Followers

Sunday, 28 March 2010

2010 激励会 (Pep rally)

25 Mac - TOKYO

Majlis 激励会 (Pep rally) telah diadakan pada hari nih bertempat di JICA (Japan International Cooperation Agency) Takebashi Office, Tokyo.. Majlis nih diadakan bagi meraikan pelajar JAD 6 seramai 73/75 yang selamat menamatkan pengajian pada peringkat sarjana muda di universiti masing2 di Jpon disamping menyambut kedatangan 79 pelajar JAD 8 yang bakal memulakan kehidupan baru mereka di Jpon.. Majlis yang diadakan setiap tahun nih menyaksikan kemunculan sulung pelajar2 JAD 6 daripada 立命館大学 (Rits) kerana 2 tahun lepas, kitorang dikehendaki bertolak awal ke 関西 (Kansai) gara2 program yang dikendalikan oleh pihak universiti bertindih dengan majlis nih.. 

Kedatangan ak ke 東京 (Tokyo) dengan menaiki 新幹線 (Bullet train) merupakan kali ke 2 dalam sejarah hidup ak; kali pertama menggunakan duit sendiri kerana tambang perjalanan yang memang mahal giler (pergi balik habis sekitar 23,000円)~ Ak bertolak daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) dalam jam 1200 dan tiba di 東京駅 (Tokyo Station) sekitar jam 1500.. Daripada 東京駅, kene berjalan selama 5~10 minit menuju ke subway 大手町 sebelum bergerak ke destinasi, 竹橋駅 (Takebashi Station).. Alhamdulillah, ak selamat tiba di JICA Takebashi sekitar jam 1530 sekaligus menjadi pelajar JAD 6 pertama yang tiba di majlis berkenaan..


Majlis yang bermula sekitar jam 1600 dirasmikan melalui ucapan direktor JICA yang kemudiannye disusuli oleh ucapan daripada wakil kedutaan Malaysia di Jpon.. Lepas tuh plak ucapan CEO Yayasan Pelajaran Mara yang baru, dan yang terakhir sekali ucapan pensyarah mewakili 15 universiti Jpon dalam konsortium JUCTe.. Punyalah mengharapkan menu masakan Malaysia ke ape tp hajat x kesampaian kerana apa yang disajikan hanyalah roti dan buah-buahan.. Bedal buah skit pastu sambung borak ngan member2 dan tetamu yang hadir sehingga x sedar masa berjalan sehingga jam 1800.. 


Perut yang masih kelaparan memaksa kitorang pakat ntk makan malam di Saizeria (restoran masakan Itali) berdekatan; malang x berbau apabila bilangan kerusi yang x mencukupi memaksa separuh daripada kitorang terpaksa makan di tempat lain termasuk Arbaain 先生.. Selesai makan malam, ingatkan nak layan karaoke jap tp last2 batal akibat masing2 ingin membawa haluan diri.. Arbaain 先生 teringin nk g 秋葉原 (Akihabara) yang memang agak dekat dengan kawasan tersebut meskipun jam sudah menunjukkan jam 2000; kedai2 di Jpon nih memang tutup awal jadi x banyak kedai yang masih beroperasi.. Ak tumpang tinggal di umah Abul sehingga 27 Mac ntk membawa pulang 後輩 (junior) baru ke 関西..



p/s Gambar2 lain boleh didapati di sini

Saturday, 27 March 2010

Majlis Aprisiasi MSAJ Kansai

24 Mac - OSAKA


Majlis Aprisiasi 2010 anjuran MSAJ Kansai telah diadakan pada hari ini bertempat di Osaka Ikeda Azalea Hall Convention Room.. Majlis bermula sekitar jam 1800; namun atas sebab2 yang x dapat dielakkan, ak hanye sempat menghadiri majlis nih sekitar jam 2000~ Mujur makanan yang disediakan masih banyak terhidang cume ak terlepas sesi cabutan bertuah dan sedikit persembahan daripada barisan pelajar.. Majlis Aprisiasi nih diadakan bagi meraikan pelajar2 yang telah selamat menamatkan pengajian di universiti masing2 dan juga menyambut kehadiran pelajar2 yang bakal memulakan pengajian bagi sesi 2010.. Seperti biasa, pelajar baru tajaan JPA sahaja yang sempat hadir ntk majlis nih kerana pelajar tajaan YPM ada program mereka yang tersendiri.. Seramai 15 pelajar baru tajaan JPA dan 15 pelajar baru tajaan YPM bakal memulakan kehidupan baru di 関西 (Kansai) pada tahun nih.. Alhamdulillah ak sempat join sesi penyampaian sijil dan hadiah untuk para graduan; hanya ak sorang jer pelajar tajaan YPM yang sempat hadir ntk majlis nih~ Sorang mafia 関西 yang cukup disegani ramai, Kumin bakal meninggalkan kitorang kerana pemohonan beliau ntk menyambung pengajian ke peringkat PhD telah ditolak mentah2 oleh pihak penaja UniMAP.. Jasamu dikenang~


p/s Gambar2 lain boleh dilihat melalui sini

Friday, 26 March 2010

引越し (House-moving)

23-24 Mac - KUSATSU

Plan asal ialah memindahkan segala barang dalam umah yang diduduki 3 orang; barang ak ngan Joe kt umah baru masing2 manakala barang Adib dipindahkan ke umah 後輩 (junior) yang memiliki bilik kosong.. Segala nyer berubah tatkala ak tiba di Jpon, usha bilik Adib tgk2 orang nyer xde.. tanye Joe ape citer, ghupe2 nyer mamat nih dah lari balik Malaysia meninggalkan barang2 dia.. Meskipun dia dah susun baik; siap dah masuk semua dalam kotak dan diikat kemas, tenaga kerja yang kurang memang makan tenaga yang banyak.. Harapnye boleh diselesaikan segalanya pada 23hb nih tp ataskan faktor2 yang tidak dapat dielakkan, proses pemindahan barang bermula lepas asar.. Berbeza dengan rakan2 lain yang menggunakan perkhidmatan lori ntk pemindahan barangan, kitorang menggunakan kereta Odessey kepunyaan penghulu 滋賀 (Shiga) jer kerana penghulu keras meyakinkan kitorang kereta Odessey dia mampu ntk mengangkut semua barang.. Aktiviti 23hb hanya dapat mengangkat separuh daripada barang2 di dalam umah; mujur beberapa 後輩 memberikan kerjasama yang penuh dalam usaha memindahkan barang daripada umah lama ke umah baru; Hasil pertolongan mereka kitorang sepakat ntk belanja semua makan malam di Restoran Raju (インド料理) dengan set tandoori setiap sorang~ (terbaeek punye!)


Sekitar jam 0930, aktiviti 24hb diteruskan dan alhamdulillah, segala barang berjaya di pindahkan kepada umah2 yang berkenaan.. leceh gak bila dua2 hari hujan tanpa henti membuatkan ada beberapa 後輩 yang jatuh sakit akibat "main hujan" lama sangat waktu nk tolong angkat barang.. Aktiviti 引越し berjaya selesai sekitar jam 1700; ak terus balik umah baru memandangkan perlu bersiap bagi menghadiri majlis MSAJ Kansai di Osaka manakala Joe stay di umah lama buat sementara bagi menemani orang 管理会社 (maintainer) memeriksa setiap bilik sebelum menetapkan keputusan selanjutnye.. Terus-terang bilik2 yang kitorang tinggalkan selama 2 tahun menetap di situ memang dalam keadaan yang agak kureng dengan beberapa kerosakan pada 畳 (tatami) dan kertas 襖 (papered sliding door) dsb.. Memang boleh diduga bila 管理会社 beritahu wang deposit yang kitorang bayar sebelum menetap di umah tuh tidak akan dipulangkan bagi membaiki segala kerosakan ditambah lagi dengan kehilangan kunci asal umah terbabit -_-" Barang2 di umah baru masih blom dikemas sepenuh nyer memandangkan jadual ak penuh sangat minggu nih; iA ak akan buat entri baru mengenai umah selepas selesai melaporkan aktiviti2 lain~

Thursday, 25 March 2010

卒業式 (Convocation Ceremony)

22 Mac - RITS

Hari bersejarah dalam hidup ak apabila ak bergelar graduan sarjana muda bidang kejuruteraan daripada 立命館大学 (Ritsumeikan University).. Majlis bermula tepat jam 1000 dan di mulai dengan nyanyian lagu Rits.. Boleh tahan gak sesak gymnasium yang penuh dengan pelajar2 理工学部 (Dept. of Science & Engineering) dan 情報理工学部 (Dept. of Information Science & Engineering); turut-serta pada ketika itu ialah para ibu bapa yang sempat hadir ntk menyaksikan anak mereka.. Majlis dirasmikan oleh Vice Chancellor, 川口 清史 (Kawaguchi Kiyofumi) dengan ucapan yang banyak menyentuh kaitan Amerika dan Eropah dalam teks beliau.. Dahsyat gak bila para pelajar dapat membaca di depan skrin teks ucapan yang dibaca oleh VC= Lepas tuh, majlis diteruskan pula dengan penyampaian sijil bagi pelajar cemerlang keseluruhan universiti dan sedikit ucapan daripada wakil pelajar.. terkejut gak tgk pompuan yang naik tuh pakai はかま (hakama) pastu siap ngan topi graduan berbentuk 4 segi tuh.. Majlis di gymnasium berakhir sekitar jam 1045 dan para pelajar di minta berpecah mengikut kursus masing2 dan bergerak menuju ke kelas yang ditetapkan bagi memperoleh sijil tamat pengajian~



Dalam kursus pengajian pon ade anugerah ntk pelajar terbaeek keseluruhan dan pelajar terbaeek ntk aktiviti luar dan dalam kelas.. Ak terpulangkan kad pelajar waktu tanda-tangan surat bukti sudah mengambil sijil tamat pengajian; mujur dapat dicari semula memandangkan kad pelajar tu perlu waktu nk dapatkan diskaun pelajar.. 先輩 (senior) cakap bila dah dapat kad pelajar ntk pelajar Masters baru kene pulangkan kad pelajar lama.. Aktiviti ambil gambar diteruskan ke 小松研 (Komatsu Lab); mujur waktu tuh SV ak pon ade, dapat gak ambik gambar ngan dia.. (笑) Rata2 yang pompuan pakai はかま waktu majlis graduasi nih; kos sewa ntk 1 hari di Rits mencecah 50,000円 (RM 1832)!! Kalo ikut perancangan awal, member2 lab nk buat 飲み会 (Drinking Party) hari nih bagi meraikan rakan2 yang bakal meninggalkan Rits bagi menempuh alam kerjaya.. Malangnye ak bukan kaki minum cam diorang, di tambah lagi urusan pindah umah pon masih belum selesai pada waktu tuh membuatkan ak terpaksa menolak ajakan diorang.. Ingatkan nk kemas umah ngan Joe, skali mamat nih plak yang g 飲み会 ngan member lab dia sampai balik umah waktu dah tengah malam.. -_-"



p/s gambar2 lain boleh dilihat melalui sini

Monday, 22 March 2010

I'm back!

21 Mac - HOME

Penerbangan MH 52 selamat berlepas pada jam 2355 waktu tempatan; buat pertama kali ak dapat tempat duduk 29K iaitu belakang tandas tp sebelah tingkap jadi leh lunjurkan kaki dengan senang.. Malang tidak berbau apabila semua penumpang tidak dpt layan cerita kerana masalah teknikal di dalam pesawat.. Nasib baik flight waktu malam jadi x terasa sangat kehilangan perkhidmatan tersebut meskipun ak teringin nak layan Ninja Assassins.. Bersyukur gak dapat duduk seblah sorang warga Malta dan dia seronok bercerita mengenai pengalaman pusing satu dunia atas faktor pekerjaan.. Dengan bangga nyer dia cakap xde negara yang dia x pernah pergi melainkan negara tuh di landa peperangan dan x selamat.. Mamat nih cakap dia dulu bekerja sebagai model dan kerap di hantar ke luar negara.. lepas dia berhenti, dia jadi supplier ntk barangan perubatan; juga kene g luar negara gak~ Nasib baik mamat nih solo jer lepas bercerai dengan isteri dia suatu ketika dahulu yang membuatkan dia xde masalah ntk berkerja dengan syarikat global~ Dia suka pergi ke Malaysia; terutama nye JB dan Penang.. Dia lebih gemar JB daripada KL sebab kos penginapan dan sara hidup yang lebih murah? Konon nyer susah nak tempah penginapan di hotel2 sekitar KL pada bulan Julai sehingga September kerana waktu tuh ramai sangat pelancong~


Selalu sangat naik kapal terbang mengingatkan ak kepada citer Up In The Air~ Mamat warga Malta nih siap pernah 'date' ngan pramugari dari Malaysia, Indonesia, Jpon, dan Thailand.. Semestinye hubungan dia dengan pramugari2 tersebut hanya singkat kerana faktor pekerjaan masing2 yang mengehadkan waktu ntk mereka bertemu.. Nasihat dia kalo nk cari bakal bini sok supaya jangan cari pramugari; konon nyer diorang hanya nampak kemas waktu bekerja, tp kalo kt umah memang pengotor? Pramugara plak kebiasaannye ialah GAY? kate dia.. Sebagai bekas model, memang x mustahil bagi dia mengorat awek2 pramugari sehinggakan dia dengan bangga bagitau ak dia dapat email pramugari tercantik dalam flight kitorang hari tuh.. Penerbangan MH 52 yang mengambil masa 5 jam 30 minit selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX) pada jam 0630.. kt sini siap kene amik gambar lagi waktu kt kastam so amik masa lama gak nk tunggu sorang2 selesai.. Dari 空港 (Airport), ak bergerak ke terminal 8 ntk naik bas menuju ke 京都駅 (Kyoto Station) memandangkan harga tiket bas lebih murah (2500円).. Berjaya tiba di umah sekitar jam 1030; borak2 sat ngan lan pali seblom qada' tido selama 1 jam lebih.. bangun semula ntk gotong-royong bersihkan umah memandangkan lusa dah nk pindah umah baru.. minggu yang meletihkan bermula hari nih~ -_-"

Sunday, 21 March 2010

Pesta Buku Antarabangsa PWTC


20 Mac - PWTC

Baba pesan adik ak ntk beli buku latihan banyak2 kerana dia bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun nih; ak plak g sebab selama nih x pernah gi pon mane2 pesta buku dan ingin merasai~ Mujur abang ak ingin menghantar kitorang dengan menaiki kereta sampai ke pintu masuk, tp disebabkan jalan yang sesak memaksa kitorang tiba agak lewat (dah zuhur baru sampai..) Makan tengahari di McD bersebelahan dengan bangunan PWTC; 3 minggu ak di Malaysia, ak berjaya makan KFC 2 kali dan McD 1 kali.. (笑) Pesta buku nih memang berjaya menarik ramai pembaca terutamanye pembaca novel; siap ada sudut ntk pembaca berkenalan dengan penulis novel tuh~ Kebiasaannye diskaun yang diberikan paling tinggi pon dalam 20%; nk carik buku latihan pon mudah sebab cara susunan mengikut tahap peperiksaan~ Sambil2 pusing usha buku untuk di beli, ak terpandang buku 'Muqaddimah' karya Ibn Khaldun yang telah di alih bahasa kepada Bahasa Melayu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.. Ak try tanye kalo2 ade versi English nyer tapi malang xde.. Bagai pisang tidak berbuah dua kali, ak terus angkat buku tuh; harga pasaran RM 50 tapi dapat diskaun 20%.. Disebabkan ak inginkan satu buku bahasa Inggeris sebagai ganti 'Muqaddimah', ak naik tingkat atas sekali yang khusus pada buku2 antarabangsa..


Seblom nih, ak pernah masuk kedai buku biasa dan terlihat banyak buku Stephen R. Covey yang telah di alih bahasa.. Kebetulan ak terjumpa buku popular karangan beliau yang bertajuk, "The 7 Habits of Highly Effective People" pada harga yang agak berpatutan (RM 24.90)~ Pembelian 2 buah buku novel seblom nih memberikan jumlah 4 buah buku yang bakal ak baca apabila berada di Jpon kelak.. Buku novel yang ak beli merupakan pemenang tempat pertama dan kedua Anugerah buku pilihan pembaca popular berita harian 2009.. Teringin nak beli pemenang tempat ke 3, karya Ramlee Awang Murshid yang berjudul Hijab Sang Pencinta tp konon nyer kalo beli buku nih jer x paham jalan citer memandangkan buku nih merupakan pelengkap trilogi cerita so kene gak beli 2 buah novel yang lain.. Selepas mengerjakan ibadah zuhur di surau yang berdekatan, kitorang berangkat pulang menaiki perkhidmatan keretapi yang disediakan; LRT Rapid PWTC menghala ke Stesen Bandaraya sebelum tukar ke KTM Bank Negara.. Daripada situ terus ke KTM Shah Alam~

Saturday, 20 March 2010

i-City


17 Mac - SHAH ALAM

Waktu kt Jpon dulu, slalu sangat nampak member post gambar kt Facebook pasal i-City nih; awal2 dok pening gak kt mane i-City nih.. hanye dapat tau bila dah balik Malaysia waktu lalu jalan pulang ke umah ternampak papan tanda i-City.. ghupe2 nyer dekat giler ngan umah! (笑) Waktu balik dari membeli-belah kt pasaraya Bintang? kt seksyen 7, tetiba Ummi ajak p i-City memandangkan Ummi sendiri blom penah g situ~ Sangkaan awal ak tentang pesta cahaya? di i-City yang agak ketinggalan daripada Jpon ternyata meleset kerana kemungkinan besar i-City nyer lagi gempak kot! Memang indah giler pemandangan bak kata adik ak, "Rasa macam kt Oversea la pulak~" Ramai awek2 ambil kesempatan buat aksi 'cute' di depan khalayak ramai waktu bergambar tp pakai kamera handset jer cam ak~ (笑) Semestinye remaja2 sekitar Shah Alam dah jumpe tempat lepak (dating) yang baru dan ak x terkejut kalo ade yang sampai pasang khemah kt situ (kalo ade~).. Jalan2 kt situ buat ak teringat luminarie (pesta cahaya) di 神戸 (Kobe) tahun lepas; tp yang pelik nyer pesta cahaya di Jpon hanya sementara (2~3 minggu) jer, tp kat i-City nih dengar citer sejak tahun lepas sampai skang masih 'on' lagi.. Lampu terpasang bermula jam 1900 dan tamat sekitar 2300 pada hari minggu.. Jangan tersilap kerana lampu yang ditutup bukan seluruh kawasan, tp segelintir jer ;)


18 Mac - SHAH ALAM

Malik, member teknik yang kini menuntut di UniKL sanggup datang daripada Bangi dengan menaiki motor berusia 2 tahun dia semata2 ingin berjumpa dengan ak.. Disebabkan dia gerak pon lepas maghrib, ak ajak dia makan2 kt area seksyen 7; turut serta pada waktu tuh ialah member2 teknik yang menuntut di UiTM Shah Alam.. Borak2 tentang kehidupan masing2 sehingga jam 0100 baru ingat nk balik.. Dalam perbualan kitorang, tercerita plak tentang i-City sehingga menimbul minat Malik ntk pergi melawat 'spot pelancongan negeri Selangor' tuh.. Malang buat nasib kitorang kerana pak guard yang bertugas tidak membenarkan kitorang usha2 taman kt situ meskipun sudah diketahui lampu2 sudah dipadamkan.. Kitorang sempat berborak2 skejap tentang projek i-City nih; Pak Guard nih dok risau mengenai satu khabar angin yang dia dengar mengenai pembinaan 'bar' di kawasan i-City nih.. Kalo benda nih jadi kenyataan, ia akan jadi sejarah di daerah Shah Alam kerana buat masa nih, xde pusat hiburan langsung area Shah Alam.. panggung wayang pon xde! Hmm.. selepas nih sesiapa yang nak parking kereta kt situ kene bayar; walaupon berlaku pembaziran yang nyata dengan pemasangan lampu2 yang banyak untuk tujuan 'pelancongan', ade la spot ntk ak bawak member2 Jpon yang bakal melawat Malaysia satu hari nanti.. ;)

Friday, 19 March 2010

Save The World



[Waqas]
Under snow full of ash
Draw to you like the 5 draws (?)
Cold hands like doing crash
Wanna say I love you sometimes, but it aint happenin’
Other times I’m back in the cold, frost appears not in the winter only
It gets so cold, still we keep comin' out for more
We just let it pourin’ right (?)
See the more we hide behind slammin' doors tomorrow surely we'll die
I can't believe they would flee so easily we ain’t love deprived
Girl we just make somethin’ divine, less perfect, more human with time
Until then I try so go ahead now

[Isam]
You may shoot, you may cut , you may kill me girl
Your words, your eyes, in and out of this crazy world
And still I rise, like it I rise.
She was stuck between a rock and a hard hard place
Came home, runin’ wild, in and out of emptiness
And still you rise, like it you rise.

[Chorus]
I wanna tell you sometimes, it feels like we've killed the world
Don't wanna leave you like no mercy left at all
Then I don’t know where the love, will come back into our lives
It feels like saving the world, saving the world
You and I

[Lenny:]
Me matan
Estos momentos me matan
Me ponen al borde
De un grito me sacan
De quisio ni locura ni la drogas me la curan
Y aunque el cielo pa me juran
Se lo soy lo que soy
Soy el que duda
Se me chiebra la calma
Y ahora siento que sigo
Esta flecha se almueye (?)
Al final del camino
Y al final no me sofoco
El aire puro respiro
Al sentir tu aroma,
Despertar contigo

[Isam]
A thousand roses isolated and everybody knows
We cry, we try, try to get it together for sure
And still we'll rise, like it we'll rise
Suga’ suga’, i was dreamin’ last night about you
Wrapped up in real talk i will not lose
And still we'll rise, and still we'll rise
Like it we'll rise

[Chorus]
I wanna tell you sometimes, it feels like we've killed the world
Don't wanna leave you like no mercy left at all
Then I don’t know where the love, will come back into our lives
It feels like saving the world, saving the world
You and I

We saved the world, we killed the world
We saved the world, we killed the world
We saved the world, tonight (X2)

[Chorus]
I wanna tell you sometimes, it feels like we've killed the world
Don't wanna leave you like no mercy left at all
Then I don’t know where the love, will come back into our lives
It feels like saving the world, saving the world
You and I

Me matan (x3)

source : lyrics.com

Wednesday, 17 March 2010

Jalan2 Cari Makan..

13 Mac - JOHOR BAHRU

Atas sebab perkahwinan sulung saudara perempuan belah Ummi yang bakal diadakan di halaman rumahnye pada 14 Mac, family ak bergerak daripada umah pada petang 12 Mac sekitar jam 1730.. Selamat tiba di rumah pengantin sekitar jam 2130 untuk makan malam; x leh tido situ sebab ramai sangat saudara2 dan rakan2 pengantin yang turut bermalam kt umah berkenaan membuatkan family ak amik alternatif lain iaitu bermalam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang agak dekat daripada umah pengantin.. kebetulan Baba ade program kt UTM jadi awal2 lagi dah 予約 (booking) satu bilik kt Scholars Inn (nama tempat yang kitorang stay).. 

Terong, member skola teknik dulu ajak bermalam di kolej tempat dia tinggal di UTM jadi ak tumpang satu malam kt situ; turut serta pada malam tu ialah PickUp (member teknik gak) yang datang daripada Muar semata2 nk berjumpa ngan ak (terharu siot).. Lebih 2 tahun gak kot x jumpe ngan diorang jadi banyak gak kitorang bualkan malam tuh sampai ke pagi baru tido.. Kalo UiTM Shah Alam jer dah mempunyai bilangan pelajar melebihi 40 ribu, kt UTM hanya sekitar 10 ribu jer membuatkan setiap pelajar dapat menginap di dalam kawasan Universiti.. Kitorang sarapan @ makan tengahari kt Kafeteria UTM; murah giler berbanding harga kt mamak; terserempak ngan Pak Pai (member teknik gak) lantas join jalan2 lepas tuh..



Destinasi pertama kitorang ialah Danga Bay; shopping sket kt sini ngan masing2 membeli sesuatu seblom bergerak ke destinasi seterusnya.. Sekitar Danga Bay nih terdapat bentuk2 umah dulu2 negeri Johor.. menarik gak reka bentuk zaman silam, konon nyer leh buat majlis perkahwinan gak kt situ tp kos kompem terbaeek gak! Keinginan PickUp ntk layan bowling ditunaikan dan destinasi seterusnye ialah Plaza Angsana.. Dahsyat giler tempat bowling kt sini; kuno abis pastu bola2 bowling kt situ pon cam x terurus (banyak lubang!)... Suwey giler sampai nk buat bola lencong pon x menjadi membuatkan gelaran Raja Longkang menjadi milik ak hari nih.. 

Seblom balik, kitorang layan jap masakan Mee yang konon nyer terkenal kt sekitar JB nih.. Usha kedai komputer jap untuk survey harga netbook dan spesifikasi dalaman dia memandangkan ak bakal membeli netbook baru lepas nih.. Bagus nyer kalo beli kt Malaysia ialah free gift yang bakal diterima pastu harga nyer pon leh tahan! Destinasi terakhir semestinye UTM; kitorang lepak kt puncak tertinggi UTM untuk menikmati struktur geografi lokasi UTM yang agak sistematik jika dilihat dari atas.. Lucu gak tengok gelagat pelajar asing yang suka buat kepala sendiri pastu kene marah ngan pak guard.. Malam tuh kitorang makan kt kafeteria Fakulti Kejuruteraan Elektrik; layan bola pakai skrin projector match Chelsea seblom pulang.. Ak tido kt Scholars Inn memandangkan esok nk gerak awal..

14 Mac - WEDDING



Hari yang ditunggu2 oleh Azah dan juga seluruh keluarga terdekatnye setelah sekian lama merancang dengan rapi.. Azah sentiasa bertanya khabar dan memberitahu update dari semasa ke semasa waktu ak kt Jpon dulu; semua saudara lelaki dikehendaki memakai jubah putih dan berserban kerana konsep perkahwinan Azah ialah cara Yemen (kate nyer..) Akad nikah berlangsung pada sebelah pagi iaitu sekitar jam 1100; Hampir 40 orang rombongan pihak pengantin lelaki hadir bagi menyaksikan upacara akad nikah tersebut.. Ini merupakan perkahwinan pertama bagi cucu Jidah (nama panggilan ntk nenek belah Ummi); berseri sungguh Jidah pagi nih, kalah artis kot.. 

Banyak gak masalah sewaktu upacara perkahwinan berlangsung antaranye kekurangan tenaga watt menyebabkan tenaga elektrik terputus beberapa kali.. mujur pegawai TNB memberikan kerjasama ntk hadir memberikan bantuan= Senyum pihak keluarga pengantin memandangkan makanan ntk 1400 orang habis meskipun hujan pada hari nih.. Ramai ahli keluarga yang lain pulang pada belah petang memandangkan keesokan hari nya ialah hari bekerja; Mujur abang ak minta cuti 2 hari jadi boleh ak lepak kt JB lama skit di samping memberikan bantuan yang sewajarnya ;p




15 Mac - SINGAPORE

Petang nih ak ikut pengantin jalan2 kt Singapore; tujuan asalnye ntk memulangkan pakaian pengantin yang disewa daripada lulu alhadad dan menziarahi saudara2 lain.. Family Azah merupakan rakyat Singapore; kagum ak ngan komuniti Arab di situ kerana mereka saling kenal-mengenal antara satu sama lain.. Singgah di beberapa buah rumah untuk makan malam dan ziarah nenek saudara yang kini sedang tenat.. 一石二鳥 (Killing 2 birds with 1 stone) kerana kebetulan nenek belah Baba juga berada di sana~ Ami Hasan (anak lelaki nenek saudara) merupakan Imam Masjid Baalawi Singapore; dia sempat memberikan sedikit pengisian kt kitorang malam tuh antaranye :-
  • Umat Islam zaman sekarang menganggap Al-Quran sebagai 'bahan bacaan' dan bukan lagi 'bahan rujukan' membuatkan ramai yang tidak memahami Al-Quran~
  • Sahabat2 Nabi yang terkenal seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Omar Al-Khatab bukan seorang yang HAFIZ Quran tapi mereka MEMAHAMI Al-Quran..
  • Kepentingan mendalami Ilmu Manti' (ilmu logik) dan bahan bacaan yang sesuai di baca ialah Muqaddimah karya Ibn Khaldun
Banyak gak yang dibualkan bersama pakcik2 yang turut serta hadir pada rumah tersebut tapi kitorang terpaksa beredar awal memandangkan masih ada barangan2 perkahwinan yang masih belum dipulangkan.. Destinasi terakhir kitorang pada malam tuh ialah Arab St. untuk makan-tengah-malam; mahal giler harga makanan, mujur pengantin belanja.. (笑)

Peringatan daripada PDRM


Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.
Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya
anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM


Tuesday, 9 March 2010

運転免許 (Driving License)

9 Mac - SHAH ALAM

Disebabkan tarikh luput lesen P kelas D ak telah lama tamat sejak tahun lepas, tibalah masa ntk ak menukar kepada lesen CDL (Lesen Memandu Kompeten)~ Mujur kedudukan umah daripada pusat JPJ itu hanya mengambil masa ± 30 minit perjalanan kaki; ak gerak lepas zohor dan tiba di JPJ sekitar jam 1445.. Ingatkan akan ambil masa yang lame ntk tukar lesen nih, x sangka leh siap cepat giler.. hanye perlu bawa lesen P dan sekeping gambar baru, ak tingkatkan tarikh luput sehingga tahun 2015 dengan bayaran RM30 ntk setahun.. Selesai jer proses penukaran lesen kepada CDL, ak terus buat 国際免許 (International License) yang memerlukan salinan IC dan lesen CDL berserta gambar berukuran passport.. Bayaran RM150 turut dikenakan bagi tempoh satu tahun penggunaan.. Dalam masa 1 jam jer, segala proses selesai dan ak dapat pulang dengan hati yang puas~


Ak ambil kelas latihan memandu pada pertengahan tahun 2007, agak lewat daripada majoriti rakan2 yang rata2 dah amik lepas SPM.. Lepas dah masuk JAD, awal nyer ingat nk amik latihan memandu kt Jpon jer tp dibangkang abis2an oleh 先輩 (senior) dan rakan2 yang mengatakan bayaran di Jpon lebih mahal daripada di Malaysia.. (ternyata memang mahal giler; 300,000円 = RM 11170.. Murah lagi kereta daripada lesen memandu!) Ak rancang nk 切り替え (change) kepada lesen Jpon memandangkan undang2 Jpon hanya membenarkan permit nih digunakan setahun jer.. Proses ntk 切り替え lesen plak x boleh terus tukar camtuh jer, kene amik exam dan latihan memandu gak; padahal stering kereta2 di Jpon turut terletak sebelah kanan pemandu.. dgr citer, warga Australia leh 切り替え lesen tanpa amik exam ape sumer! Lain tempat, lain cara penilaian dia menyebabkan ada sesetengah member2 yang sampai skang x lepas2 lagi ujian memandu walaupon dah cuba lebih 3x.. Bayaran ntk amik ujian tu plak bukannye murah! Lawak jugak bila dengar ghupe2 nyer ramai mat2 Jpon yang amik kelas memandu di negara2 Asia Tenggara pastu buat 切り替え kat negara sendiri bagi menjimatkan kos= ;)

rujukan : link

Friday, 5 March 2010

fakta menarik


A sealed envelope
Put in the freezer for a few hours, then slide a knife under the flap. The envelope can then be resealed.. (??)
============ ========= ========= ====
Use Empty toilet paper roll to store appliance cords. It keeps them neat and you can write on the roll what appliance it belongs to.
============ ========= ========= ====
For icy door steps in freezing temperatures
Get warm water and put dawn dish washing liquid in it. Pour it all over the steps. They won't refreeze.
============ ========= ========= ====
To remove old wax from a glass candle holder, put it in the freezer for a few hours. Then take the candle holder out and turn it upside down. The wax will fall out.
============ ========= ========= ====
Crayon marks on walls? This worked wonderfully! A damp rag, dipped in baking soda. Comes off with little effort (elbow grease that is!).
============ ========= ========= ====
Permanent marker on appliances/counter tops (like store receipt BLUE!)
Rubbing alcohol on paper towel.
============ ========= ========= ====
Blood stains on clothes? Not to worry! Just pour a little hydrogen peroxide on a cloth and proceed to wipe off every drop of blood.
============ ========= ========= ====
Use vertical strokes when washing windows outside and horizontal for inside windows. This way you can tell which side has the streaks. Straight vinegar will get outside windows really clean. Don't wash windows on a sunny day. They will dry too quickly and will probably streak.
============ ========= ========= ====
Spray a bit of perfume on the light bulb in any room to create a lovely light scent in each room when the light is turned on.
============ ========= ========= ====
Place fabric softener sheets in dresser drawers and your clothes will smell freshly washed for weeks to come. You can also do this with towels AND linen.
============ ========= ========= ====
Candles will last a lot longer if placed in the freezer for at least 3 hours prior to burning.
============ ========= ========= ====
To clean artificial flowers, pour some salt into a paper bag and add the flowers. Shake vigorously as the salt will absorb all the dust and dirt and leave your artificial flowers looking like new!
============ ========= ========= ====
To easily remove burnt on food from your skillet,! Simply add a drop or two of dish soap and enough water to cover bottom of pan, and bring to a boil on stove top.
============ ========= ========= ====
Spray your TUPPERWARE with nonstick cooking spray before pouring in tomato based sauces and there won't be any stains.
============ ========= ========= ====
Wrap celery in aluminum foil when putting in the refrigerator and it will keep for weeks.
============ ========= ========= ====
When boiling corn on the cob, add a pinch of sugar to help bring out the corn's' natural sweetness
============ ========= ========= ====
Cure for headaches: Take a lime, cut it in half, and rub it on your forehead.
============ ========= ========= ====
To get rid of itch from mosquito bites , try applying soap on the area and you will experience instant relief.
============ ========= ========= ====
Ants, ants, ants everywhere ... Well, they are said to never cross a chalk line. So, get your chalk out and draw a line on the floor or wherever ants tend to march See for yourself.
============ ========= ========= ====
Use air-freshener to clean mirrors. It does a good job and better still, leaves a lovely smell to the shine.
============ ========= ========= ====
When you get a splinter, reach for the scotch tape before resorting to tweezers or a needle. Simply put the scotch tape over the splinter, and then pull it off. Scotch tape removes most splinters painlessly and easily.
============ ========= ========= ====
Now look what you can do with Alka Seltzer..... ... Clean a toilet. Drop in two Alka Seltzer tablets, wait twenty minutes, brush and flush. The citric acid and effervescent action clean vitreous China
============ ========= ========= ====
Clean a vase.
To remove a stain from the bottom of a glass vase or cruet, fill with water and drop in two Alka Seltzer tablets.
============ ========= ========= ====
Polish jewelry.
Drop two Alka Seltzer tablets into a glass of water and immerse the jewelry for two minutes.
============ ========= ========= ====
Clean a thermos bottle.
Fill the bottle with water, drop in four Alka Seltzer tablets, and let soak for an hour (or longer, if necessary).
============ ========= ========= ====
Unclog a drain.
Clear the sink drain by dropping three Alka Seltzer tablets down the drain followed by a cup of Heinz White Vinegar. Wait a few minutes, and then run the hot water.
============ ========= ========= ====

copied from forum

Tuesday, 2 March 2010

Lapor Diri

2 Mac - KUALA LUMPUR

Urusan paling penting bagi graduan tajaan YPM ialah melapor diri setelah kembali ke Malaysia dalam masa seminggu daripada tarikh mendarat.. Kalo nak ikut tarikh sebenar, ak blom boleh dikira sebagai graduan memandangkan tarikh 卒業式 (convocation day) ialah 22 Mac nih; tp oleh kerana dapat sambung pengajian, kene la balik awal dan selesaikan segala urusan dengan pihak penaja seblom berlepas semula ke Jpon dengan perasaan serba-baru (konon nyer..) Paling best nyer ak sorang jer yang blom selesaikan sumer dokumen2 perjanjian termasuk medical checkup (MC); asalnye nk buat medical checkup hari ahad pastu g lapor diri hari isnin, tp 4 hospital ak g semua kata x leh buat hari minggu -_-".. 

Awal pagi hari isnin ak g buat medical checkup kat Darul Ehsan Medical Center (DeMC) sebab xde masa nk buat MC kt hospital kerajaan; 'check-in' sekitar jam 0830 dan segala urusan selesai dalam jam 1000.. Bayaran yang dikenakan hanye sebanyak RM81 (student package?!), agak murah kalo nk dibandingkan daripada buat di Jpon yang harganye dalam lingkungan RM 350~ RM 1150 (Jpon sensitif skit kalo nk buat ujian dadah dalam air kencing kot~).. Doktor yang bertanggung-jawab pon 'layan baik' jer waktu menanda laporan kesihatan ak (笑)

Wisma Goldhill

Perjalanan ak ke KL bermula dari rumah mengikut kereta baba (父) memandangkan baba bertugas di UM (マラヤ大学); ak turun di LRT Taman Jaya, dari situ ak menuju ke LRT Dang Wangi ntk tukar monorail menuju ke Jalan Raja Chulan.. Mujur ak dah selidik info cara nk pergi ke Wisma Goldhill awal2; depan bangunan ING~ tp bila turun jer dari stesen monorail tuh, terpaksa gak tanye orang kt mane Wisma Goldhill.. ghupe2 nyer kat bahagian belakang so kene la pusing separa pusingan..Dahsyat gak Wisma Goldhill nih, seblom masuk kene kasi lesen dulu sebagai ganti pas pelawat ;) 

Sampai jer kt tingkat 5 sekitar jam 1000, terang2 bila pintu terbuka, terpampang nyer simbol terkenal YPM; grand giler reka bentuk pejabat YPM yang siap ade reception desk lagi tuh~ ぜんぜん beza daripada imej kt UniSEL seblom nih.. Mr. Konta pon kebetulan ade kt situ; konon nyer ade special case yang membuatkan dia terpaksa menghabiskan 2 hari kt HQ.. Awalnye ak ingat lapor diri nih cam dalam filem askar dulu2, tunjuk muka, kasi dokumen2 yang diminta pastu blah; ghupe2 nyer kene isi borang detail jugak la.. (笑) Kak Azie pesan supaya semua pelajar menghantar sijil asal 卒業証明書 dan 成績証明書 secepat yang mungkin kerana elaun akhir tahun dan tesis hanye akan di bayar setelah kedua2 sijil tersebut di terima oleh pihak YPM~

Selain tuh, ak sempat bertanye tentang beberapa perkara melibatkan biasiswa YPM bg peringkat sarjana antaranye :-
  1. Claim bayaran mileage - Kalo pelajar g 学会 dlm @ luar negara ikut pembiayaan sendiri, korang kene simpan segala resit sepanjang perjalanan bagi memudahkan urusan claim pembayaran tuh.. Setiap sorang hanye diberi peruntukan sebanyak 138,000円 dalam tempoh kontrak 2 tahun pengajian..
  2. Job hunting - Sesape yang berminat nk cari kerja kt Jpon @ Malaysia tp risau dengan status kontrak ngan YPM, korang x perlu bimbang sebab sekiranye korang dah dapat kerja seblom 卒業, kebarangkalian korang leh teruskan ngan kerja tersebut ialah 99.2% (笑)
  3. Program Kembali ke Malaysia - Setiap pelajar JAD di kehendaki menjalani program ini setelah tamat pengajian ijazah sarjana muda di Jpon.. bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana, korang kene tulis surat yang mengatakan korang akan join program nih setelah tamat pengajian sarjana la plak~
  4. Tiket balik - Sampai skang ak blom terima email tentang e-ticket penerbangan semula ke Jpon ntk bulan nih.. konon nyer ade 3 ejen yang dipertanggung-jawabkan dalam urusan nih, harap2 boleh selesai dalam minggu nih=
Seperti yang diduga, masalah roommate turut di tanye bertubi2 oleh pihak YPM yang sedang dalam perancangan ntk memberikan bantuan biasiswa ntk 1 tahun pengajian ulangan buat yang terbabit.. Ak paling x suka bile di kritik x memberikan perhatian penuh pada dia sedangkan kitorang dah cuba sebaik mungkin tp masih x mendatangkan hasil.. Mujur sokongan family dia yang sanggup berjumpa dengan pihak YPM ntk menimbang keinginan dia ntk ulang pengajian memandangkan 単位数 (credit hour) yang tinggal hanye 11 (4 subjek dan 1 research) jer!! Banyak jugak yang ak nk citer tp disebabkan masa yang x mencukupi ntk kedua-belah pihak~ (笑) 

Ingatkan urusan dokumen perjanjian dah selesai, tp bila disemak satu-persatu, ak terlepas pandang bab kene letak initial (sign?) kt setiap muka-surat dokumen tersebut membuatkan ak terpaksa menghantar semula dokumen2 tersebut pada lain hari~ Rezeki ak hari nih apabila Mr. Konta belanja makan tengahari kt Kampachi Restaurant (日本食) di hotel berdekatan.. Selesai makan tengahari, ak pusing2 jap kt Low Yatt Plaza usha harga laptop memandangkan adik ak sibuk nk laptop baru.. last2 ak plak yang sangkut ngan netbook Acer Ferrari One 200; harganye agak murah berbanding model kt Jpon~ kene pass laptop kt adik lagi la nampak gaye nyer..;)



Tujuan asal ak g Low Yatt ntk carik Step Down Transformer; alat yang membolehkan ak layan PS3 kt umah memandangkan output voltage Ps3 Jpon ialah 100V jer.. Puas ak carik kt Shah Alam tp xde kedai yang jual alat nih.. mengharap jugak kt Low Yatt sebab dah ade 後輩 (junior) sorang yang beli tp dia sengal g beli 70W nyer; nak main PS3 sekurang2 nyer kene 350W.. Majoriti kedai yang ak g sumer x jual alat nih; yang ade pon jumlah watt paling tinggi hanye 300W, x berbaloi la ak beli.. nasib baik penjual tu bagitau info best tempat nk cari alat tuh sekitar KL nih.. 

Dia cadang ak g carik kt Jalan Pasar sebab kebanyakan alat2 elektrik yang di jual kt Low Yatt nih di ambil kt kedai2 elektrik sekitar Jalan Pasar.. Ingatkan nk jalan kaki jer g sana, tp penjual tuh cadang g naik teksi jer kt depan Berjaya Times Square.. Teksi pulak dah x leh main terus masuk, kene g amik tiket dulu pastu bayar kos perjalanan (RM 7) kt pejabat tiket seblom naik teksi.. Jalan Pasar memang penuh kaw2 ngan kedai elektrik.. skejap jer ak dah jumpe ngan alat yang ak cari selama nih; harga dia memang mahal RM 190! Mujur dapat diskaun RM 60.. kalo ak pusing semua kedai elektrik kt area situ, mungkin boleh dapat harga yang lagi murah, tp malas giler plus masa pon x banyak.. ;)



Waktu nak balik, ak cari alternatif pengangkutan lain yang lagi murah daripada teksi.. ingatkan nak naik bas tp orang kedai cakap baik naik LRT jer, laju skit.. ingatkan dekat ler sangat stesen LRT tuh, jauh gak ak jalan baru jumpe stesen LRT Pudu.. Dari situ xleh g terus ke KL Sentral, kene tukar laluan dulu jadi kene berhenti kt LRT Masjid Jame'.. Nak tukar laluan keretapi bukan cam kt Jpon; xde laluan bawah tanah so kene kluar dulu Stesen LRT Masjid Jame' pergi ke stesen laluan yang sepatutnyer ;) 

Lawak x boleh blah bila kad touch n' go ak tetiba jadi 'kad tidak sah' waktu nak balik= Ak yakin baki credit masih banyak, tanye kat kaunter baru dapat tau ghupe2 nyer perkhidmatan kad touch n' go ngan LRT nih ade masa2 tertentu jer yang boleh digunakan.. ;) Sampai kt KL Sentral, kene pusing gak ntk berhenti depan Monorail sebab nak balik naik bas Rapid KL.. Last time ak naik (2007?), tambang dia masih sekitar RM 2 kalo x silap, tp skang dah naik jadi RM 2.50.. (perjalanan sehala plak tuh) ;) 

Malaysia BOLEH!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC