Followers

Monday 5 August 2013

Back to Malaysia

1 August - JAKARTA

Proses memanjangkan tempoh visa tempoh hari membuatkan aku perlu meninggalkan Indonesia pada tarikh ini= Survey harga tiket flight dan masa yang sesuai membuatkan aku tiada pilihan selain menggunakan perkhidmatan AirAsia untuk penerbangan pergi dan balik kerana rata-rata flight lain sudah tiada pilihan waktu~ Memandangkan aku sudah membazir 4万円 kerana membeli tiket AirAsia untuk pulang raya dari Jepun pada tahun lepas, aku nekad untuk mendapatkan kembali pulangan dengan pelbagai cara termasuk membeli tempat duduk, extra luggage, dan juga comfort kit; neck pillow yang dibeli jenis kena tiup, langsung tak selesa (-_-")


Hari sebelumnya lagi aku sudah menempah teksi Silver Bird untuk datang mengambil di Guest House pada jam 08:30 memandangkan flight aku jam 11:30.. Agak risau sebab sewaktu pertama kali datang ke Jakarta, aku sangkut dek macet menyebabkan aku mengambil masa 2 jam untuk tiba di Guest House dari airport.. Siapa sangka aku selamat tiba di airport dalam masa 30 minit sahaja (@_@) Agak sakit hati ketika check in kerana perlu membayar extra 1500円 (RM50) untuk International service? di Terminal 3.. Alang-alang dah sampai awal, baru nak shopping ole-ole di sini tapi sayang pilihan tidak banyak, pastu harga dia juga dah macam sama seperti harga di Jepun (-_-")


Excited kerana ini merupakan pertama kali pulang ke Malaysia melalui Indonesia, menariknya rata-rata penumpang yang naik sekali pada hari itu merupakan orang Indonesia yang non-Muslim~ Agak terkilan apabila diminta tukar tempat duduk daripada 1C kepada 1A (Sebelah tingkap) gara-gara salah seorang penumpang mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan dia berada di tempat duduk yang rapat dengan bilik air (alasan yang sama membuatkan aku pilih tempat duduk 1C).. Tak kisah nak tolong orang, cuma sedikit terasa apabila langsung tiada ucapan terima kasih daripada penumpang mahupun isteri dia yang hanya masam sahaja seolah-olah seperti aku pekerja AirAsia pula~


Penerbangan mengambil masa selama 2 jam dan selamat mendarat di LCCT sekitar jam 14:30 waktu tempatan.. Aku pergi ke gerai Tune Talk untuk mendapatkan kad SIM kerana aku cadang nak letak di dalam pocket WiFi yang aku guna di Indonesia tapi sayangnya pocket WiFi tersebut seperti tidak membenarkan kad SIM lain (-_-") Harga teksi ke Shah Alam mencecah RM64 ketika bayar di kaunter, tapi lain ceritanya bila diberitahu pemandu teksi kononnya jika Shah Alam area I-City itu harganya RM84 sebab situ kawasan orang kaya (笑) Paling lawak pemandu teksi sepanjang perjalanan banyak bercakap menggunakan telefon, malah sempat berhenti di R&R tanpa memberitahu aku~

Nikmat berbuka bersama keluarga :)



4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC