Followers

Thursday 8 September 2011

Fuji Furukawa E&C (Malaysia)

6 September - AMPANG

Sepatutnya transit dekat Bank Negara je dah cukup ;)

Memandangkan ak tiada perancangan sepanjang minggu ini, ak buat keputusan mengejut untuk menziarah Fuji Furukawa E&C cawangan Malaysia yang baru di buka pada Oktober tahun lepas.. Jika ikut kontrak, ak akan bekerja di sini 3 tahun selepas tamat 研修 (Training) di Jpon jadi elok juga ak biasakan diri dengan persekitaran di sini lebih awal disamping mengenal pegawai di sini~ Cawangan terletak di Menara Maxisegar di Pandan Indah, dan kebetulan ada stesen LRT Pandan Indah, jadi ak terus menghala ke situ dan bertolak dari rumah sekitar jam 1100.. Transit ke KL Sentral, ubah laluan ke stesen Hang Tuah kemudian transit lagi menuju ke Pandan Indah.. Daripada situ naik teksi dan dikenakan caj RM3.90..


Selamat tiba di destinasi sekitar jam 1300.. Syarikat terletak di tingkat 5, ternyata ahli pekerja di situ agak terkejut melihat ak kerana salah ak juga tidak telefon terlebih dahulu untuk tujuan lawatan.. Berkenalan dengan seorang pekerja yang merupakan orang kanan Boss, dia juga merupakan 日本卒 (Japanese graduate) dan baru masuk syarikat ini beberapa bulan yang lepas.. Terkejut juga kerana syarikat ini baru mula beroperasi secara penuh; Oktober tahun lepas sebenarnya masih dalam proses meeting dengan kementerian, nak cari tempat dsb.. Buat masa ini juga tiada projek yang sedang dijalankan, dan masih dalam peringkat "Budgetary" dengan syarikat tempatan.. Kakitangan syarikat juga baru 4 orang! 


Fuji Group mempunyai banyak anak syarikat di Malaysia dan buat masa ini, pengendalian dalaman mesin di kilang adalah di uruskan oleh syarikat kontrak luar..  Di masa akan datang, segala pengendalian tersebut akan di pegang oleh syarikat ini jadi insyaAllah kerja itu ada, cuma sekarang ini masih dalam proses "bayi nak merangkak" kerana masih baru; konon nya Boss akan menambah bilangan pekerja apabila projek bermula~ Sayang juga tidak sempat berjumpa dengan Boss kerana dia bercuti buat masa ini ;) Rupa-rupanya, stesen LRT paling dekat ialah LRT Chempaka yang hanya 15 minit perjalanan kaki dari syarikat (-_-") Abang di situ pun kata jangan risau pasal kerja tapi dia cakap, "kalau boleh stay je kat Jpon, jangan balik o_0" 

Pertemuan kali pertama padahal dah berborak secara online dah nak setahun..

Sesi lawatan tamat sekitar jam 1330; ak ajak salah seorang blogger, CeritaSekupang untuk lepak-lepak di Times Square dalam perjalanan pulang.. Layan filem Final Destinations 5 3D di iMAX dan di kenakan caj RM20!! Wayang bermula pada jam 1710; sebelum itu kami pusing-pusing di Plaza Low Yatt untuk usya gadget-gadget; tanya harga controller PS3.. Yang ori harga lebih kurang di Jpon, tapi tak boleh blah ada juga controller ciplak harga RM100 (笑) Wayang boleh tahan kendatipun ada babak-babak ganas yang dipotong (-_-") Malam itu berbuka puasa di KFC; pertama kali makan nasi ayam KFC pada harga RM10.70.. Adik perempuan ak suruh belanja Tutti Frutti dalam perjalanan pulang ke rumah; ambik cawan besar untuk kongsi sahaja tapi terkejut dikenakan bayaran RM18.90 meskipun dapat diskaun 15% untuk Ladies Day!! 

Kempunan giler ayam KFC; kt Jpon semua ayam haram jer.. (-_-")
Taubat dah tak mahu pergi lagi..

p/s Mahal giler Tutti Frutti! Macam mana boleh laku ek??

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC