Followers

Sunday, 10 January 2010

New Year Party

10 Januari - KYOTO

Hari nih berlangsung majlis sambutan tahun baru anjuran Kyoto City International Foundation (KCIF) bersama2 ngan keluarga angkat~ Aktiviti yg dilangsungkan ialah お餅つき大会 (Japanese Rice Cake Event) dan かるた (Karuta)~ Sesi pendaftaran bermula dari jam 1030 dan majlis bermula sekitar jam 1100~ Majlis dimulakan dgn sedikit mukadimah daripada Ketua Program dan seterusnye penerangan tentang aktiviti pada hari nih.. Kitorang dibahagi kepada 2 kumpulan yg mane kumpulan A akan menjalankan aktiviti お餅つき manakala kumpulan B akan bermain かるた.. Seblom tuh, semua 留学生 (foreign students) dikehendaki mendengar sedikit pengenalan tentang お餅つき.. Cara penerangan memang かわいい (comel) giler siap ade translation dalam english lagi ntk 留学生 yg kantoi 日本語 (Japanese language).. Proses ntk membuat お餅 adalah seperti berikut :-


1) 洗 (wash) - Membasuh beras お餅
2) 水につける - Merendam beras お餅 dengan air bersih semalaman
3) 水切り - Mengeluarkan air bagi meninggalkan beras お餅 sahaja..
4) 蒸す (to steam) - Memasak beras お餅 menggunakan teknik stim dengan menggunakan api yg kuat selama ± 50 minit
5) 餅米をつぶす - Menekan beras お餅 sampai lembik
6) きねで突く - Mengetuk menggunakan tukul kayu? (笑) sehingga お餅 tuh dah lembik kaw2..
7) 丸める - Bila dah lembik, koyakkan skit pastu buat jadi bulat supaya senang nk makan..

Berbanding dgn 留学生 lain yg majoriti nyer 初心者 (beginner), masuk kali nih dah 3x join お餅つき大会 so basic ape sumer memang ak dah diperkenalkan oleh 和田先生 sejak 2 tahun lepas~ Cume satu cara makan yg telah diperkenalkan pada event kali nih ialah memakan お餅 bersama dengan sup~ Memula tuh risau2 gak tp bila try skali, rasa nk lagi la plak~ tgh2 layan sorang2, tetiba ade sorang mamat tegur ak cakap dia daripada 京都新聞 (Kyoto Newspaper) nk menemu-ramah ak ttg お餅つき大会 nih.. pergh, masuk nih dah kali ke-2 ak di temu ramah~ Aktiviti かるた dijalankan dalam sebuah bilik lain; dikendalikan oleh 3 orang professional dalam permainan nih.. memula kitorang diperkenalkan dgn かるた ntk kanak2 yg mana cara permainan dia pon senang giler.. Lepas di perkenalkan dgn 百人一首 (Playing cards of 100 famous poets) baru tau betapa mantap nyer pemain2 pro nih.. Kononnyer paling otai dalam game nih ialah pangkat 10, tp yg mengajar kitorang pada hari nih paling tinggi pon level 4.. Cara permainan diorang pon memang menggerunkan; penuh ngan adat dan tatatertib, bukan main belasah jer.. Lepas pro dah main, kitorang plak diberikan peluang ntk try main, ternyata memang sukar dan memerlukan daya konsentrasi dan pengamatan yg tinggi= Majlis berakhir sekitar jam 1400~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC