Followers

Monday, 29 August 2011

World Heritage Sites in Beijing Tour

23 August - BEIJING

Kendatipun hari ini merupakan hari terakhir 学会 (Conference), ak memilih untuk turut-serta dalam tour melawat beberapa tempat bersejarah dunia memandangkan ak sudah pun menyelesaikan tujuan sebenar ak tiba di Beijing pada hari sebelumnya.. Supervisor (SS) pula memilih untuk setia kepada 学会 membuatkan tour kali ini hanya disertai ak seorang bersama pengunjung lain.. Perkhidmatan tour ini disediakan oleh pihak 学会; kami akan melawat 3 tempat bersejarah yakni Summer Palace, Forbidden City dan Temple of Heaven pada harga ¥210 seorang.. Bas pelawat tiba di hotel yang ak diami sekitar jam 0800; pagi itu ak berkenalan dengan seorang pemuda Turki yang menuntut di US..


Summer Palace
Destinasi pertama kami ialah Summer Palace yang dimasukkan dalam UNESCO World Heritage List pada tahun 1998~ Terpaksa membayar ¥10 seorang untuk naik bot meredah Tasik Kunming yang merupakan tasik buatan seluas 2.9 km persegi.. Di gelar Summer Palace kerana Maharaja dan Dragon Lady hanya melawat istana ini pada musim panas sahaja.. Selepas turun daripada bot, kami berjalan kaki mengelilingi seluruh kawasan namun atas faktor masa, kami tidak sempat untuk pergi memanjat tangga menuju ke menara tersebut.. Kagum kerana sepanjang laluan ada lukisan seni yang mempunyai cerita disebaliknya termasuklah peristiwa Journey to the West.. Banyak juga batu pelik-pelik di sekitar Summer Palace ;)


Freesky Pearl
Destinasi kedua kami pula melawat kedai menjual mutiara berdekatan dengan Summer Palace.. Konon nya kawasan itu pada awalnya merupakan tempat singgahan Dragon Lady dan tidak terbuka kepada umum.. Menarik kerana kami ditunjukkan bagaimana mutiara boleh didapati daripada kerangnya.. Lagi lama ia tersimpan, lagi besar saiz mutiara tersebut.. Usia mutiara tersebut boleh diketahui melalui corak pada permukaan kerang tersebut.. Cukuplah dengan 2 biji mutiara yang diperolehi secara percuma; tidak mampu hendak beli mutiara di kedai tersebut ;)


Forbidden City
Destinasi kami yang seterusnya ialah Forbidden City yang termasuk dalam World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1987.. Pembinaannya mengambil masa yang agak panjang (1406~1420) untuk disiapkan.. Sepanjang 500 tahun, ia telah digunakan sebagai tempat pentadbiran dinasti Ming sehingga penghujung dinasti Qing.. Konon nya ia digelar Forbidden City kerana hanya pembesar dan Maharaja sahaja yang layak memasuki kawasan tersebut.. Keluasan Forbidden City memang tidak boleh blah! (7.8 juta kaki persegi) Sempat melawat tempat tidur Maharaja yang begitu luas kemudian dikelilingi rumah gundik Maharaja.. Kerajaan China juga mengeluarkan belanja yang besar untuk membaik-pulih kawasan ini dari semasa ke semasa~


Tiananmen Square
Oleh sebab bas tidak dapat masuk ke Tiananmen Square, kami terpaksa berjalan kaki untuk melihat Tiananmen Square yang dinamakan sempena Tiananmen Gate (Gate of Heavenly Peace)~ Ia jatuh tempat ke-2 sebagai City Square terbesar di dunia selepas Imam Reza Shrine di Iran.. Banyak peristiwa menarik yang berlaku di sini pada masa lampau, namun insiden hitam yang berlaku pada tahun 1989 mungkin masih terpahat dalam ingatan masyarakat dunia; protes pro-demokrasi yang menyaksikan kerajaan China mengisytiharkan darurat (Martial Law) bagi mengekang protes tersebut.. Akibatnya, beratus nyawa tumbang dan China menerima pelbagai kritikan daripada masyarakat dunia kerana tragedi tersebut..


Temple of Heaven
Destinasi kami yang seterusnya ialah Temple of Heaven; salah satu kawasan pemujaan terkenal dalam kepercayaan Tao.. Di bina dalam tempoh yang sama oleh orang yang sama membina Forbidden City, tokong ini merupakan salah satu daripada 4 tokong lain yang melambangkan bumi, matahari, dan bulan di setiap arah penjuru~ Di katakan maharaja dinasti Ming dan Qing turut hadir di sini untuk berdoa kepada Syurga untuk mendapatkan hasil penuaian yang baik~ Seperti biasa, sebelum pulang ke hotel, kami dibawa untuk minum teh bersama-sama~ Kendatipun nama kedai berbeza, penjelasan yang diberikan 100% sama kerana berasal daripada syarikat induk yang sama.. 

p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~


Sunday, 28 August 2011

Badaling Great Wall of China Tour

20 August - BEIJING


Baru sahaja menjejakkan kaki di Beijing pada hari sebelumnya, ak sudah mendaftarkan diri untuk turut-serta dalam perjalanan melawat ke salah satu daripada "7 Wonders of the World" iaitu Great Wall of China (GWC).. Ada beberapa tempat yang terkenal untuk melawat GWC, dan salah satu daripada nya ialah melalui Badaling.. Ak daftarkan tour dan pada mulanya diminta untuk tunggu di depan hotel sekitar jam 0700; namun atas sebab trafik?, tour guide itu hanya tiba di hotel kami sekitar jam 0900 (-_-") Paling tak boleh blah apabila diberitahu kami perlu membayar "tips" sebanyak ¥30 seorang untuk driver dan tour guide walaupun diberitahu awal konon nya pengunjung TIDAK PERLU memberi "tips" di China ;)


Jika melihat pada jadual perjalanan tour tersebut, 2 tempat penting yang perlu kami singgahi ialah GWC dan juga Ming Tombs; mungkin disebabkan kesuntukan masa, Ming Tombs telah dibatalkan (-_-") Di dalam van tersebut, ada 2 pengunjung daripada India, dan seorang pengunjung daripada Belanda.. Tempat pertama singgahan kami ialah Jade Museum.. Konon nya setiap jade memiliki bahan mineral yang berbeza dan unik.. Cara untuk membezakan jade tulen dan tiruan ialah jade tulen tidak meninggalkan bekas apabila digosok sesama sendiri.. Teringin nak angkat satu tapi malangnya kad kredit tidak berfungsi di sana (Later on I found out that the price being sold there were too high; divine intervention) 


Destinasi seterusnya merupakan tempat yang dinanti-nanti iaitu GWC.. Kami diberi masa sebanyak 1 jam 30 minit untuk berjalan sejauh yang mungkin dan kemudian patah balik semula.. Alhamdulillah ak sempat tiba di puncak tertinggi di check point no 13; kagum dengan Supervisor (SS) kerana tidak meneguk air langsung sepanjang mendaki GWC! (Baik puasa je) Sebelum mula mendaki, ak menempah 1 blok kayu ibarat sebagai sijil sudah mendaki GWC pada harga ¥50; perlu tempah awal kerana ia mengambil masa sekitar 40 minit untuk membuat nama.. Destinasi ke-3 pula ialah makan tengahari di sebuah restoran berdekatan yang juga termasuk dalam kos perjalanan tour yang berharga ¥180 seorang..


Destinasi ke-4 ialah Silk Museum; di sini kami ditunjuk bagaimana proses penghasilan sutera itu bermula.. Tahi ulat sutera dikatakan berkhasiat! Lucu apabila tiada seorang pun daripada kami yang berminat untuk membeli kain sutera yang dijual di situ kerana harga yang ditawarkan begitu mahal! Kemudian kami dibawa ke Dr. Tea untuk menjamu pelbagai jenis teh antaranya Jasmine Tea, Puh-Er Tea, dan Oolong Tea.. Puh-Er Tea paling mahal kerana digunakan sebagai ubat.. Kami juga ditunjukkan cara sebenar untuk meminum teh yang agak berbeza mengikut jenis teh.. Semestinya cara memegang cawan teh juga berbeza mengikut jantina peminum.. Ak beli cawan kecil sebagai cenderamata sebelum beredar..


Destinasi seterusnya ialah sesi urut kaki di stadium latihan; ini merupakan aktiviti tambahan bagi menggantikan Ming Tombs agaknya.. Agak sukar berkomunikasi dengan tukang urut yang agak muda tapi kurang mahir berbahasa Inggeris.. Namun, dia sempat mengajar ak sedikit perkataan Cina yang asas seperti nombor, anggota badan dsb.. Destinasi terakhir sebelum pulang ialah melawat Bird Nest Stadium yang terkenal ketika sambutan Olympic di Beijing pada tahun 2008.. Oleh sebab kesuntukan masa, kami hanya sempat bergambar pada jarak yang agak jauh daripada stadium tersebut sebelum dihantar pulang ke hotel.. Ramai sungguh pengunjung yang memenuhi boulevard menuju ke stadium tersebut!


Tour berakhir sekitar waktu Maghrib.. Sewaktu hendak keluar, kami dipanggil oleh tour guide dan driver bagi meminta "tips"~ SS cuba meminta harga yang lebih rendah namun setelah "di maki" oleh tour guide, kami terpaksa akur dengan membayar ¥60 kepada mereka (-_-") Pada malam itu, kami keluar dari hotel untuk misi mencari venue 学会 (Conference) yang bakal bermula pada keesokan harinya.. Daripada hotel, kami berjalan kaki hampir 50 minit dalam masa yang sama ingin mencari tempat makan.. Oleh sebab duit masing-masing agak sempit, kami tiada pilihan lain untuk makan malam dengan membeli snek ringan sahaja di kedai (笑) 

p/s Hari terakhir baru kami tahu ada perkhidmatan shuttle bus di hotel tapi ada waktu nya (-_-") Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

Thursday, 25 August 2011

ICEMS 2011

19~24 August - BEIJING


Ak cuba menghantar kertas kerja ke pelbagai jenis 学会 (Conference) memandangkan ini merupakan tahun terakhir ak sebagai pelajar; namun hanya ICEMS (International Conference on Electric Machines & Systems) sahaja yang memberikan lampu hijau.. Jika tahun lepas, ICEMS 2010 (link) telah diadakan di Incheon, Korea dan tahun ini pula ia telah diadakan di Beijing, China.. Tahun hadapan pula akan bakal diadakan di Hokkaido, Jpon.. Selepas membuat visa untuk memasuki China (link), barulah tiket kapal terbang boleh dibeli; oleh sebab beli agak lewat, kami tiada pilihan lain dan terpaksa berlepas awal pada 19hb dan pulang pada 24hb kendatipun 学会 adalah 20hb~23hb sahaja.. 


19 August
Memandangkan penerbangan kami adalah pada jam 1350, kami bertolak daripada rumah pada sekitar jam 1000 menuju ke Osaka dan daripada situ naik bas menuju ke KIX (Kansai International Airport).. Pertama kali naik bas daripada Osaka, sebelum ini naik daripada Kyoto sahaja tapi bila kira kos, ternyata gerak daripada Osaka adalah lebih jimat.. Selamat tiba di KIX sekitar jam 1215, terkejut dengan bilangan orang yang beratur untuk check-in menuju ke Beijing pada hari yang sama.. Tempoh penerbangan hanya 3 jam namun kami terpaksa membayar lebih 6万円; harga yang sama ak bayar untuk penerbangan ke Malaysia.. Mujur trip kali ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Universiti ;)


Waktu check-in kami diberitahu waktu penerbangan ditunda pada jam 1400; pertama kali ak menggunakan surau yang disediakan khas di KIX tingkat 4 di antara terminal C&D.. Bikin panas apabila penerbangan sekali lagi ditunda selama hampir 50 minit kerana masalah teknikal dan lambat terima kebenaran untuk berlepas (-_-") Ruang dalam kapal terbang juga agak sempit; 6 penumpang dalam 1 baris dan dipecahkan kepada 2 lajur.. Walaupun sedang berpuasa, terpaksa juga memesan makanan setelah diperintah oleh SS (Supervisor) untuk dia (-_-") Tension juga dalam flight, nak baca Al-Quran dalam iPhone pun tidak dibenarkan kerana penggunaan semua telefon bimbit dalam penerbangan Air China adalah dilarang!


Kapal terbang selamat mendarat di lapangan terbang Beijing sekitar jam 1700 waktu tempatan.. Agak luas juga sehingga kami terpaksa turun menggunakan tangga dan transit ke terminal menggunakan bas.. Pertama kali menggunakan tangga dalam kapal terbang ;) Tension sekali lagi apabila WiFi gagal berfungsi menerusi iPhone sewaktu berada di Airport (-_-") Asalnya plan nak naik teksi menuju ke hotel, tapi SS risau tambang mahal membuatkan kami terpaksa pergi menggunakan bas yang agak murah; ¥16 untuk seorang.. Perjalanan menggunakan bas adalah 1 jam menuju ke Datun; seksa gila mencari hotel setelah turun daripada bas memandangkan majoriti orang China  tidak mahu berbahasa Inggeris (-_-")


Paling mengejutkan ialah orang hotel juga tidak fasih berbahasa Inggeris! Jinjiang Inn merupakan salah satu daripada beberapa hotel yang dicadangkan oleh pihak ICEMS dan harga yang ditawarkan juga adalah paling murah, namun jarak perjalanan daripada venue adalah paling jauh.. Kami tiba di hotel agak lewat iaitu sekitar jam 2000, ingin mencari kedai seafood sekitar namun apabila bertanyakan pada orang hotel, dengan pantas dia kenakan kos ¥50 seorang untuk makan di cafeteria hotel tersebut.. Set hidangan buffet tapi paling bikin panas ialah, tiada hidangan seafood pun!! Selesai makan malam, ak beli tiket untuk turut-serta dalam tour ke Badaling Great Wall of China untuk keesokan hari dengan kos ¥180 seorang.. 


21 August
Hari ini merupakan hari pertama 学会; meja pendaftaran sudah bermula awal sejak jam 0830 dan majlis pembukaan bermula pada jam 0900.. Agak menyedihkan tidak menerima sijil kehadiran kerana hanya 教授 (Professor) sahaja yang layak (-_-") Ucapan oleh beberapa orang yang ak tidak kenal, disambung pula dengan special presentation oleh beberapa pakar sehingga waktu makan tengahari.. Memandangkan tempoh di Beijing adalah terhad, ak tidak mengikut langsung 学会 kali ini sebaliknya keluar pada petang itu menuju ke Masjid Niujie; masjid paling tua di China dan mula di bina pada tahun 996! Malam itu ak makan keseorangan di restoran Seafood berdekatan hotel.. Pesan nasi goreng pada harga ¥28; tak sangka dapat hidangan untuk 2 orang punya 0_o


22 August 
Jika ICEMS tahun lepas ak memilih Poster Presentation, tahun ini ak mencabar diri untuk memberikan Oral Presentation dan giliran ak ialah jam 1100.. Bergerak ke venue dengan menggunakan subway yang mengambil masa agak panjang kerana terpaksa transit sebanyak 2 kali.. Namun, menjimatkan tenaga daripada berjalan kaki yang mengambil masa hampir 50 minit.. Agak cuak sewaktu present memandangkan ini merupakan kali pertama bilik tersebut penuh sehingga orang yang ingin mendengar terpaksa berdiri! Alhamdulillah, berjaya juga menyampaikan dengan jayanya sehingga dipuji SS buat pertama kali (笑) Selesai makan tengahari, kami dibawa ke dewan untuk tanda-tangan Beijing Declaration!


Ak skip untuk mendengar presentation pada belah petang sebaliknya nekad untuk menonton wayang Transformers 3 dalam 4D! Bayaran yang dikenakan ialah ¥150; meskipun pernah menonton wayang tersebut sebelum ini dalam 3D, ak yakin hanya filem ini sahaja yang boleh memberikan kepuasan sekiranya menonton dalam 4D! Waktu tayangan adalah sekitar jam 1550, ak buat keputusan untuk mencari ole-ole di Hongqiao Market yang agak terkenal di Beijing.. Konon nya segala jenis benda boleh didapati di sini, daripada alat elektronik kepada pakaian, kalah Low Yatt (笑) Harga yang tertulis memang tidak masuk akal, teringin nak angkat baju yang tertera "I've Climbed the Great Wall of China" tapi batal sebab harga~


Ternyata orang China memang handal dalam memanipulasi orang luar; selepas beli banyak, baru ak rasa cam kena kelentong dari segi harga.. Mereka letak harga paling tinggi dan tidak masuk akal, kompem korang akan minta kurang, kemudian bila korang rasa dah nak "kalah", mereka akan benarkan korang kasi harga yang korang mahu, tips di sini ialah beri harga paling rendah yang tidak masuk akal juga kerana orang China ini akan cuba sedaya yang mungkin untuk "menang" dalam urusan jual beli (笑) 4D serius gempak; ibarat layan cerita sambil naik roller coaster! Kerusi bergegar pastu naik turun; lampu tiba-tiba terang, kemudian ada angin keluar daripada kerusi.. Lebih menarik jika ada air pancut tapi malangnya tiada.. ;)


Selesai wayang, ak kembali semula ke venue kerana malam ini akan diadakan banquet bermula jam 1900.. Jika lihat pada jadual waktu 学会 tersebut, ada "Art Ceremony" pada jam 1800; ingatkan lihat hasil lukisan macam itu sahaja, rupa-rupa nya ada persembahan tarian tradisional China di dalam dewan (-_-") Bila sampai lewat, terpaksa akur duduk di meja paling belakang berdekatan dengan pintu masuk.. Rezeki berkongsi meja dengan pelajar PhD daripada UTHM dan kini menuntut di 名工大 (Nagoya Institute of Tech).. Set vegetarian yang diminta tapi yang dapat cuma kacang hijau dan beberapa sayur, mujur ada beberapa hidangan seafood pada malam itu.. Banquet tamat sekitar jam 2100 tanpa sesi bergambar beramai-ramai..


24 August
Penerbangan pulang ke Jpon ialah jam 0840 membuatkan kami terpaksa menempah teksi pada jam 0600.. Mujur tambang teksi tidak terlalu mahal memandangkan seorang rakan daripada Turki juga turut naik teksi yang sama.. ±¥100 termasuk tambang tol dan minyak (Pelanggan dikehendaki membayar kos minyak dan tol ketika menggunakan teksi di China) Selesai check-in sekitar jam 0730, terpaksa menghabiskan hampir ¥130 di kedai ole-ole Airport ;) Tak sangka penerbangan pulang juga ada delay hampir 1 jam gara-gara masalah yang sama.. Selamat mendarat di KIX sekitar jam 1300; solat sebentar sebelum pulang ke rumah.. Selamat tiba di rumah sekitar jam 1700~ Terlelap sehingga lewat berbuka 2 jam (笑)


p/s Perjalanan yang agak panjang, namun pengalaman yang diperolehi memang tiada nilai ;) Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

Thursday, 18 August 2011

The Hate Mongers Among Us


Dokumentari pendek ini mengetengahkan bagaimana sifat benci menular selepas 9/11 dan bagaimana beberapa pihak memanipulasikan sifat tersebut untuk meracuni sebahagian penduduk di kedua-dua belah pihak untuk campur-tangan dalam aktiviti keganasan.. Kronologi daripada 9/11 dan menjurus kepada perang di Iraq diceritakan dengan penuh rapi termasuk isu Palestine-Israel dan pelobi-pelobi Yahudi dalam memastikan perjanjian keamanan tidak akan tercapai di Asia Tengah.. Dokumentari yang menarik untuk di tonton bagi mereka-mereka yang mengambil berat tentang isu semasa terutama berkenaan isu Palestin.. 




Wednesday, 17 August 2011

iWALK 1500

Sudah lama ak survey rechargeable battery pack untuk iPhone; jika dahulu battery iPhone 4 mampu bertahan selama 4 hari namun kini ada masa ak perlu 充電 (Charge) setiap hari (Biasanya 2 hari sekali).. Ada beberapa ketika battery pack ini begitu penting khususnya waktu melancong.. Terlalu banyak pilihan di internet menerangkan fungsi-fungsi yang perlu ada untuk battery pack tersebut; priority ak adalah kepada saiz yang kecil dan boleh dibawa ke mana-mana; asalnya nak angkat iWALK 800 tapi bila baca review di Amazon, ramai juga yang tidak puas hati sebab 充電 sekitar 50% sahaja.. 

Siap dapat stand percuma untuk iPhone ;)

Banyak juga point yang diketengahkan oleh user sewaktu nak membeli battery pack untuk iPhone ini.. Jika beli yang multipurpose yakni boleh guna untuk pelbagai gadget, akan ada masalah pada tempat cucuk.. Jika tempat cucuk longgar, pengguna mungkin tidak akan perasan gadget yang digunakan sedang 充電 atau pun tidak o_0 Elok beli kapasiti lebih 1500 mA supaya leh dapat peratusan bateri yang lebih.. Usha iWALK 1500 dah lama sebab harga tidak turun-turun; nasib baik ada orang jual di auction pada harga yang lebih murah (^o^)/  Berikut merupakan spesifikasi iWALK 1500~ 

ikhsan Amazon.uk
p/s Persiapan untuk melancong ;)

Tuesday, 16 August 2011

Cesc Fabregas


Kesemua penyokong Arsenal terpaksa melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal buat bekas kapten, Cesc Fabregas yang berpindah ke Barcelona setelah 8 tahun menyarung jersi Arsenal.. Fabregas yang dilahirkan pada tahun 1987 (sebaya dengan penulis) telah bermain untuk skuad muda Barcelona sebelum di bawa masuk ke dalam skuad Arsenal pada tahun 2003 oleh Arsene Wenger.. Fabregas menggantikan William Gallas untuk menjadi kapten Arsenal pada November 2008= Sepanjang bersama Arsenal, Fabregas telah beraksi lebih daripada 300 perlawanan dan berjaya menjaringkan 57 gol! 


Perpindahan Fabregas ke Barcelona acap kali berdengung apabila musim perpindahan di buka sejak 3 tahun yang lalu.. Ramai Gooners (Penyokong Arsenal) yang sudah lali dengan berita perpindahan tersebut; malah dah ramai yang redha sejak musim lepas konon nya Fabregas sendiri bertemu dengan Wenger sebelum World Cup 2010 untuk memohon membenarkan dia untuk berpindah namun tidak juga menjadi.. Musim 2010/2011 juga melihatkan aksi Fabregas terhad di atas padang dengan kecederaan.. Namun, pastinya sukar hendak mencari ganti antara pakar assist terhebat di eropah!  


p/s Ramai betul yang keluar, tapi kenapa tak ramai yang masuk (-_-")

Saturday, 13 August 2011

2011 Biwako Fireworks Festival

8 August - OTSU


Ini merupakan kali ke-3 ak menyaksikan びわ湖花火大会 (Biwako Fireworks Festival) yang dilaksanakan setiap tahun pada tarikh yang sama bertempat di 大津 (Otsu).. Kali ini agak bertuah kerana ada 後輩 (Junior) yang semangat gerak awal sekitar tengahari semata-mata untuk cop tempat duduk; konon nya waktu itu pun dah banyak tempat duduk bahagian depan sudah di cop orang jadi terpaksa akur dengan tempat duduk di belakang kawasan orang lalu-lalang.. Berbuka dan solat Maghrib sekitar jam 1900 tanpa mempedulikan orang ramai sementara menunggu 花火 (Fireworks) bermula tepat jam 1930.. 


Pertama kali menyaksikan 花火 di belakang jalan benar-benar memberikan suatu pengalaman "berharga" agar kesilapan sama tidak berulang (笑) Anda boleh faham kenapa dengan melihat gambar serta video di bawah.. Selang beberapa minit pasti kedengaran suara meminta orang ramai untuk tidak berhenti atau duduk di kawasan lalu-lalang tapi siapa nak dengar? (笑) Paling bikin panas apabila gagal mengambil gambar 花火 gara-gara ada yang lalu; ibarat tengok cd cetak rompak pastu ada babak orang lalu (-_-") Istimewanya びわ湖花火大会 ialah pada penutupnya; cerah gila langit! 花火 tamat tepat jam 2030~

p/s Uwaaa.. ini mungkin kali terakhir ak untuk menyaksikan 花火 di sini memandangkan bakal memulakan hidup baru di 関東 (Kanto) bermula April hadapan.. Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

記念写真

Friday, 12 August 2011

Eusebio Cup


Eusebio Cup ialah kejohanan pertandingan bola sepak tahunan yang dilangsungkan di stadium Benfica di Portugal sejak tahun 2008.. Benfica FC akan menjadi hos kepada perlawanan tersebut; biasanya kelab yang dijemput akan memainkan perlawanan terakhir pra-musim mereka.. Kelab yang berjaya memenangi piala tersebut akan menerima piala oleh pemain legenda Portugis, Eusebio.. Arsenal merupakan kelab yang dijemput untuk tahun ini= Malangnya Arsenal tewas meskipun mendahului pada separuh masa pertama hasil jaringan penyerang prolifik, RVP.. Berikut merupakan keputusan setiap perlawanan~

Benfica 4 - 5 Inter Milan    2008
Benfica 6 - 5 AC Milan       2009
Benfica 0 - 1 Tottenham      2010
Benfica 2 - 1 Arsenal           2011

p/s Emirates Cup pon tewas, Eusebio Cup pon tewas.. Sigh, ape pon x bleeeyyyy~~ (-_-")


Thursday, 11 August 2011

2011 Naniwa Yodokawa Fireworks Festival

6 August - OSAKA

Tanpa perancangan rapi, ak ajak keluarga angkat untuk turut-serta layan 花火 (Fireworks) di 大阪 (Osaka) pada hari ini.. 浪花淀川花火大会 (Naniwa Yodokawa Fireworks Festival) yang dijalankan setiap tahun pada musim panas sememangnya terkenal di seluruh 関西 (Kansai) dan bilangan pengunjung yang hadir juga dianggarkan sekitar 550,000 orang! Ini juga merupakan kali pertama ak menonton pesta bunga api di luar 滋賀 (Shiga); mujur keluarga angkat bersetuju untuk pergi bersama memandangkan cuaca juga cerah.. Kami berpakat untuk tunggu di 高槻駅 (Takatsuki Station) pada jam 1800 dan bersama menuju ke 阪急十三駅 (Hankyu Juso Station).. Kenalan daripada Iran turut membawa ibunya yang berada di Jpon untuk bercuti selama sebulan..

Lautan manusia yang dah menunggu awal untuk usha bunga api..

Sewaktu tiba di 阪急十三駅, kami terserempak dengan satu pasangan daripada Iran yang juga dalam perjalanan untuk melihat 花火.. Kendatipun 花火 dijadualkan bermula pada jam 1950, pengunjung sudah cop tempat duduk lagi awal sejak tengahari lagi, jadi tidak pelik bila tempat sudah penuh sesak dengan orang waktu kami tiba sekitar jam 1835.. Mujur dapat jumpa tempat yang agak lapang dan cukup untuk duduk seramai 7 orang.. Waktu ak berbuka, 4 orang Iran itu masih menunggu masuk waktu Maghrib memandangkan ada perbezaan kiraan mengikut mazhab.. Bersyukur dapat berbuka dengan kurma sendiri dan  juga kurma daripada Iran (笑) dan sedikit juadah ringan.. Seorang lelaki Iran itu tidak berpuasa kerana tidak tahan panas di Jpon (笑)

花火 berbentuk tembikai.. ;p

Cecah bulan tuuuuuu... ;p

Pelik juga kerana 花火 di sini cuma 50 minit sahaja sedangkan tempat lain biasanya mengambil masa 1 jam.. Kagum sebab 花火 dia boleh kata berterusan, dan 休憩 (temporarily stop) pun hanya beberapa saat! Kali pertama melihat bunga api berbentuk tembikai ;) Video dibawah menunjukkan babak-babak terakhir yang sempat ak rakam menggunakan iPhone 4 sebab tertinggal kamera di rumah (-_-") Bila 花火 tamat pada jam 2040, kami tunggu sebentar untuk borak-borak sambil menunggu orang ramai jalan dahulu; tapi kami terpaksa juga ikut jalan sekali kerana orang ramai masih berpusu-pusu cuba meninggalkan kawasan tersebut meskipun jam sudah menunjukkan jam 2130.. Susah hendak mendapatkan keretapi; terpaksa beratur sehingga di luar stesen, akhirnya dapat naik keretapi pada jam 2230!


Dalam perjalanan pulang, seorang kenalan Iran bertanyakan kepadaku tentang kes di Malaysia baru-baru ini yang konon nya membuatkan kaum Cina marah.. Ak baca paper KOSMO! setiap hari tapi langsung tak perasan tentang isu yang dia maksudkan.. Jumpa artikel di BBC pastu bila tonton video dia, rasa cam video biasa, huhu inilah antara yang biasa terjadi dalam negara yang berbilang kaum ;) Di Iran, tiada KFC dan McD o_0 Menariknya, semua restoran tidak beroperasi pada waktu siang di bulan Ramadhan, malah pelancong juga tidak dibenarkan makan di luar pada waktu siang di Iran! 花火 di Iran juga lebih kurang sama seperti Malaysia iaitu banyak kemalangan sengal, putus jari dsb (-_-") Ibu kenalan Iran ini pernah melawat MMU, dan dia kata seronok melawat Malaysia ;)


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Wednesday, 10 August 2011

Alex Oxlade-Chamberlain


Arsenal baru-baru ini dengan bangganya memperkenalkan kepada ramai tentang kemasukan bintang baru daripada Southampton, Alex Oxlade-Chamberlain yang telah menandatangani kontrak jangka masa panjang dan dilaporkan berjumlah 12 juta pound.. Pemain muda yang dilahirkan pada tahun 1993 ini merupakan salah seorang bintang daripada akademi Southampton yang juga telah melahirkan ramai bintang muda seperti Walcott dan Bale.. Aksi terbaeek Chamberlain pada musim 2010/2011 yang lepas telah menaikkan nama beliau sehingga berjaya termasuk dalam senarai PFA League One Team of the Year.. Chamberlain boleh bermain dalam pelbagai posisi dan semestinya sumbangan beliau di tagih dalam usaha Arsenal memburu piala pada musim depan.. 

p/s Masih menunggu kemasukan pemain DF, satu-satunya posisi yang memang Arsenal lemah (-_-") 

Tuesday, 9 August 2011

万燈祭 (Manto Festival)

30 July - KARIYA CITY

万燈祭 (Manto Festival) merupakan perayaan yang dijalankan sejak pertengahan zaman Edo sehinggalah tersebar di 刈谷町 (Kariya City) dan berkonsepkan pesta cahaya lantera.. Dijalankan pada minggu terakhir dalam bulan 7, setiap bandar akan menghantar pancaragam dan sejenis lantera bersaiz kira-kira 5~6 meter; setiap tahun sekitar 30 lantera akan berarak sekitar 刈谷町.. Pada waktu siang, mereka akan berhenti di hadapan 秋葉神社 (Akiba Shrine) untuk mendapat restu sebelum menghiburkan penonton yang hadir.. 


Biasanya 祭り (Festival) di Jpon banyak dianggotai oleh orang-orang berusia, jadi ini merupakan kali pertama ak menyaksikan 祭り yang lebih 70% memfokuskan kepada golongan remaja dan kanak-kanak.. Yang peliknya ialah golongan tersebut berpakaian seperti pelajar bermasalah dengan rambut celup dan pakaian jarang terutama di kalangan perempuan o_0 Konon nya perayaan ini bermula bagi meminta Tuhan menurunkan hujan pada era An'ei~ Video dibawah menunjukkan sedikit babak tentang tarian 万燈 ini.. ENJOY


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Sunday, 7 August 2011

International Seminar on Reforms in Islamic Higher Education in Meeting Contemporary Challenges

30&31 July - NAGOYA

Apabila terlihat buat pertama iklan mengenai "International Seminar on Reforms in Islamic Higher Education in Meeting Contemporary Challenges" di facebook IPIJ, ak terus bersetuju untuk turut-serta memandangkan seminar mengenai Islam amat jarang sekali diadakan di negara bukan Islam; malah ak juga belum pernah berpeluang untuk melawat 名古屋 (Nagoya) jadi ini memang peluang keemasan! 



Seminar yang dijalankan di 名古屋大学 (Nagoya U) ini merupakan hasil usaha Prof. Rosnani daripada UIAM yang kini berada di U tersebut sebagai "Visiting Professor" selama 6 bulan.. Konon nya perancangan seminar ini juga di jalankan secara tergesa-gesa iaitu pada bulan Mei yang lalu ;p  Peserta terdiri di kalangan orang Turki, Jordan, Qatar, Malaysia, Indonesia, Brunei, Uzbekistan, dan Japan~ 

30 July
Sesi pendaftaran bermula pada jam 0845; agak payah juga nak bangun awal sebab tidur lepas solat Subuh, pastu biasa bangun lepas Zuhur (笑) Pelajar dikenakan bayaran 5000円; Alhamdulillah, 4500円 dipulangkan kerana selebihnya ditanggung oleh pihak penaja ;) Sesi pertama bermula sekitar jam 0915 dengan dimulakan oleh ucapan pembukaan oleh dekan fakulti pendidikan.. 



Salah seorang speaker pada pagi itu merupakan orang Jpon non-Muslim tapi topik beliau tentang perbandingan corak pendidikan Islam di Malaysia dan Indonesia! Prof. Mina Hattori yang merupakan salah seorang penganjur seminar ini juga non-Muslim tapi petah dalam bahasa Indonesia dan major dalam bidang pendidikan Islam di Indonesia dan Malaysia! 


Prof. Nishino graduan daripada 東大 (Tokyo U)


Speaker daripada Indonesia banyak memberikan persepsi tentang corak pendidikan Islam di Indonesia terutamanya di madrasah dan pesantren.. Rupa-rupanya kebanyakan sekolah agama di Indonesia didirikan tanpa bantuan kerajaan; sepenuhnya oleh komuniti masyarakat sekitar.. Menariknya ialah bidang sains dan agama dikendalikan oleh 2 kementerian yang berbeza! 


MONE (Ministry of National Education) & MORA (Ministry of Religious Affairs)

Masalah komuniti masyarakat Islam masa kini ialah melahirkan seorang yang mahir dalam bidang sains dan juga bidang agama seperti yang kita lihat dalam sejarah Islam yang lalu yang mana tokoh-tokoh seperti al-Biruni dan Ibnu Sina.. Tokoh-tokoh Islam zaman dahulu bijak dalam bidang sains kerana berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..

Lunch break

3 sesi berakhir sekitar jam 1530.. Selepas itu, kami dijamu dengan "Tea Ceremony" iaitu bagaimana meminum teh tradisional Jpon.. Dah berapa kali ak turut-serta dalam upacara sebegini sehingga dah jemu nak cerita di sini ;p Pada petang itu, kami dibawa menaiki bas ke 刈谷町 (Kariya-City) bagi melihat 満堂祭り (Manto Festival) yang kebetulan di jalankan pada tarikh yang sama dengan seminar.. (Akan diceritakan dalam entri akan datang)

Tea Ceremony

31 July
Topik-topik yang diperbincangkan pada hari kedua lebih mencabar minda kerana bersifat globalisasi.. Ia dimulakan dengan topik isu kebebasan dalam pendidikan oleh seorang pensyarah dari UIA, Dr. Yedullah Kazmi.. Beliau menekankan bahawa "Freedom is something that we learned" dan antara kata-kata beliau yang ak minat ialah "University is a universe where people come together to create meaning"


Tekanan politik antara faktor utama yang menghadkan kebebasan pendidikan di negara-negara Islam masa kini; konon nya suatu ketika dahulu, orang yang pernah bekerja dengan kerajaan Arab Saudi tidak dibenarkan menjadi pendidik! Golongan pendidik tidak seharusnya merisaukan APA untuk diajar tapi SIAPA yang perlu diajar..


Seseorang akan mengajar mengikut cara bagaimana guru dia mengajar.. Jika guru tersebut gagal mengajar dengan baik dek politik, maka bakal guru di masa akan datang juga akan gagal mendidik pelajarnya dan isu ini bertindak dalam bentuk pusingan.. Speaker kedua turut membincangkan isu yang sama sambil membuat perbandingan kebebasan pendidikan di dalam sejarah Islam seperti dalam gambar dibawah..


Speaker seterusnya membincangkan topik Islamic Finance; suatu topik yang agak menarik kerana ak pernah ditanya oleh seorang pelajar dari China yang membuat bidang ekonomi tentang bagaimana bank hendak untung jika konsep "faedah" diharamkan.. Banyak juga cabang bidang ini, konon nya 30% daripada bank-bank di dunia kini ada menyediakan servis Islamic Finance..


Speaker seterusnya daripada sebuah universiti di Jordan membincangkan tentang isu universiti swasta di negara arab.. Seorang lagi speaker daripada Jpon turut membincangkan tentang corak pendidikan Islam di Indonesia tetapi memfokuskan pada pasca kemerdekaan di awal 50-an.. Prof. Rosnani pula menerangkan lebih lanjut tentang UIAM dan mengapa pentingnya ia diangkat sebagai status universiti antarabangsa.. 


Jika sebuah universiti swasta kekurangan pelajar, kemungkinan universiti tersebut terpaksa ditutup.. Jadi bagi mengelak perkara tersebut dari berlaku, universiti tersebut mengambil langkah mengambil 留学生 (Foreign students).. Sebenarnya, penerimaan 留学生 sudah bermula lama sejak zaman Renaissance di mana ramai orang Eropah berkumpul di Andalusia untuk menuntut ilmu daripada orang Islam! Islam itu memang sudah international, sebab wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAW adalah untuk seluruh umat!


Orang mempertikaikan kenapa universiti di negara Islam sukar untuk tersenarai dalam ranking top 100 universiti dunia oleh THES dsb.. 2 sebab utamanya adalah universiti itu dinilai daripada kekerapan data daripada barat, dan juga jurnal bahasa english yang mantap! Rata-rata negara Islam tidak menggunakan 英語 (English) dalam kehidupan seharian jadi ini merupakan dinding utama yang perlu dirobohkan terlebih dahulu..  


Sesi terakhir bagi seminar ini paling menarik bagi ak kerana speaker pertama merupakan seorang yang pakar dalam bidang comparative religion; topik yang sudah lama ak ikuti sejak bergelar pelajar U.. Al-Quran merupakan satu-satu kitab suci di dunia yang ada menceritakan tentang agama lain! Jika dulu bidang ini lebih mengutamakan konsep ketuhanan, namun kini ia lebih menjurus kepada co-existance~ 


Comparative religion yang dibawa oleh paradigma barat ternyata tidak disenangi oleh paradigma Islam.. Ini adalah kerana paradigma barat memulakannya dengan teori evolusi, dan lebih mengetengahkan dunia tanpa Tuhan.. Menurut Dr. Kamar, Al-Biruni merupakan bapa kepada bidang Comparative religion.. Salah satu sifat yang perlu kita berjaga-jaga ialah "Superiority Complex" kerana sifat ini boleh membuatkan segala jenis perbincangan tidak akan menemui jalan penyelesaian..


Pernah timbul isu di Malaysia konon nya jika orang Islam belajar tentang agama orang lain, dikhuatiri dia akan terikut masuk ke dalam ajaran itu.. Hal ini memang lucu lebih-lebih waktu sekarang apabila media barat menulis pelbagai cerita tentang Islam; kita mahukan mereka menulis yang betul pasal Islam tapi cuba tanya diri sendiri balik, sejauh mana kita tahu tentang agama mereka? Di Malaysia, konon nya undang-undang tidak membenarkan aktiviti dakwah Islam terhadap kaum lain~ (need citations)


Speaker ke-2 pula merupakan Prof. Ahmed Akgunduz, salah seorang tenaga pengajar dari Islamic University of Rotterdam, Netherlands.. Beliau agak terkenal di barat sehinggakan ramai non-muslim golongan elit berjumpa dengan beliau untuk bertanyakan tentang Islam termasuk jurucakap untuk Bush! Isu yang dibawa oleh beliau ialah berkaitan isu komuniti Islam minority di barat dan corak pendidikan Islam di universiti tersebut.. 


Speaker ke-3 yang juga penganjur seminar ini, Dr. Mina pula membawa isu perbezaan antara UK dan Belanda dari segi fungsi pendidikan tinggi Islam dalam masyarakat majmuk.. Beliau ada menceritakan pengalaman berada di Indonesia dan Malaysia selama 2 tahun untuk menyiapkan tesis; konon nya beliau telah diberitahu sebanyak 200x yang "ko akan masuk neraka sebab tidak masuk Islam" oleh penduduk sekitar situ.. (-_-")


Bagi ak, inilah salah satu contoh orang yang menghidap masalah "Superiority Complex" kerana Islam merupakan agama yang tegas dan tidak memberi jalan mudah buat semua penganutnya untuk ke syurga jika dibandingkan dengan agama lain.. Speaker terakhir pula menceritakan tentang Qatar; negara jiran kepada Arab Saudi yang memiliki populasi sekitar 1.5 juta sahaja tapi bakal menjadi tuan rumah untuk World Cup 2022! Qatar memerlukan tenaga pakar khususnya bidang akademik bagi mencapai misi menjadi negara maju pada tahun 2030!  


p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC