Followers

Friday 23 November 2012

Look East Policy: Gala Dinner

11 November - TOKYO

Sebuah majlis makan malam bagi meraikan ulangtahun ke 30 東方政策 (Look East Policy) telah selamat dilaksanakan bertempat di Hotel New Otani pada hari ini.. Majlis yang menghimpunkan lebih 200 orang ini bermula sekitar jam 1800~ Terpaksa bergegas keluar rumah lantas menaiki keretapi sehingga boleh tersilap line yang sepatutnya ak ikut untuk berjumpa dengan seorang member dari Malaysia yang tidak tahu jalan (-_-") Sampai sahaja di stesen 赤坂見附 (Akasaka Mitsuke), terus berjalan dengan yakin memegang payung di waktu hari tengah hujan sekali dah jalan separuh, tengok GPS iPhone, dah terpesong arah jadi terpaksa patah balik tapi kali ini kena lari sebab untuk kejar masa.. 


Mujur sampai di destinasi beberapa minit sebelum jam 1800 dan seperti yang telah ak jangkakan, majlis masih belum dimulakan meskipun para VIP Jpon telah berada di tempat masing-masing.. Majlis bermula sebaik sahaja ketibaan VIP Malaysia sekitar jam 1830~ Selepas ucapan pembukaan daripada President MSAJ (Malaysian Students Association Japan), pengunjung diperdengarkan pula dengan ucapan Presiden ALEPS (Alumni Look East Policy Society) yang mungkin lebih singkat sekiranya dia siapkan teks skrip apa yang ingin dia utarakan.. (-_-") 


Majlis diteruskan dengan 2 ucapan daripada wakil MOHE (Ministry of Higher Education) Jpon dan Malaysia sebelum makan malam dihidang.. Sepanjang sesi makan, ak berkesempatan untuk meluaskan "network" sambil bertukar idea dengan beberapa VIP antaranya Sayed Munawar dan Prof. Mako.. Sayed Munawar merupakan hos program "Bicara Rakyat" di RTM telah dijemput oleh AKEPT (Higher Education Leadership Academy) untuk mengendalikan GLO (Global Leadership Outreach) khusus untuk pelajar Malaysia di Jpon.. Banyak yang kami bincangkan khususnya tentang politik semasa di Malaysia dan menariknya bila dia ceritakan pengalaman dia menemu-ramah ahli politik di Malaysia~ 


Prof. Mako merupakan salah seorang pakar ekonomi di Jpon dan dia memegang jawatan sebagai ahli exco Japan Association of Malaysian Studies (JAMS)~ Ak sengaja bertanya tentang situasi kebanyakan syarikat di Jpon yang pada ak terlalu kolot kerana membuat peraturan meminta pekerja memakai baju putih dsb.. Jawapan yang dia beri memang menarik: ".. Sebab semua orang Jpon buat macam itu.." Dia juga kata ramai orang Jpon fikir peraturan itu kolot tapi ikut sahaja agar tidak menyusahkan orang lain.. Dia memberi 3 jenis syarikat; Syarikat Jpon yang ikut style Jpon, syarikat Jpon yang tidak ikut style Jpon, dan syarikat US.. Masing-masing ada pro dan kontra tersendiri begitulah juga kehidupan.. 



Majlis berakhir sekitar jam 2100, sewaktu berada di luar dewan, ak sempat berinteraksi dengan VC (Vice Chanselor) UniMAS yang kebetulan hadir sama pada majlis kali ini.. Ak persoalkan kenapa kita seperti disyorkan untuk membuat PhD di luar negara dan tidak di Malaysia? Ak kuatkan lagi hujah ak dengan situasi yang menimpa seorang rakan yang kini masih dalam proses menamatkan Masters dia di salah sebuah IPTA dan hari-hari terpaksa stress dengan sikap SV (Supervisor) dia yang tidak buat kerja, pemikiran terlalu politik dsb berbanding dengan bekas SV dia di Universiti Jpon.. VC akur dengan masalah itu; sebab itu dia giat untuk menghasilkan ramai lecturer di usia yang muda supaya mereka banyak buat kajian sambil mengajar~ Sempat juga iklan kepada pelajar yang ingin mendapatkan biasiswa UniMAS agar terus email kepada dia :) 

p/s Terserempak dengan seorang rakyat Malaysia yang kebetulan berkongsi banggunan dengan HQ syarikat ak (o_0) ketika sedang menunggu keretapi tiba.. Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~   

10 comments:

  1. kadang sebal jugak kan pesen berucap tapi tatau point mana yang sepatutnya dia ucapkan. sudahnya kita yang dengar nie tertido

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. tulah pasal..
      cuma yg agak kureeng sket bila orang tu mewakili kita :p

      Delete
  2. kerja dekat jepun eh? ke belajar lg?

    thanks singgah blog sy :)

    ReplyDelete
  3. 素晴らしい、ね。。。
    今、日本で仕事かどうか?

    ReplyDelete
    Replies
    1. コメントしていただき、ありがとうございます。

      現在、日本で仕事をしています。

      Delete
  4. kyo pon msti nnti buat phD kt obesi gak kan? tengok macam untung pula student oversea selalu ada majlis cam gini...huhu...eh kyo sanah helwa yg ke-...isi sendiri la ye x tau umur kyo bape...semoga panjang umur murah rezeki berjaya dunia dan akhirat~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki mmg ada hasrat nak sambung belajar, insyaAllah :) jom Ain pasang impian yg sama dengan niat ikhlas kerana Allah :)

      thank u for the doa :)

      Delete
  5. nampak mcm menarik kan bila berbual dan dgr pangalaman sana-sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..
      tapi lagi menarik kalau dapat kongsi :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC