Followers

Friday, 1 January 2010

Happy New Year



Malam semalam lepas main game, tetiba 後輩 (junior) sorang bagitau Abg Amir ajak kluar jalan2 malam tahun baru nih.. Ak mesej Abg Amir, dia cakap nk meronda 京都 (Kyoto)~ Kalo naik keter memang ak on jer, sejuk2 camni nk naik beskal memang ibarat 自殺 (suicide) ;) Waktu kluar umah salji dah mula turun.. dalam perjalanan, salji dah semakin lebat, tp otw g 京都, macam kureng jer.. Seblom ni ak ade borak ngan member Jpon tanye ape aktiviti diorang ntk sambut tahun baru.. Dia cakap, "Biasa nyer sumer duduk depan TV layan NHK 紅白歌合戦 (program muzik) sambil makan Soba.." Tapi kt atas jalan raya boleh tahan gak banyak keter, kononnyer waktu2 camni la orang2 Jpon ni pergi tokong ntk 初詣 (First shrine visit of new year).. Seblom nih ak budget diorang mesti pergi waktu pagi sekitar jam 0800 ke ape, tp waktu tengah malam pon diorang sanggup kluar umah time sejuk2 giler camni.. waktu tuh, suhu luar memang sekitar 0°C @ -1°C.. Abg Amir ajak lalu 清水寺 (Kiyomizu Shrine), salah sebuah tokong yg agak terkenal dan terbesar di 京都.. Waktu nak pergi situ bukan main seksa lagi, sbb polis trafik pergi tutup satu jalan (mungkin ntk ruang pejalan kaki kot yg sememangnye penuh gak la=) menyebabkan keter x bergerak lame giler..

明けまして、おめでとうございます!

Istimewa nyer kt Jpon ialah sambutan tahun baru diorang yg agak 'down-to-earth', x seperti Malaysia @ negara2 lain yg mengutamakan sambutan besar-besaran seperti mengadakan konsert @ pameran bunga api dsb.. Waktu cuaca sejuk2 camni pon diorang sanggup bergerak ke tokong ntk sembahyang?! Majoriti orang Jpon yg x amik serius tentang agama, tp apabila malam tahun baru, diorang sanggup g tokong semata2 ntk sembahyang?! Dari segi psikologi, rasa cam x logik jer.. pada ak, inilah yg dinamakan sebagai adat.. hmm, sejak bila la pameran bunga api @ konsert dah jadi adat semasa sambutan tahun baru kt Malaysia ek?? Waktu dapat lalu 清水寺, memang penuh gak la orang kt pintu masuk 寺 (Shrine) tuh.. Letih menunggu trafik, Abg Amir ajak makan2 kt ガスト (Gusto) kt kawasan utara 京都.. bila g kawasan situ, ternyata salji turun banyak skit dan jelas daripada kawasan bawah 京都.. Lepak2 jap kt ガスト sampai sekitar jam 0230 seblom pulang ke 滋賀 (Shiga)~


p/s Pada kesempatan ini, ak ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua rakan2 samada dari dunia maya @ dunia realiti.. korang tetap rakan ak walau di mana anda berada.. Moga tahun 2010 nih membawa kejayaan dan rezeki yg bertambah buat kita semua insya-Allah~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC