Followers

Tuesday 28 April 2009

できちゃった結婚

28 April - KUSATSU

Semalam waktu tgk rancangan
しゃべくり007 kt tv, dia ade jemput satu family (parent ngan sorang minah) yg memang agak terkenal dalam dunia hiburan jepon.. uniknyer family ni ialah, suami jpon, mak nyer bekas model Amerika; anak plak memang xde muka jpon langsung..


yang best nyer ialah waktu host tanye camne kisah parent mase awal2 jumpa dlu.. si ayah memang terkenal sbg seorang aktor, ibu pula bekerja di kelab malam di Ginza, so waktu si ayah singgah di kelab malam tu lah yg jadi きっかけ (start point)..

host : ape ayat proposal yg si ayah cakap..
mak : xde ape2 pon..
host : abis ape yg buatkan tetiba pikir pasal nk kahwin?
mak : sbb dah できちゃった~ (anak dah dalam kandungan)
*yang lawak nyer anak duduk di tengah2 antara parent~*

kisah できちゃった結婚 (shotgun marriage) memang popular sampai dah keluar drama lagi tuh.. ramai artis2 terkenal di Jpon spt Takuya Kimura juga berkahwin atas sbb yg sama.. bg masyarakat sini, benda tu dah jadi perkara biasa; "brani buat, brani tanggung ler.."~ ade jer member2 yg sampaikan terpaksa berhenti belajar n cari kerja supaya leh menampung hidup bakal isteri dan anak dalam kandungan tuh.. hmm, dah jadi cam trend benda nih sbb antara tugas yg paling sukar time nk kahwin ialah meyakinkan parent pasangan yg diri ni boleh membahagiakan anak dia~ tp kalo dah できちゃった; parent pasangan pon terpaksa kasi lampu hijau sbb fikirkan masa depan anak dalam kandungan tuh lagi..

tp malangnye bila kes ni dah berlaku makin kerap, kebanyakan pasangan2 terutama nye lelaki dah bermula bersikap lepas tangan dan x mau amik tanggungjawab 'besar' tersebut.. bila minah ckp 'できちゃった', itu merupakan kali terakhir minah tu bercakap ngan laki tersebut.. huhu~ dah banyak sangat dengar
kes2 camni, tp benda ni masih menular gak~ masyarakat pon cam x amik kisah jer pasal benda nih.. mujur di Malaysia kita ade agensi yg kerap ceroboh bilik2 yg disyaki port2 maksiat, tp ni pon ade orang kritik gak sbb ganggu privacy orang lain~ statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Disebalik laporan ni, memang x terkira bilangan bayi yg x bersalah yg x didaftarkan dan dijumpai di tempat2 yg x terduga spt longkang dan kawasan2 semak..


Anak yg dilahirkan juga bakal melalui masa depan yg agak sempit akibat perbuatan terkutuk kedua ibu bapa nye.. camne rumah tangga nk kekal kalo dibina atas tanah yg x teguh? Statistik juga menunjukkan kebanyakan pasangan yg berkahwin ala shotgun marriage nih berakhir dengan perceraian dan yg paling tragis adalah disebabkan kematian sebelah pihak.. はっきり言うと semua agama mengiktiraf perkahwinan dan mengutuk hubungan sex luar perkahwinan! Antara bukti yg menunjukkan agama2 mengutuk adultery boleh diambil daripada kitab suci agama masing2..


Neither fornicate, for whosoever does that shall meet the price of sin–doubled shall be the chastisement for him on the Resurrection Day.
Qur’an 25.68-69


Be sure of this, that no fornicator or impure man… has any inheritance in the kingdom of Christ and of God.
Bible, Ephesians 5.5


Do not approach thy neighbor’s wife or maids
Taoism, Tract of the Quiet Way


Four misfortunes befall a careless man who commits adultery: acquisition of demerit, disturbed sleep, third, blame; and fourth, a state of woe. There is acquisition of demerit as well as evil destiny. Brief is the joy of the frightened man and woman. The king imposes a heavy punishment. Hence no man should frequent another man’s wife.
Buddhism. Dhammapada 309-10


A wise man has nothing to do with lust. Lust is nothing but death, and lack of it is serenity. How can one who perceives this indulge in wanton behavior?
Jainism. Acarangasutra 2.61


If you are handsome, do not go astray after lewdness, but honor your Creator, and fear Him, and praise Him with the beauty which He has given you.
Judaism. Pesikta Rabbati 127a


sumber (link)


ولا تقربوا الزنى انّه كان فحشة وساء سبيلا


“DAN JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA,SESUNGGUHNYA IA

ADALAH SEBURUK-BURUK DAN SEKEJI-KEJI JALAN’’(Al Isra’ :32)

3 comments:

  1. masa kat matrikulasi dulu ada sorang ustaz aku nih sangat2 tak suka tgk orang kapel.. die ckp kapel tu zina...siap wat ceramah n edar risalah...huhu

    ReplyDelete
  2. kapel = zina ?
    pengsan la orang yg berkapel kalo bace nih.. huhu~

    ReplyDelete
  3. mantapla saido..siap cari kitab2 lain lagi tu...

    *urm..nk pengsan gak.huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC