Followers

Saturday 21 March 2009

Happy Anniversary~

21 Mac - JAPAN

Hari ini menandakan genap nya satu tahun kami berada di negara matahari terbit nih.. pelbagai suka dan duka sudah kita kecapi sepanjang hidup di negara orang (kadang2 tu terasa cam mat indon plak 笑) Nostalgia 1 tahun kalo nak diceritakan satu persatu memang mengambil masa yg agak lama plus penulis pon x ingat sumer (笑).. sedikit peristiwa yg dapat dikongsi bersama ntk post kali ini ialah..

" Tarikh keramat 21hb Mac 2008 merupakan hari pertama kumpulan 1 JAD batch 6 menjejakkan kaki ke Negara matahari terbit. Ini merupakan kali ke-2 kedatangan saya ke Jepun kerana pada 21 September 2006, saya menemani ibu yang dijemput menghadiri 学会 di 京都大学,関西 selama 10 hari. Suasana berbeza kerana kali ini merupakan kali pertama saya tiba di 関東. Suhu di luar yang sama sekali tidak akan dirasa sewaktu di Malaysia benar2 menguji ketabahan dan kekentalan jiwa dan raga kami untuk menyesuaikan diri di Negara orang. Permulaan hidup baru bagi saya dan 2 rakan karib, Azlan dan Adib bila kami tiba di rumah kami yang jaraknya lebih kurang 3km daripada 大学. Waktu awal dulu, suhu persekitaran masih rendah jadi kami sentiasa memasang 暖房air cond; kerana tidak biasa dengan cara perkiraan bil gas, bil pertama kami agak mahal iaitu 2万円以上.. Di 関西kami masuk MSAJ(Malaysian Student Association Japan)関西yang kebanyakan ahli nya terdiri dikalangan pelajar2 tajaan AAJ. Antara majlis2 yang dapat kami hadiri ialah majlis perjumpaan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena lawatan beliau ke 関西. Waktu 夏休み saya habiskan ngan melawat universiti2 member di 関東dan membuat バイトdi kilang nilon yang berhampiran dengan rumah. Seronoknya duduk di 関西ni ialah ketika kepulangan 和田先生 yang berkeluarga di 高槻、大阪. Ini adalah kerana 和田先生 akan belanja kitorang sumer makan2 dan tunjukkan budaya dan perayaan masyarakat Jepun. Musim merupakan musim yang paling menyeronokkan sebab angin yang sejuk dan nyaman begitu selesa meskipun cahaya matahari terik di luar, Saya sempat menghadiri “Kyoto Muslim Association Annual Islamic Food Festival” pada musim ni. Istimewanya majlis ini adalah kerana saya dijemput oleh rakan 日本人 yang agak berusia; berkenalan ketika party Facebook di 京都, dan dia agak teliti tentang perayaan orang Islam kendatipun dirinya x memeluk agama Islam. Musim yang sedang saya rasai kini memang menguji mental dan fizikal kerana suhu yang menghampiri takat beku ditambah lagi dengan turunnya salji di luar rumah. "
(ditulis sewaktu di temu-ramah 後輩 ntk majalah JAD)

Tarikh visa tamat hanya tinggal lagi setahun saja lagi.. setahun x balik Malaysia, meskipun dapat jumpa ummi waktu bulan 11 lepas ketika ummi hadir ntk menghadiri 学会 di Kyoto University, rasa rindu ntk berjumpa ahli keluarga yg lain membuatkan ak nekad ntk balik ke Malaysia ntk raya tahun nih.. InsyaAllah jika tiada aral yg melintang, harap dapat sambung pelajaran ke peringkat master di Jepun~ だって、2年間じゃ足りへんちゃう~

"The person who has lived the most is not the one who has lived the longest, but the one with the richest experiences"
(Jean-Jacques Rousseau)


10 comments:

  1. dah setahun rupanya ek.tp ak tak rse cam sthun pn sbb dh 2 kali blk.hahahah

    ReplyDelete
  2. hoho.. ak rase bukan sebab tu jer kot.. :)

    ReplyDelete
  3. ahahha..ak golongan2 trip 1st tym 2..tul x..hahha

    ReplyDelete
  4. hoho..
    kdg2 bace entry ko aku sangkut2 skit..
    tang tulisan jepun tu..
    aku xpahm la bro..
    haha..

    ReplyDelete
  5. hmm.. ok2.. lepas ni ak akan wat vocabulary kat bahagian bawah skali ntk terangkan maksud2 perkataan jpon yg ak guna.. huhu~

    ReplyDelete
  6. huuu..lg setaun ke visa abes..xmo2..hihi

    ReplyDelete
  7. sekejap saja masa berlalu..... bagus jika berpluang sambung master terus..

    ReplyDelete
  8. @shera : tinggal setahun jer lagi.. huhu~

    @cikgu : memang sekejap sangat masa berlalu.. harap2 sblm balik malaysia nanti dapat ziarah cikgu di yokohama~

    ReplyDelete
  9. happy anniversary to all~~ =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC