara perlukan org mcm ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah akan balik..
      cuma kalau balik sekarang, tak banyak yang boleh disumbangkan.. ;)

      Delete
  2. hohoho...igtkan jagung ape td...=p wahhh bagus2...kyo nnt balikk! khidmat utk negara...yg pntng kasik BL ole2! huhu..oyeay oyeay...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum!

    Boleh saya minta e-mail? Terima kaseh daun keladi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam

      Err.. nak minta email sape ek?
      TalentCorp ke my email?
      kalau my email, boleh je cari kat ruangan profile :)

      Delete
    2. Your e-mail.

      Oh. Sorry tak perasan.
      syed_alive tu ke?

      Minta maaf menyusahkan! (:

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC