Followers

Tuesday, 26 January 2010

Menyapu khuf (kasut)

Selama di Malaysia, ak x pernah praktikkan amalan menyapu khuf kerana lazimnye surau pon banyak tempat ambil wudhu' dan suhu di Malaysia yg panas dan lembap sepanjang tahun juga x menyusahkan ntk membasuh kaki.. di Jpon, terutama musim sejuk seperti skang nih, amalan menyapu khuf agak kerap dilakukan kerana suhu yg sejuk menyukarkan kita ntk membuka kasut dan stokin ketika mengambil wudhu'.. Kalo kt umah memang lain citer, tp bila berada di luar umah waktu kluar berjalan, bila masuk waktu solat, memang amalan menyapu khuf dipraktikkan hampir semua muslim x kire jantina.. Ramai yg praktikkan amalan nih lepas tgk member lain buat, tp x tau secara detail mengenai amalan nih.. Yakin ke cara kita menyapu khuf tuh?? Ape teknik yg betul ntk menyapu khuf nih ek?? Ntk entri nih, izinkan ak bercerita serba sedikit ttg amalan menyapu khuf nih berdasarkan kitab "Ringkasan Ilmu Fiqh (Mengikut Mazhab Imam Shafie)" karangan ustaz ak, Habib Syed Omar bin Abdullah Alshatrie~

****************************************************************************

Menyapu khuf ialah menyapu di bahagian atas sepatu sebagai ganti membasuh kaki ketika berwudhu'. Hukumnye adalah harus bagi lelaki n pompuan pada apa jua keadaan, dan pada apa musim jua, dan pada ape ketika jua dgn syarat2 tertentu.

Syarat2 menyapu khuf

  1. Khuf dipakai ketika seseorang itu suci dari hadas kecil dan besar
  2. Khuf itu hendaklah menutupi bahagian kaki yg wajib dibasuh
  3. Khuf itu hendaklah dpt menahan air dari menembusi ke kaki.
  4. Khuf itu hendaklah kuat yg boleh dibawa berjalan selama sehari semalam bg yg bukan musafir dan 3 hari 3 malam bg musafir (dalam perjalanan)
  5. Khuf itu hendaklah diperbuat dari benda yg suci

Masa yg dibolehkan menyapu khuf

Dibolehkan menyapu khuf selama :-
  1. Sehari semalam bagi yg bermukim (yg menetap dalam negeri iaitu bukan dlm pelayaran)
  2. 3 hari dan 3 malam bg yg musafir (yg dlm pelayaran)
Permulaan masa menyapu khuf
- Masa menyapu khuf bermula dari batalnye wudhu' sesudah memakainye. Sekiranya yg membatalkan wudhu' itu panjang masanye, maka dikira dari penghujung sebab yg membatalkan. Contohnye seperti tidur, maka masa menyapu khuf bermula dari bangun dari tidur tersebut.

Cara menyapu khuf


Dilakukan dengan menyapu atas khuf di sebelah kanan sekali dan sebelah kiri sekali dgn tangan @ sesuatu benda yg telah dibasahi. Tidak semestinye menyapu rata ttp memadai walaupon sedikit.

Cara yg afdhal ialah menyapunye dgn jari2 tangan kanan dimulakan di hadapan ke atas membawa ke belakang dan jari tangan kiri di belakang khuf sebelah bawah membawa ke hadapan.

Yang membatalkan menyapu khuf
  1. Tertanggal ataupon koyak khuf itu walaupon sebelah
  2. Telah tamat had masa menyapu
  3. Berhadas besar

6 comments:

  1. jap aku mcm keliru..
    kalo khuf dgn stokin plak mcm mane? bukan ke stokin leh menyerap air..maknenye x boleh ke?

    yg kedua plak
    buang air besar tu termasuk hadas besar ke ek..hmm tetiba aku cm keliru..

    insan keliru

    ReplyDelete
  2. jawapan berdasarkan pandangan ak..
    1) khuf tu kan kasut..
    2) (sumber : wikipedia) Hadas besar ialah kotoran pada anggota yang mewajibkan mandi apabila hendak melakukan ibadat seperti solat atau membaca Al-Quran.

    ReplyDelete
  3. khuf kalu pengertian yg betulnya ialah stokin yg diperbuat dari kulit.tapi bnyk perbahasan ulamak pasal stokin dan kasut.tgk dlm buku fiqh luar negara karangan ust maszlee malik.

    ReplyDelete
  4. oh.. camtuh ghupenyer pengertian sebenar khuf.. orait thanks..
    ak xde plak buku fiqh luar negara tuh~

    ReplyDelete
  5. aaa saido...gua ade satu soklan utk lu..
    skrg nih :
    1.Kebykkan kasut pallas jazz atau yg seangkatan dgnnya diperbuat drpd kain yg kompem bleh ditembusi air...
    2.Kasut singkat je-bawah buku lali..Therefore,,,tidak menutup lengkap bhgian kaki yg wajib dibasuh ketika wuduk..

    Oleh itu,,utk :
    KES 1 : otomatikli tlh melanggar SYARAT2 MENYAPU KHUF no 3...
    KES 2 : otomatikli jgk tlh melanggar SYARAT2 MENYAPU KHUF no 2...

    SOALAN GUA :
    Pemahaman gua utk kedua2 kes diatas adlh betul aa kan??...

    HARAPAN GUA :
    Semoga lu berjaya kasik jawapan kat gua sblm gua happyou sabtu nih...

    ReplyDelete
  6. ko ingat ak ade lesen 'ustaz' ke nk jawab soalan ko nih mangat?!! haha..
    hmm, ak kongsi skit pandangan ak..

    1) memang sah2 lari dari syarat..

    2) soalan nih memang best.. dalam rukun wudhu' yg ke 5 tertulis membasuh kedua belah kaki sehingga meliputi kedua buku lali.. agak2 ko camne? kasut skang kebanyakannye memang x tutup buku lali pon~ tp kita tutup guna stokin= hmm.. kene tanye ustaz la soalan camnih.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC